The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

20 JUN 2023 Layout Buku Sisipan PROTOKOL INTAN PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Puan Aida, 2025-03-12 21:32:28

Sisipan PROTOKOL INTAN

20 JUN 2023 Layout Buku Sisipan PROTOKOL INTAN PDF

Keywords: protokol,INTAN

51 2. Pematuhan Kepada Peraturan Berkaitan Pakaian ke Pejabat a. Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1983 - Pemakaian Tanda Nama. b. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 - Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Am. c. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008 - Pemakaian Pakaian Batik oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis. d. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006 - Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi. e. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2013 - Pemakaian Two/Three – Piece Pant Suit Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja. f. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 - Pemakaian Batik Malaysia Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. g. Pekeliling dan arahan dalaman bagi organisasi hendaklah dirujuk secara khusus, seperti pekeliling ikhtisas bagi perkhidmatan dan tugasan tertentu selain daripada pekeliling umum yang dikeluarkan. 3. Pakaian Mengikut Kesesuaian Jenis-jenis Majlis Pakaian mengikut lima jenis majlis di dalam negara: a. Majlis Penuh Istiadat – Pakaian Istiadat/Pakaian Kebangsaan Hitam. b. Majlis rasmi dan formal – Lounge Suit/Pakaian Kebangsaan/Setaraf. c. Majlis rasmi tetapi tidak formal – Pakaian kerja/Smart Casual. d. Majlis tidak rasmi tetapi formal – Pakaian kerja/Batik Lengan Panjang. e. Majlis tidak rasmi dan tidak formal – Yang ditetapkan oleh penganjur. 4. Tips Keterampilan Yang Sesuai Dalam Majlis a. Sediakan sekurang-kurangnya satu set pakaian untuk majlis yang tertentu: i. Pakaian Istiadat (mengikut skim perkhidmatan) ii. Pakaian Kebangsaan Hitam iii. Pakaian Kebangsaan mengikut majoriti kaum (jika sesuai) iv. Lounge Suit v. Batik vi. Pakaian Sukan vii. Smart casual viii. Selendang (untuk wanita semua kaum) ix. Tali leher (untuk lelaki dalam warna yang biasa digunakan)


52 b. Sentiasa bersedia dengan tanda nama dan pakai tanda nama semasa bertugas c. Memiliki sekurang-kurangnya satu jam bagi fungsi tertentu – Dress/ Classic/Sport d. Mempunyai tudung yang sesuai daripada segi warna, corak dan fesyen e. Aksesori yang diperlukan mengikut fungsi – pen, skarf, tali pinggang, butang, klip tali leher, klip kolar kemeja, pin tudung dan lain-lain. f. Stoking g. Kasut h. Rancang almari pakaian – pastikan pakaian untuk bertugas sentiasa ada dalam keadaan sedia. Tidak perlu mempunyai pakaian terlalu banyak tetapi tidak sesuai dipakai untuk bertugas.


53 BAB 12 ETIKET DI MEJA MAKAN FORMAT JAMUAN PENGGUNAAN NAPKIN 1. Ketibaan diraikan dengan minuman selamat datang 2. Berhidang 3. Buffet – DIY 4. Cocktail & receptions 1. Letakkan di atas pangkuan. 2. Jangan selit pada tali pinggang/tali leher. 3. Gunanya untuk mengelakkan makanan jatuh ke baju dan mengotorkan, mengesat tepi bibir (lekapkan), menutup mulut ketika membuang tulang yang terselit. 4. Tinggal sementara, letak atas kerusi. 5. Selesai makan, kemaskan dan letak atas meja. Juice Glass Water Glass Dessert fork Dessert Butter spoon knife Salad fork Dinner fork Susunan peralatan di meja makan Dinner knife Dinner spoon Soup spoon


