The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ebulletin HRC Hello Rehab Edisi Keenam Jan 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hospital Rehabilitasi Cheras, 2024-02-13 03:58:48

ebulletin HRC Hello Rehab Edisi Ke-6

ebulletin HRC Hello Rehab Edisi Keenam Jan 2024

EDISI KEENAM e-Buletin Hospital Rehabilitasi Cheras JANUARI 2024


KANDUNGAN Isi 1 Sidang Redaksi Kata Alu-aluan Pengarah Sekapur Sireh Penasihat Hero Yang Tidak Didendang : Pengawal Keselamatan The Face of HRC : Kenali Kakitangan Klinik Pakar Rehabilitasi Spinal & Klinik Pakar Rehabilitasi Geriatrik Pencapaian Bulanan HRC Senarai Kakitangan Bertukar Keluar & Masuk (Nov - Dis 23) Rangkuman Program (Nov - Dis 23) Rangkuman Akan Datang (Feb - Mac 23) Rangkuman Media & Publisiti (Nov - Dis 23) Info Sihat Rehab Info Terkini Tip Menarik Fakta Menarik Maklum Balas Inspirasi Kejayaan Tip Senaman Ringkas Program HRC Getting Fit : Transformasi Kejayaan Pemenang Segmen Tekateki Seksyen Hiburan Mutiara Kata 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20


Penaung YBrs. Dr. Faizul Nizam Abu Salim Pengarah Hospital Penasihat YBrs. Puan Nor Erzny Ashura Ahmad Timb. Pengarah (Pengurusan) Ketua Editor Encik Muhammad Mihrab Zain Azman Ketua Unit Perhubungan Awam & Perpustakaan Editorial Cik Wan Norelliyana Binti Ruzaidi Cik Dayang Fatin Nabilah Binti Idris (Unit Perhubungan Awam & Perpustakaan) Encik Mohd Kholid Bin Yaacob (Unit Penolong Pegawai Perubatan) Encik Mohd Shukri Bin Md Aris (Unit Perubatan Kesihatan Pekerjaan Dan Persekitaran) Sebarang maklumat lanjut dan cadangan boleh emelkan ke: [email protected] Dr.Buaneswaran A/L Magendaran (Unit Perubatan Kesihatan Pekerjaan Dan Persekitaran) Puan Nazura Binti Md Puzi (Unit Sumber Manusia Dan Latihan) Puan Nur Eillena Binti Mat Deris Puan Iylia Nur Diyana Binti Ibrahim (Jabatan Farmasi) DENGAN KERJASAMA:


Terlebih dahulu saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan untuk mencoret sepatah dua kata dalam e-Buletin Hello Rehab buat Edisi Keenam ini. Sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada sidang redaksi yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi menerbitkan e-Buletin Hello Rehab ini dengan jayanya. Budaya kerja yang cemerlang dan berprestasi tinggi haruslah diutamakan dalam usaha untuk meningkatkan prestasi dan meninggalkan impak kepada perkhidmatan yang diberikan di HRC. Besar harapan saya agar semua warga HRC dapat sentiasa bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik, termasuk memastikan masyarakat setempat mendapat manfaat tentang kesedaran penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan dengan perubatan rehabilitasi. Sebagai penutup, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua warga HRC atas sumbangan dan komitmen anda semua dalam menjayakan semua acara dan program demi meningkatkan imej dan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada semua dari semasa ke semasa. PENGARAH HOSPITAL REHABILITASI CHERAS Dr. Faizul Nizam Abu Salim KATA ALU-ALUAN Pengarah “Kerja berpasukan adalah keupayaan untuk bekerjasama ke arah visi yang sama. Keupayaan untuk mengarahkan pencapaian individu ke arah objektif organisasi. Ia adalah bahan api yang membolehkan orang biasa mencapai hasil yang luar biasa.” (A.M..N.) Assalamualaikum Warahmatul ahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani,


SEKAPUR SIREH Penasihat Puan Nor Erzny Ashura Binti Ahmad Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dengan usaha yang jitu, maka e-Buletin HRC Hello Rehab bagi Edisi Keenam ini dapat diterjemahkan. Terima kasih saya ucapkan kepada Sidang Redaksi atas komitmen tinggi yang diberikan untuk merealisasikan penghasilan eBuletin ini. Masih belum terlambat sekiranya saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024. Sudah menjadi lumrah setiap kali datangnya tahun baharu, ramai yang akan menetapkan azam baharu. Yang pasti, setiap tahun kita akan membicarakan tentang azam atau impian bagi meningkatkan kualiti hidup agar ia lebih baik daripada tahun sebelumnya. Tidak terlambat lagi untuk kita sematkan dan didik hati membentuk akhlak yang baik untuk menjadi insan yang lebih berintegriti pada tahun ini. Mulakan dengan hadir lebih awal ke pejabat, tidak membuat perkara yang sia-sia, melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan tekun dan amanah serta menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang diberikan. Akhir kalam, saya mendoakan agar pada tahun 2024 ini kita semua dapat memberikan yang terbaik dalam kehidupan seharian kita, menjadi individu yang terbaik dan dikelilingi dengan insan yang baik-baik. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatul ahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani, TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN) HOSPITAL REHABILITASI CHERAS


