The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 PIMK3152 Inovasi Rukun Solat (I3-RuLat)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliaa07-526, 2023-10-11 00:14:06

E-Handbook Inovasi Rukun Solat (I3-RuLat)

Tugasan 2 PIMK3152 Inovasi Rukun Solat (I3-RuLat)

DISEDIAKAN OLEH: NUR ALIAA BINTI SAIPO BAHRI DISEMAK OLEH: DR NIK ASILAH BINTI NIK ALI PROJEK INOVASI PENDIDIKAN ISLAM BIDANG IBADAH TAHUN 1 I3-RULAT


I3-RULAT i) SINOPSIS PROJEK DIGITAL Perkembangan dunia yang menuju kepada pengaplikasian secara menyeluruh dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semakin menampakkan impak yang besar dalam kehidupan manusia dan juga bidang pendidikan. Tambah lagi, Revolusi Industri 4.0 telah membawa negara Malaysia ke arus era digital yang menjadikan teknologi sebagai asas kepada pembangunan negara, perhubungan dan juga pendidikan Wan Abdul Rahman et al., (2020). Perkembangan ini secara tidak langsung membuka peluang kepada guru di sekolah untuk meneroka dan mengaplikasikan kemahiran, kreativiti dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh itu, satu inovasi digital iaitu “I3-RuLat” telah dihasilkan bagi memudahkan murid untuk mengingat dan lebih memahami mengenai Rukun Solat. I3-RuLat merupakan sebuah inovasi yang dihasilkan melalui ciptaan lagu dan juga modul berkenaan dengan Rukun Solat bagi bidang Ibadah yang disesuaikan mengikut tahap kemampuan murid Tahun 1. Inovasi yang dihasilkan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah laman sesawang bagi mengumpulkan maklumat kandungan inovasi di satu tempat yang boleh diakses dengan mudah. Di dalam laman sesawang yang diberi nama Bijak Belajar tersebut, terdapat beberapa pautan yang disediakan seperti lagu I3-RuLat, kuiz interaktif dan dua buah modul dalam bentuk online dan juga offline. Kandungan ini membolehkan guru dan murid menggunakannya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tidak lupa juga kepada pengguna luar seperti ibu bapa yang mana mereka boleh mengakses secara terus untuk pembelajaran murid di rumah dan di mana sahaja. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa I3-RuLat ini merupakan inovasi yang mesra pengguna terutama kepada guru dan murid untuk mengajar dan belajar tajuk rukun solat ini. A


B RASIONAL PROJEK ii) ISU/PERMASALAHAN UTAMA Rukun solat adalah sebahagian daripada pelaksanaan dalam solat yang merupakan merupakan salah satu daripada rukum Islam yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam yang waras, berakal dan telah baligh (Siti Zaleha et al, 2016.) Guru Pendidikan Islam merupakan insan yang bertanggungjawab untuk mendidik dan memastikan murid mempraktikkan rukun solat dengan betul. Hal ini demikian kerana, keabsahan solat adalah bergantung kepada kesempurnaan melakukan semua bahagian dalam solat dengan betul. Namun, pembelajaran rukun solat ini menjadi isu apabila murid sukar untuk mengingat dan memahami kesemua rukun dalam solat. Justeru, berdasarkan pengalaman semasa praktikum fasa satu di sekolah, satu temu bual secara tidak formal telah dijalankan bersama salah seorang guru Pendidikan Islam yang mengajar murid Tahun 1. Dapatan daripada temu bual tersebut telah mendapati bahawa kebanyakan murid sukar untuk mengingat turutan rukun solat yang betul dan juga cara pelaksanaan yang sempurna. Menurut Hasna et al., (2015), ketidaksempurnaan pelaksanaan solat adalah berpunca dari kurangnya ilmu pengetahuan atau kefahaman berkaitan ibadah solat, kesedaran dan motivasi terhadap pelaksanaan solat dan terhakisnya rasa tanggungjawab untuk menunaikan kewajipan solat. Oleh itu, satu inovasi berunsurkan digital iaitu I3-RuLat dihasilkan bagi membantu murid untuk lebih mengingat dan memahami rukun solat dengan baik