54 1. Susunan garpu menunjukkan bentuk jamuan yang akan dihidangkan. 2. Penggunaan dari luar ke dalam. Tips jari : Tangan kiri membentuk huruf b, menunjukkan bread dan tangan kanan membentuk huruf d, menunjukkan drink. a. Sudu – di tangan kanan − terlentang, letak pangkal sudu di tengah tapak tangan. Pegang dengan jari telunjuk dan ibu jari di bahagian serta dibantu oleh jari manis dan jari kelengkeng. b. Garpu - di tangan kiri − pegang seperti sudu tetapi cabang menelangkup ke bawah. − jika diguna sendirian, jejari terlentang ke atas (aiskrim/kek). c. Pisau - di tangan kanan − pegang seperti sudu, mata menghala ke dalam pinggan . − untuk memotong bukan menggergaji makanan. 1. Jika tidak minum - tutup mulut gelas dengan dua jari. 2. Air biasa akan sentiasa dipenuhi. 3. Pegang gelas di kaki supaya tangan tidak basah. 4. Kaki gelas di antara jari hantu dan jari manis. 5. Pegang telinga cawan dengan tiga jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu). 6. Jangan masukkan jari ke dalam telinga cawan. 7. Letak sudu di piring semasa minum. 8. Kacau di bahagian tengah cawan sahaja. 9. Cawan teh – besar (kembang). 10. Cawan kopi – kecil (kuncup). PENGGUNAAN SUDU, GARPU DAN PISAU PENGGUNAAN GELAS


55 1. Gunakan penyangkut beg di meja untuk keselamatan dan keselesaan. 2. Elakkan membawa beg terlalu besar ke majlis. 3. Elakkan meletakkan beg di bawah meja, di bawah kerusi atau di penyandar kerusi. 4. Miliki sekurang-kurangnya satu penyangkut beg untuk digunakan di sebarang majlis jamuan seperti contoh yang berikut: 1. Berhenti makan apabila hos berhenti – hos perlu bijak memainkan peranan. 2. Rapatkan sudu dan garpu dengan kedudukan terlentang dan mata pisau menghadap ke dalam pinggan. 3. Kedudukan ketiga-tiga peralatan di pukul lima/enam. 4. Tetamu harus mengelakkan perkara-perkara yang berikut semasa di majlis jamuan: PENGGUNAAN PENYANGKUT BEG SELEPAS MAKAN


56 1. Menggoyang-goyangkan kaki sama ada semasa duduk atau berdiri 13. Membiarkan sudu dalam gelas atau cawan dan kacau kopi/ teh dengan bunyi yang kuat 2. Mengunyah gula-gula getah atau seumpamanya sambil bercakap 14. Memakai minyak wangi yang kuat 3. Mencelah perbualan orang lain yang sedang berbual 15. Meletakkan barangan peribadi di atas meja makan 4. Bercakap dengan mulut yang penuh makanan 16. Mengguna perkataan atau berjenaka lucah 5. Menggigit kuku, mengorek telinga, hidung dan mencungkil gigi di khalayak ramai 17. Bertumpu di meja hidangan secara buffet dan mengambil makanan secara berlebihan 6. Memakai pakaian yang tidak sesuai dengan majlis 18. Menggunakan bahasa asing yang tidak difahami oleh orang lain 7. Berkelakuan yang tidak senonoh dan melakukan perkara-perkara sumbang 19. Berlagak sombong 8. Bercakap dengan nada suara yang tinggi 20. Menyendiri dan menjadi ‘kera sumbang’ 9. Merokok 21. Bersolek dan bersikat rambut di meja makan/di khalayak ramai 10. Berbisik-bisik sesama teman 22. Membelek-belek peralatan 11. Mengeluarkan bunyi – menghirup sup/mengunyah makanan/ mengacau minuman 23. Menggunakan telefon 12. Menyusun pinggan mangkuk selepas makan 24. Berbual di telefon PERKARA-PERKARA PERLU DIELAKKAN SEMASA DI MEJA MAKAN


57 1. Tempat majlis 2. Senarai Jemputan 3. Atur Cara Majlis 4. Pakaian Majlis 5. Jawatankuasa 6. Kad Jemputan 7. Menu 8. Susunan Keutamaan 9. Panggilan Hormat 10. Susunan Tempat Duduk 11. Juruacara/ Pembaca Doa 12. Atur Cara Pentadbiran 13. Pegawai Pengiring/ Penyambut Tetamu/ Pembantu Majlis 14. Raptai 15. Nilai-nilai Islam 16. Post-mortem 1. Membentuk Jawatankuasa Kerja dan melantik Pengerusinya 2. Menentukan tema majlis 3. Menetapkan tarikh, masa dan lokasi majlis 4. Menentukan Tetamu Kehormat 5. Menentukan bilangan dan profil tetamu undangan 6. Menentukan pengisian agenda dan prosedur majlis 7. Menentukan format pengacaraan majlis 8. Memutuskan jenis cenderamata 9. Meluluskan peruntukan kewangan 10. Melibatkan diri pada hari raptai 11. Melaksanakan tugas yang ditentukan pada hari majlis 12. Mengadakan post-mortem/kajian semula 13. Menghantar surat penghargaan kepada tetamu kehormat 13 FUNGSI JAWATANKUASA INDUK BAB 13 PERANAN JAWATANKUASA PENGANJURAN MAJLIS PENGANJURAN MAJLIS RASMI 1. Terdapat enam belas elemen yang perlu diberikan perhatian di dalam pengurusan majlis seperti yang berikut: 2. Kebiasaannya tiga belas jawatankuasa dibentuk di peringkat tertinggi yang dipanggil Jawatankuasa Induk, yang diikuti dengan pembentukan jawatankuasa kecil yang dipanggil jawatankuasa kerja. Terdapat tiga belas fungsi jawatankuasa induk yang boleh diikuti sebagai panduan:


