The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

eBuletin HRC Edisi Kelima Sep - Okt 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hospital Rehabilitasi Cheras, 2023-12-12 03:52:12

eBuletin HRC Edisi ke-5

eBuletin HRC Edisi Kelima Sep - Okt 2023

E DISIK E LIM A/N O V E M B E R 2 0 2 3 HELLO R EBULETIN E HOSPIT H AL REHABI A LITASI CHE B RAS MediTel - Hotel Di dalam Hospital SELAMATDATANGAHLILEMBAGAPELAWATHOSPITALSIDANG2023-2026


THE FACE OF HRC: KLINIK PAKAR NEUROLOGI & PROGRAM REHABILITASI KARDIOPULMONARI (CPRP) 1 SIDANG REDAKSI KATA ALU-ALUAN PENASIHAT KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENCAPAIAN BULANAN HRC SELAMAT DATANG AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL SIDANG 2023-2026 SENARAI KAKITANGAN BERTUKAR KELUAR & MASUK SEPANJANG SEP - OKT 2023 RANGKUMAN PROGRAM & AKTIVITI SEPANJANG SEP - OKT 2023 PEMAKLUMAN PROGRAM & AKTIVITI AKAN DATANG - DIS 2023 RANGKUMAN MEDIA & PUBLISITI SEPANJANG SEP - OKT 2023 INFO SIHAT REHAB TIP MENARIK FAKTA MENARIK MAKLUM BALAS INSPIRASI KEJAYAAN SUDOKU & TEKA TEKI PEMENANG SEGMEN TEKA TEKI LEPAS MUTIARA KATA 2 3 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 MEDITEL - HOTEL DI DALAM HOSPITAL 4


*Bangunan asal Hospital Lady Templer sejak Tahun 1952 yang telah dirobohkan bagi memulakan pembinaan Hospital Rehabilitasi Cheras “Saya boleh melakukan perkara yang anda tidak boleh, anda boleh melakukan perkara yang saya tidak boleh; bersama-sama kita boleh melakukan perkara yang hebat. ”- Mother Teresa PENASIHAT I DR. FAIZUL NIZAM BIN ABU SALIM PENGARAH HOSPITAL PENASIHAT II PUAN NOR ERZNY ASHURA BINTI AHMAD TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN) KETUA EDITOR ENCIK MUHAMMAD MIHRAB BIN ZAIN AZMAN KETUA UNIT PERHUBUNGAN AWAM & PERPUSTAKAAN EDITORIAL CIK WAN NORELLIYANA BINTI RUZAIDI CIK DAYANG FATIN NABILAH BINTI IDRIS (UNIT PERHUBUNGAN AWAM) ENCIK MOHD KHOLID BIN YAACOB (UNIT PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN) ENCIK MOHD SHUKRI BIN MD ARIS (UNIT PERUBATAN KESIHATAN PEKERJAAN & PERSEKITARAN) DENGAN KERJASAMA PUAN NORSOFIA BINTI ISHAK (UNIT SUMBER MANUSIA & LATIHAN) DR. NUR FATIN IZZATI BINTI DAUD (UNIT KUALITI & PENDIDIKAN KESIHATAN) DR. FARAH INAZ BT KHAIRUZZAMAN (UNIT REHABILITASI NEUROLOGI)


Dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani, Saya percaya, penghasilan ebuletin ini bukan sahaja merekodkan segala peristiwa yang berlaku bahkan merakamkan pelbagai pencapaian dan kecemerlangan kakitangan dalam pelbagai sudut. Semoga rekod dan kejayaan yang dicapai oleh Warga Kerja HRC dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sekali lagi kita berjaya menerbitkan ebuletin yang menjadi tanda ingatan buat warga Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), iaitu Hello Rehab Edisi Kelima. Sekalung penghargaan, penghormatan dan tahniah diberikan kepada pasukan Sidang Redaksi atas berkat usaha yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga HRC ini. Menerusi ebuletin ini jugalah tercatatnya segala coretan aktiviti dan info maklumat untuk dijadikan kenang-kenangan terutamanya bagi para pemegang taruh. YBrs. Dr. Faizul Nizam bin Abu Salim Pengarah Hospital Rehabilitasi Cheras KATA ALU-ALUAN PENGARAH Sebagai Penasihat I ebuletin Hello Rehab ini, mewakili Pasukan Sidang Redaksi ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan ebuletin ini, sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang sebaliknya datang dari kelemahan diri kami sendiri. Semoga dengan penghasilan ebuletin ini, semua kenangan dan memori indah bersama Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dapat dipotretkan untuk tatapan di masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani, Alhamdulillah, setelah hampir setahun, kini ebuletin Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) yang diberi nama Hello Rehab telah masuk Edisi Kelima dan ini bermakna terukirlah himpunan-himpunan memori di HRC sepanjang bulan September - Oktober 2023. Tidak dinafikan lagi, ebuletin ini dapat disiapkan dengan curahan idea kreatif oleh Sidang Redaksi yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan ebuletin ini sentiasa berada di hati Warga HRC. Syabas dan tahniah yang tidak terhingga saya ucapkan kepada krewkrew redaksi sekalian. Sokongan padu daripada seluruh warga HRC terhadap segala aktiviti yang telah dijalankan telah menjadi pemangkin kepada prestasi terbaik semua pihak sepanjang tahun 2023. Sudah semestinya pelbagai transformasi yang telah diharungi oleh warga kerja HRC termasuk gerak kerja ebuletin Hello Rehab HRC bagi menonjolkan pelbagai aktiviti menarik yang telah dilaksanakan agar ebuletin ini lebih dekat dengan pembaca serta padat dengan informasi kesihatan yang berguna. Lantaran itu, saya percaya dan yakin bahawa Krew Redaksi berusaha memanifestasikan ebuletin Hello Rehab ini di satu tahap yang terbaik pada setiap edisi sesuai dengan tujuan utama penerbitan ebuletin ini sebagai medium untuk menyimpan 1001 kenangan, mencatat detik-detik bersejarah dan memotret seribu wajah. Adalah menjadi harapan dan kebanggan saya penerbitan ebuletin ini menjadi wadah penyaluran maklumat semasa di samping menjadi sumber informatif yang sangat dinanti-nantikan oleh warga HRC. Tidak terhingga ucapan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan yang berpanjangan terhadap apa jua aktiviti yang dijalankan di HRC. Akhir kalam, semoga HRC akan terus mengukir kejayaan di Malaysia dan persada dunia serta berjaya merealisasikan matlamat menjadi sebuah Institut Rehabilitasi Negara yang terunggul dalam memberikan rujukan Perubatan Rehabilitasi kepada semua dan semoga segala usaha murni yang dilakukan mendapat keberkatan dan rahmat dari Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih. KATA - KATA ALUAN PENASIHAT YBrs. Puan Nor Erzny Ashura binti Ahmad Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Rehabilitasi Cheras


Kemudahan penginapan yang tersedia buat penjaga pesakit yang berada di dalam wad serendah RM15 semalam. Meditel menawarkan sebanyak 24 buah bilik di mana setiap bilik dilengkapi dengan perabot, dua (2) buah katil bujang dan tandas. MEDITEL “Hotel Di dalam Hospital”


Bagaimana cara memohon Meditel Hospital Rehabilitasi Cheras? Mendapatkan borang permohonan Meditel dari wad (tempat dimana pesakit mendapatkan rawatan); Borang permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan; Borang yang telah di lengkap diisi hendaklah dibawa ke Kaunter Meditel pada waktu operasi Meditel. Kemudahan / Fasiliti yang ditawarkan di Meditel: Mesin Penapis Air Peti Ais Mesin Basuh Pantri Surau 2 Katil Bujang dalam 1 buah bilik Set meja dan kerusi makan di Lobi Meditel. Waktu Operasi Kaunter Meditel: Isnin – Khamis : 2.00 – 4.00 petang Jumaat : 2.45 – 4.30 petang Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Meditel sila hubungi: Jabatan Kerja Sosial Perubatan : 03-91453400 samb 2700 Emel: [email protected] Kriteria Permohonan Penginapan Meditel: Terbuka kepada waris pesakit/ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas. Keutamaan diberi kepada waris pesakit/ahli keluarga yang menjaga di pesakit di wad dan tinggal di luar daerah Kuala Lumpur.


Selamat Datang AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL Sidang 2023 - 2026 Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada kesemua 20 Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras (ALPHRC) bagi sidang 2023-2026 yang telah dilantik secara rasminya oleh YB Menteri Kesihatan untuk bersamasama bekerjasama dengan pihak Pengurusan Hospital dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada pelanggan HRC. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Encik Andrew Lai Chen Heng atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi, Dr. Rajeswaran A/L Krishna Kutty sebagai Timbalan Pengerusi I, Encik Jonathan Vela sebagai Timbalan Pengerusi II, Encik Tai Chin Jack sebagai Setiausaha I, Puan Syarifah Munirah binti Syed Mohssain sebagai Setiausaha II dan Encik Suzairi bin Dato' Mohd Sukon sebagai Bendahari. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan akan digalas sebaik mungkin demi memberikan yang terbaik buat semua pelanggan HRC seterusnya menaikkan lagi nama HRC dipersada global selaras dengan misi hospital untuk menjadi Pusat Rujukan Utama Perubatan Rehabilitasi bukan sahaja di Malaysia namun di Asia Tenggara.


