SELAK, BACA DAN
FAHAM
Bacaan Muka surat
Gotong-royong di Perpustakaan 1
Maksud Kosa Kata 3
Buluh 4
Sinonim Kosa Kata 5
Semut dan Merpati 6
Antonim Kosa Kata 8
Latihan 9
Pada hujung minggu yang lalu, Kelab Perpustaan Sekolah
Kebangsaan Seberang Perak mengadakan gotong-royong untuk
menceriakan dan membersihkan perpustakaan sekolah. Semua ahli
kelab mula berkumpul di perpustakaan sejak pukul 8.30 pagi. Mereka
melakukan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Hasanah dengan penuh
tanggungjawab.
Ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya tugasan
dapat dilakukan dengan teratur dan cepat. Antara tugas mereka adalah
mengemas, menyusun, menampal buku yang koyak, mengasingkan
buku lama dan menampal poster baharu serta berita terkini tentang
aktiviti ahli di papan kenyataan.
Semua kerja dapat disiapkan dalam masa yang singkat sahaja
kerana mereka melakukan kerja dengan tekun dan bersemangat.
Kemudian, mereka menjamu selesa di kantin sekolah setelah selesai
melakukan tugasan. Cikgu Hasanah sangat gembira dan berpuas hati
kerana ahli kelab saling bekerjasama untuk menyiapkan tugasan
mereka.
membersihkan - menjadikan sesuatu itu bersih menggunakan pelbagai cara seperti
menyapu, membasuh
mula - yang dahulu atau yang awal sekali pada sesuatu tempat, masa, keadaan
tanggungjawab - kewajipan yang dipikul oleh seseorang
cepat - segera yang dapat merujuk pada gerakan, masa, kejadian
koyak - carik, robek
tekun - rajin, bersungguh-sungguh dalam mendapatkan dan mengejar sesuatu.
Buluh ialah sejenis tumbuhan pelbagai guna. Tumbuhan ini
biasanya tumbuh di kawasan pinggir hutan.
Pada masa dahulu, pokok buluh dijadikan dinding dan lantai
rumah. Pokok ini juga turut dijadikan galah. Anak buluh disebut rebung.
Rebung boleh dimasak sebagai sayur.
Peredaran zaman turut mengubah kegunaan pokok buluh.
Manusia mula mencipta alat muzik seperti angklung dan serunai. Buluh
yang telah diraut nipis dijadikan hasil kraf tangan seperti bakul, tudung
saji dan kipas hiasan.
Bagi penduduk di negara China dan Thailand, mereka telah
berjaya mencipta payung daripada buluh dan dieksport ke negara luar.
tumbuh - membiak, menjalar
masa - waktu, ketika
mencipta - membentuk, membuat
nipis – tipis
penduduk - masyarakat, warga
telah - sudah, selesai, siap
Pada suatu hari, seekor semut sedang
minum air di tebing sungai. Tiba-tiba angin
bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam
sungai. Semut yang malang itu terkapai-kapai di
dalam air. Dia rasa tentunya dia akan mati lemas.
Seekor burung merpati berehat di pokok
berdekatan dan ternampak semut yang lemas.
Dengan pantas, dia memetik sehelai daun dan
menjatuhkannya ke atas permukaan air
berhampiran semut. Kemudian, semut
memanjat ke atas daun itu.
Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat.
Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu suatu
hari nanti."
Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu
untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok.
Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan
busur dan anaknya ke arah burung merpati itu. Semut ternampak
segalanya. Dia teringat burung merpati itu pernah menolongnya. Dengan
pantas, semut menggigit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan anak
panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu
itu, burung merpati pun terbang pergi.
"Terima kasih, semut.“, kata burung merpati itu.
"Kali ini, kamu pula menolong saya."
kencang - sepoi-sepoi, perlahan
malang - bertuah, selamat
atas – bawah
datang – pergi
mengeluarkan – memasukkan
terbang - hinggap
Latihan
1) Baca petikan tersebut. Kemudian, padankan maksud kosa kata yang berhuruf tebal.