58 JAWATANKUASA BAGI PENGANJURAN MAJLIS RASMI Jawatankuasa Sambutan dan Protokol Jawatankuasa Jemputan 2 1 1. Mendapatkan senarai kehadiran terkini daripada Jawatankuasa Jemputan bagi Majlis Perasmian. 2. Mengenal pasti dan melantik Pegawai Pengiring (LO) jemputan khas. 3. Menyediakan senarai tugas Pegawai Penyelaras dan Penyambut Tetamu. 4. Menyusun dan tag tempat tetamu kenamaan. 5. Memastikan LO dan Pegawai Sambutan menjalankan tugas mereka dengan baik pada hari berkenaan. 6. Memastikan Penyambut Tetamu menjalankan tugas. 1. Menyediakan senarai jemputan. 2. Menyedia dan menghantar kad jemputan. 3. Memantau/mengemaskini jawapan kehadiran dan membuat susulan (follow up). 4. Memaklumkan kepada Sekretariat dan Jawatankuasa Pendaftaran mengenai bilangan kehadiran tetamu kenamaan/peserta yang akan hadir. 5. Menyediakan senarai kehadiran terkini. 3. Tambahan kepada tugas Jawatankuasa Induk adalah memastikan pengumpulan maklumat daripada semua jawatankuasa kecil diselaraskan dan dokumentasi berkaitan pengurusan majlis dikemas kini dan direkod dengan baik.


59 Jawatankuasa Jamuan Jawatankuasa Lojistik dan Teknikal 3 4 1. Mendapat menu daripada pihak catering yang dipilih. 2. Membuat pilihan menu berdasarkan faktor usia, bangsa dan kesihatan tetamu. 3. Mengadakan food tasting. 4. Memantau pihak caterer sepanjang majlis. 1. Mendapatkan senarai keperluan bilik-bilik sepanjang majlis dan membuat tempahan. 2. Memastikan signage bagi ke tempat majlis ada diletak. 3. Menyedia dan memasang backdrop. 4. Memastikan sistem penghawa dingin dihidupkan awal dan berfungsi dengan baik. 5. Memastikan kawalan keselamatan dan trafik teratur. 6. Mengenal pasti tempat meletakkan kenderaan. 7. Memastikan pihak berkuasa Hospital, Polis, Bomba, TNB dimaklumkan mengenai majlis yang berlangsung. 8. Memastikan kebersihan bilik-bilik VIP, tandas, tempat makan dan lainlain. 9. Memastikan semua keperluan di dalam bilik tersedia. 10. Menguruskan keperluan makan minum tetamu kehormat, VIP dan peserta sepanjang majlis. 11. Mengenal pasti individu yang bertanggungjawab bagi urusan teknikal sepanjang majlis.


60 Jawatankuasa Penerbitan Jawatankuasa Kewangan Jawatankuasa Publisiti 7 6 5 1. Menyediakan draf kulit buku program dan bentuk backdrop untuk kelulusan Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis dan menyediakan mock-up. 2. Mendapatkan draf backdrop bagi tempat persidangan. 3. Menerbit dan mencetak bahan-bahan bercetak untuk keperluan majlis. 4. Mencetak bahan-bahan untuk keperluan jawatankuasa-jawatankuasa lain seperti kad tag nama, tag meja dan lain-lain. 1. Menyediakan anggaran belanjawan keseluruhan. 2. Mendapatkan kelulusan Perbendaharaan bagi butir-butir perbelanjaan. 3. Membuat pembayaran ke atas bil-bil perbelanjaan. 1. Menyedia dan mengedar flyers dan poster, bunting dan banner. 2. Menjalankan promosi yang bersesuaian. 3. Membuat liputan fotografi semasa persidangan. 4. Memastikan bilik sidang media tersusun rapi dan mengikut keperluan. 5. Menguruskan sebarang sidang media. 6. Mengawal kehadiran pihak media.


