MINIT MESYUARAT
PANITIA BAHASA MELAYU 1/2022
Agenda Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali 1 24 Mac 2022
1.15 tengah hari
Mesyuarat dipanggil oleh: Bilik Transformasi
Puan Zuraidah binti Abd Rahman(SU) Pencatat:
Cik Nur Akmar binti Md Arshad
Pengerusi: Encik Azharun bin Wanik Cik Nur Afiqah binti Amerul Rashad
Penjaga masa:
Kehadiran:
1. Encik Azharun bin Wanik
2. Encik Mazlan bin Ahmad
3. Cik Nur Akmar binti Md Arshad
4. Puan Normala binti Salleh
5. Puan Norafizah binti Ayub
6. Cik Nur Afiqah binti Amerul Rashad
7. Encik Bahari bin Zakaria
8. Encik Khusni bin Abdullah
9. Encik Risman bin Lasake
10. Encik Mohamad Jahizi bin Pandak Ahmad
Tidak Hadir bersebab:
1. Puan Zuraidah binti Abd Rahman
Sila baca sebelum mesyuarat:
-
Objektif Mesyuarat:
1) Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dan meningkatkan profesionalisme guru.
2) Berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif
mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan
perkembangan intelek dan rohani murid.
3) Memperbaiki prestasi murid dalam peperiksaan (berasaskan sekolah) dalam mata
pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/sasaran yang
ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
4) Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan
persatuan atau kelab akademik.
5) Mesyuarat juga suatu bentuk komunikasi dua hala antara guru dengan ketua panitia
dalam situasi formal bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah yang
berbangkit.
6) Memantapkan pengurusan panitia.
7) Mengembleng tenaga pengajar dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas
mengajar melalui strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Butiran Agenda Pembentang Masa
Topik Pengerusi dibenarkan
√ 1. Ucapan Pengerusi 5 minit
√ 2. Agihan tugasan ahli panitia
Ketua Panitia 5 minit
√ 3 Perancangan strategik kurikulum Pengerusi 15 minit
3.1 Penyusunan semula guru mata pelajaran
3.2 Jadual waktu
3.3 Pelaksanaan Kandungan Kurikulum 2022/2023
3.4 Pascanilai PBD
3.5 Pemulihan
3.6 Catch-Up Plan 3.0 (CUP 3.0)
3.7 PAK21
√ 4 KSSR Pengerusi 15 minit
4.1 DSKP/RPT
4.2 Fail/Buku Rekod Mengajar/CIDS Pengerusi 15 minit
4.3 Penulisan RPH
4.4 Penetapan jumlah buku latihan, semakan buku Guru 10minit
Latihan dan agihan latihan Perpustakaan
dan Media 10 minit
√ 5 Pencerapan dan pemantauan 10 minit
5.1 Pencerapan SKPMg2 Pengerusi 5 minit
5.2 Jadual semakan hasil kerja murid
Pengerusi
√ 6 NILAM Pengerusi
√ 7 Profesionalisme Guru Dalam Panitia / Sistem
Pengurusan Latihan Guru (SPLG)
√ 8 Kewangan
9 Hal-hal lain
Butiran Perbincangan:
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru. Beliau mengucapkan terima
kasih kepada Panitia Bahasa Melayu kerana telah mengadakan Mesyurat Panitia
Bahasa Melayu kali-1 bagi sesi 2022.
1.2 Pengerusi turut merakam ucapan terima kasih kepada semua ahli panitia atas
kerjasama sehingga menjadikan Panitia Bahasa Melayu panitia yang cemerlang
sepanjang perkhimatan beliau di SK Taiping.
1.3 Ucapan tahniah turut dirakamkan kerana Panitia Bahasa Melayu mempunyai guru-
guru yang berpengalaman. Panitia Bahasa Melayu banyak menaikkan nama SK
Taiping dalam bidang bahasa.
1.4 Pada sesi 2021 Panitia Bahasa Melayu telah melahirkan ramai murid yang telah
memenangi pelbagai pertandingan dalam bidang Bahasa Melayu.
1.5 Beliau memaklumkan bahawa kecemerlangan mata pelajaran bergantung kepada
panitia masing-masing.
1.6 Peranan panitia jelas dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1996.
1.7 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang
diberikan sepanjang tahun 2021. Beliau berharap agar tahun 2022/2023 akan lebih
baik daripada 2021
1.8 Sebagai sebuah sekolah transformasi amat menitik beratkan tentang
kemenjadian murid. Oleh itu, diharapkan pada tahun akan datang lebih ramai
penglibatan murid dalam setiap program yang diadakan.
1.9 Beliau menyatakan bahawa dalam usaha memperkasakan Sekolah
Transformasi ini, semua guru perlu membudayakan semangat perpaduan
dalam kalangan guru serta murid. Salin bekerjasama antara kaum melalui
bidang pendidikan terutamanya dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)
Tindakan: Makluman
2. Agihan tugasan ahli panitia
2.1 Mesyuarat telah memutuskan bahawa lantikan adalah seperti berikut:
Ketua panitia : Cik Nur Akmar binti Md Arshad
Setiausaha : Puan Zuraidah binti Abd Rahman
Penolong Setiausaha : Cik Nur Afiqah binti Amerul Rashad
Bendahari : Puan Normala binti Salleh
Jawatakuasa kerja : Semua guru mata pelajaran BM mengikut program yang
dijalankan.