Setiap hari minggu, Aini membantu ibunya, Puan Kamilah
membersihkan pokok hiasan di halaman rumah mereka. Terdapat pelbagai
jenis pokok hiasan yang ditanam oleh ibunya di halaman rumah mereka.
Antara pokok hiasan yang ditanam oleh Puan Kamilah ialah orked,
misai kucing, lidah buaya dan kaktus. Puan Kamilah menggunakan peralatan
berkebun untuk membersihkan pokok hiasannya. Puan Kamilah membuang
daun-daun pokok yang mati manakala Aini pula membantu ibunya menyiram
pokok-pokok hiasan tersebut agar kekal subur.
Selesai membersihkan tanaman, Puan Kamilah menyimpan peralatan
yang digunakan dalam stor kerana peralatan tersebut tajam dan berbahaya.
Antaranya ialah gunting, sekateur, penggembur dan sudip tangan. Tanaman
mereka hidup subur sekali gus menceriakan kediaman mereka.
kaktus Menghilangkan atau
membuang menghapuskan
menyiram
Tumbuhan yang
subur berbatang hijau,
kediaman berisi dan berduri
Tumbuh dengan
baik
Tempat tinggal
Mencurahkan air
pada sesuatu
2) Baca petikan tersebut. Kemudian, berikan perkataan yang sama maksud bagi kosa kata yang
berhuruf tebal.
Pada cuti semester yang lalu Rahayu dan keluarganya melancong ke Bumi
Kenyalang iaitu Sarawak. Mereka pergi dengan menaiki kapal terbang. Semasa
penerbangan, Rahayu melihat pemandangan yang indah daripada tingkap sambil
menikmati makanan yang disediakan. Mereka dijadualkan tiba ke Lapangan Terbang
Kuching pada jam lapan malam tetapi cuaca yang buruk menyebabkan penerbangan
tergendala.
Setibanya di lapangan terbang, mereka menaiki teksi lalu terus ke hotel
penginapan. Namun, mereka tidak dapat menginap kerana tidak membuat tempahan
terlebih dahulu. Rahayu dan keluarganya terpaksa menyewa sebuah motel yang
berdekatan.
Pada keesokan pagi, Rahayu dan keluarganya merancang untuk melawat sekitar
Bandar Kuching. Mereka bersarapan di motel itu sambil melihat pemandangan di
sekitarnya. Setelah selesai sarapan, lalu mereka pun beredar dari situ. Bapa Rahayu
tidak ikut bersama kerana sakit perut. Pemandu pelancong membawa mereka ke
tempat-tempat yang menarik di Sarawak.
1) melihat – ______________
2) tiba – ____________
3) tergendala – ___________
4) menginap – ___________
5) beredar – ____________
6) menarik – ___________
3) Baca petikan tersebut. Kemudian, berikan perkataan berlawanan bagi kosa
kata yang berhuruf tebal.
Pak Hassan pemandu teksi. Dia telah bekerja selama lapan tahun. Pak
Hassan pemandu yang cermat dan amanah.
Pada suatu hari, Pak Hassan membawa dua orang pelancong ke Tugu
Negara. Kedua-dua orang pelancong asyik bertanya pelbagai soalan kepada
Pak Hassan. Pak Hassan pun memberitahu mereka tentang tempat-tempat
menarik di negara kita. Dia juga menceritakan bahawa rakyat Malaysia
berbilang kaum dan hidup bersatu padu. Pak Hassan juga tidak lupa untuk
menerangkan pelbagai budaya dan adat resam yang diamalkan di sini. Begitu
juga beraneka jenis masakan yang mudah didapati.
Akhirnya, mereka pun sampai di Tugu Negara. Kedua-dua orang
pelancong itu turun sambil mengucapkan terima kasih kepada Pak Hassan.
1) cermat – ______________
2) bertanya – ____________
3) bersatu padu – ___________
4) lupa – ___________
5) mudah – ____________
6) sampai – ___________
Disediakan oleh : Siti Rabi’atul Fatihah binti Zaharin
Siti Rubaiah Fariha binti Mustaffa
Siti Solehah binti Shuib
PISMP Bahasa Melayu 5 Jun 2020
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka