BUKU PANDUAN
TPPA : Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Buku panduan ini bertujuan untuk:
Mewujudkan kesedaran di kalangan PKS mengenai
pelbagai peluang yang ada menerusi TPPA yang boleh
diambil oleh PKS bagi meningkatkan perniagaan.
Memberi maklumat berkaitan program dan inisiatif
sedia ada yang diperuntukkan oleh Kerajaan bagi
membantu PKS meningkatkan keupayaan dan daya
saing perniagaan bagi merebut peluang daripada
TPPA.
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN
MUKA
SURAT
MUKA
SURAT
3 - 5 Apa itu Liberalisasi 16 Bantuan Kerajaan untuk
Perdagangan? Pembangunan PKS
6 - 7 Apa itu Perjanjian 17 Peranan dan Fungsi SME
Perkongsian Trans-Pasifik Corp. Malaysia dalam
(TPPA)? Pembangunan PKS di
Malaysia
8 - 9 Kelebihan kepada Malaysia
dalam Menyertai TPPA 18 - 30 Program dan Inisiatif
Pembangunan PKS
10 - 14 Peluang kepada PKS untuk Membantu dan
daripada Pembukaan Menggalakkan Aktiviti Eksport
Pasaran Baharu Menerusi di bawah Pelbagai Agensi
TPPA Kerajaan
15 Bagaimana PKS Boleh 31 - 32 Pelbagai Insentif dan Bantuan
Merebut Peluang dan Kerajaan yang Lain
Memperolehi Manfaat
daripada TPPA? 33 Maklumat Lanjut
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Apa itu Liberalisasi Perdagangan?
• Liberalisasi perdagangan bermaksud penghapusan atau pengurangan
sekatan atau halangan ke atas kemasukan barangan dan perkhidmatan
di antara negara-negara yang terlibat. Ini termasuk penghapusan
atau pengurangan kedua-dua rintangan tarif (cukai dan surcaj) dan
bukan tarif (seperti peraturan pelesenan dan kuota). Ia bertujuan untuk
memudahkan aliran perdagangan dan pelaburan.
• Liberalisasi perdagangan dilaksanakan melalui Perjanjian-perjanjian
Perdagangan Bebas (FTA) yang ditandatangani secara dua hala,
serantau atau/dan juga pelbagai hala. Ianya bertujuan untuk menyediakan
kaedah bagi mencapai tahap liberalisasi yang tinggi
dan cepat yang akan mewujud dan menambahbaik
akses pasaran untuk kesemua pihak yang terlibat
dalam perjanjian.
• Liberalisasi perdagangan mewujudkan pembukaan
pasaran baharu dan lebih meluas.
3
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Kebaikan dan manfaat liberalisasi perdagangan kepada negara:
• Menarik pelaburan asing.
• Membuka persaingan sihat.
• Meningkatkan ekonomi.
• Menggalakkan inovasi.
• Memberi akses lebih baik melalui
pengurangan tarif eksport dan duti
eksais.
• Menggalakkan pemindahan kepakaran
dan teknologi khusus.
• Membuka peluang usahasama.
• Mewujudkan pekerjaan nilai tinggi.
• Menyediakan pilihan lebih
luas kepada pengguna.
4
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
• Bagi pembekal perkhidmatan di Malaysia, FTA memberi dan jaminan
ke atas akses pasaran yang baharu untuk pelbagai perkhidmatan
komersial dan profesional di
negara rakan perdagangan
seperti perkhidmatan profesional,
penjagaan kesihatan, pembinaan,
ICT serta perkhidmatan komunikasi
dengan adanya ikatan / komitmen
dari segi undang-undang.
• Pengeksport di Malaysia akan
mendapat manfaat daripada
FTA menerusi layanan keutamaan dan akses pasaran. Menerusi FTA,
negara-negara terlibat terikat dengan komitmen liberalisasi yang lebih
tinggi berbanding dengan komitmen yang dibuat melalui Organisasi
Pedagangan Dunia (WTO). Komitmen tersebut meningkatkan
kebolehramalan dan ketelusan untuk pengeksport perkhidmatan. Ia juga
mewujudkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang lebih stabil
dan bolehramal untuk syarikat-syarikat Malaysia mengeksport produk
dan perkhidmatan mereka ke negara-negara rakan perdagangan.
