DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA&PERADABAN
PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL
MALAYSIA
(E-MAJALAH)
NO NAMA NO MATRIK
1. NURUL AIN BT MD 18DUP21F2031
HASRI 18DUP21F2029
2. NUR AZRINA BINTI
18DUP21F2006
SHAMSULEFFLE
3. PUTERI NUR INDAH 18DUP21F2004
BINTI JALAL
4. AINUL MARDHIAH
BINTI AHMAD ZAINI
NAMA PENSYARAH:ENCIK PISOL BIN NASIR
NO ISI KANDUNGAN M/S
1. Pengenalan
2. PERPADUAN YANG DIIDAMKAN
● Detik Perpaduan VS Detik Perbezaan
3. KESEPADUAN TAHAP YANG DICAPAI
● Kesepaduan nasional
● Kesepaduan sosial
4. PENYATUPADUAAN :PROSES DIUSAHA
● Etnik
● Alat penyatupaduaan
5. KESIMPULAN
PENGENALAN
Kepelbagaiaan
bangsa&kaum di Negara kita
menjadi suatu cabaran dalam
kehidupan masyarakat
kini.Setiap bangsa&kaum
masyarakat kita mempunyai
fahaman dan cara pemikiran
yang berbeza dari sgi
penghatan
etika&peradaban.Akan tetapi
hamper keseluruhan
masyarakat di Malaysia ini berkongsi perkara yang sama dan juga terdapat
beberapa perkara yang berbeza yang kadang kala menghalang suatu benda
dalam masyarakat kita pada hari ini.Semenjak Negara kita sudah Merdeka
ianya membawa keamanan,kestabilan rakyat pada hari ini.Inilah kewujudan
kesepaduan yang ad di Malaysia dari dahulu sehingga kini.
PERPADUAN:MATLAMAT DIIDAMKAN
Detik Perpaduan VS Detik Perbezaan
Detik Perpaduan dan Detik Perbezaan adalah saat yang boleh
dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat.Antara
suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan
adalah detik-detik Ketika.Pergaulan di pasar, mengadakan
majlis perkahwinan, tempatmakan, sokongan dalam sukan,
memberi bantuan ketika bencana,mengunjungi tempat
percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir
menonton filem di pawagam dan sebagainya.
KESEPADUAN TAHAP YANG DICAPAI
dari segi:-
KESEPADUAN NASIONAL(DEFINISI)
Kesepaduan nasional bermaksud penyatupaduan pelbagai
kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan
yang berbeza. Penyatupaduan ini merupakan penyatuan yang
membentuk zahir dan luaran.
Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman, stabil,
makmur, dan sejahtera. Walaubagaimanapun masih terdapat
perbezaan dalam membentuk defisit sosial yang wujud dalam
sesebuah masyarakat di negara kita ini.
Kesepaduan nasional ini juga amat penting untuk mewujudkan
masyarakat yang dinamik. Masyarakat yang dinamik akan
mewujudkan kelompok petani tradisional kepada petani komersial
industri
Daripada segi kemajmukan bangsa, akan wujud pelbagai etnik dan
budaya modenti yang mengutamakan kestabilan dan kemajuan.
Mereka berkongsi norma hidup, persamaan nilai dan kerencaman
sosial. Hal ini, merentasi hubungan horizontal antara etnik dan
agama sekaligus dapat membina Negara bangsa integrasi yang
maju.
KESEPADUAN SOSIAL(DEFINISI)
Kesepaduan sosial merupakan elemen penting dalam memastikan
sesebuah komuniti berada dalam keadaan aman dan harmoni. Ia
merupakan prasyarat kepada keadaan yang stabil dan masyarakat tanpa
konflik. Justeru, Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada,
United Kingdom, Perancis dan Australia telah meletakkan kesepaduan
sosial sebagai satu polisi penting. Perbincangan berkaitan dengan
kesepaduan sosial bukan merupakan sesuatu yang baharu. Malahan, Bapa
Sosiologi seperti Emile Durkheim telah memperkatakan keadaan
kesepaduan sosial dalam karya beliau melalui konsep kesepaduan
mekanikal dan kesepaduan organik.Kemudian, diteruskan pula oleh tokoh-
tokoh selepasnya seperti Ferdinand Tonnies, Robert Redfield, Hillery dan
sebagainya. Di Malaysia, Shamsul Amri Baharuddin telah mengetengahkan
konsep kesepaduan sosial yang diletakkan sebagai formula penting untuk
menguruskan masyarakat majmuk. Konsep dan ciri-ciri kesepaduan
mengikut pendapat Ibnu Khaldun melalui model perpaduan dalam
kepelbagaian Ibn khaldun dalam konteks integrasi dan perpaduan
masyarakat majmuk Malaysia (rosfazila binti abd Rahman & abdul razif bin
zaini2017) adalah kepercayaan kepada Allah, semangat dakwah, keadilan,
akauntabiliti, penghormatan bersama, saling mempercayai, keikhlasan
mutlak, rajin, kerjasama, kecemerlangan, rawatan persaudaraan, kejujuran
dan kebenaran, moral, pengetahuan, tingkah laku yang baik, pengorbanan,
kemas, dan kebersihan. Model Perpaduan Dalam Kepelbagaian Ibn
Khaldun pula mempunyai aspek-aspek seperti ukhwah, nubuwwah daawat
al-haq, al-mulk, asabiyah dan ma’unah.
