The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAT PIBG KE 40 & AKEA - SMK BERA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nasrul Hakim Zakaria, 2023-06-13 03:47:37

BUKU PROGRAM MAT PIBG KE 40 & AKEA - SMK BERA

BUKU PROGRAM MAT PIBG KE 40 & AKEA - SMK BERA

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke - 40 & Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sesi 2022/2023 Perasmian Oleh: Pn Dasimah Binti Yahia @ Othman Timbalan PPD Unit Akademik Merangkap Pemangku KPPD Bera TARIKH: 17.06.2023 (SABTU) MASA: 8.00 PAGI TEMPAT: DEWAN ABDUL HADI SEK. MEN. KEB. BERA BANDAR 32, 28300 TRIANG, PAHANG DARUL MAKMUR. #SEMBERA@DREAMBIG #BANGKITBERSAMA #KITAJUARA #SEKOLAHSEJAHTERA https://midd.me/Kaf3


ISI KANDUNGAN 1. Notis Mesyuarat Agung PIBG………………………..………….. 1 2. Ucapan Yang Dipertua PIBG……………………………………. 2 3. Ucapan Alu-aluan Pemangku Pengetua...……………………... 3 4. Sejarah SMK Bera Bandar 32…………………………………... 4 5. Sejarah PIBG SMK Bera Bandar 32…………………………….. 5 6. Tentatif MAT PIBG KE — 40 & AKEA Sesi 22/23….……….. 6 7. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke — 40 ........ 7 8. Senarai AJK PIBG Sesi 2022 – 2024…………………………... 8 9. Statistik Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Sesi 22/24…………. 9 10. Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke — 39.............. 10-16 11. Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023...................................... 17-18 12. Penyata Kewangan Berakhir Pada 31.12.2022........................ 19-20 13. Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke — 40 2023..................... 21 14. Senarai Nama Penerima Hadiah AKEA Sesi 22/23.................. 22-28 15. Jawatankuasa Pengelola MAT PIBG KE — 40 & AKEA 2023. 29-31 16. Penghargaan............................................................................ 32


PIBG SMK BERA (CEAA061) BANDAR 32 28300 TRIANG PAHANG DARUL MAKMUR TEL./FAX : 09 2461502 ————————————————————————————————————————————————————————————————- Ruj. Kami : CEAA061.100-8/1/5(1) Tarikh : 31hb. Mei 2023 SEMUA AHLI PIBG, SMK BERA BANDAR 32. Tuan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BERA KALI KE-40 TAHUN 2023 Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SMK Bera akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 40/2023. Tuan/ puan dijemput hadir untuk sama-sama menjayakan mesyuarat tersebut. Ketetapan mesyuarat adalah seperti berikut : Tarikh : 17hb. Jun, 2023 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Abdul Hadi, SMK Bera 3. Bersama-sama ini disertakan borang maklum balas Kehadiran Mesyuarat dan Usul (jika ada ) untuk tindakan tuan/puan. Jawapan kehadiran mesyuarat dan usul tersebut hendaklah di hantar melalui anak-anak jagaan tuan/puan selewat-lewatnya pada atau sebelum 8hb. Jun 2023. 4. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ............................................ (JALILAH BINTI SAAD ) SETIAUSAHA, PIBG SMK BERA BANDAR 32. 1


UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG Alhamdulillah PIBG SMK Bera Bandar 32 telah mencapai usia 40 tahun penubuhan, satu usia yang cukup matang dalam kehidupan. Saya berharap PIBG mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang selari dengan hasrat sekolah, melahirkan pelajar terbilang dari segi intelektual, rohani dan jasmani. Pihak ` sekolah telah sedaya upaya memberikan input yang terbaik untuk anak-anak pelajar, namun begitu ibubapa perlu memberikan perhatian khusus pada anak-anak, terutama menyentuh soal kehadiran ke sekolah. Saya kecewa bilamana masih ada pelajar yang acuh tak acuh untuk hadir ke sekolah, menganggap hadir ke sekolah sekadar mengisi masa lapang, hadir ke sekolah sekadar mengelak dari bebelan ibubapa jika berada di rumah. Jika sikap begini terus kekal berada dalam diri pelajar, percayalah suatu hari nanti yang rugi adalah pelajar itu sendiri. Saya menyeru kepada ibubapa pelajar bertindak dari hari ini, pastikan anak-anak hadir ke sekolah, kejut mereka dari mimpi indah di malam hari, dengan apa cara sekalipun anak-anak wajib hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan. PIBG akan terus memberikan sokongan dan galakan dari segi apa jua, sesuai dengan kemampuan semasa PIBG. Saya sentiasa mendoakan agar sekolah ini melakar kembali kegemilangan yang pernah di capai dahulu. Untuk itu semua pihak perlu menggembleng tenaga, usaha, idea dan tindakan. Akhir kalam semoga PIBG SMK Bera Bandar 32 terus maju jaya dalam menjulang SMK Bera THE BEST. Sekian, terima kasih. ………………………………………………. (ENCIK ALIAS BIN HARUN) Yang DiPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Bera Bandar 32, 28300 Triang, 2


