The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Puteri Indah, 2022-05-22 09:20:18

mpu21032 emajalah

mpu21032 emajalah

DIPLOMA PENGURUSAN
PELANCONGAN

MPU 21032 PENGHAYATN
ETIKA & PERADABAN

PEMANTAPAN KESEPADUAN
NASIONAL MALAYSIA

KUMPULAN 5

SESI 2021/2022

1

PENYUNTING

PENGARANG PENYUNTING 1

NURUL AIN BT MD HASRI NUR AZRINA BT SHAMSULEFFLE
(18DUP21F2031) (18DUP21F2029)

PENYUNTING 2 PENYUNTING 3

PUTERI NUR INDAH BT JALAL AINNUL MARDHIAH BT
(18DUP21F2006) AHMAD ZAINI
(18DUP2F2004)

2

ISI KANDUNGAN

MUKA DEPAN 1

PENYUNTING 2

ISI KANDUNGAN 3

PENGENALAN 4

DETIK PERPADUAN & DETIK 5
PERBEZAAN 6-8

KESEPADUAN TAHAP YANG DICAPAI

PENYATUPADUAN(PROSES YANG 9
DILAKUKAN) 10-11

KESIMPULAN DAN RUJUKAN

3

PENGENALAN

Kepelbagaiaan bangsa&kaum di Negara kita menjadi suatu cabaran
dalam kehidupan masyarakat kini.Setiap bangsa&kaum masyarakat kita
mempunyai kefahaman dan cara pemikiran yang berbeza dari segi
penghayatan etika&peradaban.Akan tetapi hampir keseluruhan
masyarakat di Malaysia ini berkongsi perkara yang sama dan juga
terdapat beberapa perkara berbeza yang kadang kala menghalang
suatu benda dalam masyarakat kita pada hari ini.Semenjak Negara kita
sudah Merdeka ianya membawa keamanan,kestabilan rakyat pada hari
ini.Inilah kewujudan kesepaduan yang ad di Malaysia dari dahulu
sehingga kini.

4

DETIK PERPADUAN DAN
DETIK PERBEZAAN

Detik Perpaduan dan Detik Perbezaan adalah saat yang boleh
dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat.Antara
suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan
adalah detik-detik Ketika.Pergaulan di pasar, mengadakan majlis
perkahwinan, tempatmakan, sokongan dalam sukan, memberi
bantuan ketika bencana,mengunjungi tempat percutian,
menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di
pawagam dan sebagainya.

5

KESEPADUAN TAHAP
YANG DICAPAI

DEFINISI KESEPADUAN NASIONAL

Kesepaduan nasional bermaksud penyatupaduan
pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang
sosial dan kebudayaan yang berbeza.
Penyatupaduan ini merupakan penyatuan yang
membentuk zahir dan luaran.

Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan
menjadi aman, stabil, makmur, dan sejahtera.
Walaubagaimanapun masih terdapat perbezaan
dalam membentuk defisit sosial yang wujud dalam
sesebuah masyarakat di negara kita ini.

Kesepaduan nasional ini juga amat penting untuk
mewujudkan masyarakat yang dinamik.
Masyarakat yang dinamik akan mewujudkan
kelompok petani tradisional kepada petani
komersial industri

Daripada segi kemajmukan bangsa, akan wujud
pelbagai etnik dan budaya modenti yang
mengutamakan kestabilan dan kemajuan. Mereka
berkongsi norma hidup, persamaan nilai dan
kerencaman sosial. Hal ini, merentasi hubungan
horizontal antara etnik dan agama sekaligus dapat
membina Negara bangsa integrasi yang maju.

6

DEFINISI KESEPADUAN SOSIAL

Kesepaduan sosial merupakan elemen penting dalam memastikan
sesebuah komuniti berada dalam keadaan aman dan harmoni. Ia
merupakan prasyarat kepada keadaan yang stabil dan masyarakat
tanpa konflik. Justeru, Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,
Kanada, United Kingdom, Perancis dan Australia telah meletakkan
kesepaduan sosial sebagai satu polisi penting. Perbincangan berkaitan
dengan kesepaduan sosial bukan merupakan sesuatu yang baharu.

Malahan, Bapa Sosiologi seperti Emile Durkheim telah memperkatakan
keadaan kesepaduan sosial dalam karya beliau melalui konsep
kesepaduan mekanikal dan kesepaduan organik.Kemudian, diteruskan
pula oleh tokoh-tokoh selepasnya seperti Ferdinand Tonnies, Robert
Redfield, Hillery dan sebagainya. Di Malaysia, Shamsul Amri
Baharuddin telah mengetengahkan konsep kesepaduan sosial yang
diletakkan sebagai formula penting untuk menguruskan masyarakat
majmuk.