5
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Apa itu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)?
TPPA adalah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang terbuka
kepada kesemua 21 Negara Anggota Kerjasama Ekonomi Asia
• TPPA berbeza daripada FTA biasa kerana ia memberi kelebihan
pembukaan pasaran. Ia lebih menyeluruh merangkumi pelbagai skop
berikut:
Skop Biasa dalam FTA: Produk dan
»» Pengurangan atau Penghapusan Tarif;
»» Liberalisasi Sektor Perkhidmatan;
»» Peraturan Tempasal; dan
»» Halangan Teknikal Terhadap Perdagangan
Perkhidmatan.
Skop Baharu yang tidak terkandung dalam 13 FTA yang pernah
disertai Malaysia:
»» Perolehan Kerajaan;
6
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
»» Buruh; »» Syarikat Hak Milik Kerajaan; dan
»» Alam Sekitar; »» Hak Harta Intelek.
• TPPA kini terdiri daripada :
12 negara • Amerika Syarikat
anggota • Australia
AS$27.5 • Brunei
Trilion • Chile
jumlah gabungan • Kanada
Keluaran Dalam • Jepun
Negara Kasar • Malaysia
• Mexico
40%...iaitu daripada • New Zealand
saiz • Peru
ekonomi • Singapura
• Vietnam
7
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Kelebihan kepada Malaysia dalam Menyertai TPPA
• Malaysia adalah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka
dengan pasaran domestik yang kecil. Oleh itu, Malaysia perlu:
Menyesuaikan diri dengan perubahan di dalam sistem
perdagangan dunia agar tidak ketinggalan dan menjadi
mundur;
Memperlengkapkan diri bagi menghadapi persaingan global
yang semakin sengit bagi mencapai aspirasi menjadi negara
maju dengan menaiktaraf pendapatan penduduk; dan
Meningkatkan perdagangan antarabangsa (eksport) dan
pelaburan asing bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi,
mengembangkan industri tempatan dan menambah peluang
pekerjaan kepada rakyat.
8
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
• Pembukaan Pasaran menerusi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)
adalah cara perdagangan dunia masa kini yang mampu meningkatkan
daya saing negara di peringkat global. Menerusi FTA, Malaysia mampu
meningkatkan penyertaan dalam rangkaian bekalan global dan
serantau, serta melebarkan akses produk dan perkhidmatan Malaysia
ke pasaran yang lebih besar.
• Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah satu bentuk FTA alaf
baharu dan berpotensi untuk membawa negara melangkah ke masa
hadapan. TPPA berbeza daripada FTA biasa kerana ia lebih menyeluruh
dengan skop-skop yang tidak terkandung dalam 13 FTA yang disertai
Malaysia sebelum ini yang dilihat berfaedah dalam meningkatkan daya
saing negara di peringkat global.
• Malaysia ingin mengambil peluang untuk meraih manfaat awal
atau first-mover advantage agar dapat memastikan rundingan
dapat dibuat atas terma sendiri di mana TPPA akan mengambil kira
Model Pembangunan Malaysia yang menggalakkan pertumbuhan
dan pembangunan seimbang serta dasar-dasar berkaitan agenda
Bumiputera dan pembangunan luar bandar.
9
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Peluang kepada PKS daripada Pembukaan Pasaran Baharu
Menerusi TPPA
• TPPA merupakan satu-satunya FTA yang mempunyai kelebihan kepada
PKS di mana ia mempunyai bab khusus untuk PKS yang memberi
penekanan terperinci kepada keperluan PKS.
•• Hampir 4,000 tarif akan dimansuhkan termasuk produk yang
mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia seperti:
»» Tekstil dan Pakaian;
»» Produk Elektrikal & Elektronik (E&E);
»» Produk Kimia & Petrokimia;
»» Produk berasaskan Kayu-Kayan;
»» Produk Makanan; dan
»» Produk berasaskan Getah.
