E- PORTFOLIO
NAMA: NUR RABI'ATUL'ADAWIYAH BINTI HASRI
NO. KAD PENGENALAN: 040510-01-0118
ANGKA GILIRAN: 2022152310016
UNIT: BMMB 1
1.0 PENGENALAN
2.0 LATAR BELAKANG
2.1.1 Latar Belakang Sistem Ejaan Rumi Sebelum Penjajahan
3.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT KRONOLOGI
3.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka
3.1.1 Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)
3.1.2 Sistem Ejaan Rumi Za’ba (1940)
3.1.3 Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia (1943)
3.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres (1956)
3.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka
3.2.1 Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka 1972
4.0 SISTEM EJAAN RUMI JAWI
5.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI
5.1 Pembakuan Ejaan dan Sebutan Dan Pembentukan Istilah Yang Sesuai Dalam Bahasa Kebangsaan
5.2 Badan Yang Bertanggungjawab Memperkembangkan Bakat Sastera
6.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI
7.0 KESIMPULAN
1.0 PENGENALAN
Menurut Hashim Musa (2006), bahasa ialah sesuatu ujaran
yang sentiasa dituturkan dan diamalkan oleh setiap manusia
untuk menjelaskan maksud yang digunakan oleh mereka dan
ianya digunakan apabila adanya suatu perhubungan seperti
komunikasi dengan seseorang dan lain- lain. Manakala tulisan
pula ialah untuk manusia menyampaikan perasaan dan
fikirannya dalam bentuk visual dimana ia boleh difahami oleh
diri sendiri serta masyarakat. Oleh itu, kewujudan sistem ejaan
tulisan rumi ini sangat membantu untuk berfungsi sebagai
pelengkap dalam sesuatu komunikasi.
2.0 LATAR BELAKANG
Sebelum terbentuknya sistem ejaan rumi, wujudnya sistem tulisan
yang telah digunakan oleh orang- orang zaman dahulu sebelum
berkembangnya sistem ejaan rumi ini.
2.1.1 LATAR BELAKANG SISTEM EJAAN RUMI
SEBELUM PENJAJAHAN
Ejaan Bahasa Melayu ialah satu ejaan yang mempunyai tradisinya
tersendiri dimana ejaan ini merupakan ejaan yang lebih lama daripada
tulisan Jawi dan Rumi. Tradisi tulisan bahasa Melayu ini juga boleh dilihat
melalui tulisan Rencong, Pallava dan Kawi. Ketiga- tiga sistem tulisan ini
merupakan tulisan yang menggunakan lambang baris dan suku kata yang
berbeza- beza bagi menunjukkan bunyi yang berbeza.
tulisan tulisan
rencong pallava
tulisan kawi
Tulisan pertama yang bakal digantikan ialah tulisan Rencong. Tulisan Rencong
merupakan bentuk tulisan yang paling awal dimana tulisan ini telah dijumpai di
sebatang tiang batu di Kota Kapur pada tahun 1892. Tulisan ini telah banyak
digunakan di Samutera Selatan, iaitu di Jambi, Bangkahulu, Lampung, Rejang,
Minangkabau dan Hulu Palembang. Bentuk tulisan ini boleh dilihat pada daun-
daun lontar, kulit- kulit kayu, kepingan- kepingan logam dan batu bersurat.
Seterusnya, tulisan Pallava ialah tulisan yang banyak dipengaruhi dengan
bahasa Sanskrit dimana tulisan ini menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu
pengetahuan. Tulisan ini telah ditemukan pada tiang batu persembahan (Yupa)
di daerah Muara Kaman. Manakala tulisan Kawi pula ialah tulisan yang telah
dibentuk setelah tulisan Pallava. Tulisan ini digunakan untuk penulisan dalam
bahasa Kawi iaitu bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Jawa. Tulisan Kawi
ini telah lenyap paa tahun 1400 Masihi.
Seterusnya, sistem ini boleh dijelaskan lagi dengan sistem ejaan Jawi dan
Rumi ini sebenarnya banyak melibatkan masyarakat pada zaman kini
dimana ia boleh diterangkan melalui bukti terdapat beberapa pendakwah
dan pedagang dari Arab telah datang berdagang dan berdakwah di
Kepulauan Tanah Melayu sehingga sistem ejaan Jawi diperkenalkan di
Kepalauan Tanah Melayu. Melalui sistem ejaan tersebut, bahasa Melayu ini
telah menarik minat para sarjana Berat untuk mengkaji dengan lebih
mendalam tentang bahasa Melayu. Sebagai contoh, ada dalam kalangan
para sarjana barat yang telah berusaha membuat penyusunan perkataan
Melayu dalam bentuk yang lebih mudah dan difahami oleh masyarakat.
