The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nikmahizarz, 2022-04-09 22:23:10

Maklumat Pergerakan Pelajar (carta Alir)

cadangan flip carta alir (7)

1

MASA ATUR CARA
8.30 pagi
11.00 pagi ATUR CARA
Ketibaan Pelajar
12.15 tghr Pendaftaran berlangsung
1.00 tghr Guru dan kakitangan mengambil tempat
Ketibaan Pengetua dan Ahli Pengurusan
Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Selamat Sultan
Nyanyian Lagu MARA
Bacaan Doa
Taklimat Pengetua
Perjumpaan Bersama Penasihat Homeroom
Bersurai

2

CARTA ALIR PERGERAKAN PENDAFTRAN TINGKATAN 1/2022
MRSM PASIR TUMBOH
PONDOK PENGAWAL

1. Tunjuk Bukti Test Kit
2. Scan My Sejahtera
3. Serah Borang Deklarasi Covid
4. Pemakaian Mask adalah wajib
5. Pelajar akan diberi Maklumat Carta Alir Pergerakan Pendaftaran Pelajar.

PARKIR
1. Ibu bapa boleh parkir kenderaan terlebih dahulu sebelum urusan di foyer sekiranya
hanya datang berdua bersama pelajar sahaja.
2. Pelajar bersama seorang waris/penjaga sahaja ke foyer untuk urusan pendaftaran

FOYER (PENDAFTARAN)
1. Pelajar Scan QR Code Kehadiran/pendaftaran
2. Pelajar ke kaunter pendaftaran untuk mengambil Pas Pelajar

KOPERASI & ASRAMA
Pelajar dan seorang waris/penjaga akan bergerak ke Koperasi dan Asrama sambil
dibantu oleh petugas (pelajar senior)
** Petugas akan membawa pelajar dan seorang waris ke Koperasi (untuk mendapatkan
keperluan pelajar) dan ke Asrama (untuk urusan penginapan pelajar)

DEWAN SERI MUTIARA
11.00 pagi -Pelajar dan seorang waris akan3 diiring oleh petugas ke dewan untuk sesi
taklimat pengetua dan perjumpaan homeroom.

PONDOK PENGAWAL
1. Tunjuk Bukti Test Kit
2. Scan My Sejahtera
3. Serah Borang Deklarasi Covid
4. Pemakaian Mask adalah wajib
5. Pelajar akan diberi Maklumat Carta Alir Pergerakan Pendaftaran Pelajar.

1) SARINGAN KESIHATAN DI PONDOK PENGAWAL
-Pelajar perlu menunjukkan atau paparkan keputusan Self Test Kit C-19
-Ibu bapa atau penjaga pelajar perlu mengimbas MySejahtera tanpa turun dari
kenderaan
-Borang Deklarasi Covid 19 pelajar hendaklah diserahkan kepada petugas yang
bersedia di situ.
-Pelajar akan diberi maklumat carta alir oleh petugas untuk rujukan proses
pendaftaran.

Makluman:
Pintu pagar MRSM Pasir Tumboh akan mula di buka pada jam 8:30 pagi. Patuhi
setiap arahan pengawal keselamatan.
Sekiranya pelajar atau salah seorang waris didapati memiliki status MySejahtera
berwarna Kuning atau Merah, perlu menangguhkan urusan pendaftaran dan
memaklumkan segera kepada pihak MRSM Pasir Tumboh. Begitu juga sekiranya
ada yang bergejala.

4

PARKIR
1. Ibu bapa boleh parkir kenderaan terlebih dahulu sebelum urusan di foyer sekiranya
hanya datang berdua bersama pelajar sahaja.
2. Pelajar bersama seorang waris/penjaga sahaja ke foyer untuk urusan pendaftaran

2) PARKIR :
-Pelajar bersama seorang waris dibenarkan turun atau drop off dari kenderaan di
laluan ke Foyer sementara pemandu terus ke tapak parkir,
-Sekiranya ibu bapa atau waris pelajar datang ke MRSM Pasir Tumboh hanya
datang berdua bersama pelajar sahaja, ibu bapa boleh terus parkir kenderaan di
kawasan parkir yang telah ditentukan (rujuk arahan petugas lalu lintas),kemudian
bergerak ke Foyer MRSM Pasir Tumboh untuk urusan pendaftaran.

