HELLOREHAB E-BULETIN HOSPITAL REHABILITASI CHERAS FASILITI MESRA OKU "THE FACE OF HRC" EDISI KEDUA MEI 2023 By Howard Ong Kenali Bahagian Pengurusan HRC
1 EXPERT ADVICE ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI KATA ALU-ALUAN PENASIHAT FASILITI MESRA OKU THE FACE OF HRC - KENALI BAHAGIAN PENGURUSAN HRC KENALI KONSESI SINAR JERNIH SENARAI KAKITANGAN BERTUKAR KELUAR & MASUK (MAC & APRIL 2023) RANGKUMAN PROGRAM & AKTIVITI SEPANJANG BULAN MAC & APRIL 2023 PEMAKLUMAN PROGRAM & AKTIVITI AKAN DATANG (MEI & JUN 2023) RANGKUMAN MEDIA & PUBLISITI SEPANJANG BULAN MAC & APRIL 2023 INFO SIHAT REHAB TIP MENARIK TERTARIK FAKTA MENARIK INFO TERKINI HARI & WAKTU YANG DITAWARKAN DI HRC MAKLUM BALAS INSPIRASI KEJAYAAN TEKA TEKI & SUDOKU MUTIARA KATA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.
2
SIDANG REDAKSI PENASIHAT Puan Nor Erzny Ashura binti Ahmad Timbalan Pengarah (Pengurusan) Encik Muhammad Mihrab bin Zain Azman Pegawai Perhubungan Awam KETUA EDITOR EDITORIAL Cik Wan Norelliyana binti Ruzaidi Cik Dayang Fatin Nabilah binti Idris (Unit Perhubungan Awam) Encik Mohd Kholid bin Yaacob (Unit Pembantu Pegawai Perubatan) DENGAN KERJASAMA Puan Nazura binti Md Puzi (Unit Sumber Manusia & Latihan) Dr. Nurul Huda binti Hashim Dr. Nur Fatin Izzati binti Daud Dr. Ahmad Nurzahid bin Mohamed Nizam Puan Rahimi binti Tamim (Unit Kualiti & Pendidikan Kesihatan) 3
4 Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan lagi untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan e-Buletin Hello Rehab Edisi Kedua. Tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya menyempurnakan penghasilan e-Buletin ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu eBuletin ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Oleh itu, saya selaku Penasihat e-Buletin ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang terlibat kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Visi dan Misi Hospital Rehabilitasi Cheras. KATA ALU-ALUAN PENASIHAT Assalamualaikum dansalam sejahtera, SalamMalaysiaMadani Sebagai sebuah hospital yang mempunyai hasrat besar untuk memartabatkan perkhidmatan rehabilitasi Malaysia agar gah di persada dunia perubatan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga HRC amat diharapkan supaya dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat melalui pengurusan dan tadbir urus yang cekap dan efisien. Dalam menjayakan matlamat ini sudah tentu usaha tanpa jemu dan keikhlasan dalam memberikan perkhidmatan merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga HRC. Ianya menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk budaya kerja berprestasi tinggi. Selaras dengan teras MADANI, kemampuan dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan benar dan bijaksana serta penuh integriti diharap dapat diterapkan dalam mengukuhkan jambatan perkhidmatan yang cemerlang. Akhir kalam, sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari. In shaa Allah. Salam hormat, Puan Nor Erzny Ashura binti Ahmad Timbalan Pengarah (Pengurusan)
5 MESRA OKU Surau Al-Islah berada di kawasan Unit Spiritual dan Hal Ehwal Islam, berdekatan dengan wad 1C. Ruang solat di surau ini dapat menampung sehingga 210 orang jemaah dalam satu masa. Ianya turut dijadikan Surau Solat Jumaat bagi kemudahan seluruh kakitangan dan pesakit di HRC. SURAU JUMAAT AL-ISLAH Fasiliti
LALUAN PENGGUNA KERUSI RODA KE TAMAN 6 KEMUDAHAN KERUSI RODA PELBAGAI JENIS UNTUK KEGUNAAN DEWASA DAN KANAK-KANAK SURAU AWAM
LALUAN KERUSI RODA KE PENTAS AUDITORIUM 7 KEMUDAHAN GIMNASIUM DAN CEILING HOIST PARKIR, LALUAN DAN LIF MESRA OKU
B A H A G I A N P E N G U R U S A N U N I T PERHUBU NGA N AWAM PERPUSTAKAA N HOSPI TAL U N I T PE N TA D BIRA N U N I T SUMBER MA N USIA & LAT IHA N U N I T PEROL EHA N , ASE T & STOR U N I T KEWA NGA N U N I T KESE LAMATA N U N I T KE JURUT ERAA N U N I T PE NGURUSA N MAKLUMAT D iterajui Oleh: Puan Nor E r zny Ashura bint i Ahmad T imbalan Pengarah (Pengurusan) THE FACE OF HRC 8