2.2 Tugasan untuk unit koakademik adalah seperti berikut:-
JENIS GURU PEMBIMBING / JURULATIH
PERTANDINGAN
Bercerita Tahap 1 Puan Norafizah binti Ayob & Cik Nur Afiqah binti Amerul Rashad
Bercerita Tahap 2 Puan Zuraidah binti Abd Rahman & Cik Nur Akmar binti Md Arshad
Pidato Puan Normala binti Salleh & Encik Bahari bin Zakaria
Deklamasi Sajak Cik Nur Akmar binti Md Arshad & Puan Zuraidah binti Abd Rahman
Cik Nur Akmar binti Md Arshad & Puan Zuraidah binti Abd Rahman
Dendangan Syair
Rakaman & Encik Risman bin Lasake & Encik Khusni bin Abdullah
Siar raya Tindakan: Guru Bahasa Melayu
Agihan Belanja/Kewangan Panitia Perancangan strategik kurikulum
3. Perancangan Strategik Kurikulum
3.1 Penyusunan semula guru mata pelajaran
MATA PELAJARAN - BAHASA MELAYU
KELAS NAMA GURU
1 SPACE Puan Norafizah
1 CYBER Puan Norafizah
1 GALAXY Cik Nur Afiqah
2 SPACE Tuan Haji Bahari
2 CYBER Tuan Haji Bahari
3 SPACE Encik Khusni
3 CYBER Encik Khusni
3 GALAXY Encik Risman
4 SPACE Puan Zuraidah
4 CYBER Cik Nur Akmar
4 GALAXY Puan Zuraidah
5 SPACE Puan Zuraidah
5 CYBER Cik Nur Akmar
5 GALAXY Puan Normala
6 SPACE Puan Normala
6 CYBER Puan Normala
3.2 Jadual waktu
Jadual waktu akan diedarkan yang terkini dengan penyusunan waktu terbaharu.
Tiga waktu mata pelajaran akan disusun semula kepada dua waktu berasingan
dengan satu waktu (sehari tiga masa tetapi terpisah). Rasional arahan penyusunan
semula jadual waktu ini adalah untuk mengelakkan daripada waktu yang terlalu
lama bagi setiap mata pelajaran.
3.3 Pelaksanaan Kandungan Kurikulum 2022/2023
Salinan dokumen Pelaksanaan Kandungan Kurikulum 2022/2023 (PKAK 2022/2023)
Tahun 1 hingga 6 telah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran
3.4 Pascanilai PBD
3.4.1 Data PBD akhir tahun merupakan data TOV bagi sesi 2022/2023.
Data PBD akhir tahun adalah seperti berikut:
3.4.2 Semua guru perlu melaksanakan PBD berdasarkan DSKP semakan 2017 dan
perlu rekodkan penilaian dalam Rekod Perkembangan Murid. Rekod ini
hendaklah sentiasa dibawa semasa PdPC supaya guru dapat rekodkan
penguasaan murid.
3.5 Pemulihan
3.5.1 Data murid pemulihan adalah seperti berikut:
Tahun 2 13 orang
Tahun 3 18 orang
Tahun 4 6 orang
Tahun 5 3 orang
Tahun 6 4 orang
3.5.2 Murid-murid diberikan Modul Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang
dibekalkan oleh Bahagian Pendidikan Kurikulum (BPK)
3.6 Catch-Up Plan 3.0 (CUP 3.0)
Perancangan dibuat berfokuskan kepada murid Tahun 2, 3 dan 4 berdasarkan data
PBD 2021/2022 – TOV . Guru yang terlibat adalah seperti berikut:
• Cik Nur Akmar – 4C
• Puan Zuraidah – 4S & 4G
• Encik Risman – 3G
• Encik Khusni – 3C
• Cik Nur Afiqah – 3S
3.7 PAK21
3.7.1 Semua guru diminta menguasai dan mengamal Pembelajaran Terbeza
(Differentiate Learning) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan dalam kelas.
Nota penerangan tentang Pembelajaran Terbeza (Differentiate Learning)
diedarkan untuk rujukan semua guru BM. (rujuk Lampiran 1)
3.7.2 Carta ganjaran diedarkan kepada guru untuk diedarkan kepada murid. Carta
ganjaran ini penting untuk memberi galakan kepada murid agar lebih aktif dan
seronok belajar. Budaya PAK-21 diterapkan dengan adanya carta ganjaran.
(rujuk Lampiran 2)
Tindakan: Makluman
4. KSSR
4.1 DSKP/RPT
Semua guru dikehendaki menggunakan DSKP semakan 2017 sebagai sumber
rujukan PdPc.
