The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DSKP KSSR P.MUZIK THN 5 (SEMAKAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farah Brown, 2023-04-08 06:20:29

DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5

DSKP KSSR P.MUZIK THN 5 (SEMAKAN)

Pendidikan Muzik Tahun 5


Tahun 5 Pendidikan Muzik Bahagian Pembangunan Kurikulum APRIL 2019


Terbitan 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.


KANDUNGAN Rukun Negara....................................................................................................................................................................... v Falsafah Pendidikan Kebangsaan........................................................................................................................................ vi Definisi Kurikulum Kebangsaan............................................................................................................................................ vii Kata Pengantar..................................................................................................................................................................... ix Pendahuluan......................................................................................................................................................................... 1 Matlamat............................................................................................................................................................................... 2 Objektif.................................................................................................................................................................................. 2 Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah.................................................................................................................. 3 Fokus.................................................................................................................................................................................... 4 Kemahiran Abad Ke-21......................................................................................................................................................... 6 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi............................................................................................................................................. 8 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran................................................................................................................................ 9 Elemen Merentas Kurikulum................................................................................................................................................. 11 Pentaksiran Bilik Darjah........................................................................................................................................................ 14 Organisasi Kandungan.......................................................................................................................................................... 18 Modul Bahasa Muzik..................................................................................................................................................... 19 Modul Kemahiran Muzik................................................................................................................................................ 21 Modul Kreativiti Muzik.................................................................................................................................................... 25 Modul Apresiasi Muzik................................................................................................................................................... 27 Projek Seni Muzik.......................................................................................................................................................... 29 Glosari.................................................................................................................................................................................. 31 Panel Penggubal.................................................................................................................................................................. 34 Penghargaan........................................................................................................................................................................ 35


v RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN


vi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


vii DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.]


ix KATA PENGANTAR Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 telah disemak semula bagi memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSR menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Usaha memasukkan standard pentaksiran di dalam dokumen kurikulum telah mengubah lanskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid. DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSR, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi menjayakan pelaksanaan KSSR, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek, supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan KSSR. Semoga pelaksanaan KSSR akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dr. MOHAMED BIN ABU BAKAR Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia


1 PENDAHULUAN DSKP KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik ialah dokumen yang memuatkan kandungan kurikulum mata pelajaran ini sebagai rujukan kepada guru untuk mengajar. Matlamat dan objektif mata pelajaran ini dinyatakan dengan jelas sebagai garis panduan kepada guru tentang perkara yang perlu dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bagi menterjemahkan matlamat dan objektif tersebut, kandungan DSKP diorganisasikan menerusi tiga lajur iaitu Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). SK menyatakan secara spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. SP menggariskan penetapan kriteria pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap SK, manakala SPi merupakan suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid kuasai. Kurikulum untuk semua mata pelajaran digubal berlandaskan Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Guru boleh merujuk perenggan ini untuk memahami tentang insan yang ingin dilahirkan sebagaimana yang digambarkan dalam kerangka tersebut. Kementerian Pendidikan Malaysia juga berhasrat untuk mempersiapkan murid bagi menghadapi cabaran abad ke-21. DSKP ini menggariskan profil murid yang ingin dibentuk untuk mempersiapkan mereka mengharungi cabaran pada masa kini dan pada masa depan. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan secara eksplisit dalam Standard Pembelajaran. Guru diharapkan dapat menterjemahkan kemahiran tersebut semasa menjalankan PdP. Perenggan tentang perkara ini terdapat dalam DSKP dan boleh dijadikan rujukan guru untuk mendapatkan kefahaman berkaitan pengaplikasian KBAT dalam PdP. PdP mata pelajaran Pendidikan Muzik menggalakkan murid untuk berfikir, berimaginasi dan membuat interpretasi. Kaedah pengajaran mata pelajaran ini haruslah dipelbagaikan untuk membantu murid memahami dan menguasai sesuatu konsep dan kemahiran. Guru boleh merujuk cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam DSKP ini untuk mendapatkan idea bagi menentukan strategi yang sesuai digunakan semasa menyampaikan kandungan DSKP kepada murid. Selain itu, guru juga digalakkan untuk menerapkan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) semasa menjalankan PdP. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


