M PAJLIS ERSARAAN
PN AZIMAH BT AZIZ PN SUZAINI BT SALLEH PN YUSNIDAR BT ABDULLAH PN NORRIDA BT AHMAD
30 OGOS 2022 (SELASA) 11.00 PAGI
DEWAN SERI PERDANA,
SMK DATO KAILAN
Semusim Bersama Selamanya Terasa
11.00 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di
dewan
11.10 pagi : Ketibaan yang diraikan
11.15 pagi : Cikgu Azimah, Cikgu Norrida,
Cikgu Suzaini, Cikgu Yusnidar
Bacaan doa
11.20 pagi : Ucapan Pengerusi BKS
11.30 pagi : Ucapan Pengetua
11.40 pagi Tayangan Multimedia
12.00 pagi : Ucapan yang diraikan
12.40 pagi : Persembahan
Acara Memotong Kek
Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
Mengetik Kad Perakam Waktu
Perarakan keluar dari kawasan sekolah
2.30 ptg : Bersurai
Tiba jua di persimpangan ini,
Barulah kita tahu besarnya erti budi,
Makna jalinan kasih yang abadi,
Semarak mesra yang meresap dalam manis bicara,
dan nilai setia semua yang ada,
Mengadun citra seanggun bahagia.
Setia di sini untuk melengkapi waktu,
Menenun harapan dengan iltizam dan restu,
Tanpa curiga menusuk rasa,
Lantaran di sini semua saudara,
Penghibur duka pemulih lara.
Mengenang detik manis yang semakin sepi,
Hilang bicara mesra,
Lupus kiranya gurau senda,
Jarak dan ruang pasti semakin dirasa,
Justeru langkah dan arah kian berbeza.
Kasih ini tetap utuh,
Terpahat dalam ingatan yang teguh,
Terbit dari ikatan ukhuwah yang ampuh,
Rindu nostalgia di sini berlabuh.
Setia budi semarak kasih,
Untukmu insan terpilih,
Pergimu bukan tersisih,
Budimu tuan dihati membenih.
Selamat tinggal seribu karenah,
datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah.
Dilahirkan pada 18 APRIL 1969
Anak sulung daripada 7 orang adik-beradik
Persekolahan :
SK Bumbung Lima (1976-1981)
SMK Agama (P)AL-Mashoor (1982-1988)
Tingkatan 1 sehingga 6 Atas
Universiti Kebangsaan Malaysia (1989-1993) dalam bidang Pengajian Islam
Maktab Perguruan Lepasan Ijazah-KPLI (1994-1995)
Keluarga :
Berkahwin pada tahun 1995, mempunyai 3 cahaya mata.
Sejarah Kerjaya:
Mula mengajar di SMK Dato’ Kailan (1995-2022)
Mengajar subjek Sejarah, Pendidikan Seni & Pendidikan Islam
Jawatan yang disandang :
Ketua Panitia Pendidikan Islam (2008-2017)
Guru Penasihat Puteri Islam & Persatuan Pendidikan Islam,
Guru Tingkatan dan lain2 tugasan
Kenangan manis : Dapat mengajar di SMK Dato’ Kailan yang terdiri
daripada kalangan warga sekolah yang terbaik.
Dilahirkan pada 02 Mac 1965
Anak sulung daripada 2 orang adik-beradik
Persekolahan :
SK Penaga (1972-1977)
SMK Sri Muda, Penaga (1978-1981)
SMK Sains Tanjung Agas, Muar (1983)
Arkansas State University, (USA) (1984-1987) B
(Bachelor of Arts In Political Science)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1991)
(Diploma of Education)
Keluarga :
Berkahwin pada tahun 1993, mempunyai 2 cahaya mata perempuan.
Sejarah Kerjaya:
Mula mengajar di SMK Serdang, Kedah (1992-1993)
SMK Dato’ Kailan (1993-2022)
Mengajar subjek English, Sejarah, Pendidikan Sivik, Pendidikan Seni & PJPK
Jawatan yang disandang :
Ketua Panitia B.I, Sejarah dan Sivik, Guru Biasiswa
Hobi : Melancong dan berkebun
Dilahirkan pada 21 Ogos 1967
Anak ke 9 daripada 10 orang adik-beradik
Persekolahan :
SK Changkat Tin, Tanjung Tualang Perak
SM Dato Bendahara CM Yusoff, Tanjung Tualang
SM Sains Taiping (SM Sains Sultan Azlan Shah)
Ijazah Sarjana Muda di USM dalam pengkhususan Sastera dan Pendidikan
(Kepujian)
Keluarga :
Berkahwin pada tahun 1991, suami Ustaz Yusoff bin Abu Bakar.
Dikurniakan 5 cahaya mata (4 perempuan, 1 lelaki).
Mempunyai 2 orang cucu
Sejarah Kerjaya:
Mula mengajar di SMK Sultan Mahmud Shah, Perak (1991)
SMK Datuk Hj. Abdul Kadir (Dis 1991)
SMK Paya Keladi/SMK Dato’ Kailan (2004-2022)
Mengajar subjek Matematik,Geografi, Seni Visual dan PJPK
Kenangan manis : Dapat berkhidmat dan berpencen di SMKDK. Murid
yang sangat baik serta guru-guru yang sentiasa memberi kerjasama dan
sentiasa memberi pertolongan dalam keadaan susah mahupun senang.
Alhamdulillah.
Dilahirkan pada 16 Ogos 1968
Anak ke 2 daripada 5 orang adik-beradik
Persekolahan :
SK Anak2 Angkatan Tentera Kem Tok Jalai, Jitra Kedah
SMK Jitra Kedah
SM Sains Sultan Mohd Jiwa, Sg Petani, Kedah
Universiti Sains Malaysia (Ijazah)
MPPP (Sijil perguruan/KPLI)
Keluarga :
Berkahwin pada tahun 1993, mempunyai 2 cahaya mata.
(1 Lelaki dan 1 Perempuan)
Sejarah Kerjaya:
Mula mengajar di SMK Dato’ Kailan sehingga kini (1994-2022)
Mengajar subjek Sains, Matematik & Kimia
Kenangan manis : Dapat mengajar di SMK Dato’ Kailan yang terdiri
daripada murid dan guru yang baik. Penguat semangat apabila murid
memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM terutama subjek Sains.
Jawatankuasa majlis mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang turut serta dalam
menjayakan Majlis Persaraan
Cikgu Azimah Binti Aziz
Cikgu Yusnidar Binti Abdullah
Cikgu Norrida Binti Ahmad
Cikgu Suzaini Binti Salleh
Berdayung sampan ke tanah semenanjung,
Hendaklah membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
Terima kasih
Jasamu Dikenang