The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mpu21032 penghyatan etika dan peradaban (E-BOOK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishahnabillamazeri, 2022-06-01 09:13:14

Mpu21032 penghyatan etika dan peradaban (E-BOOK)

Mpu21032 penghyatan etika dan peradaban (E-BOOK)

Mpu21032 penghyatan etika dan
peradaban

NAMA PENSYARAH : DR ABU BAKAR BIN ZAKARIA

NAMA NO MATRIK
THIRYASHNI THIYAGARAJAN 26DUP21F2027
26DUP21F2033
AISHAH NABILLA 26DUP21F2035
MUHAMMAD FAZRI 26DUP21F2039
MUHAMMAD FAQIH ADAM

PUNCA DAN PENGAJARAN TRAGEDI 13 MEI
KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

isi kandungan

PERKARA MUKA SURAT
KATA ALU-ALUAN 4
5
OBJEKTIF 6
PENGENALAN 7-9
KRONOLOGI
PUNCA-PUNCA 10-15
PENGAJARAN 16-21
KESIMPULAN
22

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dengan keizinan-Nya kami berjaya menyiapkan E-book yang bertajuk “Punca dan

Pengajaran Peristiwa Tragedi 13 Mei”. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr Abu Bakar Bin Zakaria kerana banyak memberi tunjuk
ajar dan teguran kami untuk menghasilkan E-book ini.

Isi yang kami perolehi semasa proses pembuatan E-book ini ialah betapa pentingnya untuk kita
membina jalinan yang kuat dalam perpaduan di antara kaum yang terdapat di antara kaum yang
terdapat di Malaysia, supaya peristiwa 13 Mei ini tidak berulang kembali.

Akhir kata, kami sekumpulan ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan di dalam E-
book kami ini dan kami berharap agar semua pembaca mendapat mesej utama yang kami ingin
sampaikan menerusi E-book kami.

objektif

1) Mengetahui maksud sebenar Tragedi 13 Mei 1969
2) Mengetahui kronologi Tragedi 13 Mei 1969
3) Mengkaji dan mengenalpasti punca-punca dan factor yang menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969
4) Mengenalpasti pengajaran dan iktibar-iktibar yang diperolehi daripada Tragedi 13 Mei 1969

pengenalan

Pengenalan Peristiwa 13 Mei merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan
terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan
suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebabb yang spontan tetapi ianya
merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang yang telah berlaku sebelumnya.
Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kait rapat
dengan “Pilihan Raya Umum 1969” yang merupakan satu sejarah negara Malaysia.

KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI

1) Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 mempunyai kaitan rapat 13 Mei
ini. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-
ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-
soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa
Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputra) dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada
ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

2) Pada pilihanraya umum 1969 Parti Prikatan yang dianggotai oleh
(UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen,
walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar
buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat
(parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66
kerusi pada tahun 1969.

3) Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakkan Demokratik
(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) Menang 25 buah kerusi dalam Dewan
Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkanng yang
memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan
kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak
bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir
pengikut perarakan . (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah
mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan
turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi
kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian
tersebut.

4) Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari “Democratic
Action Party” dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan raya yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun
perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung
Baru, menyorok penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu,
kemudiannya dikatakan sebagai simbol penyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur,
sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan – the
coalition’s logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan
mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka.

5) Menteri besar Selangor, Dato’ Harun Idris telah mengumumkan bahawa
perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7:30
malam, 13 Mei 1969. Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera
terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan. Rusuhan kaum berlaku
di kawasan tertentu dan jangka masa yang terhad. Rusuhan tercetus di kawasan
Kuala Lumpur dan sekeliling sahaja (Selangor).

6) Jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor adalah seramai 172
sehingga 196 orang. Jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai yang tidak
merekodkan kecederaan mereka. Para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan
ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi. Antara tindak balas yang diambil ialah
penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan, perintah berkurung,
mengawal berita-berita, radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar,
mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik, dan
mengharamkan kempen pilihan raya. (Ketika ini Sabah dan Sarawak belum
melaksanakan pilihan raya peringkat negeri).

