The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sawaroh, 2023-08-07 20:52:27

MINIT MESYUARAT GURU bilangan 2 2023

MINIT MESYUARAT GURU bilangan 2 2023

SK SAUJANA IMPIAN, KAJANG SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MESYUARAT GURU BILANGAN 2/2023 TARIKH : 20 Jun 2023 HARI : Selasa MASA : 12.40 Tengah hari TEMPAT : Kamar Saujana MEDIUM : Bersemuka KEHADIRAN: Bil Nama Jawatan 1 Pn Hjh Suminah binti Hj Kasolang Guru Besar 3. Ustaz Mohd Faizal bin Tukijan GPK HEM 4. Ustazah Sarimah binti Sidek Guru Penolong Kanan Petang 5. Pn Siti Asbah binti Bahruldin SU Kurikulum 6. Ustazah Junariah binti Tairin SU HEM 7. Pn. Juliana binti Ahmad Zukhi SU Kokurikulum 8. Ustaz Mohammad Khairil Akmal bin Masduki SU Jadual Waktu/KP P.Islam 9. Pn Hamimah binti Abdullah SU Sukan 10. En Nik Iruan Safawi bin Nik Chik SU Panitia PJPK 12. Pn Siti Aishah binti Ismail SU PBS/Penyelaras PBS 13. Pn Norashikin binti Mohd Norrizan SU PIBG/Penyelaras HIP 14. Pn Mardhiyah binti Megat Nabil Mohsin SU SKPM/ Penyelaras Bestari


15. Ustazah Wan Nurul Anis binti Wan Ismail SU KWAPM/EMK/SU P.Islam 16. Ustazah Nazuha binti Mohammed Aris SU Perpustakaan dan Media 17. Pn Nawal Shakirah binti Mahmud Penyelaras Program Tahun 6 18. En Mohd Syafie Bin Azmi Penyelaras MMI 19. Pn Siti Hajar Binti Idris Penyelaras SPBT Daerah 20. Pn Siti Asiah Binti Idris Penyelaras SPBT Sekolah 21. Ustazah Suryani Binti Brahim Guru Media 22. Pn Muziatilasma binti Muhammad Guru Bimbingan dan Kaunseling 23. En Hamin bin Ahmad Guru Data 24. Pn Gowri a/p Mottaiya KP Bahasa Inggeris 25. En Mohd Yamani bin Ngah KP Reka Bentuk & Teknologi 26. Pn Khalilah binti Kamaruddin KP Sains/Guru Kelas 5 Musy 27. Pn Nor Fadlina binti Omar KP Matematik 28. Pn Nor Azlita binti Jani KP Bahasa Melayu 29. Pn Pn Siti Zaharah binti Che Ros KP Moral 30. Cik Suraini binti Ibrahim Guru Pra Sekolah Suria 31. Pn Namiha binti Yahaya Guru Pra Sekolah Lunar 32. Puan Hasnafizah binti Che Soh Guru Kelas 1 Musytari 33. Puan Nurul Najieha binti Md Zaid Guru Kelas 1 Bumi 34. Ustazah Thohirah binti Mohamed Guru Kelas 1 Utarid 35. Ustazah Khairiah binti Husin Guru Kelas 1 Zuhrah 36. Pn Nor Edayu binti Sa’ari Guru Kelas 2 Utarid 37. Ustazah Noor Insyirah binti Mohd Poad Guru Kelas 2 Zuhrah 38. Puan Fazleeza binti Sarif Guru Kelas 2 Marikh 39. Ustaz Omaira bin Samat Guru Kelas 2 Bumi 40. Cik Ernie Aida binti Hadi Darsono Guru Kelas 3 Zuh/Pegawai Aset 41. Pn Warisah binti Mohd Daud @Mohd Hanafi Guru Kelas 3 Marikh/Penyelaras 42. Ustazah Kamariah binti Sulong Guru kelas 3 Bumi 43. Ustaz Ahmad Sahrul bin Husin Guru Kelas 3 Mus /K.Unit Pengawas 44. Puan Roszawati binti Md Din Guru Kelas 4 Marikh 45. Pn Noorul Hafizah binti Mohd Masri Guru Kelas 4 Utarid 46. Pn Lim Swee Fong Guru Kelas 4 Musytari