UCAPAN ALU—ALUAN PEMANGKU PENGETUA Saya terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T. serta mengalu-alukan kehadiran semua ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-40 ini. Sesungguhnya mesyuarat pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan para ibubapa dan penjaga dapat bersua muka untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan pihak sekolah dalam membangunkan aspirasi dan kejayaan pelajar-pelajar SMK Bera. Keprihatinan tuan-tuan semua pastinya akan menguatkan lagi semangat serta keazaman menyemarakkan pencapaian dan kejayaan sekolah ini. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan PIBG sesi 2022/2024 atas inisiatif dan sokongan padu dalam program-program sekolah yang dilaksanakan. Sasaran kita tahun ini adalah untuk memperkasakan sekolah dalam semua aspek agar menjadi sebuah sekolah unggul. Untuk itu, kerjasama semua pihak sangat diharapkan bagi melaksanakan dasar KPM yang telah diwar-warkan, terutamanya Anak Baik lagi Cerdik (ABC) dengan slogan “Adab dulu, baru Ilmu”. Saya percaya berkat kesungguhan, daya usaha dan komitmen ibubapa dan penjaga yang bersemangat bersama guru-guru dan kakitangan SMK Bera, kita mampu meneruskan kecemerlangan, kegemilangan dan sekolah terbilang menepati #sekolahsejahtera #semberajuara. Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang berterusan. Selamat bermesyuarat. Sekian, terima kasih. (PN NOR LIZA BINTI MAT SENIN) GPK1 (Pentadbiran) / Pemangku Pengetua SMK Bera Bandar 32, 28300 Triang, Pahang. 3


SEJARAH SMK BERA BANDAR 32 Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32 telah memulakan operasi pentadbirannya pada 16 November 1982. Pengambilan pelajar kumpulan pertama iaitu pelajar Tingkatan 1 ialah pada 3 Januari 1983. Pelajar kumpulan pertama ini berjumlah 174 orang terdiri daripada lepasan pelajar SK Tementi, Sebertak, Rentam dan Kumai. Sejajar dengan itu, seramai 8 orang guru mula berkhidmat untuk proses pengajaran dan pembelajaran ketika itu. Walau bagaimanapun atas kesedaran dan keinginan melihat anak-anak felda mendapat pendidikan yang sempurna, jawatankuasa bertindak 4 rancangan felda berkenaan telah membuat permohonan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh untuk membuka kelas Tingkatan 2. Ganjaran dari usaha ini, kelulusan telah diperolehi dan kelas Tingkatan 2 pertama telah di buka pada 27 April 1983. Seramai 101 orang pelajar telah memulakan persekolahan mereka di sini. Para pelajar ini adalah pelajar yang menetap di Felda Tementi, Felda Sebertak dan Felda Rentam dan juga yang telah mendapat pendidikan di SMK Purun. Bagi menampung tenaga pengajar, seramai 4 orang guru terlatih di hantar ke SMK Bera bagi memantapkan lagi proses pembelajaran pada masa itu. Saban tahun SMK Bera menerima pertambahan pelajar. Pertambahan ini sentiasa meningkat antara tahun 1992 hingga tahun 2001. Jumlah pelajarnya melebihi 2000 orang. Pengetua yang berkhidmat juga silih berganti. Berikut senarai Pengetua SMK Bera dari 1982 hingga kini: Drs Haji Abdul Rahman Bin Zainal 1982 — 1991 Pn Rabiah Binti Wahab (Memangku) 1991 — 1992 Tn Hj Abu Hanifah Bin Ali 1992 — 1993 En Kamaruddin Bin Kassim (Memangku) 1993 En Abdullah Bin Ismail 1993 — 1994 Tn Hj Abdul Wahab Bin Muhammad 1994 — 1997 En Mohd Ripin Bin Sidek 1998 Tn Hj Hamdan Bin Mahmod 1998 — 2002 Pn Salmah Binti Othman (Memangku) 2003 — 2004 En Abdullah Bin Musa 2004 — 2006 En Abdul Hadi Bin Abdul Rahman 2006 — 2017 En Zakuan Bin Mat Desa 2018 — 2021 En Alias Bin Ismail 2022 Pn Nor Liza Bt Mat Senin (Memangku) 2023 — kini 4


