The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 (IDZZUDDIN NORASHID)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idinrashid, 2021-03-18 09:42:40

Tugasan 2 (EDUP 3083)

Tugasan 2 (IDZZUDDIN NORASHID)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8 )

ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
( EDUP 3083 )

NAMA PELAJAR : DISEDIAKAN OLEH:
NOMBOR KAD MUHAMMAD IDZZUDDIN BIN MOHD NORASHID
PENGENALAN : 980731-08-5623
2017192340142
ANGKA GILIRAN : PISMP C8 AMBILAN JUN 2017
BAHASA MELAYU / MATEMATIK
KUMPULAN : PUAN SHARIZAN BINTI ABD. HAMID
(MAJOR/MINOR) TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK (NPDL)
20 MAC 2021
NAMA PENSYARAH :
i
TAJUK TUGASAN :

TARIKH HANTAR :
TARIKH MENERIMA

MAKLUM BALAS
DARIPADA

PENSYARAH

SENARAI KANDUNGAN Muka Surat
1
Perkara
1.0 Pengenalan 2
2.0 Peringkat Perkembangan Guru Berdasarkan KPM 2
3
2.1 Pelaksana 3
2.2 Penggerak 4
2.3 Pembimbing dan Mentor 5
2.4 Peneraju Perubahan 5
2.5 Pemikir Strategik 6
2.6 Pemikir Holistik 7
3.0 Kesimpulan
Rujukan

ii

PENGHARGAAN
Salam sejahtera, pertama sekali saya merafakkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan
izin dan kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan tugasan Asas Kepemimpinan Dan
Pembangunan Profesionalisme Guru (EDUP 3083). Sepanjang saya menjalankan tugasan
ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat
berharga dan bermakna dalam hidup saya yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik
kelak. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya
akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.

Saya mengucap ribuan terima kasih kepada Puan Sharizan Binti Abd. Hamid,
pensyarah bagi kursus Asas Kepemimpinan Dan Pembangunan Profesionalisme Guru
(EDUP 3083) yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memberi tunjuk ajar dalam
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang berada di kampung yang
selalu memberi sokongan moral dan nasihat sebagai pembakar semangat kepada kami dalam
menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
selalu menyumbang pendapat dan idea-idea yang bernas ketika saya buntu dalam
menyiapkan tugasan ini.

Akhirulkalam, ucapan ini ditujukan khas kepada semua pihak yang telah terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung. Segala bantuan yang anda hulurkan amatlah saya hargai
kerana tanpa bantuan anda semua tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

iii

1.0 PENGENALAN

Guru merupakan agen perubahan yang memegang peranan penting dalam menyebarkan
kurikulum kepada murid di bangku persekolahan. Selain itu, guru juga bertindak sebagai
penyambung antara teori dan amalan dalam pendidikan berdasarkan kurikulum (subjek) yang
difokuskan (Salleh Abd. Rashid, 2015). Melalui kepercayaan, nilai dan sikap yang dipegang
oleh guru akan menjelaskan secara keseluruhan terhadap suasana pembelajaran dan
‘bagaimana’ guru memberi makna dan mengadaptasi kurikulum kepada murid-murid di
sekolah. Profesion perguruan ini juga sentiasa dikaitkan dengan peranan-peranan yang mulia.
Hal ini dikatakan demikian kerana, guru diibaratkan sebagai kasturi yang sentiasa semerbak
mewangi, sentiasa mengharumkan persekitarannya.

Susulan daripada tanggapan sedemikian, masyarakat telah meletakkan harapan yang
tinggi terhadap guru. Pada waktu dahulu, guru merupakan sumber dan penyebar ilmu. Kini,
guru dibebankan pula dengan tugas sebagai fasilitator dalam proses membina ilmu dan
inovasi di kalangan anak didik. Oleh itu, guru haruslah melengkapkan diri mereka dengan
pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan. Bagi merealisasikan hasrat tersebut,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggubal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan (PIPPK) bagi menyediakan garis panduan kepada guru berkaitan
laluan kerjaya bagi seorang guru. Pelan ini juga adalah satu usaha murni KPM bagi
meningkatkan kualiti serta kredibiliti profesion kuguruan, lantas meletakkan guru di Malaysia
setaraf dengan guru di negara maju yang lain.