Konsep dan ciri-ciri kesepaduan mengikut pendapat Ibnu Khaldun
melalui model perpaduan dalam kepelbagaian Ibn khaldun dalam
konteks integrasi dan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia
(rosfazila binti abd Rahman & abdul razif bin zaini2017) adalah
kepercayaan kepada Allah, semangat dakwah, keadilan,
akauntabiliti, penghormatan bersama, saling mempercayai,
keikhlasan mutlak, rajin, kerjasama, kecemerlangan, rawatan
persaudaraan, kejujuran dan kebenaran, moral, pengetahuan,
tingkah laku yang baik, pengorbanan, kemas, dan kebersihan.
Model Perpaduan Dalam Kepelbagaian Ibn Khaldun pula
mempunyai aspek-aspek seperti ukhwah, nubuwwah daawat al-
haq, al-mulk, asabiyah dan ma’unah.

7

KESEPADUAN SOSIAL POLITIK

Penyatuan kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan
kebudayaan yang berbeza.Penyatuan yang berbentuk
zahir(Munirah Mustafa,Naimah Ghazali et al). Antara kesannya
ialah keadaan negara akan menjadi aman makmur dan
sejahtera.Ekonomi negara akan menjadi stabil dan lancar.Terdapat
perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sebuah
masyarakat dinegara kita.

KESEPADUAN SOSIAL & AGAMA

Kesepaduan dari segi sosial&agama wajib menitit beratkan budaya
hormat menghormati agam yang lain,kerana ianya menjadi impak yang
sangat besar jika berlakunya perselisihan faham Antara
kaum/bangsa/agama yang lain.Contohnya agama hindu tidak
menghormati agama orang cina yang menyebabkan berlakunya
keretakkan hubungan sesama kaum.

Hal ini,perlulah kita pandang serius kerana dapat menjadi hal yang
buruk dan sangat besar jika kaum atau agama lain bergaduh
sesama mereka.Antara contoh-contoh yang baik yang perlu kita
terapkan dalam diri kita ialah sifat amalan tolong-menolong,hormat
menghormati sesama kaum tidak kira tua atau muda dan juga kita
perlulah menghormati budaya suatu tempat yang sememangnya
asal disitu ataupun ditetapkan.

8

PENYATUPADUAN PROSES YANG
DIUSAHAKAN

Detik perpaduan dimana yang boleh mengeratkan silaturahim adalah
saat yang berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat kini. Antara
suasana yang sering dilihat menunjukkan munculnya perpaduan
adalah detik-detik ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis
perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi
bantuan ketika bencana, mengunjungi tempat percutian, menikmati
cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton filem di pawagan dan
sebagainya

Sukan bola sepak juga adalah antara satu daripada saat dan detik
perpaduan yang jelas dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia apabila
semua bangsa tanpa mengira kaum dan keturunan sama-sama
memenuhi stadium bagi menyokong pasukan masing-masing. Mereka
juga menyokong pasukan masing-masing tanpa melihat pasukan
mereka terdiri daripada kaum atau bangsa berlainan. Budaya ini harus
diteruskan dan diterapkan dalam setiap generasi rakyat Malaysia agar
ia menjadi alat perpaduan utuh ribuan penyokong Harimau Malaya

tetap "mengaum" di Stadium Nasional.

9

KESIMPULAN

Perpaduan kaum yang telah meresap masuk ke dalam
jiwa setiap rakyat sekaligus dapat membantu
mempertingkatkan keamanan negara . Seperti mana
yang kita semua tahu , keamanan negara akan musnah
jika tiada perpaduan kaum kerana rakyat pasti akan
mempunyai salah faham , tiada tolak ansur sehingga
mengakibatkan pergaduhan dan juga rusuhan antara
kaum . Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan
keamanan sesebuah negara yang telah lama dibina .
Kesimpulannya , kita mestilah berganding bahu
menyengetkan badan dalam memantapkan perpaduan
di setiap kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira
bangsa dan kaum serta agama agar kehidupan kita
semua menjadi aman harmoni dan tenteram dan
janganlah kita bersikap pentingkan kaum sendiri seperti
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing
kerana perpaduan kaum itu tidak akan wujud jika sikap
itu berlaku .

10

RUJUKAN
BUKU RUJUKAN ;
Penghayatan etika dan peradaban
edisi kemaskini
NAMA PENGARANG ;
Munirah Mustaffa , Mohamad
Bazli Md Radzi , Naimah Ghazali ,
Wan Mohd Tarmizi Wan Othman ,
Mohamad Faizal Ahmad ,
Mohammad Tarmizi Balya .
POLITEKNIK MALAYSIA 2020
DAN 2022

11


Click to View FlipBook Version