61 Jawatankuasa Cenderamata 8 Jawatankuasa Teks Ucapan 1. Mendapat persetujuan mengenai jenis hadiah. 2. Mengurus penyediaan cenderamata. a. Jumlah yang cukup b. Diikat riben c. Dulang hadiah/troli dan sebagainya. 3. Mendapatkan peruntukan pembelian cenderamata. a. Menyimpan akaun pembelian b. Menyimpan resit dan rekod pembelian 4. Mengurus urusan pemberian cenderamata di pentas. a. Mengenal pasti petugas b. Jadual petugas c. Tanggungjawab petugas d. Beri penerangan tentang tanggungjawab petugas 1. Menyedia draf teks ucaptama. 2. Menyediakan draf kata-kata aluan untuk dimuatkan dalam buku program/cenderamata. 3. Memastikan draf diserahkan kepada pihak-pihak berkenaan dalam masa yang ditetapkan. 4. Menyediakan teks ucapan dalam format yang ditetapkan dan bersedia dengan back up pada hari majlis berlangsung. 9


62 Jawatankuasa Pengurusan Majlis (Floor Manager) Jawatankuasa Multimedia 11 10 Jawatankuasa Pelaporan 1. Menyediakan slaid dan muzik selingan semasa menanti majlis bermula (Contoh: ungkapan bestari). 2. Mendapatkan soft copy slaid dari penceramah (seminggu sebelum) dan membuat uji cuba (seminggu sebelum). 3. Menyediakan susunan slaid semasa ceramah/majlis berjalan. 4. Memastkan kelancaran slaid tanpa ada sebarang masalah teknikal. 5. Menyedia dan mengawal tayangan montaj. 1. Menyediakan atur cara pentadbiran majlis dan senarai semak. 2. Menyediakan teks ucapan pengacara dan teks bacaan doa. 3. Melantik pengacara, pembaca doa dan pembantu pentas. Kadangkala termasuk hiasan meja kopi di pentas. 4. Mengurus air minuman di pentas, water boy dan bilik menunggu. 5. Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama semua jawatankuasa yang dibentuk di peringkat jawatankuasa induk. 6. Mengadakan raptai/dry-run bersama jawatankuasa yang terlibat. 7. Bertanggungjawab secara khusus untuk memastikan kelancaran perjalanan majlis pada hari majlis berlangsung. 1. Mengenalpasti pelapor-pelapor majlis. 2. Menyediakan jadual dan tugas pelapor. 3. Memastikan adanya rakaman sesi bagi penyediaan laporan. 4. Memastikan keperluan pelapor supaya laporan dapat disiapkan mengikut jadual. 5. Menyediakan laporan lengkap persidangan dan memastikan ia dicetak. 12


63 Jawatankuasa Kertas Kerja Jawatankuasa Pendaftaran 14 13 Jawatankuasa Pameran 1. Menyediakan sistem pendaftaran. 2. Mendapatkan senarai kehadiran yang terkini daripada JK Jemputan. 3. Memasukkan maklumat jemputan ke dalam sistem pendaftaran. 4. Memastikan kelengkapan dan peralatan pendaftaran tersedia. 5. Menguruskan pendaftaran jemputan dan mengedarkan atur cara program dan bahan edaran lain. 1. Mengenal pasti tema bagi sesi pleno dan sesi selari (parallel). 2. Mengenal pasti dan menjemput pembentang-pembentang dari dalam dan luar negeri. 3. Menyediakan talking point untuk pengerusi sesi pleno dan sesi selari (parallel). 4. Menyedia dan menyemak kertas prosiding sebelum dihantar untuk percetakan. 1. Dapatkan maklumat konsep majlis. 2. Membentuk pasukan kerja bagi setiap set pameran yang akan dipamerkan. 3. Menyediakan bahan yang bersesuaian untuk dipamerkan dan petugas di kawasan pameran. 15