Punca-punca

Punca-punca yang membawa kepada Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum
yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Antara punca tragedi
berdarah ini berlaku ialah :

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
• Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat

Cina umpanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding orang-orang Melayu.
Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan
saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah
menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak Istimewa Orang Melayu
• PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak

istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan
kononya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu, menurut Jomo dalam bukunya
“Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia”, isu sebenar yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat
sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.

Keratan akhbar yang menyatakan untuk menghapuskan
hak istimewa orang melayu

3. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara
• Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan

pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang
antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah
sebagai Bahasa rasmi negara. Selepas 10 tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan
Bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya Bahasa
Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan
telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu.

4. Perbezaan Agama Dan Budaya
• Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam kaum Cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius

manakala kaum India beragama Hindu. Di samping itu, terdapat juga yang beragama Kristian. Setip kaum juga
mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi
akibat dari sikap ahli jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak
sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13
Mei 1969.

Perarakan protes yang dilakukan kaum cina terhadap
orang melayu

5. Masalah Ekonomi
• Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan

menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini
menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui
kemewahan dan kejayaan orang cina mankala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang
melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

Perhimpunan orang melayu yang mengadu tentang masalah ekonomi
negara di kawasan tersebut

6. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
• Kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang

mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan
perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum
sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang cina tinggal di bandar-
bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan
merekalah sebenarnya memiliki asset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara
orang-orang melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum india
kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan
ekonomi orang-orang melayu dan india adalah bercorak sara diri. Keadaan ini menyebabkan kedudukan
ekonomi masyarakat bumiputra khusunya melayu menjadi lemah dan ketinggalan.

pengajaran

Pergaduhan kaum antara melayu dan orang cina tercetus pada 31 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat
perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi. Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan
pilihan raya tahun 1969 selesai diumumkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan
keamanan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara lima (5) pengajaran yang boleh dijadikan iktibar
oleh rakyat Malaysia ialah :

1. Kehilangan Nyawan Dan Harta Benda
• Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan

dan perbalahan yang telah berlaku di antara kaum melayu dan kaum cina yang mengakibatkan kerosakan
harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang telah terkorban akibat kejadian seperti
ini yang meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga
yang terlibat dalam tragedi 13 Mei 1969.

2. Perintah Berkurung
• Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan terpaksa mengeluarkan perintah berkurung yang

disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan
rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap
suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti
yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan
saling berhubungan.

Sekatan lalu lintas dilakukan semasa perintah berkurung

3. Keuntungan Musuh-Musuh Negara

• Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil
kesempatan dan peluang untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan
jajahan negaranya. Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang
menjadi tidak aman, huru-hara dan rakyat berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas
hati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman antara kaum dan segala aktiviti masyarakat tersekat.

4. Perpaduan Nasional

• Tragedi 13 Mei ini memeberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara
kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pengangan masyarakat yang berbilang kaum
bagi menjalankan hidup secara aman sentiasa bersifat bersangka baik antara satu sama lain. Kesedaran
penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat, bertolak ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang
terkeji seperti berdengki, iri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum. Dengan terdapat pelbagai jenis
kaum, agama, budaya dan pegangan agama di Malaysia mak peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang
sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu negatif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum melayu
yang merupakan penduduk asal bagi negara ini.

5. Keadilan Ekonomi

• Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat
Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada
satu kaum sahaja. Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukkan bahawa majoriti
penduduk bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakannya adalah berpendapatan rendah dan miskin.
Kemiskinan ini akan menjadi isu di dalam masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat bemiputra untuk
mencapai keharmonian hidup adalah sukar. Oleh itu selepas 13 Mei, satu dasar pragmatic dasar ekonomi
baharu (DEB) telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang yang mempunyai
dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.

kesimpulan

• Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan shaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan
sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-
rahsia pembinaan negarabangsa yang mencukupi bidang-bidang politik, sosial dan ekoomi serta betapa
pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu
cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan Makmur akan menjadi bayangan shaja.


Click to View FlipBook Version