TAZKIRAH
BINGKISAN RAMADHAN
BUATMU ANAK GENERASI AL-QURAN
Susunan Daie Pena
HJ. AZMAN AHMAD AD-DAMANHOURI
Guru Cemerlang Pendidikan Islam
Jurulatih Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam KPM
Pengkarya Guru, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
1 Hak cipta terpelihara di sisi Yang Maha Esa ©
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
KANDUNGAN
Muqadimah 03
04
Tazkirah Ramadhan ( 1 )
BANYAKKAN BERSEDEQAH DI BULAN RAMADHAN
Tazkirah Ramadhan ( 2 ) 06
BERPUASA TETAPI TIDAK SOLAT FARDHU
Tazkirah Ramadhan ( 3 ) 08
PAHALA MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG PUASA
Tazkirah Ramadhan ( 4 ) 10
MALAM SERIBU BULAN
Tazkirah Ramadhan ( 5 ) 12
BAZAR RAMADHAN ATAU BAZIR RAMADHAN?
Tazkirah Ramadhan ( 6 ) 14
PAHALA BERSEDEQAH
Tazkirah Ramadhan ( 7 ) 16
RAMADHAN BULAN AL-QURAN
Tazkirah Ramadhan ( 8 ) 18
RAMADHAN BULAN KESYUKURAN
Tazkirah Ramadhan ( 9 ) 20
RAMADHAN DIHAYATI, SYAWAL DIBERKATI
2
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
MUQADIMAH
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tazkirah Bingkisan Ramadhan dihasilkan kerana kurangnya buku
tazkirah Ramadhan yang sesuai untuk bacaan murid Sekolah
Rendah, Sekolah Rendah Agama mahupun Kelas KAFA.
Risalah ini menggunakan pendekatan yang sederhana, saiz tulisan
yang besar dan laras bahasa yang mudah, sesuai untuk murid
Sekolah Rendah.
Tazkirah Bingkisan Ramadhan ini juga dibuat secara ringkas dan
padat, tidak melebihi 2 muka surat bagi setiap tajuk. Anggaran masa
yang diambil dalam lingkungan 2 minit untuk bacaan sederhana.
Ayat al-Quran dan hadis hanya dinukilkan dalam bentuk terjemahan
untuk mengelakkan murid daripada membuat kesalahan dan
kesilapan ketika membaca tazkirah.
Semoga usaha ini dapat membantu ustaz dan ustazah untuk
melaksanakan program Ihya’ Ramadhan di sekolah masing-masing
di samping ia juga boleh dijadikan tazkirah di rumah bersama anak-
anak.
Ramadhan Kareem.
3
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Tazkirah Ramadhan ( 1 )
BANYAKKAN BERSEDEQAH DI BULAN RAMADHAN
Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata : Rasulullah SAW
adalah manusia yang paling suka bersedeqah dan baginda akan
lebih banyak bersedeqah pada bulan Ramadhan.
Malaikat Jibril menemui baginda pada setiap malam dalam bulan
Ramadhan dan bertadarus al-Quran. Ibnu Abbas berkata, Rasulullah
SAW ketika ditemui oleh Malaikat Jibril, lebih banyak bersedeqah
dalam bulan Ramadhan seperti angin yang bertiup.
Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Bersedeqah ertinya memberikan harta yang kita miliki pada jalan
kebaikan seperti menderma untuk anak yatim, menderma untuk
pembangunan surau dan masjid serta membantu orang-orang yang
susah.
Kita digalakkan untuk bersedeqah terutamanya pada bulan
Ramadhan kerana Rasulullah SAW sendiri membanyakkan sedeqah
4 dalam bulan Ramadhan. Allah memuliakan orang yang memberi
sedeqah.
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Antara keutamaan orang yang bersedeqah adalah :
1.Sedeqah dapat menghapuskan dosa seperti air memadamkan api.
2.Allah melipat-gandakan pahala orang yang bersedeqah.
3.Orang yang bersedeqah akan mendapat naungan Allah.
4.Harta menjadi berkat.
5.Orang yang banyak bersedeqah akan masuk ke syurga melalui
pintu syurga yang istimewa.
Oleh itu kita hendaklah banyakkan bersedeqah terutamanya pada
bulan Ramadhan yang mulia. Sesungguhnya Allah tidak memandang
kepada nilai wang yang kita sedeqahkan sama ada 5 ringgit, 2
ringgit, 1 ringgit atau 10 sen sekalipun. Tetapi Allah memandang
kepada keikhlasan dan kesungguhan kita dalam bersedeqah.