47. En Mohd Rosli bin Abdullah Guru Kelas 5 Marikh/Penyelaras 48. Pn Suganah a/p Nadasan Guru Kelas 5 Bumi 49. Ustazah Rohaya binti Mat Zin Guru Kelas 5 Zuhrah 50. Ustazah Raudhahtul Jannah binti Ahamad Asmad Guru Kelas 5 Utarid 51. Pn Nurul Akmar binti Mohd Ariffin Guru Kelas 6 Marikh 52. Pn Sri Latha Demado Guru Kelas 6 Bumi 53. En Mohd Zaidi bin Sulaiman Guru Kelas 6 Zuhrah 54. Pn Wan Nasiha binti Wan Ahmad Guru Kelas 6 Utarid 55. Ustaz Sayuti bin Abdul Aziz Guru Pendidikan Islam 56. Ustaz Muhaimin bin Mat Rashid Guru Pendidikan Islam 57. Pn Helena binti Hj Mohd Hadir Bersama-sama - Tidak Hadir Bersebab 1. Pn Mawar binti sharif CRK 2. Pn Marita binti Abd Wahab Kuarantin 3. Pn Azilawati binti A.Rahim Taklimat 4. Ustazah Saïdah binti Ibrahim Bawa murid 5. Pn Tuan Haroha binti Tuan Mat Cuti sakit 6. Pn Hjh Noryana binti Mahat Bawa murid 7. Siti Fatihah binti Mohammad Zaib Cuti bersalin Urus Setia 1. Pn Sawaroh Binti Che Jahari SU Mesyuarat Guru 2. Pn Rosmiza Binti Ismail SU Mesyuarat Guru 1. PERUTUSAN PERASMI / PENGERUSI


1.1 Pn Hjh Suminah Binti Hj Kasolang, Guru Besar mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran semua guru ke Mesyuarat Guru Bilangan 2 bagi tahun 2023. 1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Faizal Bin Tukijan agar mendapat keberkatan dan mesyuarat berjalan lancar. 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Ustaz Mohammad Khairil Akmal bin Masduki mencadangkan minit mesyuarat Bilangan 2 / 2023 disahkan dan disokong oleh Pn Wan Nasiha bin Ahmad. . 3. PERKARA- PERKARA BERBANGKIT 3.1 Berkenaan perkara 3.10 : Guru besar mengingatkan agar semua guru menyemak buku 3P untuk memastikan jawatan yang telah ditetapkan dan guru-guru perlu melaksanakan amanah yang ditetapkan kerana setiap AJK berperanan sebagai pendokong utama dalam sesuatu organisasi. Guru besar juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang memberi komitment yang terbaik kepada jawatan yang diberikan. 3.2 Berkenaan perkara 3.11 : Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru diatas penghantaran rancangan pengajaran harian(RPH), guru besar memaklumkan cuma beberapa orang guru sahaja yang menghantar TOV di dalam fail rekod pengajaran yang sepatutnya setiap guru menghantar TOV di dalam fail rekod pengajaran harian (RPH) masing-masing, TOV adalah target yang perlu guru-guru capai untuk tahun semasa dan guru-guru perlu memastikan target tersebut tercapai dengan pelbagai cara contohnya melalui projek dan fail projek perlu ada dan disimpan sebagai evident . Makluman : Semua guru 3.3 Perkara 3.12 : Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua guru sesi pagi diatas penghantaran fail rancangan pengajaran harian (RPH) pada setiap hari Jumaat ,manakala 10 orang guru petang tidak menghantar fail rancangan pengajaran harian (RPH).Guru besar mengingatkan kepada semua guru kewajipan sebagai seorang


guru untuk menghantar fail rancangan pengajaran harian (RPH) pada setiap hari Jumaat. Makluman : Semua guru 3.4 Perkara 3.18 : Guru Besar menerangkan tentang ketetapan uniform setiap hari Isnin. Beliau tidak mahu mendengar apa-apa alasan daripada guru sama ada tidak buka telefon atau terlupa tentang jadual pemakaian yang telah ditetapkan sebelum ini. Makluman : Semua guru 4. PERBINCANGAN 4.1 PENTADBIRAN 4.1.1 Guru Besar memaklumkan tentang pencerapan oleh pihak SISC+, tiga panitia terlibat iaitu panitia Matematik,Bahasa Inggeris dan Pendidkan Islam. Pihak sekolah perlu menghantar maklum balas kepada SISC+. Subjek Matematik sudah selesai dinilai oleh guru besar manakala subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris belum selesai dinilai . Makluman 4.1.2 Guru besar memaklumkan bahawa semua kelas mesti menyusun kedudukan meja murid mengikut PAK21.Cara penyusunan meja murid mesti mengikut kumpulan. Keluasan kelas dan meja murid menentukan sama ada kelas tersebut dapat disusun banyak kumpulan atau sedikit. Tindakan : Guru Kelas 4.2 UNIT KOKURIKULUM 4.2.1 Pn Siti Asbah binti Bahraldin, SU Kurikulum membentangkan format penulisan minit mesyuarat terbaru.Format penulisan minit mesyuarat ini mesti dilaksanakan oleh semua unit termasuk unit Hal Ehwal Murid dan juga unit Kokurikulum. Tindakan: Semua SU unit 4.2.3 Minit mesyuarat mestilah mengikut ketetapan bilangan 3,7,14 iaitu - 3 hari selepas mesyuarat: draf minit mesyuarat perlu diserahkan kepada pengerusi