B RASIONAL PROJEK ii) OBJEKTIF PROJEK Membantu murid untuk mengingat rukun solat dengan cepat dan mudah 1. 2. Menggalakkan pembelajaran murid secara berterusan dan dimana sahaja sama ada di dalam atau di luar bilik darjah 3. Membantu guru untuk menggunakan kaedah yang menarik supaya dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar 4. Membantu pengguna luar untuk mendapat dan mengakses maklumat mengenai rukun solat dengan mudah Objektif I3-RuLat ini dihasilkan adalah untuk:


Murid sukar untuk mengingat turutan rukun solat yang betul dan juga cara pelaksanaan yang sempurna ISU Bilangan rukun solat yang banyak menyebabkan murid sukar untuk mengingat kesemua rukun Terdapat sebahagian murid yang masih tidak mempraktikkan solat MENGAPA Menghasilkan sebuah inovasi iaitu I3-RuLat KAEDAH Mengandungi lagu, nota pembelajaran yang beserta suara dan kuiz interaktif Sebagai ganti kepada buku teks untuk mengulang kaji di rumah JUSTIFIKASI C STRATEGI PENYELESAIAN i) CARTA ALIR STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH DENGAN MENGGUNAKAN INOVASI I3-RULAT Murid dapat mengingat rukun solat dengan cepat dan mudah apabila adanya visual, animasi, audio yang menarik ketika belajar KESAN Dapat menarik perhatian dan fokus murid Dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar IMPLIKASI


C STRATEGI PENYELESAIAN KANDUNGAN INOVASI I3-RULAT e-Modul Ruku Solat Laman Sesawang Bijak Belajar Modul Ruku Solat QR Code


Guru akan memaparkan inovasi I3-RuLat seperti rajah diatas. Kemudian guru boleh memilih sama ada untuk membuka modul Rukun Solat secara online mahupun offline. Manual penggunaan untuk menggunakan inovasi tersebut turut disertakan dan dijelaskan melalui audio di dalam modul offline yang mana khusus kepada pengguna luar. Seterusnya, guru juga boleh memasang lagu I3-RuLat untuk memudahkan murid untuk mengingat turutan rukun solat. Akhir sekali, terdapat bahagian kuiz interaktif yang boleh digunakan oleh guru untuk menilai tahap kefahaman murid terhadap topik rukun solat tersebut. Selain itu, murid juga boleh menggunakan inovasi ini secara kendiri untuk pembelajaran di rumah. C STRATEGI PENYELESAIAN KANDUNGAN INOVASI I3-RULAT Kuiz Interaktif Online Kuiz Interaktif Offline Manual Penggunaan Lagu I3-RuLat


C STRATEGI PENYELESAIAN ii) KAJIAN BERKAITAN KE ARAH PENGHASILAN PRODUK INOVASI DIGITAL PENGGUNAAN TEKNIK NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA DALAM TOPIK PEMBUNDARAN oleh: Reney Pantun (2016) Kajian ini merupakan kajian tindakan menggunakan ujian pra dan ujian pasca serta pemerhatian ke atas sembilan orang murid tahun dua yang telah lulus dalam Literacy and Numeracy Screening (LINUS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman murid tahun dua dalam topik pembundaran meningkat apabila menggunakan teknik nyanyian. Sikap yang positif dalam kalangan murid tahun dua telah terwujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik nyanyian


Penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bagi Matapelajaran Sains Di SJK(T) Luar Bandar Di Negeri oleh: Kalaiselvi Shanmugam & Balamuralithara Balakrishnan (2020) Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif yang melibatkan instrumen seperti temu bual, nota lapangan dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Perisian Microsoft PowerPoint membantu informan menyusun persembahan bahan PdPc mata pelajaran Sains secara profesional, efektif, mudah dan sempurna. Informan turut bersetuju bahawa keistimewaan perisian Microsoft Power Point itu berjaya menarik minat mereka untuk menggunakannya sebagai peranti persembahan di dalam kelas mereka kerana terdapatnya elemen-elemen seperti animasi, video, audio, gambar, carta, teks, latar belakang yang menarik, font yang pelbagai dan pergerakan objek menjadi daya tarikan C STRATEGI PENYELESAIAN ii) KAJIAN BERKAITAN KE ARAH PENGHASILAN PRODUK INOVASI DIGITAL


C STRATEGI PENYELESAIAN iii) IDEA PROJEK INI SAMA ADA ASLI/ADAPTASI DARI MANAMANA SUMBER/MODEL I3-RuLat merupakan sebuah inovasi cetusan idea asli yang dicipta sendiri setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi berkaitan dengan rukun solat. Modul Rukun Solat adalah produk asli yang dihasilkan menggunakan perisian PowerPoint dan adanya audio penerangan di dalam modul I3- RuLat offline supaya murid lebih jelas dan belajar secara kendiri


C STRATEGI PENYELESAIAN iii) IDEA PROJEK INI SAMA ADA ASLI/ADAPTASI DARI MANAMANA SUMBER/MODEL Terdapat juga idea asli seperti lagu I3-Rulat yang mana keseluruhan lirik lagu adalah hasil ciptaan sendiri Selain itu, idea asli yang lain pula ialah kuiz interaktif yang dibina sendiri supaya murid dapat mengukuhkan lagi pengetahuan mereka berkaitan dengan rukun solat. Kuiz ini boleh dimainkan secara online pada pautan yang disediakan dan juga boleh dimainkan secara offline dalam Modul Rukun Solat


D PENGGUNAAN i) PENGGUNAAN DALAM PENGAMALAN PEMBELAJARAN BERMAKNA Asas utama penggunaan inovasi yang dihasilkan adalah berkonsepkan digital. Penghasilan inovasi yang menggunakan PowerPoint iaitu modul serta laman sesawang Bijak Belajar telah mengumpulkan semua maklumat mengenai rukun solat seperti nota, lagu dan kuiz di satu tempat yang memudahkan untuk sesiapa sahaja untuk menggunakannya. Penghasilan inovasi digital ini bertujuan untuk mencapai objektif utama iaitu membantu murid untuk mengingat rukun solat dengan mudah di samping menggalakkan pembelajaran murid secara berterusan dan dimana sahaja. Pengintegrasian elemen-elemen seperti animasi, video, audio, gambar, teks, latar belakang yang pelbagai dalam bahan tersebut menjadikan ianya menarik untuk dipelajari. Menurut Miswar et al., (2018), pengaplikasian media pembelajaran yang berasaskan teknologi banyak mendorong minat pelajar dalam pembelajaran malah dapat meningkatkan proses PdP guru dalam sesuatu mata pelajaran kearah yang lebih kreatif, inovatif dan menarik berbanding proses pembelajaran secara konvensional. Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah, didik hibur merupakan salah satu kaedah pengajaran yang diketengahkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) agar murid dapat belajar dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Menurut Mohd Rosmadi Mohd Salleh dan Hafizhah Zulkifli (2020), didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami suatu keadaan. Justeru, kaedah didik hibur melalui nyanyian melalui lagu I3-RuLat dapat membantu murid untuk mengingat dan memahami tentang rukun solat dengan mudah. Seterusnya, dari segi penilaian pula guru boleh menilai murid melalui kuiz interaktif yang disediakan dalam laman Bijak Belajar dan Modul Rukun Solat. Kuiz interaktif ini dihasilkan sebagai latihan pengukuhan kepada murid supaya guru dapat menilai kefahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan inovasi ini dapat memberikan pembelajaran yang bermakna kepada murid.


