SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR,
KUANTAN, PAHANG.
KERTAS KERJA
PROGRAM
MENAIKTARAF DAN MENCERIAKAN
SURAU AR-RAHMAN
“SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU”
PANITIA AGAMA ISLAM
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
1.0 MUQADDIMAH
Surau sekolah menjadi nadi utama bagi program-program keagamaan yang dilaksanakan di sekolah
seperti Sambutan Maal Hijrah, Program Maulidur Rasul, Sambutan Peristiwa Isra’ Mikraj, Program
Solat Hajat, Majlis Khatam al-Quran dan program-program Pendidikan Islam di sekolah seperti Kem
Bestari Solat (KBS), Kem Cemerlang Jawi (KCJ), Kelas Tasmik al-Quran, Amali Wudhuk dan Solat
Fardhu berjemaah, Amali Solat Jenazah dan lain-lain.
Surau yang selesa dapat menampung bilangan murid yang ramai adalah penting untuk mencapai semua
objektif program yang dijalankan di surau. Maka program untuk menaiktaraf dan menceriakan surau
sekolah adalah satu usaha yang perlu dilaksanakan secara berterusan.
Surau sekolah SK Sungai Ular adalah surau bangunan sendiri (berasingan). Surau ini dibina pada tahun
1998. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Jawatankuasa Surau (Panitia Pendidikan Islam) dan
pihak sekolah sendiri untuk mencari dana dan memperbaiki prasarana di surau. Walaubagaimanapun,
masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki,. Maka usaha menaiktaraf dan menceriakan surau
sekolah SK Sungai Ular perlu diteruskan lagi.
2.0 MATLAMAT
Di antara matlamat Program Menaiktaraf dan Menceriakan Surau adalah :
2.1 Memberi keselesaan kepada guru-guru dan murid-murid semasa proses pengajaran dan
pemudahcaraan (pdpc).
2.2 Aktiviti-aktiviti keagamaan dan program-program Pendidikan Islam di sekolah dapat
dijalankan dengan lebih baik.
2.3 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap kepada murid-murid Islam
SK Sungai Ular, guru-guru, staf serta seluruh warga sekolah.
2.4 Dapat menampung bilangan antara 150-200 orang murid untuk setiap program yang
dijalankan di surau.
2.5 Memenuhi harapan PPD, JPN dan KPM.
3.0 OBJEKTIF
Di antara objektif Program Menaiktaraf dan Menceriakan Surau adalah :
3.1 Membesarkan ruang solat perempuan.
3.2 Menceriakan bangunan surau sekolah dengan cat baharu.
3.3 Memasang pendingin hawa, menukar wayering lama .
3.4 Memasang system siaraya yang lengkap.
3.5 Menyediakan ruang solat dan ibadah yang selesa dilengkapi dengan langsir dan tabir
pemisah.
3.6 Menyediakan kelengkapan ibadah untuk murid-murid dan warga sekolah seperti kemudahan
kain telekung, sejadah, almari, al-Quran dan rak al-Quran.
3.7 Menyediakan ruang belajar atau ruang pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) yang lengkap
dengan papan putih, meja dan kerusi guru, meja dan kerusi murid, papan kenyataan serta
kemudahan lain yang berkaitan selaras dengan pdpc abad ke-21.
3.8 Menyediakan dan menambah bilangan tandas untuk murid lelaki dan bilik wudhuk agar lebih
selesa, bersih dan ceria.
4.0 NAMA PROGRAM
“Program Menaiktaraf dan Menceriakan Surau Ar-Rahman SK Sungai Ular”
5.0 TEMA
“SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU”
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH
1 Cat RM 2,000
2 Pendingin Hawa RM 10,000
3 P.A. Sistem RM 5,000
4 Langsir RM 1500
5 Tabir RM 1000
6 Telekung,sejadah dan karpet RM 3,000
7 Almari RM 1000
8 Rak al-Quran RM 1000
9 Keceriaan tandas & bilik wudhuk
10 Membina tambahan ruang solat perempuan RM 500
11 Membina tandas dan tempat wuduk lelaki RM50,000
12 Tingkap baru RM20,000
RM5,000
JUMLAH RM100 000
7.0 SUMBER PENDAPATAN
7.1 Kutipan derma daripada guru-guru dan murid-murid SK Sungai Ular
7.2 Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta
7.3 Memohon sumbangan daripada perseorangan.
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM MENAIKTARAF DAN KECERIAAN SURAU AR-
RAHMAN
Pengerusi : En. Mazlan bin Mohamad ( Guru Besar )
Timbalan Pengerusi : Pn. Asmawati bt Alias ( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : En. Mohd. Sidek b Tahir ( PK HEM )
Penyelaras Program : Pn. Noor Asmah bt Othman
Setiausaha : Pn. Rafida Anim bt Rasid
Bendahari : Pn. Najwa Hanaani bt Zabawi
AJK : En. Ahmad Kamri b Abdul Mubi
: En. Afizu b Adnan
: Pn. Noraini bt Taib
: Pn. Siti Zubaidah bt Ab. Karim @ A. Bakar
: Pn. Shahila Wati bt Mohamad Zahid
: Pn. Shamirah bt Abdul Rahman
: Pn. Rasyidah bt Zulkifli
: Pn. Noor Hanan bt Mohd Yusoff
: Pn. Hashimah bt Che Haron
9.0 PENUTUP
Program Menaiktaraf dan Menceriakan Surau ini diharap dapat mencapai objektif yang telah digariskan
demi menjaga kepentingan murid-murid dalam meningkatkan syiar Islam. Sumbangan Tuan / Puan boleh
dibuat secara tunai / cek atas nama SURAU AR-RAHMAN SEKOLAH KEBANGSAAN SG ULAR /
akaun BANK RAKYAT / 110401000992.
( LAMPIRAN A )
Gambar 1 : Surau Ar-Rahman yang perlu dicat baru
Gambar 2 :Tandas murid lelaki dan perempuan sebelah menyebelah.
Gambar 3 : Ruang wudhuk lelaki dan perempuan.
Gambar 4 : Tingkap surau yang perlu ditukar baharu.
Gambar 5 : Keadaan dalam surau.