5

FOYER (PENDAFTARAN)
1. Pelajar Scan QR Code Kehadiran/pendaftaran

P2E.NPeDlaAjaFr kTeAkRauAnNterPpEenLdAafJtaAraRn DunItuAkSmReAngMamAbi:l Pas Pelajar

3) FOYER (URUSAN PENDAFTARAN)
-Di Foyer MRSM Pair Tumboh ini Pelajar perlu mengimbas QR CODE Pendaftaran
dan perlu mengisi maklumat yang diperlukan secara atas talian.

-Petugas bahagian pendaftaran bersedia membantu pelajar sepanjang urusan
tersebut.

-Kemudian pelajar akan diberikan Tag nama atau Pas Pelajar yang mengandungi
nombor maktab, maklumat kelas,bilik asrama dan nama Homeroom.

Makluman:
Tempoh masa yang diperuntukkan adalah diantara jam 8:30 pagi sehingga 10:30
pagi sahaja.
Pematuhan SOP amatlah ditekankan sepanjang urusan dijalankan.

6

KOPERASI & ASRAMA
Pelajar dan seorang waris/penjaga akan bergerak ke Koperasi dan Asrama sambil
dibantu oleh petugas (pelajar senior)
** Petugas akan membawa pelajar dan seorang waris ke Koperasi (untuk mendapatkan
keperluan pelajar) dan ke Asrama (untuk urusan penginapan pelajar)

4) KOPERASI & ASRAMA
-Selesai urusan di Foyer, Petugas (pelajar Senior) akan membantu Pelajar dan
seorang waris/penjaga bergerak ke Koperasi dan Asrama
-Pelajar dinasihatkan berurusan di tempat yang tidak sesak, oleh itu pelajar boleh
memilih untuk ke Koperasi dahulu dan ke Asrama kemudian atau sebaliknya.
-Di Koperasi (terletak di blok Bitara), pelajar akan dibekalkan dengan keperluan
asrama seperti cadar, sarung bantal dan sebagainya.
-Kaunter bayaran KOPERASI juga disediakan di sini untuk memudahkan urusan
bayaran KOPERASI termasuk bayaran dobi.
-Di Asrama, pelajar perlu merujuk nombor bilik dan nombor katil yang betul.
Pelajar dilarang mengubah suai kedudukan barangan di dalam bilik tanpa
kebenaran pihak warden.

Makluman:
Segala urusan di asrama perlu diselesaikan secepat mungkin.
Tempoh 20 minit sahaja masa diberikan bagi setiap waris untuk bersama-sama
pelajar di asrama.

7

DEWAN SERI MUTIARA
11.00 pagi -Pelajar dan seorang waris akan diiring oleh petugas ke dewan untuk sesi
taklimat pengetua dan perjumpaan homeroom.

5) TAKLIMAT PENGETUA DI DEWAN SERI MUTIARA
-Pelajar dan seorang waris dibenarkan masuk ke Dewan Seri Mutiara untuk sesi
Taklimat bersama Pengetua.
-Pelajar dan waris perlu mematuhi etika dan tatacara berada dalam khalayak
ramai .
-Sepanjang berada di dewan, telefon bimbit perlu berada pada Mode Senyap
(Silent Mode)
-Semasa sesi perjumpaan Penasihat Homeroom, semua borang pendaftaran
pelajar perlu diserahkan kepada penasihat homeroom dan akan disemak .
-Sepanjang sesi bersama penasihat homeroom ini, pelajar atau waris boleh
kemukakan pertanyaan sekiranya perlukan penjelasan tentang sistem MRSM,
kehidupan pelajar di asrama ,akademik dan sebagainya secara berhemah kepada
penasihat homeroom.

Makluman:
Pematuhan SOP amatlah ditekankan sepanjang urusan dijalankan.
Sila bawa dokumen yang lengkap sebagaimana arahan dalam surat tawaran dan
alat tulis semasa urusan semakan fail pelajar ini.

8

Lakaran carta alir

TEST KIT PINTU PAGAR PONDOK PENGAWAL PARKIR
1 JAM
SEBELUM 1 2
MASUK
KAWASAN
MAKTAB

3 FOYER

4

ASRAMA - KOPERASI

5

DEWAN SERI MUTIARA

9

SOALAN LAZIM

HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2022 MRSM PASIR TUMBOH

1. Bilakah sesi pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 2022 akan dijalankan?
Hari Isnin bertarikh 11 April 2022.

2. Adakah terdapat ketetapan waktu untuk mendaftar?
Ya. Waktu mendaftar bermula pada jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi meliputi
tempoh daftar masuk ke asrama, pengurusan asrama dan pembelian barangan
di koperasi. Pelajar digalakkan untuk hadir awal. Sesi diteruskan dengan
Taklimat bersama Pengetua pada jam 11.00 pagi dan Taklimat bersama Guru
Homeroom sejurus selepas taklimat tersebut.