Citizenship (Kewarganegaraan) Murid dapat membentuk diri dalam menjadi warganegara yang berusaha menjaga maruah diri dan agama. Hal ini demikian kerana, solat yang sempurna akan mencegah daripada melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan juga agama. D PENGGUNAAN ii) PENGGUNAAN DARI ASPEK PEMBELAJARAN BERMAKNA 6C Character(Sahsiah) Murid dapat menunjukkan sahsiah dan tingkah laku yang baik dengan menumpukan perhatian yang sepenuhnya ketika belajar dan berusaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Collaboration (Kolaborasi) Murid dapat memupuk kemahiran berpasukan ketika guru menjalankan aktiviti kuiz interaktif secara berkumpulan dan menyanyi lagu. Hal ini kerana, murid dapat berkolaborasi sesama ahli kumpulan untuk berbincang dan memerlukan keseragaman dalam nyanyian Creativity(Kreativiti) Murid bebas untuk menggunakan inovasi ini dan membina daya kreativiti kerana adanya manual penggunaan bagi Modul Rukun Solat yang disediakan Communication (Komunikasi) Murid dapat mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan rakan-rakan ketika sesi PdP sedang berlangsung dengan bertanya soalan, menjawab soalan dan berbincang dalam kumpulan Critical Thinking (Pemikiran Kritis) Murid dapat mengenalpasti dan membanding beza antara bacaan dalam solat berdasarkan turutan yang betul sehingga dapat melaksanakan solat dengan sempurna.


Selain menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran, Inovasi I3-RuLat juga boleh dijadikan sebagai rujukan dan bahan bantu mengajar kepada para pendidik dan juga kepada pengguna luar, khususnya ibu bapa murid. Hal ini demikian kerana, inovasi ini memberi peluang kepada semua untuk mengingat turutan dan memahami rukun dalam solat dengan mudah. Oleh itu, satu inisiatif telah diambil bagi mempromosikan dan mengkomersialkan inovasi ini melalui saluran media sosial agar orang ramai tahu akan kewujudan inovasi ini. Tambahan pula, penyebaran melalui media sosial tidak memerlukan pengeluaran sebarang kos di samping penyampaian maklumat juga sangat pantas untuk diterima oleh orang lain. Terdapat beberapa media sosial yang telah digunakan untuk mempromosikan inovasi ini seperti aplikasi Whatsapp, Facebook dan TikTok. D PENGGUNAAN iii) KAEDAH MEMPROMOSIKAN INOVASI DIGITAL Whatsapp Facebook Tik Tok


E IMPAK KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR i) IMPAK UTAMA KE ATAS PENGALAMAN PEMBELAJARAN DAN PENCAPAIAN PEMBELAJARAN PELAJAR Menarik perhatian dan fokus murid Inovasi I3-RuLat ini telah menggabungkan elemen teks, visual, dan audio bagi menarik perhatian dan fokus murid. Pembelajaran berasaskan sebegini akan menimbulkan suasana yang menarik dalam kalangan murid dan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan oleh guru sekaligus dapat membantu murid memahami input yang diterima dengan lebih mudah Menggalakkan pembelajaran kendiri Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu murid memperoleh kemahiran dan pengetahuan secara berdikari supaya murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Inovasi I3-RuLat ini direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.


E IMPAK KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR ii) MAKLUM BALAS PROMOSI INOVASI DIGITAL Berdasarkan promosi yang telah dilaksanakan terhadap inovasi “I3-RuLat”, hasil dapatan menunjukkan maklum balas yang diterima adalah baik dan positif. Maklum balas tersebut merupakan komen daripada guru pelatih Pendidikan Islam dari tiga Institut Pendidikan Guru (IPG) iaitu daripada IPG Ilmu Khas, IPG Bahasa Antarabangsa dan IPG Pendidikan Islam serta rakan sendiri. Antara maklum balas yang diterima daripada penghasilan inovasi ini ialah “cantik”, “menarik”, “memudahkan pengguna” dan “sesuai untuk Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan”. Maklum balas positif yang diterima daripada rakan-rakan telah memberi sedikit keyakinan kepada saya akan inovasi yang dihasilkan ini. Oleh itu, diharapkan agar inovasi “I3- RuLat” ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan pemahaman dan penghayatan mereka terhadap solat.