9 UNIT PERHUBUNGAN AWAM Terdiri daripada tujuh ( 7 ) orang kak itangan yang dipimpin sepenuhnya oleh Encik Muhammad Mihrab Bin Zain A zman - Pega w ai Perhubungan A w am. Ber tanggungjawab dalam menguruskan: Khidmat Pelanggan (Kaunter & Telefoni s ) Pengurusan Aduan, Cadangan & Pertanyaan Perpus takaan Hospital Media Mas sa dan Media Sos ial Hospital La w atan D alam & Luar Hospital Pengurusan Sumbangan & Penghargaan Khidmat N as ihat Protokol Maj l i s Rasmi Hospital Bahan Korporat Hospital Ahl i Lembaga Pela w at Hospital THE FACE OF HRC
Dipimpin Oleh: Encik Premkumar Gunasagaran 1 0 UNIT PENTADBIRAN UNIT SUMBER MANUSIA & LATIHAN UNIT PEROLEHAN, ASET & STOR UNIT KEWANGAN UNIT KESELAMATAN THE FACE OF HRC
1 1 Ketua Uni t : Puan Si t i Nurhawa Bint i Mohammad Sobr i U N I T P E N T A D B I R A N Kafeteria Hospimart Se w aan & Pinjaman Ruangan/Premi s As rama Jurura w at Kuarter s Kak itangan Pemandu Kenderaan Ka w alan Rekod Fai l Ber tanggungjawab dalam menguruskan: THE FACE OF HRC
U N I T S U M B E R M A N U S I A & L A T I H A N 1 2 Buku Ser v i s Kak itangan HRC Urusan Perja w atan Si s tem HRMIS Permohonan keluar negara, saraan & pinjaman perumahan kak itangan Tatatertib Kak itangan Kur sus dan Latihan Ber tanggungjawab dalam menguruskan: Ketua Uni t : Puan Nurul Ajeerah Bint i Mohamad Othman THE FACE OF HRC
1 3 UNIT PEROLEHAN, ASET & STOR Ber tanggungjawab dalam menguruskan: Perolehan dan pembel ian aset Hospital Permohonan Perolehan Barangan Perubatan bagi pesara Merancang dan mengurus kontrak Proses penerimaan, pemeri k saan, pendaftaran, verifi kas i aset dan s tor hal -hal ber kaitan s tor alat tul i s THE FACE OF HRC
1 4 UNIT KEWANGAN Pembayaran, tuntutan, elaun dan gaj i kak itangan Akaun hospital Belanja w an hospital Hal -hal pentadbiran ke w angan dan kutipan has i l Kaunter Has i l Ber tanggungjawab dalam menguruskan: Ketua Uni t : Puan Aida bint i Saleh THE FACE OF HRC
1 5 U N I T K E S E L A M A T A N Ketua Uni t :Encik Ahmad Izuddin bin Ibrahim Keselamatan a w am di dalam ka w asan hospital dan kuarter s Hal -hal ber kaitan keselamatan fai l , dokumen dan kunci Pas Pekerja Hal ber kaitan Penga w al Keselamatan Hospital Ber tanggungjawab dalam menguruskan: THE FACE OF HRC
1 6 UNIT KEJURUTERAAN Ketua Uni t :Ts Muamar Zul Ikhman bin Mohd Nazer i Per khidmatan Sokongan Hospital (PSH) bagi Per khidmatan Pengurusan Fas i l iti ( FMS) , Kejuruteraan Fas i l iti ( F EMS) , Kejuruteraan Biomedi kal (BEMS) , Keber s ihan (CLS) , Per khidmatan Pendobian ( L LS) dan Pengurusan Si sa Hospital (HWMS) Menga w al sel ia Plan Preventi ve Maintenance (PPM) Memberi kan khidmat nas ihat tekni kal dan profes ional kepada Pengarah ber kaitan kejuruteraan. Ber tanggungjawab dalam menguruskan: THE FACE OF HRC
1 7 UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT Ketua Uni t :Muhammad Adnin Bin Shahr i Rangkaian, per kakasan, peri s ian dan per khidmatan ber kaitan ICT Mengendal i latihan kepada penggunaan s i s tem dibekal kan Menyelenggara dan mengemas k ini Laman Web HRC Merancang pembangunan Si s tem Mak lumat Khidmat nas ihat tekni kal ber kaitan ICT Ber tanggungjawab dalam menguruskan: THE FACE OF HRC
THE FACE OF HRC 1 8 Sinar Jernih Sdn Bhd adalah merupakan syarikat konsesi Perkhidmatan Sokongan Hospital yang telah dilantik dalam memastikan Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS), Kejuruteraan Fasiliti (FEMS), Kejuruteraan Biomedikal (BEMS), Kebersihan (CLS), Perkhidmatan Pendobian (LLS) dan Pengurusan Sisa Hospital (HWMS) dalam keadaan terbaik. Menyinari Persekitaran HRC
1 9
2 0
2 1
2 2
2 3
2 4
2 5