3. Adakah ibu bapa/ penjaga boleh menemani pelajar sepanjang hari pertama
di MRSM PASIR TUMBOH?
Hanya seorang waris sahaja dibenarkan untuk berurusan bersama pelajar
semasa hari pendaftaran sehingga pukul 1.00 tengah hari iaitu selepas sesi
Taklimat bersama Penasihat Homeroom.

4. Borang Deklarasi kesihatan perlu diserahkan kepada siapa?
Borang deklarasi kesihatan diserahkan kepada petugas di pondok pengawal.
Sekiranya status My Sejahtera pelajar atau salah seorang keluarganya berwarna
kuning atau merah, maka pelajar dikehendaki pulang dan menangguhkan sesi
pendaftaran. Begitu juga dengan mereka yang bergejala.

10

SOALAN LAZIM

5. Bagaimanakah urusan pendaftaran pelajar di asrama?
Pelajar akan mendaftar kemudian menyusun atur barangan ke dalam locker
asrama bersama dengan seorang wakil ibu bapa. Pelajar boleh mengambil
barang-barang dari kenderaan sebelum urusan di asrama
6. Adakah terdapat kemudahan pembelian barangan di koperasi?
Ya. Koperasi MRSM Pasir Tumboh akan dibuka sewaktu sesi pendaftaran
dijalankan.
7. Adakah urusan pembelian di koperasi hanya dijalankan sewaktu hari
pendaftaran sahaja?
Bagi mengelakkan kesesakan sewaktu hari pendaftaran, urusan pembelian di
koperasi turut beroperasi pada hari lain mengikut waktu pejabat.

8. Berapakah bayaran pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 2022?
Bayaran pendaftaran berjumlah RM161. Perincian bayaran pendaftaran boleh
dirujuk pada Dokumen Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu MRSM Tahun 2022.
Untuk senarai bayaran wajib seperti saham koperasi, dobi, dan lain-lain boleh
dilakukan secara ansuran.

9. Untuk sementara waktu, bolehkah anak saya memakai uniform sekolah
lama? Boleh. Pembelian baju uniform rasmi maktab boleh dilakukan secara
berperingkat bagi mengelakkan beban perbelanjaan.

10. Adakah sesi orientasi akan dijalankan terhadap pelajar baharu?
Sesi orientasi atau lebih mesra dikenali sebagai Minggu Penyesuaian Diri akan
dijalankan bermula pada 11 April 2022 sehingga 14 April 2022.

11

BAHAGIAN HOMEROOM

11. Apakah maksud Homeroom?
Kumpulan pelajar sebaya menjalani hidup bersama dalam suasana
persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai
pembimbing dan penjaga.

12. Apakah fungsi sebuah Homeroom?
Sebagai satu unit keluarga yang berperanan dalam mewujudkan kehidupan
yang harmonis, kesefahaman, perkongsian isu dan masalah,
mengembangkan potensi dan bakat, sentiasa mewujudkan suasana
kekeluargaan yang mengamalkan nilai kerjasama dan ukhwah yang tinggi.

13. Siapakah penasihat Homeroom?
Penasihat Homeroom ialah guru yang dilantik untuk menjaga ahli
homeroom dan berperanan sebagai penjaga sementara pelajar. Penasihat
homeroom bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan
mengembangkan potensi diri pelajar sepanjang keberadaan di maktab.

14. Apakah aktiviti yang akan dijalankan oleh Homeroom?
Homeroom merangkumi pelbagai program yang diurus oleh Unit
Homeroom MRSM Pasir Tumboh termasuklah,aktiviti bimbingan
akademik, pembangunan bakat, kepimpinan, khidmat masyarakat, jamuan
dan lawatan.

12

15. Apakah ibu bapa/ penjaga boleh menyampaikan maklumat kepada
anak melalui Penasihat Homeroom?
Ya. Ibu bapa/ penjaga boleh meminta bantuan Penasihat Homeroom untuk
menyampaikan maklumat penting kepada anak-anak mengikut budi bicara
dan keseuaian masa. Penasihat Homeroom juga menjadi perantara
penyampai maklumat kepada ibu bapa/ penjaga berkaitan info-info yang
perlu disampaikan oleh pihak MRSM.
16. Adakah saya dibenarkan menghubungi Penasihat Homeroom di luar
waktu pejabat?
Ya. Ibu bapa/ penjaga boleh menghubungi penasihat homeroom mengikut
kesesuaian masa dan urusan seperti hal kecemasan yang berlaku ketika di
luar waktu pejabat.