• TPPA memberi akses pasaran yang lebih terbuka untuk barangan
eksport PKS khususnya akses ke empat (4) pasaran baharu yang
mana Malaysia tidak mempunyai FTA bersama sebelum ini iaitu Amerika
10
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.
• PKS akan mendapat peluang menyertai rantaian bekalan serantau dan
global kerana lebih banyak input akan perlu diperolehi daripada negara-
negara anggota TPPA untuk memenuhi keperluan peraturan tempasal.
•• Bab 24 di bawah TPPA adalah bab khusus untuk PKS yang pertama
di dalam sejarah FTA:
»» Ia menekankan kepentingan untuk membangunkan PKS di negara-
negara anggota TPPA dan memastikan PKS mendapat manfaat
sepenuhnya daripada TPPA; dan
»» Ia menggariskan kewajiban setiap negara anggota TPPA untuk
mengalakkan dan memudahkan penyertaan PKS di dalam
perdagangan dan rantaian bekalan global menerusi:
–– Peningkatan dalam ketelusan; dan
–– Perkongsian maklumat secara elektronik (laman web interaktif)
mengenai TPPA termasuk peruntukan TPP untuk PKS,
peraturan dan prosedur mengenai hak harta intelek, pelaburan,
11
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
pendaftaran perniagaan, percukaian, tarif dan peraturan
tempasal, serta pembangunan program-program pembinaan
keupayaan / kapasiti untuk membantu PKS.
• Bab-bab lain mempunyai klausa khusus yang menyatakan keperluan
atau kewajiban bagi memastikan PKS mendapat manfaat sepenuhnya
daripada TPPA.
BAB-BAB LAIN DENGAN KLAUSA KHUSUS UNTUK PKS
Bab Berkenaan Manfaat untuk PKS
3 Peraturan Memberi kelebihan kepada PKS untuk
dan Prosedur melaksanakan proses pembuatan semula
Tempasal (remanufacturing).
4 Tekstil dan Membuka peluang kepada pengeluar batik PKS
Pakaian untuk mengembang dan mengeksport produk
batik ke negara TPP tanpa duti atau terikat
kepada Yarn Forward Rule.
12
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
14 Perdagangan Membantu PKS untuk mengatasi halangan dalam
Elektronik menggunakan e-Dagang.
(e-Dagang) Membuka peluang PKS Malaysia untuk menjual
produk mereka terus kepada pihak Kerajaan
15 Perolehan di negara-negara anggota TPP. Ini termasuk
Kerajaan mewujudkan peratusan tertentu di dalam jumlah
perolehan Kerajaan yang dikhususkan untuk
17 Syarikat PKS.
Hak Milik Memastikan Syarikat Hak Milik Kerajaan bersaing
Kerajaan dan secara adil dengan PKS.
Monopoli yang
Ditetapkan Menerima pakai piawaian buruh yang lebih tinggi
yang akan menggalakkan PKS Malaysia untuk
19 Buruh tidak menggunakan buruh paksa atau kanak-
kanak di dalam penghasilan produk mereka.
Ini akan meningkatkan imej dan potensi produk
mereka untuk dibeli oleh negara-negara maju.
13
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
21 Kerjasama dan Menubuhkan Jawatankuasa bagi mengenal
Bina Upaya pasti dan mengkaji bidang-bidang berpotensi
untuk kerjasama termasuk usaha-usaha
membangunkan kapasiti PKS.
22 Persaingan Menubuhkan Jawatankuasa untuk memberi
dan Fasilitasi cadangan bagi meningkatkan penyertaan PKS
Perniagaan dalam rantaian bekalan serantau.
23 Pembangunan Menekankan kerjasama dalam meningkat
dan mempromosikan pembangunan dan
pertumbuhan PKS.
• Sebuah Jawatankuasa PKS TPP wajib ditubuhkan untuk memantau
pelaksanaan kesemua kewajiban agar mencapai objektif yang telah
digariskan dalam bab-bab berkaitan PKS di bawah TPPA.