2 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 MATLAMAT OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 KSSR Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran asas dalam bidang muzik untuk membentuk insan yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif serta dapat menikmati nilai estetik muzik secara intelektual. OBJEKTIF UMUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH KSSR Pendidikan Muzik bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut: 1. Mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran muzik. 2. Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa muzik menerusi aktiviti muzik. 3. Menghasilkan karya muzik dengan menggunakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran muzik. 4. Membuat ulasan tentang muzik yang didengar. 5. Membuat persembahan muzik. 6. Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik. KSSR Pendidikan Muzik Tahun 5 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut: 1. Membaca dan menulis notasi muzik, tanda rehat, terminologi dan simbol muzik. 2. Mengaplikasikan kefahaman notasi muzik dalam aktiviti muzik. 3. Menyanyikan lagu dengan pic yang betul mengikut tempo. 4. Memainkan alat perkusi mengikut tempo berdasarkan skor. 5. Mengaplikasikan dinamik dalam aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi. 6. Merancang dan membuat pergerakan berdasarkan muzik yang didengar. 7. Memainkan rekoder dengan ton yang baik mengikut tempo berdasarkan skor. 8. Mencipta dan mempersembahkan melodi mudah. 9. Membuat ulasan terhadap muzik yang didengar. 10. Merancang, membuat persediaan dan persembahan muzik berskala kecil. 11. Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik.


3 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Kurikulum Standard Sekolah Rendah dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif sebagaimana yang digambarkan seperti Rajah 1. Kurikulum Pendidikan Muzik digubal berdasarkan enam tunjang Kerangka KSSR. Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah


4 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 FOKUS Modul Bahasa Muzik Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah memberi fokus kepada pembinaan insan berliterasi muzik menerusi aktiviti pengkaryaan, persembahan dan pembudayaan muzik. Bagi mencapai hasrat ini, Kurikulum Pendidikan Muzik digubal dengan berasaskan kerangka KSSR Pendidikan Muzik yang mengandungi empat modul kurikulum seperti di Rajah 2. Murid didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran bahasa muzik yang merangkumi aspek elemen muzik serta menulis dan membaca notasi muzik. Menerusi modul ini juga, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa aktiviti muzik seperti bernyanyi, bergerak mengikut muzik, bermain alat muzik serta pengkaryaan muzik. Modul Kemahiran Muzik Murid memperoleh pengalaman muzikal untuk menguasai kemahiran bernyanyi, bergerak mengikut muzik serta bermain alat muzik. Bagi aktiviti bermain alat muzik, murid berpeluang untuk menguasai kemahiran memainkan alat muzik perkusi dan rekoder. Alat muzik rekoder akan diperkenalkan kepada murid mulai Tahun 3 sebagai asas kepada mereka untuk mempelajari alat muzik berpic. Murid juga berpeluang mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bahasa muzik semasa aktiviti PdP. Rajah 2: Kerangka KSSR Pendidikan Muzik