Peningkatan kualiti dan kredibiliti guru ini juga disokong oleh Salmah Kassim (2004)
yang menyatakan, penambahbaikan daripada aspek kualtiti guru akan menjadikan sesi
pengajaran dan penmbelajaran (PdP) lebih berkesan dan teratur. Bersesuaian dengan
penjelasan di atas, penulisan kali ini akan membincangkan mengenai pelan pembangunan
diri dan pembangunan kerjaya saya dalam menjadi seorang guru yang profesional dengan
berpandukan kepada peringkat perkembangan guru oleh KPM.

Bagi memandu penulisan ini untuk terus kekal berada pada haluan perbincangan yang
betul, saya memulakan penulisan ini dengan sedikit pengenalan tentang diri saya. Saya
adalah salah seorang daripada guru baharu bergred DG41 yang telah ditempatkan di sebuah
sekolah kawasan pedalaman yang belum pernah mencapai sebarang kejayaan cemerlang
dalam bidang akademik mahupun kokurikulum bagi tempoh 7 tahun kebelakangan ini. Cita-
cita saya adalah untuk bergiat aktif dalam bidang pengurusan dan. Oleh itu, apakah kaedah
dan laluan yang betul bagi mengecapi cita-cita saya ini?

1

2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU BERDASARKAN KPM

Berdasarkan Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan oleh KPM, seorang guru akan
melalui beberapa peringkat perkembangan kerjaya sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Peringkat tersebut dimulakan dengan peringkat pelaksana, penggerak, pembimbing dan
mentor, peneraju perubahan, pemikir strategik dan akhir sekali, peringkat pemikir holistik.
Berpandukan panduan ini, saya telah merangka pelan pembangunan kendiri dan kerjaya
saya dalam menjadi seorang guru yang profesional demi mencapai cita-cita saya untuk
bergiat aktif dalam profesion ini.

2.1 PELAKSANA

Guru baharu atau guru novis akan memulakan perkhidmatan mereka dengan lantikan
gred DG41 yang juga berada pada peringkat pelaksana. Pada peringkat ini, seseorang guru
pelaksana iaitu guru permulaan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
penyeliaan serta bimbingan daripada guru berpengalaman yang berperanan sebagai mentor
kepada guru baharu (Wong Kieh Wah, 2018).

Sebagai perancangan pembangunan kendiri pula, saya akan memastikan peluang ini
digunakan secara maksimum oleh diri saya untuk mempelajari dengan lebih mendalam
mengenai kemahiran-kemahiran pengurusan dan pentadbiran bagi memantapkan pegangan
saya sebagai seorang guru. Antara kemahiran yang dimaksudkan termasuklah kemahiran
pentadbiran bilik darjah, kemahiran pengurusan fail-fail kerja, mahupun kemahiran
pelaksanaan program-program di sekolah. Meskipun Institut Pendidikan Guru (IPG) telah
menyediakan latihan yang secukupnya kepada bakal guru, namun suasana dan budaya
sebenar sesi persekolahan sudah semestinya berbeza dan lebih mencabar.

Selari dengan era kemodenan pendidikan, saya juga akan memastikan diri saya
dilengkapi dengan pengetahuan kemahiran pedagogi terkini, seperti pedagogi PAK-21.
Kemahiran pedagogi abad ke 21 menuntut seseorang guru menerapkan elemen-elemen
tertentu dalam pengajaran mereka seperti kreativiti dan inovasi (Creativity and Innovation),
pemikiran kritis dan penyelesaian masalah (Critical Thinking and Problem Solving) dan
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (Information, Communications and Technology
Literacy).

