EBULETIN HOSPITAL REHABILITASI CHERAS Rawatan Akupuntur bagi Pesakit Post Strok & Apakah Kebaikannya? Edisi Ketiga Julai 2023 HOLISTIC . RESILIENCE . COMPASSIONATE
ISI KANDUNGAN Bilik Pemeriksaan X-ray pesakit kanak-kanak di Jabatan Radiologi HRC SIDANG REDAKSI KATA ALUAN PENASIHAT THE FACE OF HRC - KENALI PEGAWAI PERUBATAN HRC KENALI JABATAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI (TCM) RAWATAN AKUPUNTUR BAGI PESAKIT POST STROK & APAKAH KEBAIKANNYA? SENARAI KAKITANGAN KELUAR MASUK HRC BULAN MEI DAN JUN 2023 RANGKUMAN PROGRAM DAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN MEI DAN JUN 2023 PEMAKLUMAN PROGRAM DAN AKTIVITI AKAN DATANG (OGOS DAN SEPTEMBER 2023) RANGKUMAN MEDIA DAN PUBLISITI MEI DAN JUN 2023 INFO SIHAT REHAB TIPS MENARIK FAKTA MENARIK INFO TERKINI TEKA TEKI DAN SUDOKU MUTIARA KATA
Anjung tinjau Kolam Terapi Hidro di Unit Fisioterapi HRC SIDANG REDAKSI PENASIHAT Puan Nor Erzny Ashura binti Ahmad Timbalan Pengarah (Pengurusan) Encik Muhammad Mihrab bin Zain Azman Pegawai Perhubungan Awam KETUA EDITOR EDITORIAL Cik Wan Norelliyana binti Ruzaidi Cik Dayang Fatin Nabilah binti Idris (Unit Perhubungan Awam) Encik Mohd Kholid bin Yaacob (Unit Pembantu Pegawai Perubatan) DENGAN KERJASAMA Puan Nazura binti Md Puzi (Unit Sumber Manusia & Latihan) Dr. Nurul Huda binti Hashim Dr. Nur Fatin Izzati binti Daud Dr. Ahmad Nurzahid bin Mohamed Nizam Puan Rahimi binti Tamim (Unit Kualiti & Pendidikan Kesihatan)
Kata Aluan Penasihat Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, e-Buletin Hospital Rehabilitasi Cheras ini dapat diterbitkan buat kali ketiganya. Syabas dan tahniah saya ucapkan! Penghasilan e-Buletin ini mencerminkan kesungguhan sidang redaksi menggembleng tenaga dalam usaha meningkatkan publisiti berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) disamping dapat memberikan kesedaran kesihatan khususnya berkaitan rehabilitasi dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada pembaca. Inisiatif murni ini juga adalah merupakan satu platform kepada pihak hospital untuk mendokumentasikan maklumat, merakamkan kenangan dan menghargai usaha serta kesungguhan warga HRC dalam melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Akhir kata, saya berharap agar penerbitan e-Buletin HRC ini dapat diteruskan bagi membina ukhwah serta menyatupadukan semua warga HRC dan saya ingin memohon maaf jikalau terdapat kekurangan yang ada dalam penghasilan e-Buletin ini. Semoga para pembaca mendapat impak positif daripada e-Buletin yang diterbitkan ini. Sekian, terima kasih. Salam Hormat, Puan Nor Erzny Ashura binti Ahmad Timbalan Pengarah (Pengurusan)
RAWATAN TERAPI HIDRO Terapi Hidro adalah teknik rawatan di mana pesakit dirawat dengan air terapung. Ia juga digunakan dalam rawatan kronik sakit otot, rematik dan pelbagai keadaan lain. Dalam rawatan, perbezaan suhu digunakan untuk merangsang peredaran darah dan tindak balas lain di dalam badan. Latihan kolam air panas adalah bentuk Terapi Hidro yang sangat baik untuk rawatan yang bersesuaian. K O L A M T E R A P I H I D R O Kolam Terapi Hidro di Unit Fisioterapi HRC
KENALI Pegawai Perubatan KAMI "We are very, very small but we are profoundly capable of very, very big things!" - Stephen William Hawking Terima kasih atas segala sumbangan jasa, dedikasi, kepakaran dan komitmen yang cemerlang!
Pesakit – pesakit yang ingin mendapatkan rawatan haruslah mendapatkan surat rujukan dari manamana Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan terlebih dahulu. Indikasi untuk rawatan adalah kesakitan kronik (chronic pain) dan angin ahmar (post stroke) sebagai rawatan komplementari. KENALI JABATAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI (T&CM) Hospital Rehabilitasi Cheras merupakan hospital yang ke-11 menawarkan perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM). Amalan-amalan yang ditawarkan adalah Urutan Tradisional Melayu, Akupunktur, Shirodhara dan Basti Terapi. Jabatan ini memulakan perkhidmatan pada November 2012 dan mempunyai seorang Ketua Jabatan iaitu Dr. Radzuan Bin Mat Ibrahim, 2 orang Jururawat Terlatih, seorang Jururawat Masyarakat, 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan serta 3 orang pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM).