Saya akhiri dengan serangkap pantun.
Bulan Ramadhan Bulan Ibadah
Pahala berganda dijanjikan Allah
Marilah kita banyakkan bersedeqah
Dunia dan akhirat hidup barokah
5 Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Tazkirah Ramadhan ( 2 )
BERPUASA TETAPI TIDAK SOLAT FARDHU
Semua orang tahu bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan adalah
wajib. Begitu juga dengan solat fardhu. Hukumnya wajib. Orang
yang menunaikan perkara yang wajib akan mendapat pahala.
Sebaliknya orang tidak menunaikan ibadah yang wajib akan
mendapat dosa.
Kedua-dua ibadah puasa dan solat fardhu ini adalah daripada Rukun
Islam yang lima :
PERTAMA Mengucap dua kalimah syahadah
KEDUA Solat fardhu lima waktu sehari semalam
KETIGA Puasa di bulan Ramadhan
KEEMPAT Membayar zakat
KELIMA Menunaikan haji bagi orang yang berkemampuan
Puasa dan solat adalah rukun Islam yang sama-sama penting.
Meninggalkan salah satu daripadanya bererti meninggalkan Rukun
Islam. Dalam hal ini, Rasulullah SAW mengibaratkan puasa seperti
perisai dan mengibaratkan solat seperti tiang.
6
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Sabda baginda :
Solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, maka
dia mendirikan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka
dia meruntuhkan agama.
Malangnya hari ini, ada di antara kita yang boleh berpuasa,
menahan lapar dan dahaga dari Subuh hingga ke Maghrib, tetapi
tidak menunaikan solat. Ada yang sanggup bangun awal untuk
bersahur, tetapi tidur semula dan tidak menunaikan solat Subuh.
Apakah hukumnya? Puasa mereka sah. Tetapi mereka berdosa besar
kerana tidak menunaikan solat fardhu. Hukumnya seolah-olah
mereka telah meruntuhkan agama Islam.
Oleh itu, kita hendaklah melawan nafsu malas dan berat untuk
mengerjakan solat. Tunaikanlah puasa dan dirikanlah solat fardhu.
Janganlah kita memberikan alasan penat dan lapar sehingga tidak
menunaikan solat fardhu. Alangkah ruginya, jika kita boleh
menunaikan puasa tetapi kita tidak boleh menunaikan solat fardhu.
Kerana amalan yang akan mula-mula dihisab oleh Allah adalah solat.
7 Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Tazkirah Ramadhan ( 3 )
PAHALA MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG PUASA
Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah SAW bersabda :
Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa,
dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa
mengurangi pahala orang yang berpuasa itu walau sedikit pun.
Hadis Riwayat Tirmizi.
Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa amat besar
pahalanya di sisi Allah. Orang yang memberi makanan kepada orang
lain untuk berbuka akan mendapat pahala sama seperti pahala
orang yang berpuasa tadi tanpa mengurangi pahala orang tersebut.
Kita digalakkan untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa
walaupun hanya sebiji tamar atau pun kurma. Rasulullah SAW selalu
berbuka dengan kurma basah sebelum solat. Dan jika baginda tidak
mendapatinya, maka baginda akan berbuka dengan kurma yang
kering.
Cuba rakan-rakan bayangkan, jika kita bersedeqah sebiji kurma
8
untuk orang yang berbuka puasa pun, kita dijanjikan dengan pahala
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
yang besar, bagaimana pula jika kita bersedeqah makanan atau
minuman yang lebih lazat dan sedap?
Puasa melatih kita untuk bersyukur. Dan antara tanda orang yang
bersyukur adalah :
1. Banyak memberi dan berkongsi rezeki dengan orang lain.
2. Bermurah hati dan berlapang dada.
3. Suka membantu orang lain.
4. Tidak kedekut dan tamak dengan apa yang dimiliki.
5. Sentiasa redha dengan rezeki yang ada.
Oleh itu, kita mestilah menjadi hamba yang bersyukur khususnya
dalam bulan Ramadhan yang mulia ini dengan memberi makan
kepada orang yang berpuasa mengikut kemampuan yang ada. In
syaa Allah, Allah akan memberikan pahala yang berlipat ganda dan
memberkati rezeki dan hidup kita.
Rezeki dikongsi, hidup diberkati.
Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh.