E IMPAK KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR ii) MAKLUM BALAS PROMOSI INOVASI DIGITAL


E IMPAK KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR iii) SEJAUH MANAKAH INOVASI INI MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR DARI ASPEK KEMAHIRAN IR4.0 Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) Pengintegrasian antara TMK dan pendidikan merupakan kunci Pembelajaran Abad Ke-21 yang menyokong pembelajaran bebas murid bagi tujuan proses pembelajaran untuk carian sumber maklumat. Inovasi I3-RuLat ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan melaksana pembelajaran kendiri Sistem pembelajaran yang mudah diakses Sistem pembelajaran yang mudah diakses seperti inovasi I3-Rulat ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja malah boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada did alam atau di luar bilik darjah. Murid boleh menggunakan inovasi ini di rumah secara kendiri atau bersama bimbingan ibu bapa untuk belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan berbanding hanya menggunakan buku teks sahaja.


E IMPAK KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR iv) SEJAUH MANAKAH INOVASI INI MEMBERI KESAN KEPADA PERUBAHAN SIKAP DAN KEMAHIRAN SOSIAL PELAJAR Mempraktikkan solat dengan sempurna Solat merupakan salah satu rukun islam yang wajib dilaksanakan dengan sempurna. Secara tidak langsung, solat yang dilakukan dengan sempurna akan dapat memupuk sikap diri yang lebih berdisiplin. oleh itu, penghasilan inovasi I3-RuLat ini dapat membantu murid untuk mengingat dan memahami bacaan yang betul serta menghayati solat tersebut. Memupuk kemahiran interpersonal Penggunaan 13-RuLat menggalakkan murid untuk bekerja secara kooperatif di dalam kumpulan, termasuk kebolehan berkomunikasi secara lisan ataupun bukan lisan. Hal ini demikian kerana murid dan guru akan bersama-sama untuk melakuakn demonstrasi bagi tatacara solat.


RUJUKAN Hasna Bidin, Ahmad Syukran Baharuddin, Mohd Ismail Mustari (2015). Kefahaman Ibadat Solat Fardhu dalam Kalangan Pelajar Muslim: Kajian Tinjauan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Tesis Sarjana Falsafah Fakuti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. 21- 34/www.sainshumanika.utm.my/e-ISSN ISSN: 2289-6996. Penerbit UTM Press. Kalaiselvi Shanmugam, & Balamuralithara Balakrishnan. (2020). Perisian Microsoft Power Point Sebagai Peranti Persembahan Semasa PdPc Sains Di SJK(T) Luar Bandar Di Negeri Perak. Muallim Journal of Social Science and Humanities, 4(1), 49-65. Miswar, D., Yarmaidi, & Yuniyarsih. (2018). Peningkatan Aktivitas dan Hasil Belajar IPS menggunakan Media Animasi. Jurnal Geografi, 7(1), 19-34. Mohd Rosmadi Mohd Salleh, & Hafizhah Zulkifli. (n.d.). Penggunaan Didik Hibur dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Malaysian Online Journal of Education, 4(2), 1-16. Reney Pantun. (2016). Penggunaan Teknik Nyanyian dalam Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun Dua dalam Topik Pembundaran. Proceedings of the ICECRS, 677-686. Siti Zaleha Ibrahim, Norziah Othman, Dr. Phayilah Yama (2016). Penghayatan dan pelaksanaan Solat Berjemaah dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Islam. International Conference on Aqidah, Dakwah and Syariah (IRSYAD) 2016. Wan Abdul Rahman Wan Ibrisam Fikry, Muhammad Talhah Ajmain, Aminuddin Ruskam, & Ahmad Kolani Mohamed. (2020). Special Education International Conference (SEIC 2019). Universiti Teknologi Malaysia (UTM).


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version