SEJARAH PIBG SMK BERA Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMK Bera telah ditubuhkan pada Mac 1983 iaitu sebaik sahaja menerima pelajar sulungnya pada 3 Januari 1983. Sepanjang tempoh 40 tahun PIBG terus bergerak maju seiring dengan misi dan visi sekolah khususnya dalam membantu perkembangan potensi baik dari segi akademik mahupun kokurikulum pelajar-pelajar SMK Bera. Kepimpinan PIBG silih bertukar ganti tahun ke tahun namun matlamat dan wawasan mereka tidak lari daripada memajukan SMK Bera yang tercinta ini. Tanpa apa – apa ganjaran atau elaun lebih masa, Pengerusi dan AJK nya sentiasa bekerja keras dari aspek buah fikiran, galakan dan masa ke arah menjayakan agenda pendidikan bunga bangsa sekolah ini. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih atas jasa-jasa kepimpinan dari AJK PIBG yang telah lalu. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa baik yang telah ditaburkan di bumi SMK Bera ini. Senarai Pengerusi PIBG SMK Bera Bandar 32: En Mohd Khalid Bin Ismail 1983 — 1985 En Ahmad Bin Long 1986 Tn Haji Jaafar Bin Haji Hamli 1987 — 1991, 2003 — 2013 Tn Haji Mat Saman Bin Husin 1992 — 1993, 1996 — 1998 En Abdul Hamid Bin Ahmad 1994 — 1995 En Abdul Rahim Bin Abdul Rahman 1999 (Memangku) Tn Haji Salim Bin Haji Taib 2000 — 2002 En Alias Bin Harun 2014 — kini 5


TENTATIF MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-40 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (AKEA) SESI 22/23 08.00 PAGI : PENDAFTARAN IBU BAPA MESYUARAT PIBG DAN PENERIMA ANUGERAH TING. 1- 4 2022/23 BERSERTA IBUBAPA 08.30 PAGI : MESYUARAT PIBG BERMULA 09.30 PAGI : PENDAFTARAN KEHADIRAN PENERIMA ANUGERAH SPM BERSAMA IBUBAPA 10.00 PAGI : IBUBAPA DAN PENERIMA HADIAH DIEDARKAN SARAPAN PAGI CABUTAN BERTUAH DILANGSUNGKAN IBUBAPA DAN PENERIMA HADIAH BERSEDIA UNTUK MAJLIS AKEA PERSEMBAHAN 1 10.30 PAGI : MAJLIS BERMULA UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS BACAAN DOA UCAPAN PENGETUA 11.00 PAGI : UCAPAN PERASMI PN DASIMAH BINTI YAHIA@OTHMAN TIMBALAN PPD UNIT AKADEMIK MERANGKAP PEMANGKU KPPD BERA 11.15 PAGI : PERSEMBAHAN 2 11.30 PAGI : PENYAMPAIAN ANUGERAH TERBAIK PELAJAR TINGKATAN 1- 4 SESI AKADEMIK 2022/2023 12.00 TGH : PERSEMBAHAN 3 12.15 TGH : PENYAMPAIAN ANUGERAH TERBAIK GURU DAN PELAJAR SPM SESI AKADEMIK 2022/2023 12.45 TGH : PENYAMPAIAN CENDERAHATI PERASMI 1.00 PTG : BERSURAI 6


AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE — 40 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG. 2. Ucapan Penasihat PIBG. 3. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Ke — 39 / 2022. 4. Perkara — Perkara Berbangkit. 5. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2022. 6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG Berakhir Disember 2022. 7. Membentang dan Membahaskan Usul. 8. Hal — Hal lain. 9. Ucapan Penangguhan. 7


AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SESI 2022 / 2024 YDP PIBG : ENCIK ALIAS BIN HARUN NYDP : ENCIK MOHAMAD BIN ZAKARIA SETIAUSAHA : PUAN JALILAH BINTI SAAD N/SETIAUSAHA : PUAN FAUZIAH BINTI ABDUL MUIN BENDAHARI : ENCIK ANWAR BIN ABDUL AZIZ AJK IBU BAPA SEBERTAK : PUAN HALIMAH BINTI BAKAR : PUAN NORITA BINTI GHAMING TEMENTI : PUAN SITI SANAH BINTI SULAIMAN : ENCIK KHAIRUL FARIZAL BIN CHE ARANI RENTAM : PUAN ZAINIDAH BINTI PONO : PUAN SAHARAH BINTI MOHAMED LAIN-LAIN : ENCIK MOHD IRSYAD BIN ABDUL GHAFFAR : PUAN SITI SARINAH BINTI SAMIDI AJK GURU: 1. PUAN MAZIANA BINTI MURAD 2. PUAN SITI NORDIANA BINTI YUSOF @ SALEHUDDIN 3. PUAN AZLINA BINTI KHAIRUDDIN 4. ENCIK ZUL BIN SAUD 5. ENCIK RUZAIHAN BIN NASIR JURU AUDIT 1. ENCIK JAHARI BIN MOHD ISA 2. ENCIK NASRUL HAKIM BIN ZAKARIA 8


STATISTIK KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2022/2024 9 BIL NAMA KEHADIRAN M1 1.12.2022 M2 11.05.2023 1 ALIAS BIN HARUN √ √ 2 MOHAMAD BIN ZAKARIA √ 0 3 JALILAH BINTI SAAD √ √ 4 FAUZIAH BINTI ABDUL MUIN √ √ 5 ANWAR BIN ABDUL AZIZ √ √ 6 SITI NORDIANA BINTI YUSOF @ SALEHUDDIN √ √ 7 MAZIANA BINTI MURAD √ 0 8 AZLINA BINTI KHAIRUDIN 0 √ 9 ZUL BIN SAUD 0 √ 10 RUZAIHAN BIN NASIR √ √ 11 NORITA BINTI GHAMING √ √ 12 HALIMAH BINTI BAKAR √ √ 13 SITI SANAH BINTI SULAIMAN √ √ 14 KHAIRUL FARIZAL BIN CHE ARANI 0 0 15 SAHARAH BINTI MOHAMED √ √ 16 ZAINIDAH BINTI PONO √ √ 17 MOHD IRSYAD BIN ABDUL GHAFFAR 0 0 18 SITI SARINAH BINTI SAMIDI 0 √ 19 NASRUL HAKIM BIN ZAKARIA √ √ 20 JAHARI BIN MOHD ISA √ √


10 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE - 39 Tarikh : 29 Jun 2022 (Rabu) Masa : 2.00 Petang Tempat : Dewan Abdul Hadi SMK Bera PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK BERA BANDAR 32 28300 TRIANG PAHANG.


MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK BERA BANDAR 32 KALI KE-39 Kehadiran : Sebertak - 26 Orang Tementi - 30 Orang Rentam - 25 Orang Guru & ALP - 50 Orang Lain-lain - 25 Orang ----------------——— Jumlah 156 Orang ========== Turut Hadir :1. En. Alias Bin Ismail ( PENGETUA ) 2. Pn. Nor Liza Binti Mat Senin ( GPK Pentadbiran ) 3. En. Mohd Azwan Bin Musa ( GPK HEM ) 4. En. Noor Azmee Bin Husain ( GPK KOKO ) 5. En. Azhar Bin Othman ( Kaunselor) 1. Ucapan Yang Dipertia PIBG (En. Alias Bin Harun) 1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua tetamu, Jawatankuasa PIBG, guru-guru, dan ibu bapa. 1.2 Memohon ibu bapa memastikan anak-anak berada di dalam kelas sebelum jam 7.30 pagi kerana PDPC bermula jam 7.30 pagi. 1.3 Isu yang sering timbul di sekolah kini adalah kehadiran anak-anak ke sekolah. Campur tangan ibu bapa dan guru penting untuk memastikan peratus kehadiran adalah baik dan meningkat.. 1.4 Pada tahun ini akan ada pemilihan Jawatankuasa PIBG yang baharu. Semoga semua ahli dapat memilih Jawatankuasa yang dapat membantu meningkatkan prestasi sekolah dan bekerjasama erat dengan pihak sekolah. 11