5 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 Modul Kreativiti Muzik Projek Seni Muzik Murid menzahirkan idea kreatif dengan menghasilkan karya seperti penciptaan corak irama, melodi dan pelbagai bunyi muzikal. Mereka berpeluang mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dari pembelajaran bahasa muzik dan kemahiran muzik untuk berkarya. Seterusnya, mereka juga berpeluang untuk mempersembahkan setiap hasil karya mereka semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara kreatif. Modul Apresiasi Muzik Murid diberi peluang untuk menghayati dan menghargai pelbagai karya muzik. Tumpuan PdP adalah kepada aktiviti mendengar karya muzik secara aktif dan seterusnya memberi respon terhadap karya muzik tersebut secara lisan atau penulisan. Projek Seni Muzik merupakan aktiviti yang memberi fokus kepada persembahan muzik. Persembahan muzik merupakan gabungan aktiviti PdP yang telah dipelajari seperti nyanyian, gerakan, permainan alat muzik serta penciptaan. Berlandaskan aktiviti PdP ini, murid akan menjayakan Projek Seni Muzik berdasarkan sesuatu tajuk. Murid akan bersama-sama rakan dan guru menjana idea bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang. Projek Seni Muzik adalah projek berskala kecil yang dijalankan secara berkumpulan dalam bilik darjah sebanyak dua kali setahun. Projek ini dijalankan pada hujung penggal pertama dan kedua. Contoh pelaksanaan PdP Pendidikan Muzik bagi penggal pertama adalah seperti di Jadual 1. Proses pengajaran dan pembelajaran ini akan berulang pada penggal kedua dengan tajuk yang lain. Guru juga boleh menggunakan disiplin ilmu yang lain untuk disepadukan dengan kemahiran muzik yang telah dipelajari dalam persembahan muzik. Antara persembahan yang boleh dijalankan oleh murid ialah sketsa muzikal, persembahan boneka dan nyanyian.


6 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 KEMAHIRAN ABAD KE- 21 Jadual 1: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Muzik Penggal Pertama Satu daripada hasrat KSSR adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri -ciri yang dinyatakan dalam profil murid seperti Jadual 2, supaya berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan SK dan SP dalam kurikulum Pendidikan Muzik juga turut menyumbang kepada pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan murid. Jadual 2: Profil Murid Minggu: Aktiviti PdP Minggu 1 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Muzik Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 Minggu 5 Minggu 6 Minggu 7 Minggu 8 Minggu 9 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Perancangan Minggu 13 Projek Seni Muzik Minggu 14 Persediaan Minggu 15 Projek Seni Muzik Minggu 16 Persembahan Projek Seni Muzik PROFIL MURID PENERANGAN Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi, dan empati. Mahir Berkomunikasi Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.


7 PROFIL MURID PENERANGAN Pemikir Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. Mereka berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai pelajar. Mereka menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. Mereka berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran yang baharu. Kerja Sepasukan Mereka boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. Mereka mengalas tanggungjawab bersama serta menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli pasukan. Mereka memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif, dan ini menjadikan mereka pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik. Bersifat Ingin Tahu Mereka membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baru. Mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. Mereka menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan. PROFIL MURID PENERANGAN Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka. Bermaklumat Mereka mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. Mereka meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. Mereka memahami isu-isu etika/undangundang berkaitan maklumat yang diperoleh. Penyayang/ Prihatin Mereka menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. Mereka komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar. Patriotik Mereka mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


8 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat tahap pemikiran seperti Jadual 3. Jadual 3: Tahap Pemikiran Dalam KBAT KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman. Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional. TAHAP PEMIKIRAN PENERANGAN Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara. Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan. Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi. Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif.


9 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah. KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan aras tinggi untuk menggalakkan murid berfikir. Secara amnya, proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik adalah berlandaskan kepada aktiviti amali yang dilakukan secara hands-on seperti dalam bidang nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam merangka pengajaran bagi mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan tersebut merupakan strategi guru bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam Pendidikan Muzik adalah seperti berikut: Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Suatu pendekatan yang akan menjadikan murid berdikari dalam menimba ilmu. Pertanyaan dan pencarian jawapan terhadap perkara yang dipelajari merupakan aspek utama dalam pendekatan ini. Dalam konteks Pendidikan Muzik murid akan menimbulkan pelbagai soalan contohnya, semasa mempelajari modul apresiasi seni. Antaranya, “Mengapakah muzik ini kedengaran seperti muzik Timur Tengah?,” “Apakah alat muzik yang digunakan dalam muzik ini?.” dan sebagainya.