9
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Tazkirah Ramadhan ( 4 )
MALAM SERIBU BULAN
Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan oleh Allah SWT
untuk berada dalam 10 hari terakhir di bulan Ramadhan al-
Mubarak. Ada antara saudara-saudara kita yang telah meninggal
dunia sebelum datangnya bulan Ramadhan dan ada pula yang
meninggal dunia dalam bulan Ramadhan. Tidak kira tua atau pun
muda. Sakit atau pun tidak. Setiap kita akan kembali kepada Allah
Yang Maha Kuasa, apabila sampai masanya.
Justeru sewajibnya bagi kita untuk menggunakan ruang dan peluang
yang ada dalam 10 hari terakhir bulan Ramadhan ini untuk kembali
kepada ajaran-Nya. Apatah lagi pada 10 malam terakhir ini, Allah
SWT telah menjanjikan satu malam yang istimewa iaitu Malam
Lailatul Qadar.
Firman Allah SWT dalam surah al-Qadr, ayat 1 – 5 yang bermaksud :
❖ Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam
Lailatul Qadar.
❖ Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar?
10
❖ Malam Lailatul Qadar itu adalah lebih baik daripada seribu
bulan.
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
❖ Pada malam itu, turunlah para malaikat dan malaikat Jibril ke
bumi dengan izin Allah untuk mengatur segala urusan.
❖ Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar.
Namun apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah
sebaliknya. Masjid-masjid dan surau semakin kosong pada 10
malam terakhir ini berbanding malam-malam sebelumnya. Bilangan
orang yang datang ke rumah Allah untuk menunaikan solat fardhu
dan solat terawih semakin berkurangan. Masyarakat hari ini lebih
sibuk membeli-belah baju raya, kasut raya dan kuih raya berbanding
mengejar pahala ibadah yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Esa.
Oleh itu marilah kita kembali kepada ajaran agama dengan
mengutamakan pahala akhirat berbanding dunia. Mari bersama
memperbanyakkan amalan pada 10 hari terakhir di bulan
Ramadhan ini dan menghidupkan malam-malamnya dengan
qiamullail, membaca al-Quran, beriktikaf di masjid atau surau,
beristighfar dan berzikir.
Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
11
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Tazkirah Ramadhan ( 5 )
BAZAR RAMADHAN ATAU BAZIR RAMADHAN?
Antara keunikan bulan Ramadhan di negara kita adalah kewujudan
Bazar Ramadhan di merata-rata tempat. Di Bazar Ramadhan inilah
kita akan membeli juadah-juadah istimewa untuk berbuka puasa
bersama keluarga. Ada pelbagai jenis makanan dan minuman yang
dijual sehingga kita rambang mata untuk membuat pilihan.
Tidak salah untuk kita membeli makanan dan minuman yang dijual
di Bazar Ramadhan. Namun kita tidak boleh terlalu menurut hawa
nafsu yang sedang lapar dan dahaga kerana berpuasa. Menurut
kajian, rakyat Malaysia membuang 3000 tan makanan pada setiap
hari di bulan puasa. Makanan yang dibuang ini pada asasnya masih
tidak disentuh ataupun dimakan sedikit sahaja dan kemudiannya
dibuang ke dalam tong sampah.
Islam melarang umatnya daripada melakukan pembaziran. Firman
Allah SWT dalam surah al-Israk, ayat 27 yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara syaitan.
Dan syaitan itu adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhan.”
12
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Kita tidak boleh membazir ketika membeli makanan di Bazar
Ramadhan. Berbelanjalah secara sederhana dan jangan berlebih-
lebihan. Mungkin hari ini kita membeli sejenis makanan dan hari
esok kita membeli makanan yang lain pula.
Berpuasa tidak mengajar kita untuk menjadi orang yang tamak dan
mengikut hawa nafsu semata-mata. Sebaliknya puasa mendidik kita
untuk menjadi hamba yang sabar dan bersyukur atas segala
nikmatnya.
Oleh itu, marilah kita mengelakkan daripada melakukan pembaziran
makanan di bulan Ramadhan. Belilah makanan dan minuman secara
sederhana dan jangan berlebih-lebihan.
Ingat... Bazar Ramadhan bukanlah Bazir Ramadhan!
Saya akhiri dengan serangkap pantun.
Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Mari banyakkan membaca al-Quran
Di Bazar Ramadhan jimat berbelanja
Amalan membazir kita jauhkan
13 Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Tazkirah Ramadhan ( 6 )
PAHALA BERSEDEQAH
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 216 yang
bermaksud : “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di
jalan Allah adalah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan
tujuh batang tangkai. Dan pada setiap tangkai ada seratus biji benih.
Allah melipat-gandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehendaki-
Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.”
Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah bermaksud orang
yang membelanjakan harta dan rezekinya pada jalan yang diredhoi
oleh Allah. Contohnya membayar zakat, bersedeqah, berwaqaf,
memberi derma kepada anak yatim, surau dan masjid. Orang yang
bersedeqah dengan ikhlas akan diberikan pahala yang berlipat-
ganda. Apatah lagi jika bersedeqah di bulan Ramadhan al-Mubarak
ini. Pastinya pahala bersedeqah kita akan dilipat-gandakan oleh
Allah.
Rasulullah SAW sendiri adalah orang yang paling suka bersedeqah.
Dan baginda akan lebih membanyakkan bersedeqah pada bulan
14
Ramadhan yang mulia. Hadis Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersedeqah di bulan
Ramadhan seperti angin yang bertiup.
Amalan bersedeqah dapat membersihkan dosa dan menyucikan
dosa. Pahala orang yang bersedeqah sentiasa mengalir dan memberi
manfaat sama ada kepada orang yang hidup mahupun orang yang
telah meninggal dunia. Dalam hadis nabi dijelaskan bahawa
sekiranya mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala
amalannya kecuali tiga perkara :
PERTAMA Sedeqah jariyah
KEDUA Ilmu yang diamalkan dan dimanfaatkan
KETIGA Doa anak yang soleh dan solehah.
Contohnya jika kita bersedeqah untuk pembangunan surau atau
masjid, maka pahala bersedeqah itu akan berterusan mengalir selagi
mana ada orang yang bersolat dan mengimarahkan surau atau
masjid tersebut, walaupun kita telah tiada. Begitulah besarnya
pahala orang yang bersedeqah.
Oleh itu, marilah kita membanyakkan bersedeqah terutamanya di
bulan Ramadhan yang barokah.
15 Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Tazkirah Ramadhan ( 7 )
RAMADHAN BULAN AL-QURAN
Ramadhan bulan al-Quran. Kitab suci al-Quran telah diturunkan
dalam bulan Ramadhan yang mulia sebagaimana yang telah
difirmankan oleh Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 185, yang
bermaksud : “Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran di
dalamnya sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan kepada
hidayah serta al-Furqan.”
Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya : Sebaik-baik ibadah umatku adalah membaca al-Quran.
Di dalam hadis yang lain baginda bersabda,
Maksudnya : Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran
dan yang mengajarkannya.
Namun persoalannya kenapa kita selalu berasa malas untuk
membaca al-Quran? Kenapa kita berasa berat untuk membaca al-
Quran? Sedangkan pada masa yang sama, kita boleh bermain video
game berjam-jam. Kita boleh melayari internet, facebook, whatsapp
dan media sosial lain berjam-jam. Kita juga boleh menonton
16
rancangan televisyen berjam-jam. Tetapi kita berasa malas untuk
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
membaca al-Quran walaupun setengah jam sehari. Walaupun 1
muka surat sehari.
Maka seharusnyalah perkara ini perlu ditukar. Apatah lagi
membaca al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia dijanjikan
dengan pahala yang besar. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bertadarus al-Quran bersama Malaikat Jibril pada
setiap malam di bulan Ramadhan sehingga khatam.
Amalan ini diteruskan oleh para sahabat dan ulamak sehingga ada
yang berjaya mengkhatamkan bacaan al-Quran sebanyak 2 kali, 3
kali dan 4 kali di bulan Ramadhan. Bahkan Imam Syafiee
diriwayatkan telah mengkhatamkan al-Quran sebanyak 2 kali dalam
sehari di bulan Ramadhan. Subhanallah!
Oleh itu kita hendaklah banyakkan membaca al-Quran dan khatam
al-Quran pada bulan Ramadhan yang barakah ini. Rebutlah peluang
untuk bertadarus al-Quran dan khatam al-Quran yang dianjurkan
oleh masjid, surau mahu pun di sekolah dan teruskanlah amalan
yang mulia ini dalam bulan-bulan yang seterusnya.
17 Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu’alaikum warahamatullahi wabarakatuh.