12 2. Ucapan Penasihat PIBG ( En. Alias bin Ismail ) 2.1 Bersyukur dapat berkumpul dan bersemuka setelah pandemik selama 2 tahun. 2.2 Menyarankan ibu bapa memastikan anak-anak sihat sebelum hadir ke sekolah kerana pihak sekolah mengutamakan kesihatan murid. 2.3 Membentangkan Pencapaian SPM pada tahun 2021 2.3.1 GPS menurun dari 4.50 kepada 5.09. 2.3.2 Seramai 3 orang pelajar gagal dan Tidak Layak Mendapat Sijil dengan peratus lulus 96.15%. 2.3.3 BM mencapai kejayaan Lulus 100% manakala 3 orang pelajar gagal dalam mata pelajaran Sejarah. 2.4 Memaklumkan Kejayaan SMK Bera dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD Bera, di mana SMK Bera mencapai Kejayaan Naib Johan Daerah. Manakala Daerah Bera telah berjaya menjadi Johan di Peringkat MSS Pahang. 2.5 Pihak sekolah ada melakukan lawatan ke rumah ibu bapa dan penjaga sekiranya pelajar lama tidak hadir ke sekolah. 2.6 Mengucapkan terima kasih kepada YDP dan Jawatankuasa PIBG yang banyak membantu sekolah selama ini. Beliau menyarankan sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan secara musyawarah. 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Yang lalu 3.1 Puan Jalilah Binti Saad, Setiausaha PIBG telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu. 3.2 Puan Mariana Binti Omar, mencadangkan agar minit Mesyuarat Agung yang lalu disahkan. 3.3 Puan Norita Binti Ghaming, menyokong cadangan tersebut. 4. Perkara Berbangkit Tiada perkara berbangkit


13 5. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan sesi 2020/2021 5.1 En. Anwar Abd Aziz selaku Bendahari membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang bermula 1 Januari 2021 dan berakhir pada 31hb. Disember, 2021. Penerimaan RM 36 642. 32 Perbelanjaan RM 8 350. 00 ------------------------———- Baki RM 28 292.32 ================ 5.2 Puan Wan Suriana binti Wan Mohd. Zamri, mencadangkan agar Penyata Kewangan diterima. 5.3 Puan Zaliha binti Saion, menyokong cadangan tersebut. 6. Membentang dan Membahaskan Usul 6.1 Dr Mohamad Lailani bin Haraman, mencadangkan PIBG menukarkan “White Board” di kelas yang rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik.. Keputusan : Diluluskan mengikut keperluan dan PIBG akan cuba memohon peruntukan lain juga. 6.2 PIBG mencadangkan untuk menutup Akaun PIBG di Agro Bank kerana PIBG mempunyai 1 lagi akaun di Bank Rakyat. Keputusan : Bersetuju sebulat suara. 6.3 Encik Alias bin Harun, membentangkan usul dari PIBG, mencadangkan agar sumbangan PIBG sebanyak RM 100.00 dikekalkan bagi satu keluarga. Keputusan : Cadangan dipersetujui sebulat suara. 7. Usul Tergempar 7.1 En. Ruzaihan bin Nasir mencadangkan Jawatankuasa PIBG yang baharu nanti menubuhkan satu Jawatankuasa untuk “follow Up” berkaitan pembinaan Dewan Sekolah yang masih belum dilaksanakan. Keputusan : Dalam perhatian Jawatankuasa PIBG yang akan dilantik.