10 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 Guru membimbing murid untuk mencari jawapan kepada soalan -soalan mereka menerusi pelbagai sumber seperti internet dan kajian lalu di perpustakaan. Murid akan kembali ke kelas dengan maklumat yang diperolehi untuk dikongsikan. Pembelajaran Berasaskan Masalah Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah boleh dijalankan bagi menambah kefahaman murid tentang apa yang dipelajari dalam Pendidikan Muzik. Guru berperanan sebagai fasilitator kepada murid untuk membentuk suatu permasalahan atau isu. Seterusnya, guru memberikan tugasan kepada murid untuk mereka menyelesaikan permasalahan atau isu tersebut. Guru juga membimbing murid dari aspek perkembangan pengetahuan dan kemahiran sosial dan akhir sekali mentaksir apa yang telah dipelajari murid menerusi pengalaman pembelajaran tersebut. Contoh persoalan atau isu ialah, “Adakah muzik boleh menyatukan masyarakat?” atau “Mengapakah masyarakat Baba Nyonya di Melaka boleh menyanyikan lagu Dondang Sayang dan berpakaian kebaya?” Pendekatan Bertema Dalam pendekatan ini guru boleh merangka pengajaran dengan menggunakan pelbagai tema bagi membantu murid menguasai ilmu dengan membuat perkaitan secara kontekstual terhadap tema yang digunakan. Contoh tema yang boleh digunakan ialah Irama di Sekeliling Ku dan Melodi Menceritakan Sesuatu. Pendekatan Antara Disiplin Pendekatan ini membolehkan guru merangka pengajaran dengan menggabungkan pengajaran muzik dengan disiplin ilmu yang lain. Sebagai contoh guru boleh mengajar nyanyian yang mempunyai lirik atau mesej yang positif seperti rasa cinta kepada ibu bapa, alam sekitar, dan negara. Dengan ini, murid akan mendapat ilmu dan kemahiran dalam bidang nyanyian dan pada masa yang sama dapat menerapkan mesej menerusi lagu yang dinyanyikan. Terdapat banyak pendekatan yang boleh digunakan oleh guru sebagai strategi dalam menyampaikan ilmu kepada murid. Pendekatan yang disebutkan di atas merupakan contoh pendekatan yang boleh digunakan dalam Pendidikan Muzik. Perkara penting yang perlu dilakukan oleh guru ialah memilih pendekatan yang sesuai mengikut tajuk yang ingin diajar bagi


11 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 3. Nilai Murni Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan mengamalkannya. Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian. 4. Sains dan Teknologi Menambahkan minat terhadap Sains dan Teknologi dapat meningkatkan literasi Sains serta Teknologi dalam kalangan murid. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan. Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran merangkumi empat perkara iaitu: i) Pengetahuan Sains dan Teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi); ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu); iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan); dan iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemenelemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemenelemen di dalam EMK adalah seperti berikut: 1. Bahasa Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran. Semasa pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan. 2. Kelestarian Alam Sekitar Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran. Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai alam.


12 5. Patriotisme Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat. Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. 6. Kreativiti dan Inovasi Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada. Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea. Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran Abad 21. Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. 7. Keusahawanan Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran. 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penerapan elemen TMK dalam pengajaran dan pembelajaran memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari. Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


13 TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran. 9. Kelestarian Global Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid berdaya fikir lestari yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi melalui elemen Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan Perpaduan. Elemen Kelestarian Global penting dalam menyediakan murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, Negara dan global. Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan dalam mata pelajaran yang berkaitan. 10. Pendidikan Kewangan Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan membentuk generasi masa hadapan yang berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal kewangan secara bertanggungjawab. Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan dalam PdP secara langsung ataupun secara sisipan. Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan secara eksplisit seperti pengiraan faedah mudah dan faedah kompoun. Penerapan secara sisipan pula diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan kepada pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar adalah penting bagi menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat diaplikasikan secara berkesan dan bermakna. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