Kaedah yang terbaik kepada saya untuk mempelajari ilmu ini adalah adalah dengan
menyertai bengkel-bengkel padagodi, kursus-kursus pemantapan profesionalisme keguruan,
mahupun mengadakan sesi perbincangan bersama guru mentor yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah. Alternatif ini sudah semestinya dapat meningkatkan kecemerlangan diri saya

2

sebagai seorang guru novis dan seterusnya dapat meningkatkan pembangunan
profesionalisme keguruan bagi diri saya.

2.2 PENGGERAK

Berpandukan garis masa (Time-Based) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), setelah berkhidmat dengan cemerlang selama 8 tahun, seorang guru akan
menerima lantikan kenaikan gred dari DG41 ke DG44. Pada peringkat ini, guru tersebut sudah
mampu untuk bertindak sebagai seorang penggerak bagi sesuatu perkara dengan bimbingan
yang minimum daripada mentor. Afzan Ali Hussin (2019), menerangkan bahawa guru yang
berada pada peringkat ini sudah mampu menyelesaikan masalah atau isu pengajaran dengan
sendiri dan membuat keputusan yang profesional.

Sebagai perancangan pembangunan kendiri, saya akan mencabar diri saya untuk
bergiat secara aktif dalam bidang yang lebih berfokus, contohnya dalam bidang subjek bahasa
Melayu dan Matematik. Berbekalkan ilmu yang telah dipelajari sepanjang tahun-tahun yang
lalu, saya akan menunjukkan peningkatan kualiti gerak kerja yang baik dalam setiap perkara
berkaitan yang dilakukan serta menyasarkan untuk menambahbaik kaedah pengajaran yang
sedia ada agar yang lebih cemerlang bagi meningkatkan kualiti pengajaran saya di bilik
darjah.

Pada peringkat ini juga, saya akan bergiat aktif dalam bidang penyelidikan dan inovasi
bagi menyelesaikan masalah-masalah yang telah saya hadapi sepanjang bergelar seorang
guru. Melalui intipati penyelidikan ini juga, saya dapat mendalami dan mengenal isu-isu yang
sering menghantui diri seorang guru dan mengeluarkan penyelesaian yang berkesan
terhadap permasalahan tersebut. Melalui penyelesaian tersebut, saya berharap agar guru-
guru lain turut menerima kebaikannya dan bersama-sama meningkatkan nilai profesion
keguruan masing-masing.

2.3 PEMBIMBING DAN MENTOR

Peringkat yang ketiga adalah peringkat guru yang berkompeten atau guru yang
mampu bertindak sebagai pembimbing atau mentor kepada guru-guru yang lain. Peringkat ini
menyasarkan kumpulan guru yang telah menerima lantikan kenaikan gred dari DG44 ke
DG48. Berbekalkan lebih 15 tahun pengalaman sebagai seorang guru, sudah semestinya,
mereka yang berada di peringkat ini sudah mempunyai suatu pengalaman yang sangat luas,
mampu terlibat dalam bidang penyeliaan dan mampu membimbing guru-guru lain dalam
bidang yang lebih berfokus.

Sebagai perancangan kendiri, saya menyasarkan jawatan sebagai seorang guru
kanan subjek Bahasa Melayu atau subjek Matematik sebagai laluan bagi saya menjalankan

3

perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan bidang yang lebih berfokus kepada guru-guru
yang lain, mahupun para pendidik di luar kawasan sekolah. Dengan jawatan tersebut,
kepercayaan dan kredibiliti saya sebagai seorang guru pakar akan lebih dilihat secara
profesional dan dipercayai oleh guru-guru yang lain. Ahmad Subki Miskon (2013), guru novis
berpendapat bahawa guru pakar adalah golongan guru yang mempunyai kemahiran,
kepakaran dan cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.