8. Hal-hal lain 8.1 Puan Wan Suriana Binti Wan Mohd. Zamri, mengucapkan terima kasih kepada guru dan pihak sekolah yang banyak membantu anaknya dari Pendidikan Khas, Mohamad Faiz Aimanudin bin Nazri, yang berjaya mewakili Daerah Bera ke Peringkat Negeri dalam Kategori E- Nyanyian Dakwah Solo. 8.2 Puan Nor Liza Binti Mat Senin, memaklumkan pelbagai aktiviti anak-anak pelajar akan berlangsung sama ada untuk Akademik dan Ko Kurikulum. Pihak sekolah amat memerlukan bantuan kenderaan, tenaga dan kewangan dari pihak FELDA umpamanya yang mempunyai bas dan sebagainya. Puan Nor Liza juga berharap ibu bapa dan penjaga dapat membuat bayaran Sumbangan PIBG lebih cepat untuk melancarkan Program-program untuk pelajar SPM umpamanya. 8.3 Dr Mohamad Lailani Bin Haraman menyarankan PIBG mewujudkan tabung untuk dana membeli kenderaan dan mendapatkan sokongan dari ALUMNI untuk mendapatkan sumber kewangan. 14


15 9. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021. 10. Perlantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2024. YDP PIBG : ENCIK ALIAS BIN HARUN NYDP : ENCIK MOHAMAD BIN ZAKARIA SETIAUSAHA : PUAN JALILAH BINTI SAAD N/SETIAUSAHA : PUAN FAUZIAH BINTI ABDUL MUIN BENDAHARI : ENCIK ANWAR BIN ABDUL AZIZ AJK IBU BAPA SEBERTAK : PUAN HALIMAH BINTI BAKAR : PUAN NORITA BINTI GHAMING TEMENTI : PUAN SITI SANAH BINTI SULAIMAN : ENCIK KHAIRUL FARIZAL BIN CHE ARANI RENTAM : PUAN ZAINIDAH BINTI PONO : PUAN SAHARAH BINTI MOHAMED LAIN-LAIN : ENCIK MOHD IRSYAD BIN ABDUL GHAFFAR : PUAN SITI SARINAH BINTI SAMIDI AJK GURU: 1. PUAN MAZIANA BINTI MURAD 2. PUAN SITI NORDIANA BINTI YUSOF @ SALEHUDDIN 3. PUAN AZLINA BINTI KHAIRUDDIN 4. ENCIK ZUL BIN SAUD 5. ENCIK RUZAIHAN BIN NASIR JURU AUDIT 1. ENCIK JAHARI BIN MOHD ISA 2. ENCIK NASRUL HAKIM BIN ZAKARIA


11. Ucapan Penangguhan 11.1 YDP PIBG Encik Alias Bin Harun, mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan ahli mesyuarat dan terima kasih kepada guru-guru yang mendidik anakanak selama ini. 11.2 YDP menyarankan ibu bapa dan penjaga berhubung dengan YDP dan berbincang dengan baik tanpa melibatkan emosi jika timbul apa-apa masalah di kalangan anak-anak pelajar. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ……………………………… ............................................ (PN. JALILAH BINTI SAAD) (EN. ALIAS BIN HARUN) SETIAUSAHA, YANG DIPERTUA, PIBG SMK BERA BANDAR 32 PIBG SMK BERA BANDAR 32 Sesi 2022/2024 Sesi 2022/2024 16


17 LAPORAN AKTIVITI PIBG SMK BERA TAHUN 2022 BIL TARIKH AKTIVITI 1 25 Feb 2022 Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat 2 2-24 Mac 2022 Kelas Tuisyen Ambang SPM 3 4 Apr 2022 Program Guru Penyayang 4 20 Mei 2022 Jamuan Hari Raya Aidilfitri 5 17 Jun dan 1 Dis 2022 Mesyuarat AJK PIBG 6 29 Jun 2022 Mesyuarat Agung PIBG 7 16 Jun 2022 Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 8 24 Jun 2022 Kejohanan Olahraga Sekolah 9 23 Jun 2022 Kejohanan Hoki MSSD Bera 10 29 Jun 2022 NILAM Ibubapa 11 4-7 Jul 2022 Kejohanan Catur MSSP 12 25-29 Jul 2022 Kejohanan Bola Sepak MSSD 13 18-22 Jul 2022 Kejohanan Bola Baling MSSP 14 25-27 Jul 2022 Kejohanan Bola Jaring MSSD 15 2-4 Ogos 2022 Kejohanan Olahraga MSSD 16 2-4 Ogos 2022 Kem Kepimpinan dan Motivasi 17 8-10 Ogos 2022 Bahas Bahasa Melayu 18 13 Ogos 2022 Gotong-royong Perdana 19 15 Ogos 2022 Penyelenggaraan Bilik Pendidikan Moral