14 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru yang berkenaan. Proses ini berlaku berterusan bagi membolehkan guru menentukan tahap penguasaan murid. PBD boleh dilaksanakan oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses PdP, manakala pentaksiran secara sumatif dilaksanakan pada akhir sesuatu unit pembelajaran, penggal, semester atau tahun. Guru perlulah merancang, membina item atau instrumen pentaksiran, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor tahap penguasaan yang diajar berdasarkan DSKP. Dalam usaha memastikan pentaksiran membantu meningkatkan keupayaan dan penguasaan murid, guru haruslah melaksanakan pentaksiran yang mempunyai ciri-ciri berikut: Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Menggunakan pelbagai strategi pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru dan murid. Mengambil kira pelbagai aras pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran. Mentaksir tahap penguasaan murid berdasarkan Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Mengambil tindakan susulan bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan. TAHAP PENGUASAAN UMUM Tahap penguasaan merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid. Terdapat enam tahap penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusun secara hierarki. Tahap penguasaan ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan dalam kurikulum. Jadual 4 menunjukkan pernyataan Tahap Penguasaan Umum.


15 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 Jadual 4: Penyataan Tahap Penguasaan Umum Guru boleh mencatat perkembangan murid di dalam buku rekod mengajar, buku latihan, buku catatan, senarai semak, jadual atau lain-lain yang sesuai. Perekodan tahap penguasaan dibuat ke dalam templat pelaporan yang disediakan setelah PdP bagi setiap bidang, tema, kemahiran atau kelompok Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran selesai dilaksanakan. Standard Prestasi KSSR Pendidikan Muzik Standard Prestasi (SPi) KSSR Pendidikan Muzik diwujudkan sebagai rujukan untuk guru mentaksir tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran ini. Standard Prestasi ini mengandungi 6 Tahap Penguasaan yang merangkumi domain kognitif, psikomotor dan afektif. Tahap Penguasaan ini disusun secara hierarki bermula pada Tahap Penguasaan 1 yang menunjukkan penguasaan terendah sehingga penguasaan tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Tahap Tafsiran 1 (Tahu) Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. 2 (Tahu dan faham) Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi. 3 (Tahu, faham dan boleh buat) Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 4 (Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab) Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik. 5 (Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif. 6 (Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali) Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.


16 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN Jadual 5: Tahap Penguasaan Keseluruhan Pendidikan Muzik Tahap Penguasaan Keseluruhan bagi setiap mata pelajaran perlu ditentukan pada setiap akhir tahun. Tahap Penguasaan Keseluruhan ini merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Guru perlu mentaksir murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua aspek semasa proses pembelajaran. Guru hendaklah menggunakan pertimbangan profesional dalam semua proses pentaksiran, khususnya dalam menentukan tahap penguasaan keseluruhan. Pertimbangan profesional boleh dilakukan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman guru, interaksi guru bersama murid, serta perbincangan bersamasama rakan sejawat. Tahap Penguasaan Keseluruhan KSSR Pendidikan Muzik digunakan untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan rubrik yang dijadikan sebagai panduan kepada guru untuk mentaksir prestasi murid seperti dalam Jadual 5. TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Mengetahui pengetahuan asas dan kemahiran asas muzik. 2 Memahami pengetahuan asas dan kemahiran asas muzik. 3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti muzik. 4 Menganalisis karya menggunakan pengetahuan dan kemahiran muzik. 5 Menilai karya menggunakan pengetahuan dan kemahiran muzik. 6 Menjana idea kreatif dalam pengkaryaan muzik.