14
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Bagaimana PKS Boleh Merebut Peluang dan Memperolehi
Manfaat daripada TPPA?
PKS perlu memahami kandungan di dalam perjanjian dengan mempelajari
perkara-perkara penting seperti penggunaan peraturan tempasal, peraturan
01 berkaitan tarif tekstil, jadual pengurangan tariff, fasilitasi dan peraturan kastam
serta aduan-aduan yang boleh didaftarkan jika PKS menghadapi masalah.
PKS perlu mendapatkan maklumat mengenai program dan inisiatif sedia
ada yang disediakan oleh Kerajaan seperti program bina upaya, skim
02 pembiayaan, khidmat nasihat, skim galakan eksport, insentif dan geran yang
boleh membantu meningkatkan kapasiti, inovasi dan produktiviti PKS.
PKS perlu mempunyai komitmen untuk meningkatkan pertumbuhan dan
pengembangan perniagaan mereka serta mengambil peluang akses ke
03 pasaran baharu seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru kerana
keupayaan membeli negara-negara tersebut adalah tinggi.
PKS perlu menyertai persatuan-persatuan perniagaan dan perdagangan
kerana persatuan-persatuan ini dapat membantu dalam meluaskan jaringan
04 perniagaan mereka di dalam dan luar negara serta memastikan kepentingan
dan kebajikan PKS adalah sentiasa dipelihara.
15
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Bantuan Kerajaan untuk Pembangunan PKS
• Kerajaan Malaysia komited untuk terus membantu pembangunan PKS
khususnya dalam mempersiapkan mereka agar kekal berdaya saing.
• Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) menberi tumpuan khusus
kepada pembangunan PKS di mana Pelan Induk PKS, yang dibentuk
bagi membina kapasiti dan daya saing PKS, akan menjadi asas
dalam melaksanakan program pembangunan PKS yang memberi
tumpuan kepada empat (4) bidang utama iaitu produktiviti, inovasi,
keusahawanan dan keterangkuman
• Pelbagai program dan inisiatif pembangunan PKS telah disediakan
bagi memangkinkan pertumbuhan dan pengembangan PKS agar
mereka dapat meningkatkan keupayaan dan bersaing dengan baik
di pasaran global.
16
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Peranan dan Fungsi SME Corp. Malaysia dalam Pembangunan
PKS di Malaysia
• Agensi Penyelaras Pusat untuk merangka dasar dan program
pembangunan menyeluruh PKS di Malaysia
»» Sebagai Pusat Rujukan Setempat (One Referral Centre) ;
»» Menyediakan khidmat nasihat dan maklumat untuk PKS; dan
»» Pusat pengurusan data, penyebaran maklumat dan
penyelidikan berkaitan PKS.
• Menyediakan sokongan perniagaan untuk PKS dan
melaksanakan program dan inisiatif pembangunan PKS.
• Merupakan Sekretariat kepada Majlis Pembangunan PKS
Kebangsaan (MPPK).
• Bertindak sebagai Agensi pelaksana / pemacu Pelan Induk PKS
(2012-2020).
17
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Program dan Inisiatif Kerajaan bagi Membantu PKS Malaysia
Merebut Peluang daripada Liberalisasi Perdagangan
• Kerajaan telah menyediakan pelbagai program dan inisiatif
pembangunan PKS bagi meningkatkan keupayaan, daya saing, eksport,
produktiviti, inovasi, penjenamaan dan pematuhan kepada pensijilan
antarabangsa di kalangan PKS agar mereka dapat bersaing dengan
baik di pasaran global.