Sebagai contoh, sarjana Barat, Antonio pigafetta yang telah menyusun 426
daftar kata Itali Melayu bersama sahabatnya, Ferdinand Magellan.
3.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT
KRONOLOGI
Perkembangan sistem ejaan rumi mengikut kronologi ini boleh diterangkan dengan
pelbagai perkembangannya dari sebelum mereka selepas merdeka.
3.1 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI SEBELUM
MERDEKA
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang amat penting dalam sistem pendidikan kerana
ianya menjadi bahasa utama dan bahasa kebangsaan di Malaysia. Oleh hal yang
sedemikian, sistem ejaan rumi ini menjadi keperluan utama dalam penyusunan dan
pertuturan bahasa dan tulisan. Secara umunya, penyusunan sistem ejaan dan tulisan
rumi yang baik sangat diperlukan untuk penggantian tulisan Jawi dan sistem ejaan.
SISTEM EJAAN RUMI
YANG TELAH
DIGUNAKAN
Sistem Ejaan Rumi Walkinson
Sistem Ejaan Rumi Za'ba
Sistem Ejaan Fajar Asia
Sistem Ejaan Rumi Kongres
3.1.1 SISTEM EJAAN RUMI
WILKINSON (1904)
Sistem ejaan rumi yang digunakan secara rasmi di semua sekolah umum.
Menurut pandangan Asmah Haji Omar (2008), sistem ejaan ini merupakan sistem
yang sama dengan kamus dan penerbitan karangan Wilkinson sendiri dimana
ianya seragam dengan segala terbitan kamus dan karangan yang telah dihasilkan
dari tahun 1901 hingga tahun 1940.
Wilkinson telah membentuk setiap pedoman ejaan ruminya mengikut hasil Kamus
Jawi- Melayu- Inggeris yang telah disusun olehnya.
Beliau juga mengambil pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada Rumi
sebagai cara perumian bunyi Melayu.
Menurut pandangan daripada Ismail Dahaman (2007), penulis telah berpendapat
bahawa kaedah sistem ini merupakan kaeah sistem yang tidak sesuai untuk
digunakan dalam merumikan kitab Tafsir nur al- Ihsan kerana sistem ejaan
ruminya hanya diciptakan melalui bunyi an ejaan daripada sebutan bahasa
Inggeris sahaja.
3.1.2 SISTEM EJAAN
RUMI ZA'BA (1940)
Digunakan secara meluas sejak tahun 1940.
Menurut Asmah Haji Omar (2008), sistem ejaan ini merupakan sistem yang banyak
digunakan dalam urusan rasmi di tanah air dan di sekolah- sekolah.
Digunakan sehingga kajian tentang sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah dibentukkan
semula pada tahun 1972.
Menurut Ismail Dahaman (2007), sistem ejaan Za'ba lebih baik daripada sistem ejaan
Wilkinson kerana sistem ejaan ruminya lebih seragam dan konsisten berbanding sistem
ejaan rumi Wilkinson.
Sistem ejaan rumi Za'ba tidak sesuai untuk dijadikan sebagai sistem kajian terhadap
buku- buku dan lain- lain seperti kitab Tafsir Nur al- Ihsan walaupun sistem ejaan
ruminya mempunyai banyak kelebihan dari segi ejaan berbanding dengan sistem ejaan
rumi Wilkinson.
Sistem Ejaan Rumi Za'ba telah dilengkapkan dalam sebuah buku yang bertajuk Daftar
Ejaan Melayu (Jawi- Rumi) dimana buku ini telah diterbitkan pada tahun 1938.
Dalam sistem ejaan tersebut, terdapat hampir 20 hukum atau peraturan ejaan Jawi
untuk kata berimbuhan dan kata dasar yang telah dikemukakan dalam sistem ejaan
tersebut.