Sebahagian daripada Pengawal Keselamatan dari Syarikat ABY Security Service Sdn Bhd yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan di HRC Peranan utama Pengawal Keselamatan adalah untuk menjaga harta dan nyawa. Di samping itu, mereka juga adalah merupakan petugas barisan hadapan yang membantu menaikkan imej sesebuah organisasi kepada pelanggan. Ini adalah satu peranan yang besar berbanding pulangan yang mereka perolehi. Bekerja dalam tempoh masa 12 jam sehari sudah menjadi norma kepada mereka, namun demikian, pekerjaan ini seringkali dipandang rendah oleh segelintir masyarakat. Di HRC, Pengawal Keselamatan dari syarikat yang dilantik iaitu ABY Security Service Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk: Mengawal sesuatu kawasan/bangunan dari diceroboh. Mengawal pelanggan yang berurusan supaya mematuhi prosedur yang ditetapkan. Mengatasi atau menyelesaikan masalah/keadaan huru hara atau kekecohan. Mengambil tindakan awal semasa kecemasan Meronda dari semasa ke semasa dan melaporkan kepada Pegawai keadaan yang perlu diperbetulkan atau yang mencurigakan. HERO YANG TIDAK DIDENDANG Pengawal Keselamatan


Walaupun ada segelintir masyarakat memandang pekerjaan sebagai Pengawal Keselamatan ini hanyalah untuk orang tiada kelulusan, namun ianya adalah merupakan satu pekerjaan yang mulia. Mereka adalah Hero Yang Tidak Didendang yang mempunyai semangat kental dan sentiasa sedia turun ke lapangan pada bila-bila masa apabila diperlukan. Sudah tiba masanya untuk kita mengiktiraf sumbangan pekerja-pekerja kawalan keselamatan ini kerana hakikatnya, mereka mempunyai tanggungjawab yang cukup besar khasnya melibatkan keselamatan kakitangan, pesakit dan tempat mereka bertugas itu sendiri. Kami di HRC mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua Pengawal Keselamatan yang bertugas demi memastikan keselamatan diri kami terjaga. Tabik kepada hero yang tak didendang ini. Jasa dan kebaikan anda semua akan dikenang sampai bila-bila. Terima Kasih...


Perkhidmatan Rehabilitasi Spinal di Hospital Rehabilitasi Cheras telah bermula pada 11 September 2012 dan terbahagi kepada 2 subbahagian iaitu Bahagian Pesakit Luar dan Bahagian Pesakit Dalam. PERKHIDMATAN RAWATAN REHABILITASI SPINAL YANG MELIBATKAN KECEDERAAN SARAF TUNJANG: Rawatan Perubatan Program Rehabilitasi Spinal secara intensif. Bladder management Bowel management. Pain management. Spasm and spasticity management. Wound management. Perkhidmatan Psikologi Klinikal Khidmat Kaunseling Seksual Kaunseling yang melibatkan kecederaan saraf tunjang Klinik Pakar Rehabilitasi Spinal T H E FA C E O F H R C PERKHIDMATAN LAIN DI KLINIK REHABILITASI SPINAL Klinik Spinal Klinik Vestibular Klinik Seksualiti Klinik Wound Care Klinik E-Hailing Urodynamic Study (UDS) Medical Board Meeting Klinik Pergigian Keperluan Khas Klinik General Rehab


KLINIK PAKAR Geriatrik THE FACE OF HRC Perkhidmatan Rehabilitasi Geriatrik di Hospital Rehabilitasi Cheras telah beroperasi sejak 2 September 2014. Perkhidmatan yang disediakan meliputi perkhidmatan pesakit dalam iaitu di Wad 1A dan perkhidmatan pesakit luar – Klinik Pakar Geriatrik. Perkhidmatan ini diberikan kepada individu warga emas yang berusia lebih 60 tahun yang menghidapi masalah ‘deconditioning’ disebabkan penyakit medical, surgery atau pun ortopedik. Kebanyakan pesakit ini dirujuk dari Hospital Kuala Lumpur dan juga hospital kerajaan atau swasta di sekitar Lembah Klang. Pelbagai rawatan khusus berkaitan rehabilitasi geriatrik telah diwujudkan untuk memberikan perkhidmatan dan rawatan pemulihan yang berkualiti serta bertepatan kepada pesakit yang kurang upaya dari segi fizikal atau kognitif. Ianya juga diharapkan dapat membantu ahli keluarga dan penjaga kepada para pesakit warga emas daripada segi mental dan fizikal bagi membolehkan pesakit dapat dijaga dengan rapi setelah pulang ke rumah atau rumah jagaan.


H.R.C. Holistic . Resilience . Compassionate


13-16 DISEMBER 2023 - HRC SERTAI 5TH ASIAOCEANIAN CONGRESS FOR NEURO REHABILITATION DI BANGKOK HRC MEWAKILI MALAYSIA DI ADS INTERNATIONAL CONFERENCE 2023 9–11 NOVERMBER 2023 HRC MEWAKILI MALAYSIA DI FORUM ANTARABANGSA TEKNOLOGI REHABILITASI DI MOSCOW RUSIA 11-15 DIS 2023 Pencapaian Bulanan HRC


KEMUDAHAN Bertaraf Dunia Taman Terapi di Kompleks Wad Taman Permainan Kanak-kanak di Wad 2A (Rehabilitasi Pediatrik)


Click to View FlipBook Version