• Bagi membantu PKS merebut peluang daripada liberalisasi
perdagangan, sebanyak 15 Kementerian dan 65 Agensi menyediakan
pelbagai program di bawah empat (4) Bidang Tumpuan iaitu:
• Kerajaan menyediakan pelbagai insentif dan bantuan khusus untuk:
Pembangunan Akses Akses Penerapan Inovasi
kepada Pasaran & Teknologi
Modal Insan
Pembiayaan
18
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Program dan Inisiatif Pembangunan PKS untuk Membantu
dan Menggalakkan Aktiviti Eksport di bawah Pelbagai Agensi
Kerajaan
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
NO AGENSI SEKTOR PROGRAM OBJEKTIF LAMAN WEB /
TALIAN UMUM
PELAKSANA
3 Perbadanan Semua Geran Bantuan kewangan www.matrade.
Pembangu- Pemban- ini bertujuan untuk gov.my
nan Perda- gunan membantu PKS, 603-6207 7077
gangan Luar Pasaran pembekal perkhid-
Malaysia (MDG) matan, persatuan
(MATRADE) industri / dewan
perniagaan serta
badan profesional
untuk mengikuti
aktiviti promosi
eksport.
4 Perbadanan Pem- Program Mewujudkan www.matrade.
Pembangu- buatan Pemban- pengeksport gov.my
nan Perda- dan gunan Bumiputera yang 603-6207 7077
gangan Luar Perkhid- Pengek- berdaya saing dan
Malaysia matan sport Bu- mampan.
(MATRADE) miputera
(BEDP)
21
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
NO AGENSI SEKTOR PROGRAM OBJEKTIF LAMAN WEB /
TALIAN UMUM
PELAKSANA
5 Perbadanan Pem- Program Mewujudkan www.matrade.
Pembangu- buatan Pemban- pengeksport wanita gov.my
nan Perda- dan gunan yang berdaya saing 603-6207 7077
gangan Luar Perkhid- Pengek- dan mampan.
Malaysia matan sport
(MATRADE) Wanita
(WEDP)
22
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
NO AGENSI SEKTOR PROGRAM OBJEKTIF LAMAN WEB /
TALIAN UMUM
PELAKSANA Menyediakan sem-
inar dan bengkel www.matrade.
6 Perbadanan Semua Program bagi membimbing gov.my
pengeksport ba- 603-6207 7077
Pembangu- Latihan haru dan memberi
maklumat terkini
nan Perda- Pengek- kepada pengek-
sport sedia ada
gangan Luar sport mengenai perkem-
bangan dalam
Malaysia dunia perdagan-
gan dan peluang
(MATRADE) perniagaan dalam
pasaran antara-
bangsa.
23
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
NO AGENSI SEKTOR PROGRAM OBJEKTIF LAMAN WEB /
TALIAN UMUM
PELAKSANA
7 Perbadanan Semua Program Program di bawah www.matrade.
Pembangu- eTRADE inisiatif ‘Digital gov.my
nan Perda- Malaysia’ bagi 603-6207 7077
gangan Luar meningkatkan pem-
Malaysia babitan PKS dalam
(MATRADE) e-Dagang men-
erusi penyertaan
dalam e-Pasaran
antarabangsa yang
terkemuka untuk
mencapai para
pembeli baharu.
24
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
NO AGENSI SEKTOR PROGRAM OBJEKTIF LAMAN WEB /
TALIAN UMUM
PELAKSANA
8 Perbadanan Semua Program Program ini adalah www.matrade.
Pembangu- Going salah satu Program gov.my
nan Perda- Export Berimpak Tinggi 603-6207 7077
gangan Luar (Go-Ex) (HIP) di bawah
Malaysia Pelan Induk PKS.
(MATRADE) Ia bertujuan untuk
membimbing dan
meningkatkan ek-
sport PKS tempatan
yang sedia eksport
atau PKS berpoten-
si tinggi yang men-
erokai produk atau
pasaran baharu
25
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
NO AGENSI SEKTOR PROGRAM OBJEKTIF LAMAN WEB /
TALIAN UMUM
PELAKSANA
9 Malaysian Pem- Skim Membantu www.midf.com.
Industrial buatan Pinjaman syarikat-syarikat my
Devel- dan Mudah pembuatan untuk 603-2173 8888
opment Perkhid- bagi Auto- memoden dan
Finance Ber- matan masi dan mengautomasikan
had (MIDF) Moden- proses pembuatan
isasi serta meningkatkan
(SLSAM) keupayaan dan
kapasiti pengelu-
aran.