HUKUM ATAU EJAAN
PERATURAN JAWI
Bunyi
lepas
Penyambungan kata
Bunyi yang
Ejaan berpernambah
dasar juga
mempunyai atas
ber-, ter-, dan per-
hadapan di hujung,
hendaklah
terus disambung
menggunakan
mempunyai
kasar perlu
kecuali perkataan
huruf saksi wau. menggunakan
penambahan. huruf saksi alif. yang bermula engan
huruf 'ra"
3.1.3 SISTEM EJAAN RUMI
FAJAR ASIA (1943)
Diterbitkan di bawah pengarang, Zainal Abidin bin Ahmad.
Digunakan dalam majalah dwi mingguan Fajar Asia yang telah diterbitkan pada tahun
1843 di Singapura.
Digunakan ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Sistem ejaan rumi ini telah berhenti digunakan setelah Taah Melayu dijajah oleh British.
Menurut Asmah Haji Omar (2008), ejaan Fajar Asia ini mempunyai grafem yang sedikit
berbeza daripada sistem ejaan Za'ba dan sistem ejaan Wilkinson dari segi penggunaan
sistem ejaannya.
Ismail Dahaman (2007) juga turut menyatakan bahawa sistem ejaan ini sememangnya
lebih baik jika diikutkan dari sudut grafemnya namun begitu ejaan tersebut tidak sesuai
untuk digunakan di dalam kitab Tafsir al- Ihsan kerana ejaan tersebut tidak mempunyai
transliterasi dan pedoman yang tetap.
3.1.4 SISTEM EJAAN
RUMI KONGRES (1956)
Sistem ejaan ini berkaitan dengan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang
pertama (1952) Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang kedua ( 1954)
dan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga yang telah diadakan
pada 16 hingga 21 September tahun 1956.
Kongres Bahasa Melayu ketiga (1956) telah menimbulkan masalah ejaan Rumi
yang perlu diberi perhatian yang penuh terhadapnya.
Peserta kongres telah mencadangkan pelbagai pembaharuannya iaitu cadangan
untuk memperbaiki lagi Sistem Ejaan Za'ba.
Sistem ejaan yang telah diperbahrui ini akan dinamakan sebagai 'Sistem Ejaa
Kongres' seperti yang telah dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu yang ketiga (1956).
3.2 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
SELEPAS MERDEKA
3.2.1 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972
Sistem Ejaan Rumi Baru bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia merupakan
satu sistem ejaan yang sempurna daripada semua sistem ejaan. Sistem ejaan
rumi ini telah dilancarkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada
tarikh 16 Ogos 1972 oleh YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Sistem ejaan tersebut telah dirasmikan secara serentak di kedua- dua buah
negara iaitu Malaysia dan Indonesia.Di Malaysia, sistem Ejaan Rumi bersama
yang digunakan sehingga kini.
CIRI UTAMA SISTEM EJAAN
RUMI 1972
penggunaan
Penulisan partikel
Jenis huruf: tanda baca seperti:
huruf vokal
huruf konsonan lah
diftong tah
kah
sistem
penggunaan
keselarasan
Penulisan kata huruf besar
huruf vokal bahasa Melayu: dan huruf
Penulisan rangkai
kata kecil
4.0 SISTEM EJAAN RUMI JAWI
Menurut Amat Juhari (1996), tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu
dalam pelbagai kegiatan dan lapangan penulisan malah terdapat juga dalam
kesenian.
Contoh penggunaan tulisan jawi ialah kesenian tulisan khat yang menghiasi
batu nisan dan pada dinding di dalam masjid.
Tulisan Jawi juga turut dilihat pada hasil catatan Hashim Musa (1996), yang
menggunakan tulisan Jawi di dalam buku Sejarah Melayu.
Melalui catatan beliau, tulisan Jawi digunakan secara meluas dalam apa- apa
urusan terutamanya dalam urusan yang berkaitan dengan pentadbiran.
Disebabkan itu, tulisan ini dekenali dan dianggap sebagai satu tulisan yang
hebat di Kepulauan Tanah Melayu dan Nusantara.
Oleh kerana tulisan Jawi telah tersebar dengan meluas, ramai penulis
tempatan luar negeri serta luar negara yang berminat untuk mengetahuinya.
Sebagai contoh, penggunaan tulisan Jawi telah menarik minat penulis W.G
Shellaber (1935) untuk menulis buku tentang Evolution of Malay Spelling.
Secara umumnya, tulisan Jawi telah mengalami pelbagai tahap pembaharuan,
penyesuaian dan tambahan untuk memperkembangkannya dengan lebih
meluas.