PENGERUSI LAI CHEN HENG TIMB. PEMGERUSI I RAJESWARAN A/L KIRISHNA KUTTY TIMB. PENGERUSI II JONATHAN VELA SETIAUSAHA TAI CHIN JACK PEN. SETIAUSAHA SYARIFAH MUNIRAH BINTI SYED BENDAHARI SUZAIRI BIN DATO’ MOHD SUKON AJK KEBAJIKAN & SOSIAL SAIFUL ANUAR BIN MOHAMAD BAGHAWI AJK PROGRAM ROSMAH OMAR AJK SUMBANGAN & JARINGAN KERJASAMA LYDIA LIAN POH LENG NIK OMAR BIN NIK MIN ALOYSIOUS ROY A/L ANTONY PAUL RAJ BUDI L SYAHPUTRA BIN AKMAL AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL Sidang 2023 - 2026 NOOR AIDA BINTI AHMAD ZIN EZY EZLYANA BINTI OSTMAN NUR IZYAN ABD RAHIM AZMEE BIN ABD RAHIM MOHD AZRI BIN MOHD ROSLI ZAINI BINTI ZAKARIA HAJAH MARIAH BINTI JANTAN MOHD SHAHIR BIN MOHAMAD DAN


PENCAPAIAN BULANAN HRC Program ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) telah bermula sejak tahun 2010 dan ianya merupakan suatu inisiatif di bawah ASEAN Centre for Energy (ACE) dalam usaha menggalakkan pengurusan tenaga dengan cekap di peringkat ASEAN. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Unit Kejuruteraan dan seluruh warga keluarga HRC amnya kerana telah menerima penganugerahan Pensijilan ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) Energy Management Gold Standard (EMGS) dengan 2 bintang. Untuk makluman, HRC adalah merupakan hospital kerajaan pertama di Malaysia yang dibina untuk mencapai sasaran kecekapan tenaga apabila siap dan beroperasi. Dalam Penyata Keperluan Tender JKR, dinyatakan bahawa bangunan itu hendaklah mencapai BEI (Intensiti Tenaga Bangunan) tidak lebih daripada 150kWH/m2*tahun apabila dinormalkan kepada 2800jam operasi setiap tahun.


PENCAPAIAN BULANAN HRC Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Kerja HRC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasangan duet bersuara emas, Encik Mohd Shahim bin Md Jauhari dari Unit Terapi Pertuturan dan Puan Nur Faraheen binti Sahli dari Jabatan Patologi kerana telah menjuarai Pertandingan Karaoke Suara Emas peringkat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P) yang dianjurkan di Dewan Auditorium HRC pada 21 oktober 2023 yang lalu. HRC JUARA PERTANDINGAN KARAOKE SUARA EMAS PERINGKAT JKWPKL&P


KLINIKPAKAR REHABILITASINEUROLOGI Klinik Pakar Rehabilitasi Neurologi memberi perkhidmatan perubatan rehabilitasi bagi individu yang mengalami strok iskemik dan masalah neurologikal yang melibatkan bahagian otak, saraf dan otot seperti Guillain-Barre syndrome, spinocerebellar ataxia, motor neuron disease, multiple sclerosis, neuromyelitis optica polyneuropathy, muscular dystrophy, adult cerebral palsy, Parkinson Disease, Parkinson Plus Syndrome dan lain-lain masalah neurologikal bagi golongan dewasa. Program Perawatan Rehabilitasi Neurologi dirangka khas bagi memastikan seseorang individu menerima manfaat penuh melalui pendekatan rehabilitasi melibatkan pelbagai disiplin (anggota interdisiplinari) untuk mencapai potensi yang optimum. Pesakit yang dirujuk akan menerima penilaian lengkap oleh anggota interdisiplinari yang terlatih di dalam bidang rehabilitasi neurologi. Ini termasuk penilaian fizikal, kognitif, kefungsian, emosi, serta keperluan spesifik termasuk penilaian vokasional dan keperluan alatan rehabilitasi. Pelbagai pendekatan dan intervensi termasuk terapi dan prosedur khas yang berpandukan bukti saintifik dimanfaatkan bagi memacu pesakit ke arah mencapai tahap kefungsian dan keberdikarian yang tinggi. Antara perkhidmatan yang ditawarkan meliputi Spasticity & Dystonia Management, Ataxia Management, Flexible Endoscopic Evaluation of Swallowing (FEES), preskripsi ortosis, Return-to-Work and Return-toDrive dan lain-lain lagi. T H E F A C E O F H R C Petugas Barisan Hadapan di Klinik Pakar Rehabilitasi Neurologi KLINIK-KLINIK LAIN YANG TERDAPAT DI KLINIK PAKAR REHABILITASI NEUROLOGI: KLINIK REHABILITASI KECEDERAAN OTAK (ABI) KLINIK NEURO OPHTHALMOLOGY (MATA) KLINIK SPASTISITI KLINIK PSIKIATRI ISNIN - JUMAAT (8.00 pagi - 5.00 petang)