17. Adakah ibu bapa boleh melawat anak di asrama ?
Mengikut SOP terkini yang dikeluarkan oleh pihak MARA, ibu bapa belum
dibenarkan melawat anak di asrama sehingga diberitahu kelak.

13

BAHAGIAN SISTEM PENDIDIKAN MRSM

1. Bagaimanakah sistem pendidikan di MRSM?
Sistem Pendidikan MRSM menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan
STEM dan kurikulum MARA yang merangkumi modul pembangunan sahsiah,
modul keusahawanan dan modul kemahiran insaniah.
2.Adakah saya boleh menukar program MRSM anak saya?
Tidak. Pertukaran program MRSM tidak dibenarkan sama sekali.
3. Bolehkah pembayaran yuran ke MRSM dibuat secara ansuran? Boleh.
Pembayaran yuran boleh dibuat secara ansuran dengan persetujuan
pentadbiran maktab.
4. Adakah pelajar MRSM akan diberikan bantuan kewangan? Pelajar MRSM
yang layak akan diberikan bantuan kewangan seperti berikut :
a) Wang Caruman sahaja, atau
b) Wang Caruman dan Wang Saku.
c) Program Bantuan Pendidikan (BUDI MARA)

5. Siapakah yang layak menerima bantuan kewangan?
Pelajar yang layak menerima Bantuan Kewangan ialah pelajar daripada
keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan ramai.
Dalam hal ini, pengiraannya dibuat dengan menggunakan formula yang telah
ditetapkan oleh pihak MARA berdasarkan jumlah pendapatan keluarga dan
jumlah tanggungan dalam keluarga.

14

6. Siapakah layak menerima BUDI MARA?
Pelajar yang layak menerima bantuan BUDI MARA mestilah mempunyai
kriteria berikut;
Pihak MARA akan mengambil kira jumlah Pendapatan keluarga dan jumlah
tanggungan mengikut kadar yang ditetapkan.
Bumiputera.
Warganegara Malaysia.
7. Di manakah anak saya boleh menyimpan wangnya?
Ibu bapa/ penjaga digalakkan membuka akaun simpanan untuk anak-anak.

8. Adakah MRSM menyediakan kemudahan buku teks?
Ya. Pihak MARA menyediakan kemudahan buku teks kepada semua pelajar
MRSM.

9. Bagaimana saya boleh mendapatkan keputusan peperiksaan anak saya?
Pihak maktab akan mengirimkan keputusan peperiksaan melalui pos ke rumah
selain boleh disemak melalui laman web maktab.

10. Apakah keperluan asas yang perlu disediakan oleh pelajar yang berjaya
ditawarkan ke MRSM?
Segala keperluan asas untuk tinggal di asrama akan dimaklumkan melalui
senarai yang dilampirkan bersama-sama surat tawaran kepada pelajar. Walau
bagaimanapun, kebanyakan keperluan tersebut boleh didapati di Koperasi
MRSM.
11. Apakah pakaian pelajar MRSM?
Rujuk kepada panduan pendaftaran pelajar baharu MRSM tahun 2022.

15

12. Adakah perkhidmatan dobi disediakan di MRSM? Ya. Perkhidmatan dobi
disediakan di MRSM dengan bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak MARA.

13. Adakah makanan disediakan untuk pelajar di MRSM?
Ya. Makanan disediakan sebanyak 5 kali sehari di Dewan Selera (Sarapan pagi,
minum pagi, makan tengah hari, makan malam dan minum malam).

14. Bolehkah saya/ahli keluarga masuk ke bilik anak saya sewaktu hari
lawatan hujung minggu? TIDAK

15. Bagaimanakah anak saya boleh mendapat rawatan kesihatan? Pihak
maktab menyediakan perkhidmatan van untuk ke hospital kerajaan iaitu 9.00
pagi dan 3.00 petang. Bagi kes-kes kecemasan pelajar akan dihantar serta-
merta dengan van/ kereta guru (ibu bapa akan dimaklumkan).

16. Adakah saya dibenarkan membawa anak saya outing pada hujung
minggu? Ya. Ibu bapa dan penjaga dibenarkan untuk membawa anak outing
dengan kebenaran guru asrama yang bertugas.

17. Bilakah anak saya dibenarkan untuk pulang bermalam?
Pihak pengurusan MRSM akan menjadualkan tarikh untuk pulang bermalam.

16

17


Click to View FlipBook Version