64 BAB 14 PENYAMPAIAN CENDERAMATA/ SIJIL DI PENTAS 1. Berpersonaliti baik, sopan dan kemas serta tidak mencuri perhatian audiens. 2. Peka kepada pengumuman pengacara dan perjalanan majlis. 3. Fasih serta tepat dengan penyediaan cenderamata, sijil, hadiah, anugerah dan sebagainya yang akan disampaikan kepada penerima. 4. Memakai pakaian yang sesuai, sopan dan tidak mengundang ketidakselesaan seperti kasut yang terlalu tinggi dan pakaian yang ketat. 5. Sentiasa bersedia untuk memastikan peralatan yang diperlukan tersedia awal seperti dulang, alas dulang, gunting, troli dan sebagainya. KRITERIA PEMBANTU PENTAS YANG BAIK 1. Keluasan pentas adalah faktor penting untuk menentukan kedudukan meja cenderamata dan kedudukan pembantu pentas. Rujuk kepada senario-senario yang bersesuaian dengan situasi pentas dan bilangan tetamu kehormat. KEDUDUKAN PEMBANTU PENTAS, TETAMU KEHORMAT DAN PENGIRING TETAMU KEHORMAT


65 3. Senario 2: VIP 1 adalah penerima. Pembantu Pentas 1 akan membawa cenderamata menggunakan dulang. VIP 2 akan mengambil cenderamata dan menyampaikan kepada VIP 1 sebagai memento atau tanda penghargaan. Sekiranya VIP 1 adalah kerabat diraja, VIP 2 perlu menyampaikan cenderamata menggunakan dulang. Pembantu Pentas 2 akan menyambut cenderamata daripada VIP 1 juga menggunakan dulang. 2. Senario 1: Melibatkan tiga orang tetamu. Pembantu pentas akan menghulurkan cenderamata menggunakan dulang kepada VIP 3. VIP 3 mengambil cenderamata sahaja dan dihulurkan kepada VIP 1. VIP 1 akan menyampaikan cenderamata kepada penerima. VIP 2 akan memerhati dan keadaan gambar akan memperlihatkan VIP 1, VIP 2 dan Penerima. PAKSI PENTAS Pembantu Pentas 1 VIP 2 VIP 1 VIP 3 Audiens Audiens Pembantu Pentas 2 PAKSI PENTAS VIP 2 VIP 3 Meja Cenderamata VIP 1 Audiens Audiens Pembantu Pentas Laluan Penerima (TURUN) Laluan Penerima (NAIK)


66 BAB 15 TATACARA PENGANJURAN MAJLIS DALAM TALIAN Amalan protokol dalam penganjuran majlis secara fizikal masih terpakai, tetapi memerlukan sedikit penyesuaian mengikut perkembangan teknologi digital. Beberapa perkara seperti yang berikut perlu diambil perhatian: PERSEDIAAN 1. PERALATAN ALAT PANDANG DENGAR (ICT) Memastikan setiap tetamu atau peserta mesyuarat/persidangan dimaklumkan berkenaan keperluan lengkap peralatan ICT yang akan digunakan. Jelaskan tentang keperluan mengaktifkan video dan menyahaktifkan mikrofon peranti sepanjang majlis berjalan. 2. JEMPUTAN Memastikan makluman sampai kepada kumpulan sasaran dalam tempoh masa yang sesuai dan menghantar peringatan-peringatan berkala sebagai publisiti. Pautan aplikasi yang digunakan untuk penganjuran majlis juga perlu disampaikan dengan kemas dan teratur agar mudah dicapai. Dalam keadaan dunia dan negara berhadapan dengan pandemik Covid-19, pelbagai perkara dilaksanakan dengan norma baharu termasuklah tatacara menganjurkan majlis yang kesemuanya dilaksanakan secara dalam talian. Norma baharu adalah peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit yang tidak mengizinkan perjumpaan secara fizikal berlaku untuk tujuan perkongsian pembelajaran, mesyuarat, persidangan dan sebagainya.


67 3. PEMATUHAN MASA Para jemputan/peserta perlu dimaklumkan dengan jelas mengenai perancangan masa untuk mengelakkan pembaziran masa akibat kekangan teknikal dan sebagainya. Maklumkan berkenaan atur cara majlis dalam talian tersebut supaya hadirin boleh mengurus masa mereka dengan baik. 4. KEHADIRAN Para jemputan/peserta perlu dimaklumkan berkenaan cara kehadiran mereka akan direkodkan. Penganjur perlu menyediakan kaedah yang mudah tetapi berkesan untuk merekodkan kehadiran tetamu/peserta. 5. IDENTITI Jelaskan keperluan para tetamu/peserta memaparkan identiti mereka yang sebenar. Mohon mereka untuk mengubah nama di paparan aplikasi mereka kepada nama sebenar kerana majlis dalam talian adalah sebuah majlis rasmi. 6. PAKAIAN Jelaskan keperluan para tetamu/peserta memakai pakaian yang bersesuaian dengan majlis atau sekurang-kurangnya berpakaian seperti bertugas di pejabat memandangkan majlis atau acara dalam talian juga majlis rasmi. 7. PENGACARA • Pengacara mesti menggunakan tatacara susunan keutamaan dan panggilan hormat sama seperti majlis secara bersemuka. • Pengumuman kehadiran tetamu kehormat masih diperlukan sebaik sahaja mereka menyertai aplikasi yang digunakan. Pengumuman kehadiran perlu diubah kepada contoh seperti yang berikut: “Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ahmad bin Ali, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 secara dalam talian ini” • Gunakan skrip yang ringkas dan pastikan sebutan adalah jelas kerana seringkali terdapat gangguan talian internet menyebabkan suara pengacara tidak dapat didengari. • Pengacara perlu memainkan peranan seperti moderator yang berkebolehan mengawal gangguan suara daripada peserta/tetamu yang tidak disengajakan dan tidak disedari.