Program Rehabilitasi Kardio-Pulmonari Hospital Rehabilitasi Cheras telah diberikan tanggungjawab untuk merangka program rehabilitasi khusus untuk para pesakit bagi membantu mengurangkan simptom yang dialami seterusnya meningkatkan kualiti hidup pesakit yang mempunyai masalah kardiovaskular dan juga pulmonari kronik. Bermula November 2020 Program Pemulihan Jantung (CRP) telah berpindah ke unit sendiri iaitu di aras satu bersebelahan dengan Ruang Terapi Gunasama. Program ini mengekalkan aktiviti yang sama untuk pesakit luar dengan masalah kardiovaskular sebagai program rawatan harian. Bagi pesakit pulmonari kronik pula program PRP telah dimulakan pada September 2021 sebagai pesakit luar serta menerima rujukan dari hospital dan fasiliti kesihatan yang lain. PROGRAMREHABILITASI KARDIO-PULMONARI(CPRP) THEFACEOFHRCPetugas Barisan Hadapan di Program Pemulihan Kardio Pulmonari (CPRP) KENAPA MEMILIH KAMI? PEGAWAI MEMPUNYAI PENGKHUSUSAN / CREDENTIALING & TERLATIH DALAM BIDANG PEMULIHAN REHABILITASI. MEMPUNYAI PASUKAN MULTI DISIPLIN YANG BEKERJASAMA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN REHABILITASI YANG EFEKTIF.


OTA K MANUSIA MENGANDUNGI 100 BILION NEURON Organ manusia paling misteri ialah otak. Saintis dan pengkaji masih belum merungkai banyak fungsi otak. Organ ini merupakan organ paling penting dalam tubuh badan manusia dan ia menjadikan manusia berbeza dengan hidupan lain yang tidak mempunyai fungsi kognitif seperti manusia. Unit asas bagi otak ialah neuron yang terkandung sebanyak 100 bilion di dalam sebuah otak. Neuron ini berfungsi menghubungkan maklumat di dalam otak serta menerima dan menghantar maklumat dari bahagian tubuh yang lain. FAKTA MENARIK


Inspirasi Kejayaan Terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang, ikhlas dan dedikasi selama ini ke atas anak saya. Pn Sharifah Intan Bt Abd Hamid Kam h i a s t a i n d gat berpuas perkh engan idmatan yang diberikan sepanjang mendap s at rawatan di ini. Pu S a h n a S h hafini Binti ruddin Menerima rawatan dan khidmat nasihat yang terbaik. Berpuas hati dengan semua peringkat dari doktor dan jururawat. Persekitaran yang selamat dan selesa. Puan Mariam Md Akhir Puan Agnes Berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Pasukan yang amt professional dan mesra bantu untuk pemulihan. En Abdul Karim Bin Mohd Noor m Pe e r m khidmatan sangat bah uaskan di semua hingg agian dari security dokto a berurusan dengan dih r.Rasa diri sangat argai.Terima kasih En Norselin Bin Abd Wahab The staff which includes specialist, doctors, rehab therapist, nurse and attendants are pure joy to be around. They are so invested in the role as medical / therapy specialist they take their role seriously and execute them to perfection.Thank you MAKLUM BALAS


S U D O K U Teka Teki Ada sebiji roda pedati Bentuknya bulat daripada besi Selalu diikat sekuat hati Dilempar hidup dipegang mati? Emelkan jawapan anda ke : [email protected]


-BUYAHAMKA- “KECANTIKAN YANG ABADI TERLETAK PADA KEELOKAN ADABDAN KETINGGIAN ILMU SESEORANG. BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN PAKAIANNYA.” @Hospital Rehabilitasi Cheras Ikuti Laman Sosial Rasmi HRC : Mutiara Kata


Click to View FlipBook Version