RAWATAN AKUPUNTUR BAGI PESAKIT POST STROK Apakah kebaikannya? Terdapat beberapa rawatan tradisional yang dapat membantu atau sebagai komplemen kepada rawatan moden dalam proses pemulihan atau rehabilitasi pesakit strok antaranya adalah urut, akupuntur dan lain-lain. Akupuntur merupakan satu cabang perubatan tradisional Cina. Akupuntur dalam bahasa Cina bermaksud cucuk menggunakan jarum. Pengamal akupuntur menggunakan tusukan jarum halus di titik meridian pada badan yang akan berfungsi membuka sebarang sekatan terhadap pergerakan Qi. Akupuntur berkesan melalui meningkatkan ketidakupayan yang dialami oleh pesakit strok, mengurangkan rasa sakit dan kemurungan yang dialami oleh pesakit strok. Konsep Rawatan Akupuntur Dalam kaedah rawatan tradisional Cina, masalah atau penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan Yin dan Yang. Yin merujuk kepada sifat feminin kehidupan seperti lemah lembut, sejuk, penjaga manakala Yang merujuk kepada sifat berlawanan seperti kasar, panas, dominan. Pergerakan antara Yin dan Yang ini akan menghasilkan tenaga iaitu Qi (chi) yang bergerak melalui satu ‘energy channel’ iaitu meridian. Qi ini akan melalui meridian seperti air sungai yang melalui anggota badan untuk memberi nutrisi kepada organ dan tisu badan. Apabila pergerakan Qi ini tersekat, ini akan menyebabkan masalah atau penyakit kepada badan. Teknik akupunktur berfungsi membuka sebarang sekatan terhadap pergerakan Qi dengan memasukkan jarum pada satu titik yang spesifik pada badan . Mengikut kajian saintifik moden, meletakkan jarum akupuntur pada titik tertentu yang spesifik di bahagian badan akan merangsang bahan kimia dalam otot, saraf tunjang dan otak. Ini akan merangsang pembebasan hormon dan bahan kimia yang lain yang membantu dalam regulasi badan dan menukar rangsangan kesakitan kepada perasaan yang lebih baik. Keseimbangan hormon dan bahan kimia ini dapat membantu badan dalam proses kesembuhan dan keseimbangan emosi
Terdapat pelbagai teknik akupuntur yang boleh digunakan seperti acupressure: penggunaan urutan pada poin akupuntur, moksibusi : membabitkan pembakaran mugwort iaitu sejenis herba lembut seperti span, bersama jarum akupuntur, elektrik akupuntur: mengalirkan arus elektrik yang terkawal pada jarum akupuntur untuk tujuan rawatan. Teknik Rawatan Akupuntur Keselamatan dan Kesan Sampingan Akupunktur Akupunktur merupakan satu kaedah yang selamat jika dilakukan oleh pengamal perubatan tradisional Cina yang berkelayakan, yang mengunakan teknik-teknik yang betul dan menitikberatkan kebersihan. Akupunktur merupakan sebagai satu teknik yang invasive yang turut mempunyai risiko komplikasi seperti risiko tusukan ke organ badan seperti paru-paru dan salur darah utama, risiko jangkitan kuman, dan pendarahan. Namun kesan sampingan akibat akupunktur adalah rendah jika langkah-langkah berjaga-jaga diambil semasa menjalankan rawatan akupunktur ini. Rujukan: Traditional & Complementary Medicine Practice Guidline on Acupuncture (second edition Nov 2009) CPG Management of Ischemic Stroke (2nd edition) Laporan Teknikal 2015 Kajian : Acupuncture for Post Stroke Rehabilitation oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia Penulis : Dr. Noor Khairiyah Syazwani bt. Sholehudin Akreditor : Dr. Maznah bt. Wazir
RANGKUMAN MEDIA & PUBLISITI Segmen Hello Rehab di TikTok "Tips Kekal Cantik, Tertarik Dan Sihat Semasa Raya" yang disampaikan oleh Dr Mohansunya Krishnan, Pegawai Perubatan HRC 12 MEI 2023 Segmen Helo Doktor di TV3 bersama Dato' Dr. Tunku Muzafar Shah, Ketua Unit Geriatrik, Jabatan Perubatan Am, Hospital Selayang dan Dr Rizah Mazzuin Razali, Pakar Perunding Perubatan dan Geriatrik Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi membincangkan topik "Pelupa: Usia atau Dementia?" Rancangan MHI TV3 bagi membincangkan topik "MASALAH GAGAP" bersama Puan Nadwah Onwi dan Puan Nurul Iman Tuan Mustapha yang merupakan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) 28 MEI 2023 13 JUN 2023
@Hospital Rehabilitasi Cheras IKUTI MEDIA SOSIAL RASMI KAMI