4.2 Fail/Buku Rekod Mengajar/CIDS
Semua guru perlu menggunakan CIDS sebagai platform untuk merekodkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
4.3 Penulisan RPH
4.3.1 Contoh RPH CIDS adalah seperti Lampiran 3.
4.3.2 Penulisan RPH perlu diselaraskan seperti berikut:
4.3.3 Semua guru perlu memahami penulisan objektif pembelajaran (OP) dan kriteria
kejayaan (KK) agar dapat menulis rancangan pengajaran harian dengan betul.
4.4 Penetapan jumlah buku latihan, semakan buku latiihan dan agihan latihan.
Semua Jumlah buku latihan telah ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan
setiap kelas bagi tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang
sama.
Tahun 1 5 buah buku tulis
- 2 buku garis biasa (tatabahasa)
- 1 buku berita
- 1 buku garis berwarna(tulisan)
- 1 buku penulisan (peta i-think)
Tahun 2 4 buah buku tulis
- 2 buku garis biasa (tatabahasa)
- 1 buku garis berwarna (tulisan)
- 1 buku garis biasa(penulisan)
Tahun 3 4 buah buku tulis
- 2 buku garis biasa (tatabahasa)
- 1 buku garis berwarna (tulisan)
- 1 buku garis biasa(penulisan)
Tahun 4, 5 dan 6 3 buah buku tulis
- 1 buku pendek
(penulisan Bahagian A &B)
- 1 buku panjang
(penulisan Bahagian C)
- 1 Buku panjang (Pemahaman)
Tindakan: Makluman
5. Pencerapan dan pemantauan
5.1 Pencerapan SKPMg2
Pencerapan SKPMg2 akan dilaksnakkan dua kali dalam setahun.
Pencerapan boleh dilakukan oleh ketua panitia dan pihak pentadbir.
Ketua panitia telah sediakan rubrik SKPMg2 sebagai panduan guru untuk
persediaan mengajar yang lebih cemerlang. (rujuk Lampiran 4)
.
5.2 Jadual Semakan
Jadual semakan hasil kerja murid (rujuk Lampiran 5) dan borang semakan hasil
kerja murid diedarkan kepada semua guru untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
Tindakan: Makluman
6. NILAM
6.1 Tokoh Nilam 2021 ialah Nur Ismah Auni bin Noor Hisha dari kela 5 Cyber. Peringkat
daerah tokoh ini memperoleh tempat kedua.
6.2 Calon Tokoh Nilam 2022 ialah Nur Irdina Arham Sakeena Binti Rosli dengan jumlah
bacaan melebihi 250.
6.3 Data Nilam mesti capai KPI 40 buah buku setahun.
Tindakan: Makluman
7. Profesionalisme Guru dalam Panitia / Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG)
7.1 Semua guru perlu sentiasa ambil masa dan peluang untuk meningkatkan
profesionalisme dengan sentiasa menghadiri Webinar atau pelbagai latihan. Setiap
guru perlu menghadiri latihan sekurang-kurangnya tujuh hari.
7.2 PLC perlu sering diadakan dalam kalangan ahli panitia untuk meningkatkan
profesionalisme dalam bidang mata pelajaran yang diajar. Cadangan PLC adalah
seperti berikut:
7.2.1 Objektif Pembelajaran & Kriteria Kejayaan
7.2.2 SKPMg2
7.2.3 Pembelajaran Terbeza (DL)
7.2.4 CIDS
7.3 Bengkel SisWa antara program peningkatan profesionalisme guru yang akan
diadakan pada 31 Mac 2022.
Tindakan: Makluman
8. Kewangan panitia
Lebihan wang bagi tahun 2021/2022 ialah RM74.04. Anggaran wang PCG Panitia ialah
RM600.
9. Hal-hal lain.
9.1 Murid-murid perlu dibimbing dengan lebih gigih untuk membantu menarik minat
belajar dan meningkatkan semangat mereka yang telah lalui pembelajaran dalam
talian yang agak lama.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
............................................................... ..................................................................
(NUR AKMAR BINTI MD ARSHAD) (MAZLAN BIN AHMAD)
Ketua Panitia Bahasa Melayu Penolong Kanan Pentadbiran
SK Taiping SK Taiping
Disahkan oleh:
...............................................................
(AZHARUN BIN WANIK)
Guru besar,
SKTaiping.
LAMPIRAN
MINIT MESYUARAT
PANITIA BAHASA MELAYU 1/2022
LAMPIRAN 1
3.7 PAK21
3.71 Pembelajaran Terbeza (Differentiate Learning)
LAMPIRAN 2
3 PERANCANGAN STRATEGIK KURIKULUM
3.7 PAK21
3.72 Carta Ganjaran
LAMPIRAN 3
4 KSSR
4.3 PENULISAN RPH
4.3.1 Contoh RPH CIDS
LAMPIRAN 4
5 PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN
5.1 Pencerapan SKPMg2
LAMPIRAN 5
5 PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN
5.2 Jadual semakan hasil kerja murid