18 LAPORAN AKTIVITI PIBG SMK BERA TAHUN 2022 BIL TARIKH AKTIVITI 20 1 Sep 2022 Projek Keceriaan (Cat) 21 1 Sep 2022 Kursus Kadet Polis 22 10 Ogos – 16 Sep 2022 Program Bulan Kemerdekaan 23 12-14 Sep 2022 Perkhemahan Pandu Puteri Daerah 24 21-27 Sep 2022 Kawad Kadet Polis Peringkat Negeri 25 29-31 Okt 2022 Perkhemahan Perdana SMK Bera 26 5 Nov 2022 Seminar Kimia SPM 27 10-12 Dis 2022 Kem Bugar Minda


PENYATA PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2022 HINGGA 31 DISEMBER 2022 19


20


USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE — 40 2023 21 BIL NAMA USUL 1 PIBG Mengekalkan sumbangan PIBG RM100 bagi 1 keluarga dan RM50 bagi Pendidikan Khas yang tiada adik beradik di arus perdana. 2 Pn. Nor Liza Binti Mat Senin (PK Pentadbiran) Unit Kurikulum SMK Bera memohon pelajar Tingkatan 5 membayar semula yuran Program Kecemerlangan Akademik (PKA) sebanyak RM100 seorang bagi menampung program-program SPM. 3 Pn. Hisah Binti Abd. Ghani (PK HEM) PEMBINAAN RUANG MENURUN DAN MENGAMBIL PELAJAR- TANAH LAPANG HADAPAN SMK BERA. Mohon PIBG mengusahakan melalui pihak Yang Berhormat ADUN Kemayan memohon Jabatan Kerja Raya Daerah Bera untuk menilai dan meluluskan projek tersebut. 4 Pn. Haslinda Binti Tahir (PK KOKO) Sumbangan bayaran RM 5.00 setiap pelajar untuk kecemerlangan kokurikulum. 5 En. Ruzaihan Bin Nasir PEMBINAAN DEWAN SUKAN BERBUMBUNG & BAIK PULIH GIMNASIUM SERTA GELANGGANG PETANQUE MENGGUNAKAN KAEDAH WAQAF KHAS. Mohon PIBG mengusahakan Dana sebanyak RM600,000 dengan merancang dan melancarkan kutipan Dana Waqaf Khas melalui kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Pahang.


22 Softcopy Senarai Nama Penerima Anugerah


23


24


25


26


27


28


29 JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-40 2023 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (AKEA) SESI 2022/2023 JK INDUK Penasihat: Pn Nor Liza Binti Mat Senin (Pemangku Pengetua @ PK Pentadbiran) Pengerusi : En Alias Bin Harun (YDP PIBG) Timbalan Pengerusi : En Mohamad Bin Zakaria (NYDP PIBG) Naib Pengerusi 1 : Pn Hisah Binti Abd. Ghani Naib Pengerusi 2 : Pn Haslinda Binti Tahir Setiausaha : Pn Jalilah Binti Saad Penyelaras Program : Pn Ummi Kartina Binti Abdullah (AKEA) : Pn Fauziah Binti Abdul Muin (PIBG) Bendahari : En Anwar Bin Abdul Aziz JK PELAKSANA JK Protokol Dan Penyambut Tetamu: Pn Nor Liza Binti Mat Senin En Alias Bin Harun En Mohamad Bin Zakaria Pn Hisah Binti Abd. Ghani Pn Haslinda Binti Tahir AJK PIBG JK Pemilihan Penerima Anugerah En Anwar Bin Abdul Aziz En Azhar Bin Abu Bakar Pn Azlina Binti Khairuddin Pn Tuan Sarifah Latifah Binti Tuan Hassan JK Persiapan Dan Pengemasan Tempat : En Sayuti Bin Abu Hanifah (K) En Muhamad Nazri Bin Hamid En Muhammad Faizul Bin Abdul Razak Pekerja Swasta Lelaki Pekerja Swasta Wanita