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Tazkirah Ramadhan ( 8 )
RAMADHAN BULAN KESYUKURAN
Ramadhan mengajar kita erti bersyukur. Bersyukur atas segala
nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Betapa
pada waktu kita mengeluh akan kurangnya rezeki, ada insan lain
yang sebenarnya lebih menderita daripada kita. Mungkin apa yang
lahir daripada hati kita adalah nafsu. Nafsu yang tidak akan pernah
cukup. Tidak akan pernah puas.
Oleh kerana itu kita diwajibkan untuk menahan diri daripada lapar
dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Demi
mendidik nafsu dan menyucikan jiwa. Merasai kesusahan orang
yang lebih susah daripada kita.
Pada saat kita dilimpahi dengan pelbagai jenis juadah berbuka,
sedarkah kita ada saudara-saudara kita yang hanya berbuka dengan
nasi putih, telur goreng dan kicap semata-mata?
Pada waktu kita tidak mampu menghabiskan makanan kerana
kekenyangan ketika berbuka, ada antara anak-anak yang hanya
18
berbuka dengan buah tamar, sekeping roti dan air kosong sahaja?
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Maka Ramadhan hadir untuk mengingatkan kita akan kepentingan
bersyukur atas segala nikmat-Nya. Biarpun sederhana dan tidak
semewah nikmat yang dimiliki oleh orang lain, namun kita tetap
perlu bersyukur.
Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud :
“Sekiranya kamu bersyukur, Aku akan tambahkan nikmat-Ku
kepadamu. Dan sebaliknya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku
amat pedih.”
Orang yang bersyukur akan redha dengan nikmat dan rezeki yang
dikurniakan oleh Allah. Orang yang bersyukur juga akan rajin
melaksanakan perintah Allah dan menjauhkan larangan-Nya. Dan
orang yang bersyukur akan berkongsi rezekinya dengan orang lain
serta membantu orang yang susah dengan berderma & bersedeqah.
Oleh itu sewajarnya bagi kita untuk menjadi hamba yang bersyukur
terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Janganlah
berbelanja secara berlebih-lebihan dan membazir kerana
sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan.
19 Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Tazkirah Ramadhan ( 9 )
RAMADHAN DIHAYATI, SYAWAL DIBERKATI
Masa beredar dengan pantas. Tanpa kita sedar, Ramadhan sudah
hampir ke penghujungnya dan Syawal akan menjelma. 1 Syawal
pastinya dinanti-nantikan sebagai Hari Lebaran. Hari meraikan
kemenangan setelah sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan
dahaga serta perkara-perkara lain yang boleh membatalkan puasa.
Hari Raya bukanlah hari untuk bersuka-ria semata-mata. Sebaliknya
Hari Raya adalah merupakan Hari Ibadah yang akan diberi pahala
jika disambut mengikut syariat dan adab-adabnya. Antaranya kita
digalakkan untuk bertakbir dan bertahmid, menunaikan solat sunat
hari raya, bersedeqah dan bermaaf-maafan sesama keluarga, sanak-
saudara, sahabat handai dan jiran tetangga.
Pada pagi Hari Raya, kita disunatkan untuk mandi sunat hari raya.
Kemudian memakai pakaian yang terbaik tetapi tidak semestinya
yang baharu. Kita juga disunatkan untuk menjamah sedikit makanan
sebelum ke masjid dan melalui jalan yang berbeza ketika pergi serta
pulang dari masjid.
20
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]
Jika pergi berziarah, pilihlah waktu-waktu yang sesuai. Jagalah adab
di rumah orang dan janganlah duduk terlalu lama kerana ia akan
mengganggu tuan rumah. Bagi tuan rumah pula, hendaklah
memuliakan tetamu yang datang. Jangan leka dengan menonton
televisyen dan bermain video game semata-mata.
Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada melakukan dosa.
Cuba renungkan berapa kali kita melawan dan mengguris hati ibu
bapa kita? Berapa kali kita menyakiti hati guru-guru kita?
Justeru kehadiran Syawal membuka ruang yang luas untuk kita
saling bermaaf-maafan. Sesungguhnya orang yang berpuasa akan
mendapat keampunan Allah dan alangkah mulianya jika dia juga
mengampunkan kesalahan orang lain.
Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan
penuh keimanan dan keinsafan, akan diampunkan segala dosanya
yang lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Semoga Allah menerima semua amalan kita di bulan yang mulia ini.
Ramadhan dihayati, Syawal diberkati.
21 Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TAZKIRAH BINGKISAN RAMADHAN | [email protected]