68 ATUR CARA MASA PERKARA/BUTIRAN - Aplikasi Majlis Di Dalam Talian Diaktifkan (Paparkan Backdrop Dan Atur Cara Majlis Secara Berselang Seli Disertai Muzik Iringan) - Pengumuman Pertama Berkaitan Majlis (Paparkan Tatacara Menghadiri Majlis Secara Dalam Talian) - Pengumuman Pengacara Memohon Peserta Bersedia Dan Mengaktifkan Video/Menutup Audio - Pengumuman Kehadiran Tetamu Kehormat/Tetamu Utama - Nyanyian Lagu Negaraku - Bacaan doa - Tayangan Montaj Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - Ucapan Aluan-Aluan Tuan Rumah/Pengerusi Penganjur - Ucapan Perasmian - Penyampaian Anugerah Secara Virtual Melalui Rakaman Awal Majlis tamat 8.00 pagi : 8.15 pagi: 8.25 pagi: 8.30 pagi: 8.30 pagi: 10.30 pagi: 8. ATUR CARA • Atur cara majlis diringkaskan berbanding majlis secara bersemuka. • Contoh atur cara yang boleh digunakan untuk penganjuran majlis secara dalam talian adalah seperti yang berikut:


69 RUJUKAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 - Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Rasmi Bagi Pegawai-pegawai Am 2. Surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bertarikh 15 Mac 2005 -Galakan Memakai Baju Kebangsaan Pada Hari Jumaat (Perkara 2.1.3 PP2/1985) 3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006 - Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi 4. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008 - Pemakaian Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis 5. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2013 - Pemakaian Two/Three – Piece Pant Suit Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja 6. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2021 - Galakan Pemakaian Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis dan di Majlis Rasmi Dalam dan Luar Negara 7. Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1983 - Pemakaian Tanda Nama 8. Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2022 - Penggunaan Jata Persekutuan 9. Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 Bertarikh 30 Jun 2014 - Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya 10. Buku Bendera Kita Jalur Gemilang -Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Jun 2017 11. Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1994 - Pengibaran Bendera Malaysia di Bangunan-Bangunan Persekutuan di Seluruh Negara 12. Warta Kerajaan Persekutuan Bertarikh 16 Mac 2017 - Susunan Keutamaan Persekutuan 13. Akta 414 -Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 14. Seksyen 504 Kanun Keseksaan 15. Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 16. Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 17. Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2014 - Tatacara Penggantungan Potret Rasmi


70 PENGHARGAAN Penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru-guru kami di bidang yang berkaitan yang telah berkongsi input dan pengalaman. Penghargaan tidak terhingga juga dirakamkan buat keluarga, rakan-rakan di PPKB, Ketua PPKB, Munsyi Muda Bahasa INTAN, Encik Mohamad Ikhwan Al Syahid bin Abdullah Tahir selaku editor serta individu-individu yang menyumbang rapat kepada penghasilan buku ini iaitu Halida Burkhan, Nurul Afifah Jemadi dan Nurul Jannah Hosman. Semoga sokongan dan khidmat yang kalian sumbangkan akan mendapat balasan baik daripada Allah dan akan sentiasa menjadi dorongan kepada kami untuk menyumbangkan hasil penulisan yang lebih baik ke arah perkembangan ilmu pengetahuan dalam pembangunan modal insan sejagat. Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian menghadiri Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis serta menggunakan buku sisipan ini sebagai rujukan kepada perbincangan dalam kursus. Sekiranya terdapat kemusykilan, mohon salurkan pertanyaan dan cadangan kepada e-mel di bawah. Terima Kasih [email protected] [email protected]


Click to View FlipBook Version