Pada peringkat ini juga, saya mampu melatih nilai kepimpinan dalam diri saya melalui
lantikan sebagai mentor kepada beberapa organisasi kecil yang melibatkan guru-guru subjek
Bahasa Melayu atau Matematik. Jika pada masa dahulu, klien saya adalah murid dan ibu
bapa, di peringkat ini pula, klien saya juga adalah sahabat handal guru yang lain. Berdasarkan
kajian yang dilakukan oleh Nur Hafizoh Idris dan Rohana Hamzah (2012), kebanyakan guru
tidak menguasai kemahiran interpersonal dengan baik. Keadaan tersebut sudah tentu
menyukarkan budaya kolaboratif dalam kalangan komuniti guru di sekolah. Oleh itu, apabila
saya mencapai peringkat kompeten ini kelak, saya akan memastikan saya saya mampu
berkomunikasi dengan baik, lantas menjadi seorang mentor yang baik.

2.4 PENERAJU PERUBAHAN

Peringkat yang keempat pula dikenali sebagai peringkat peneraju perubahan atau
peringkat profesion. Guru yang berada di peringkat ini adalah guru yang mempunyai gred 52
dan sudah berkebolehan menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta berkebolehan
merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam bidang-bidang tertentu.

Bagi perancangan pembangunan profesionalisme diri saya, saya bercadang untuk
berkecipung dalam bidang pengurusan tertinggi sekolah iaitu guru besar, atau penolong
kanan. Bagi mencapai hasrat tersebut, saya akan mengikuti Kursus Pengurusan Pentadbiran
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidkan Kebangsaan (NPQEL) serta merujuk
kepada syarat-syarat kelayakan bagi kursus tersebut. Syarat- syarat yang dimaksudkan
merangkumi syarat- syarat umum dan syarat- syarat khusus.

Antara syarat- syarat umum ialah guru tersebut telah disahkan dalam perkhidmatan,
bebas daripada tindakan tatatertib dan telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak
melebihi lima tahun. Manakala, syarat- syarat khusus pula adalah telah dinaikkan pangkat ke
gred DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di gred
DG29 bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan, mempunyai pengkhususan
dalam bidang tertentu dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun
berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/ Penolong Kanan (termasuk Penolong
Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/
Bahagian/ Institut Aminuddin Baki/ Institut Pendidikan Guru/ Kolej Matrikulasi.

4

Dalam bidang pengurusan akademik pula, saya akan memperluaskan perkongsian
strategi PdP yang berkesan kepada kelompok yang lebih besar. Misalnya, saya akan
mengadakan bengkel pengskoran bagi subjek Bahasa Melayu atau Metematik dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Selari kurikulum, saya juga akan terlibat secara aktif
dalam bidang kokurikulum. Saya akan meneruskan penglibatan aktif saya dalam bidang
Persatuan Pengakap Malaysia dan permainan Rugbi dengan menaikkan pencapaian sekolah
serta komuniti setempat bagi bidang tersebut.

2.5 PEMIKIR STRATEGIK

Setelah 24 tahun berkhidmat, seorang guru yang memegang gred DG52 akan
dinaikkan grednya ke DG54. Pada peringkat itu, guru tersebut seharusnya telah memiliki
kepakaran yang khusus serta berkebolehan mengurus perubahan dengan cekap dan
berkesan. Pada peringkat ini, saya menyasarkan penglibatan saya secara menyeluruh dalam
bidang pentadbiran tertinggi sekolah iaitu guru besar. Melalui laluan kerjaya ini, saya dapat
menilai kemampuan diri sendiri terhadap bakat kepimpinan saya dalam menetapkan hala tuju
sekolah pimpinan sendiri.