10 Bank Perkhid- Dana Membantu dan www.smebank.
menyokong usaha- com.my
Perusahaan matan Pemban- wan yang terlibat 603-2615 2020
dalam sektor
Kecil dan gunan berkaitan Halal.
Sederhana Halal
Malaysia
Berhad
(SME Bank)
26
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
NO AGENSI SEKTOR PROGRAM OBJEKTIF LAMAN WEB /
TALIAN UMUM
PELAKSANA
11 Institut Pem- Program Membangunkan www.mai.org.my
Automotif buatan Pemban- para pembekal 603-8318 7742
Malaysia gunan Malaysia den-
(MAI) Pembekal gan memenuhi
Mampu piawaian bertaraf
Eksport antarabangsa
melalui kualiti dan
penghantaran, ser-
ta mempromosikan
jenama negara
melalui inisiatif
eksport.
27
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
NO AGENSI SEKTOR PROGRAM OBJEKTIF LAMAN WEB /
TALIAN UMUM
PELAKSANA
12 Lembaga Perkhid- Program Menyokong eksport www.fama.gov.my
Pemasaran matan Pen- para pengedar 603-6126 2020
Pertanian gukuhan agro-makanan
Persekutuan Eksport yang sedia ada
(FAMA) Pengedar dan meningkatkan
Asas Tani jumlah pengeksport
berdaya saing
dalam pasaran
eksport.
13 Lembaga Semua Pemban- Memperlengkapkan www.fama.gov.my
gunan usahawan dengan 603-6126 2020
Pemasaran Usahawan kemahiran dan
pengalaman untuk
Pertanian meningkatkan
tahap profesional-
Persekutuan isme mereka dalam
perniagaan.
(FAMA)
28
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
NO AGENSI SEKTOR PROGRAM OBJEKTIF LAMAN WEB /
PELAKSANA TALIAN UMUM
14 SIRIM Ber- Semua Program Memupuk, melatih www.sirim.my
Peningka- dan meningkatkan 603 - 5544 6000 /
had (SIRIM) tan Produk PKS Bumiputera ke 6518 / 6762 / 6693
dan Kualiti tahap yang lebih / 6642
tinggi daripada
syarikat Mikro
kepada Kecil dan
Sederhana yang
sedia utuk mengek-
sport produk dan
perkhidmatan
mereka di pasaran
global.
29
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
NO AGENSI SEKTOR PROGRAM OBJEKTIF LAMAN WEB /
TALIAN UMUM
PELAKSANA Pakej bantuan
bersepadu bagi www.smecorp.
15 SME Corp. Pem- Program membolehkan gov.my
PKS Bumiputera 603 - 2775 6000
Malaysia, buatan Galakan meningkatkan www.matrade.
keupayaan untuk gov.my
MATRADE & dan Eksport mengeksport 603-6207 7077/
terutamanya ke webmaster@mara.
MARA Perkhid- Bumiput- Negara-negara gov.my
Anggota TPPA dan 03-26132000
matan era (GEB) ASEAN.
*
* Dijadual akan dilancarkan pada bulan April 2016.
30
Peluang dan Manfaat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Pelbagai Insentif dan Bantuan Kerajaan Yang Lain
Pembungkusan Produk
»» Pembungkusan Baharu dan Penambahbaikan
Pembungkusan Sedia Ada
»» Pengujian / Analisis (Hayat Simpan, Ujian Nutrisi, Pendaftaran
dengan Kementerian Kesihatan)
»» Merekabentuk & Membangunkan Prototaip
»» Kos Pendaftaran IP (Pendrafan / Pendaftaran Paten
Pembungkusan)
Pengiklanan & Promosi
»» Media Massa / Elektronik / Atas Talian (TV, Radio, Laman
Web, FB)
»» Bahan-bahan Promosi (Kain Rentang, Gegantung, Papan
Iklan)
»» Kos Barangan Promosi dengan Pasaraya / Pasaraya Besar
»» (Penyenaraian Produk)
31