mesyuarat untuk disemak. 7 hari selepas mesyuarat : minit mesyuarat sudah disiapkan dan perlu diserah kepada ahli mesyuarat serta borang maklum balas perlu diserahkan kepada yang terlibat. 14 hari selepas mesyuarat: Borang maklum balas perlu diserahkan kepada pengerusi dan ahli mesyuarat. Tindakan : Semua SU Unit 4.2.4 Setiap perbincangan dalam minit haruslah dinyatakan tindakan ataupun makluman. 4.2.5 Folder Rekod Perkembangan Murid perlu dihantar kepada pentadbir pada 14 Julai 2023. Tindakan : Semua guru 4.3 UNIT HEM 4.3.1 Ustaz Faizal mengigatkan kepada semua guru kelas supaya melengkapkan kehadiran murid setiap hari kerana data dan peratus kehadiran akan dipantau oleh pihak kementerian . Tindakan : Semua guru kelas 4.3.2 Ustaz Faizal memaklumkan bahawa unit kebersihan telah mengadakan pertandingan kelas dan telah dijalankan.Semua guru kelas perlu mengingatkan murid supaya dapat menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing .Sekiranya kelas yang belum membuat keceriaan dikehendaki menghias kelas agar cantik dan kondusif untuk keselesaan murid. Tindakan : Semua guru kelas 4.3.3 Kebenaran diberikan kepada ibu bapa untuk hadir pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Jun untuk menaik taraf kelas anak masing-masing. Guru kelas memainkan peranan untuk memaklumkan didalam group kelas masing-masing. Tindakan : Semua guru kelas 4.3.4 Ustaz Faizal memaklumkan sagu hati akan diberikan oleh guru besar kepada salah seorang guru sesi pagi dan petang yang terbanyak mengisi amalan terbaik pada tahun 2023. Makluman 4.4 UNIT KOKORIKULUM


4.4.1 Ustaz Faizal memaklumkan selepas raya haji sekolah akan menghantar sebanyak tiga belas acara untuk dipertandingkan. Makluman untuk semua guru, sebarang pembayaran cek dan pembayaran yuran penyertaan guru perlu berhubung dengan Puan Sherly.Semua pembayaran yuran penyertaan menggunakan peruntukan sekolah. 3 hari sebelum pengeluaran cek, cikgu perlu membawa minit mesyuarat dan surat kejohanan berjumpa Pn Sherly. Makluman 4.4.2 Ustaz Faizal mengingatkan kepada semua guru yang terlibat dengan aktiviti luar sekolah meninggalkan lembaran kerja yang sesuai supaya guru yang mengantikan kelas ada perkara yang akan diajar seiring dengan melindungi masa instruksional (MMI). Makluman 4.4.3 Ustaz Faizal memaklumkan berkaitan guru yang keluar pihak kokurikulum telah menyusun nama-nama tersebut ,semua telah ditetapkan kecuali jika ada yang sakit, pihak pentadbir akan membuat pertukaran dengan guru yang lain. Makluman 4.5 PK PETANG 4.5.1 Ustazah Sarimah mengingatkan supaya guru mengambil cuti kuarantin secara bergilir dengan suami jika keluarga ditimpa penyakit berjangkit. Makluman 4.5.2 Ustazah Sarimah juga mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengantikan kelas semasa ketiadaan guru di sekolah. Beliau mohon maaf kepada guru subjek agama yang selalu ditarik untuk mengantikan kelas. Beliau turut memaklumkan bahawa selepas cuti Hari Raya Haji nanti, akan ramai lagi guru yang keluar untuk membawa murid. Makluman 4.5.3 Ustazah Sarimah mengingatkan mana-mana guru yang mengambil CRK mesti diluluskan oleh Guru besar terlebih dahulu sebelum guru -guru mengisi di dalam sistem HRMIS. Guru perlu maklumkan kepada PK Petang bagi sesi petang dan Ustaz Khairil bagi sesi pagi untuk pengurusan jadual ganti.


4.5.4 Ustazah Sarimah mengingatkan agar guru-guru menghantar rekod perkembangan murid selepas cuti Hari Raya Aidiladha Tindakan: Semua guru 4.5.5 Ustazah Sarimah juga mengucapkan tahniah kepada semua guru terutamanya kepada semua AJK BKGK atas penganjuran sambutan hari guru dan perpindahan Pn. Hjh. Zuraida yang berjalan dengan lancar. Makluman 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PROGRAM - 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 Ustaz Khairil mencadangkan mesyuarat yang melibatkan semua dimulakan lebih awal iaitu jam 12 tengahari berbanding sebelum ini bermula 12.40 tengahari. 6.2 Puan Nawal mencadangkan sekurang-kurangnya satu kumpulan sahaja susunan meja untuk pembelajaran PAK 21 bagi kelas yang padat. Bagi meja yang berkumpulan cikgu mesti sentiasa menukar murid yang berlainan setiap bulan untuk murid merasai duduk secara berkumpulan di dalam kelas . 7.0 UCAPAN PENANGGUHAN 6.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru sepanjang mesyuarat guru dijalankan. 6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr. Urus Setia, Setiausaha Mesyuarat Guru SK Saujana Impian,SBT 21 Mac 2023


Click to View FlipBook Version