Sasaran saya yang seterusnya adalah menjadi seorang guru besar berstatus
cemerlang. Bagi merealisasikan matlamat ini saya akan menggilap kemahiran ikhtisas dan
menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam berhubung segala bidang yang berkaitan.
Berdasarkan model PPB, contoh program yang memerlukan penglibatan saya di peringkat
pemikir strategik ialah Kursus Pengurusan Perubahan (Wong Kiet Wah, 2018). Objektif
program tersebut adalah memberi pemahaman mengenai peranan dan tanggungjawab agen
perubahan, Pelan Komunikasi Pengurusan Perubahan Dan Sesi Libat Urus, aktiviti serta
penilaian pencapaian prestasi perubahan berdasarkan program yang dilaksanakan. Agen
perubahan yang dimaksudkan ialah diri saya sendiri iaitu sebagai seorang guru pemikir
strategik.

2.6 PEMIKIR HOLISTIK

Pada peringkat terakhir, seorang guru itu akan bertindak sebagai pemikir holistik.
Kelompok yang diberikan tanggungjawab untuk berkhidmat sebagai pemikir holistik ini akan
menyandang Gred Khas Kerajaan atau jawatan-jawatan khas dalam pentadbiran dan
pengurusan pendidikan negara. Impian untuk berada pada peringkat ini bukanlah suatu
perkara yang mustahil jika setiap peluang digunakan dan dimanfaatkan dengan betul sejak
awal berkhidmat lagi. Noriati A Rashid (2018), menyatakan bahawa guru yang berada di
peringkat ini berkebolehan dalam menjadi pakar rujuk dalam merangka strategi yang
komprehensif dan melaksanakan latihan yang tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah

5

organisasi. Dalam erti kata mudah, pada peringkat ini, profesionalisme keguruan sebagai
seorang guru itu sudah dapat dilihat terbentuk sepenuhnya.

Sasaran saya, jika diizinkan untuk berada di peringkat ini, saya akan mencabar diri
saya untuk bertindak sebagai seorang perunding, bagi membincangkan tentang kaedah yang
sesuai bagi meningkatkan pencapaian negara khususnya dalam bidang pendidikan. Impian
saya adalah untuk merangka dan menggubal sebuah kurikulum baharu berfokuskan kepada
pendidikan alaf baharu yang sudah semestinya memudahkan para guru dan murid untuk
menguasai ilmu pengetahuan dengan kaedah yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Melalui penggubalan kurikulum tersebut, saya berharap, segala masalah berkaitan
pembelajaran seperti sekolah di kawasan pedalaman, cabaran guru-guru veteran yang selesa
menggunakan kaedah pengajaran yang lama dan murid-murid yang kurang minat untuk
memahami intipati pembelajaran dapat diselesaikan dengan sempurna dan baik.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam menjadi seorang guru yang berwawasan, suatu perancangan yang jitu
yang bergerak selari dengan usaha dan tanggungjawab hendaklah dibangunkan bagi
meletakkan diri kita selangkah ke hadapan dalam setiap perkara yang dilakukan. Dalam
mendepani aliran arus kemodenan pendidikan negara Malaysia, seorang guru juga
seharusnya memperkemaskan diri semasa ke semasa berkaitan kemahiran dan pengetahuan
pendidikan semaksimum yang mungkin. Oleh itu, saya berharap agar pelan pembangunan
kendiri dan kerjaya yang telah saya jelaskan di atas dapat membantu sedikit sebanyak
terhadap diri saya dalam mendepani cabaran profesion ini pada masa hadapan.

6

RUJUKAN
Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Muhammad Al Afzan Ali Hussin. (2019). Peningkatan Pembangunan Diri dan Kerjaya Guru

Berdasarkan Teori Trotter.
Nur Hafizoh Idris, & Rohana Hamzah. (2013). Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan

Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi, 1(1), 31- 37.
Salleh Abd. Rashid. (2015). Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum dan

Pengajaran. Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial : Universiti Malaysia Sabah.
Salmah Kassim. (2004). Kualiti Perkhidmatan Guru di Sekolah- sekolah Menengah Pulau

Pinang. Jurnal Pendidikan, 1(1), 24- 46.
Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid, & Boon Pong Yin. (2018). Asas Kepemimpinan dan

Pembangunan Profesionalisme Guru (Edisi Kedua). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

7


Click to View FlipBook Version