Oleh itu, terdapat beberapa jenis penyusunan pedoman jawi yang telah dibuat
dalam sejarah perkembangan tulisan Jawi imana ianya terdiri daripada:
Sistem Ejaan Jenis pedoman
Sistem Ejaan
Rumi Dian tulisan Jawi Rumi Za'ba
Sisem Ejaan Rumi
Jawi Yang Telah
Sempurna
5.0 PERANAN DEWAN BAHASA AN PUSTAKA (DBP)
DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI
5.1 PEMBAKUAN EJAAN DAN SEBUTAN DAN
PEMBENTUKAN ISTILAH YANG SESUAI DALAM
BAHASA KEBANGSAAN
Telah dilaksankan sejak penubuhan Dewan Bahasa an pustaka (DBP).
Boleh dilihat melalui pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah menggunakan sistem
baharu ejaan rumi yang mantap dan penggubalan istilah yang lama kepada yang baharu.
DBP telah memainkan peranannya ini dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu dimana DBP telah
menerbitkan beberapa buah buku tatabahasa yang berkaitan dengan pembakuan ejaan dan
sebutan bahasa Melayu.
Contoh buku yang diterbitkan oleh DBP ialah buku Tatabahasa Dewan yang terdapat Jilid 1 dan
Jilid 2 dimana buku ini membantu untuk membakukan lagi ejaan dan sebutan bahasa Melayu
kepada masyarakat.
5.2 BADAN YANG BERTANGGUNGJAWAB
MEMPERKEMBANGKAN BAKAT SASTERA
DBP turut memainkan peranan sebagai badan yang bertanggungjawab
memperkembangkan bakat sastera terutamanya dalam bahasa Melayu atau lebih
dikenali sebagai bahasa kebangsaan kepada masyarakat di Malaysia.
Melalui peranan DBP sebagai badan yang bertanggungjawab memperkembangkan
bakat sastera, sistem ejaan rumi menjadi lebih tersusun.
Dengan bakat sastera dalam bahasa Melayu ini dapat membuatkan penyusunan
sesuatu ejaan dan perkataan itu menjadi lebih baik dan seragam kerana setiap
bahasa yang digunakan dala sastera merupakan sebahagian daripada penggunaan
sistem ejaan rumi khususnya bahasa Melayu.
6.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA
KINI
Setiap sistem ejaan rumi yang telah diwujudkan sudah semestinya
mempunyai banyak cabaran dalam membentuknya kepada bahasa Melayu
yang kukuh dan kekal. Begitu juga dengan sistem ejaan rumi masa kini
yang telah mendorong kepada pelbagai cabarannya dalam sistem ejaan
rumi. Salah satu cabaran sistem ejaan rumi masa kini adalah penggunaan
bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan. Hal ini boleh diterangkan lagi
dengan kewujudan bahasa Inggeris dalam pendidikan ini mengganggu lagi
sistem ejaan rumi bahasa Melayu dimana ia menyebabkan pencampuran
bahasa Inggeris ke dalam sistem tersebut sehingga sistem ejaan rumi
bahasa Melayu ini menjadi sistem ejaan rumi yang lemah.
Selain itu, cabarannya adalah setiap masyarakat khususnya
pelajar- pelajar kurang menguasai tatabahasa. Hal ini dimana
kelemahan tatabahasa dalam kalangan pelajar atau murid
mampu untuk mempengaruhi sistem ejaan rumi bahasa Melayu.
Misalnya, sekiranya penguasaan tatabahasa ini semakin
berkurangan dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar-
pelajar sekolah, maka sistem ejaan rumi ini juga akan terjejas
engan lebih mudah pada masa kini. Hal ini kerana tatabahasa
merupakan elemen yang sangat penting dalam sistem ejaan
tersebut.
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem ejaan rumi ini sangat penting untuk membentuk
satu bahasa dan tulisan dalam sesuatu perkara terutamanya ia penting
untuk pembentukan tulisan dan bahasa Melayu di Malaysa. Melalui sistem
ejaan rumi ini, masyarakat dapat menuturkan dan menyusun bahasa dan
tulisan Melayu dengan lebih baik. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia
haruslah mengambil berat mengenai perkembangan tulisan ini dan terus
memajukan dan memperkenalkan kepada generasi pada masa kini agar
tidak hilang dek zaman.