KESEPADUAN SOSIAL POLITIK
Penyatuan kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan
kebudayaan yang berbeza.Penyatuan yang berbentuk zahir(Munirah
Mustafa,Naimah Ghazali et al). Antara kesannya ialah keadaan
negara akan menjadi aman makmur dan sejahtera.Ekonomi negara
akan menjadi
stabil dan lancar.Terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial
yang wujud dalam sebuah masyarakat dinegara kita.
KESEPADUAN SOSIAL&AGAMA
Kesepaduan dari segi sosial&agama wajib menitit beratkan budaya
hormat menghormati agam yang lain,kerana ianya menjadi impak
yang sangat besar jika berlakunya perselisihan faham Antara
kaum/bangsa/agama yang lain.Contohnya agama hindu tidak
menghormati agama orang cina yang menyebabkan berlakunya
keretakkan hubungan sesama kaum.Hal ini,perlulah kita pandang
serius kerana dapat menjadi hal yang buruk dan sangat besar jika
kaum atau agama lain bergaduh sesama mereka.Antara contoh-
contoh yang baik yang perlu kita terapkan dalam diri kita ialah sifat
amalan tolong-menolong,hormat menghormati sesama kaum tidak
kira tua atau muda dan juga kita perlulah menghormati budaya
suatu tempat yang sememangnya asal disitu ataupun
ditetapkan.Kerana lain bangsa/agama/budaya dan juga cara hidup
mereka lain juga cara ditempat kita.Oleh itu,buad baiklah tidak kira
warna kulit/bangsa mahupun agama.
PENYATUAN PROSES YANG DIUSAHAKAN
TAHAP KEETNIKAN
ALAT PENYATUPADUAN :-
Detik perpaduan dimana yang boleh mengeratkan silaturahim
adalah saat yang berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat
kini. Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan munculnya
perpaduan adalah detik-detik ketika pergaulan di pasar,
mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam
sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat
percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir
menonton filem di pawagan dan sebagainya
Sukan bola sepak juga adalah antara satu daripada saat dan
detik perpaduan yang jelas dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia
apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan sama-
sama memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-
masing. Mereka juga menyokong pasukan masing-masing tanpa
melihat pasukan mereka terdiri daripada kaum atau bangsa
berlainan. Budaya ini harus diteruskan dan diterapkan dalam setiap
generasi rakyat Malaysia agar ia menjadi alat perpaduan utuh
ribuan penyokong Harimau Malaya tetap "mengaum" di Stadium
Nasional.
KESIMPULAN
Perpaduan kaum yang telah meresap masuk ke dalam jiwa setiap rakyat sekaligus
dapat membantu mempertingkatkan keamanan negara . Seperti mana yang kita
semua tahu , keamanan negara akan musnah jika tiada perpaduan kaum kerana
rakyat pasti akan mempunyai salah faham , tiada tolak ansur sehingga
mengakibatkan pergaduhan dan juga rusuhan antara kaum . Hal ini secara tidak
langsung akan menjejaskan keamanan sesebuah negara yang telah lama dibina .
Kesimpulannya , kita mestilah berganding bahu menyengetkan badan dalam
memantapkan perpaduan di setiap kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa
dan kaum serta agama agar kehidupan kita semua menjadi aman harmoni dan
tenteram dan janganlah kita bersikap pentingkan kaum sendiri seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing masing kerana perpaduan kaum itu tidak akan
wujud jika sikap itu berlaku .
RUJUKAN
BUKU RUJUKAN ;
Penghayatan etika dan peradaban edisi kemaskini
NAMA PENGARANG ;
Munirah Mustaffa , Mohamad Bazli Md Radzi , Naimah Ghazali , Wan Mohd
Tarmizi Wan Othman , Mohamad Faizal Ahmad , Mohammad Tarmizi Balya .
POLITEKNIK MALAYSIA 2020 DAN 2022
RUJUKAN