JK Jamuan Ibu Bapa & Penerima Anugerah: Pn Ami Ilyana Binti Azmi (K) Pn Eriy Binti Anuar Pn Nurul Zakiah Binti Abu Hanifah Pn Yanti Binti Awang Pengawas Sekolah JK Jamuan VIP Cik Nini Suriani Binti Wok Zaki (K) Pn Salamiah Binti Che Mahmood Pn Fauziah Binti Abdul Muin JK Hiasan Dewan & Pentas Pn Nor Habiby Binti Mohamad (K) Pn Maziana Binti Murad Pn Siti Suhada Binti Said Pn Rosmawati Binti Jamil Pn Rubiah Binti Abdul Karim Pengawas Sekolah JK Pengurus Penerima Hadiah Pn Roshaidawati Binti Hassan (K) Pn Suhana Binti Mohd Kuppan Pengawas Sekolah JK Hadiah Cenderamata Pn Azimah Binti Ahmad (K) Pn Siti Zaleha Binti Taib Pengawas PRS JK Penyediaan Sijil Pn Nazila Binti Na’im (K) Pn Siti Amirah Binti Ngatiman Pn Siti Saniah Binti Bahrom JK Tajaan & Cabutan Bertuah Pn Mariana Binti Omar (K) Pn Nor Zarina Binti Jaafar JK Buku Program En Nasrul Hakim Bin Zakaria (K) Pn Naili Akmaliah Binti Hassan Pn Norhafiza Binti Mustapha 30


31 JK Pendaftaran Pn Ummi Kartina Binti Abdullah (K) Pn Siti Rohaida Binti Zainon Pengawas Sekolah JK Siaraya & Rostrum En Ahmad Hijri Bin Dollah (K) En Rafsan Jani Bin Ishak En Lokman Bin Baharudin JK Persembahan Pelajar En Arafat Basthomy Bin Abd Rani (K) Pn Siti Nordiana Binti Yusof @ Salehuddin JK Kawalan Lalulintas & Disiplin En Mohd Nuzaihan Bin Ibrahim (K) En Zainordin Bin Md Akhir Pelajar Kadet Polis JK NILAM Ibu Bapa Cik Zarina Binti Mat Desa (K) Pengawas PSS JK Jemputan En Azhar Bin Othman (K) Pn Jalilah Binti Saad Pelajar PRS JK Pencatat Minit Mesyuarat& Pelaporan Pn Noraini Binti Abdullah (K) Cik Nik Nur Akmal Amni Binti Nik Abdul Rashid JK Pengacara Majlis Pn Siti Mazian Binti Mustaffa (K) Cik Afiqah Syazwani Binti Mohamad Fauzan JK Dokumentasi & Rakaman En Muhammad Fairuz Bin Zakaria (R) En Mohamad Rizal Bin Mohd Yusof (D) JK Bacaan Doa En Ruzaihan Bin Nasir JK Publisiti En Zul Bin Saud (K) En Mohamad Kamil Bin Zakaria En Dzulfikar Adzwa Bin Yusof @ Salehuddin


32 PENGHARGAAN Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih kepada: Pn Dasimah Binti Yahia @ Othman, Timbalan PPD Unit Akademik Merangkap Pemangku KPPD Bera Yang Di Pertua Dan AJK PIBG SMK Bera Bandar 32 Guru Dan Kakitangan SMK Bera Bandar 32 Syafami Enterprise (Kebersihan) Dynamic Guardforce Sdn. Bhd. (Keselamatan) Pengawas & PRS SMK Bera Ibu Bapa / Penjaga Penyumbang Cabutan Bertuah Dan Kepada Semua Pihak Yang Telah Memberikan Sumbangan Idea, Tenaga & Material Secara Langsung Atau Tidak Langsung, Bagi Menjayakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke - 40 & Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sesi 2022/2023 Hanya Allah S.W.T Sahaja Yang Akan Membalas Budi Dan Jasa Kalian. Terima Kasih.


Click to View FlipBook Version