RANGKUMAN M 2 6 EDIA & PUBLISITI Membincangkan topik berkaitan Kesihatan Mental Dan Aspek Psikospiritual Semasa Ramadan Bersama Panel Tuan Haji Hairol Kamal Bin Ab Rahman, Pegawai Psikologi Kanan Merangkap Ketua Unit Psikologi Kaunseling HRC. BUAL BICARA FB LIVE DI TV AL-HIJRAH SEPANJANG MAC - APRIL 2023 BICARA KESIHATAN DI TRAXX FM Temu bual bicara keshatan “Aphasia: What you need to know?” di stesen radio TRaxx FM bersama panel Puan Nadwah Onwi, Pegawai Perubatan Rehabilitasi Terapi Pertuturan HRC HELLO@REHAB DI TIKTOK HRC Sembang Kesihatan ketika berpuasa bersama panel Dr. Farah Husna binti Mohd Fadzil, Pegawai Perubatan dari Jabatan Perubatan Rehabilitasi untuk bersembang mengenai penjagaan kesihatan ketika berpuasa.
Kekuatan - keupayaan menghadapi tekanan. Stamina - kemampuan yang berterusan. Kemudahlenturan/fleksibiliti - kemanpuan untuk bergerak dan membengkok dengan lancar. Koordinasi - kemampuan untuk mengabungkan pelbagai pergerakan dan keseimbangan. Kecergasan adalah keadaan yang sihat yang membolehkan individu melakukan aktiviti harian dengan bertenaga, mengambil bahagian dalam kepelbagaian aktiviti fizikal dan mengurangkan risiko masalah kesihatan. Ia mempunyai komponen-komponen berikut:- Untuk memperolehi dan mengekalkan kecergasan, ia memerlukan usaha yang berterusan dengan mengamalkan senaman yang berkala. Senaman dan aktiviti fizikal yang berkala boleh mengatasi masalah hilang upaya, meningkatkan keupayaan fungsi tubuh badan dan memberi keselesaan. Keadaan ini boleh tercapai dengan melakukan frekuensi senaman, intensiti serta tempoh yang mencukupi. PENGENALAN KECERGASAN INFO SIHAT REHAB Disediakan oleh: Unit Fisioterapi HRC KEBAIKAN BERSENAM PROGRAM SENI SENAMAN Meningkatkan kecergasan fizikal anda. Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan. Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian. Mempertingkatkan harga diri dan mengurangkan keresahan. Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental. Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung. Memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa dalam darah. Melambatkan osteoprosis. Berpeluang bergaul dengan orang ramai. 2 7 Latihan senaman aerobik mengandungi 3 peringkat: Sesi Memanaskan Badan. Sesi Senaman Aerobik. Sesi Menyejukkan Badan. Kekerapan - 3 hingga 5 kali seminggu. Intensiti - mengikut kemampuan anda
2 8 Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas. Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit. Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30minit Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan rengangan bagi mengelakkan pening dan sakit. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman. Garis panduan di bawah ini boleh melindungi anda dari kecederaan akibat daripada senaman dan membolehkan anda bersenam secara menyeronokkan. SENAMAN YANG SELAMAT Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami: Ketidakselesaan Sakit Pening Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman: Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia ) Petang ( selepas pukul 6 petang ) Persekitaran tempat senaman: Permukaan yang rata. Suhu dan kelembapan udara terkawal. Kawasan redup/teduh. Tempat yang cukup terang. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh. Amalkan senaman pernafasan diantara senaman. Jika anda pengidap penyakit diabetes: Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglasemia (paras glukos rendah) mungkin terjadi. Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki. Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang. Jika anda mengidap tekanan darah tinggi: Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
