The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AKMAR BINTI MD ARSHAD Moe, 2021-06-26 04:27:01

DOKUMEN PERMOHONAN GURU CEMERLANG (SISWAZAH) GRED 48 2021

DOKUMEN SOKONGAN CALON GURU CEMERLANG

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT YANG LENGKAP
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
Kaedah SisWa (Sistem Warna)
Oleh:
Nur Akmar binti Md Arshad
Sekolah Kebangsaan Taiping

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat dalam kalangan
murid Tahun 4 Cyber. Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Selain itu, pengkaji
juga ingin meningkatkan pemahaman murid-murid dalam aspek membina ayat yang betul
dan lengkap. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan
latihan di dalam buku latihan. Kajian tindakan ini mendapati bahawa terdapat beberapa
kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi morfologi dan sintaksis. Selain itu, murid
kurang peka tentang penggunaan kata hubung, pengimbuhan dan tanda baca dalam
pembinaan ayat. Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah menyediakan teknik yang
mudah untuk membantu murid membaiki kemahiran membina ayat iaitu murid perlu
membina ayat dengan asas tiga warna. Hasil kajian mendapati bahawa ada peningkatan
dalam pembinaan ayat oleh dalam kalangan murid. Sebagai seorang guru Bahasa
Melayu pasti teruja untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Kata kunci : Kajian tindakan, morfologi, sintaksis

1



KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT YANG LENGKAP
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6

Kaedah MIVi (Menulis melalui Imaginasi dan Visual)
Oleh:

Nur Akmar binti Md Arshad
Sekolah Kebangsaan Taiping

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah penjanaan idea dalam kalangan
murid di Tahun 6 Cyber. Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Selain itu, saya
juga ingin meningkatkan kemahiran menulis dalam aspek penjanaan idea dan
menghuraikan isi-isi penting yang menepati tajuk atau kehendak soalan. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan di dalam buku
latihan. Saya dapati terdapat karangan yang dihasilkan kurang isi penting dan kurang
menepati tajuk. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menyediakan teknik yang mudah
untuk membantu murid ini menjana idea dan mengingat isi-isi penting melalui imaginasi
dan lukisan. Hasilnya saya dapati, terdapat peningkatan dalam penjanaan idea oleh anak-
anak murid saya ini. Saya juga berasa teruja untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan
dalam pengajaran dan pembelajaran saya.

Kata kunci: Penjanaan, idea, karangan

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN:

Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A, Bahagian B
dan Bahagian C. Bahagian A memindahkan maklumat dengan membina ayat yang
lengkap dan gramatis. Kajian saya berkaitan dengan masalah penulisan Bahagian C.
Masalah menjana idea untuk isi-isi penting dalam penulisan terutamanya penulisan
bahagian C iaitu karangan fakta. Kekurangan idea yang menepati kehendak soalan
menjejaskan potensi murid untuk mengarang dengan lebih baik serta memberi kesan
markah yang rendah dalam penulisan Bahasa Melayu. Karangan yang baik mestilah
mempunyai sekurang-kurangnya 4 isi yang menepati kehendak soalan. Setiap isi adalah
lebih baik jika disertakan dengan contoh dan huraian. Pembinaan ayat yang lengkap
merupakan antara kemahiran menulis yang menjadi asas dalam Bahasa Melayu
Penulisan. Masalah menulisan karangan dikesan semasa saya menyemak latihan murid
di dalam buku latihan penulisan. Saya dapati murid sukar untuk menjana idea atau
mengambil masa yang lama untuk menyenaraikan isi-isi penting. Murid sukar untuk
menulis dari perenggan ke perenggan kerana kekurangan idea untuk perenggan
berikutnya.

1




Click to View FlipBook Version