2 9 Tip Satu Beg Tapi Lengkap Boleh Simpan Semua Dokumen Penting Ketika Kecemasan, Wajib Ada! Bencana banjir yang berlaku di Lembah Klang terutamanya Shah Alam dan Pahang sememangnya membuka mata warganet untuk sentiasa berhati-hati dan waspada dalam menyimpan dokumen-dokumen penting seperti sijil nikah, sijil lahir dan sebagainya. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga untuk masa hadapan, orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan sijil-sijil penting di dalam satu beg. Beg ni pun ada lock sekali untuk kita protect dokumen di dalam. Bagi saya, setiap orang perlu ada 1 beg ni di rumah & letakkan di tempat yang senang capai. Beg ni boleh dibeli di aplikasi Shopee , murah je RM15 harganya. Saya dah carikan link untuk mudahkan kalian untuk membeli: Link 1: https://shp.ee/r4xwsmh Link 2: https://shp.ee/hf397ah (ada banyak jenis) Link 3: https://shp.ee/n2499gh (banyak stok tapi ship from China) Link 4: https://shp.ee/4eyu76h Link 5: https://shp.ee/xbuitqh Trust me, waktu dah panik nak selamatkan diri nanti kita tak sempat dah nak ingat kat mana passport, kat mana buku tabung haji, kat mana surat beranak anak dan lain-lain. Dengan 1 beg ni, mudah kita nak grab & go. Jangan lupa selitkan juga sedikit tunai di dalam beg ni untuk kegunaan di waktu kecemasan nanti. Semoga bermanfaat kepada orang lain. Dulu saya tak terfikir benda ni betul-betul berguna di waktu kecemasan. Dah rasa situasi cemas tu sendiri baru tahu. Menarik Tertarik! Tip Menarik ini dikongsikan oleh Saudari Lyana, dari Unit Perhubungan Awam
3 0 FAKTA MENARIK Roundabout Terbesar di Asia Siapa yang duduk di Putrajaya mesti korang kenal dengan Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan jalan bulatan terbesar di Asia dengan jarak 3.4km mengelilinginya. Ia mempunyai 15 sistem jalan keluar dan masuk, roundabout ni telah dicadangkan oleh Tun Mahathir selepas mendapat ilham daripada lawatan beliau ke Paris dengan melihat Avenue des Champs Elyees semasa perarakan Hari Bastille TAHUKAH ANDA? SUMBER: https://people.utm.my/norziana/2021/12/16/6-fakta-menarik-di-malaysia/
INFO TERKINI MyPerformance Bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2023 adalah merupakan tempoh familiarisasi MyPerformance. MyPerformance merangkumi dua komponen prestasi utama iaitu komponen generik dan komponen fungsian seperti berikut: i. Komponen generik yang merangkumi Kompetensi Tingkah Laku, Nilai Sepunya dan Penglibatan dan Sumbangan; dan ii. Komponen fungsian yang merangkumi Penghasilan Kerja dan Kompetensi Fungsian 3 1
3 2
3 3
3 4
"INSPIRASI KEJAYAAN" 3 5 Maklum Balas PUAN ZARIHAH MOHD ZAIN HRC merupakan fasiliti KKM yang terbaik pada pandangan saya. Perkhidmatan yang cekap, teratur dan mesra pelanggan. Keadaan persekitarannya bersih dan selesa. Syabas kepada anggota HRC dan KKM. ENCIK AZROL HANAFI ABDULLAH Sifat dan keterampilan staf terpuji telah ditunjukkan oleh pihak HRC daripada semua kakitangan, jururawat dan doktor.Teruskan curahan bakti anda dan semoga kekal sukses. Jutaan terima kasih!!! Sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan kepada ibu saya (pesakit). Kakitangan di sini sungguh peramah dan bersifat sangat mengambil berat. Terima Kasih. ENCIK NAWAZ BATCHA BIN MOHAMMED SULTAN Suami saya ialah seorang pesakit strok yang dimasukkan ke wad 2B. Layanan doktor-doktor dan jururawat memang terbaik dan sangat memuaskan hati kami sampai hari ini. PUAN JOTHIELAKKUMY A/P MUTHUSAMY Staff have high level of patience and well competent. They know how to advise people and treat patient well. PUAN S. EINSDRESVARI Semua kakitangan amat mesra dan mudah berurusan perlu dicontohi supaya semua jabatan di KKM mengamalkan sikap mesra dan mudah berurusan. PUAN FARAWAHIDAH
M U T I A R A K A T A *Hantarkan jawapan anda di alamat e-mel [email protected] (Jawapan teka-teki akan di umumkan di segmen teka-teki e-buletin seterusnya) DALAM BANYAK-BANYAK KUCING, KUCING APA TIDAK MAKAN, DAN TIDAK TIDUR? SUDOKU "THE FUTURE BELONGS TO THOSE WHO BELIEVE IN THE BEAUTY OF THEIR DREAMS." -ELEANOR ROOSEVELTTEKA-TEKI TAHNIAH KEPADA PEMENANG! @Hospital Rehabilitasi Cheras IKUTI MEDIA SOSIAL RASMI KAMI