17 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 Panduan Penilaian Projek Seni Muzik Jadual 6: Panduan Penilaian Projek Seni Muzik Panduan Penilaian Projek Seni Muzik disediakan sebagai instrumen kepada guru untuk menentukan pencapaian murid dalam aktiviti ini. Murid akan dinilai dari aspek pelibatan, kreativiti dan amalan nilai murni. Kriteria pencapaian kepada setiap aspek ini dinyatakan sebagai cemerlang, baik dan memuaskan seperti Jadual 6. Dengan adanya Standard Prestasi Pendidikan Muzik dan Panduan Penilaian Projek Seni Muzik ini, diharapkan guru dapat mentaksir murid dengan penuh yakin, fleksibel, berakauntabiliti dan berintegriti. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan pentaksiran secara berkumpulan. Guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisis tahap penguasaan tersebut serta membuat laporan dan tindakan susulan. KRITERIA ASPEK YANG DINILAI CEMERLANG BAIK MEMUASKAN PELIBATAN Semua ahli dalam kumpulan memainkan peranan dengan cemerlang sebelum, semasa dan selepas persembahan muzik. Beberapa ahli dalam kumpulan memainkan peranan dengan cemerlang sebelum, semasa dan selepas persembahan muzik. Semua ahli dalam kumpulan kurang memainkan peranan sebelum, semasa dan selepas persembahan muzik. KREATIVITI Menggunakan imaginasi yang tinggi dan menterjemahkan idea secara kreatif dalam persembahan muzik. Menggunakan imaginasi dan menterjemahkan idea dalam persembahan muzik. Kurang menggunakan imaginasi dan menterjemahkan idea dalam persembahan muzik. AMALAN NILAI MURNI Semua ahli dalam kumpulan mempamerkan amalan nilai murni untuk menjayakan persembahan muzik. Beberapa ahli mempamerkan amalan nilai murni untuk menjayakan persembahan muzik. Semua ahli dalam kumpulan kurang mempamerkan amalan nilai murni untuk menjayakan persembahan muzik.


18 KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 ORGANISASI KANDUNGAN KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik diorganisasikan berasaskan modul kurikulum dengan peratus pemberatan seperti Jadual 7. Jadual 7: Pemberatan Kandungan Kurikulum Pendidikan Muzik Nota: Peruntukkan waktu bagi mata pelajaran ini ialah minimum 16 jam setahun. Guru boleh menggabung kandungan antara modul ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap modul pula mempunyai tiga lajur utama iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi seperti Jadual 8. Jadual 8: Tafsiran Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi Terdapat satu lajur tambahan iaitu Catatan. Lajur ini mengandungi cadangan aktiviti dan nota panduan guru. Guru boleh melaksanakan aktiviti tambahan selain daripada yang dicadangkan mengikut kreativiti dan keperluan untuk mencapai Standard Pembelajaran. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. MODUL PERATUS PEMBERATAN Bahasa Muzik 10% Kemahiran Muzik 40% Kreativiti Muzik 40% Apresiasi Muzik 10%


19 1.0 MODUL BAHASA MUZIK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 1.1 Notasi Muzik Murid boleh: 1.1.1 Membaca dan menulis not E, F, G, A, B, C’, D’ serta tanda rehat pada baluk: (i) (ii) tanda rehat Cadangan Aktiviti: Latihan menulis dan menamakan not pada baluk. Contoh: Latihan menulis not dan tanda rehatnya. Latihan memadankan not dan tanda rehat. Latihan mendengar dan menepuk nilai not. Nota: Not E, F, G, A, B, C’, D’ KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 E F G A B C’ D’


20 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 1.1.2 Membaca, menulis dan memahami terminologi serta simbol muzik: (i) piano ( p ) (ii) forte ( f ) (iii) staccato (iv) legato 1.1.3 Mengaplikasikan pemahaman membaca notasi muzik dalam aktiviti muzik. Cadangan Aktiviti: Contoh not staccato Latihan membaca skor yang mengandungi simbol dan terminologi muzik. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


21 2.0 MODUL KEMAHIRAN MUZIK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 2.1 Nyanyian Murid boleh: 2.1.1 Bernyanyi dengan pic yang betul. 2.1.2 Bernyanyi lagu berkembar. 2.1.3 Bernyanyi mengikut tempo. 2.1.4 Mengaplikasikan dinamik kuat (f) dan lembut (p) dalam nyanyian. Cadangan Aktiviti: Latihan pernafasan. Latihan nyanyian dengan sebutan bunyi huruf vokal dan konsonan. Latihan mendengar dan mengajuk pic. 2.2 Permainan Alat Perkusi 2.2.1 Memainkan alat perkusi mengikut tempo berdasarkan skor: (i) (ii) tanda rehat 2.2.2 Mengaplikasikan dinamik kuat (f) dan lembut (p) dalam permainan alat perkusi. Cadangan Aktiviti: Latihan memainkan corak irama. Latihan membaca skor . KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


22 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 2.3 Bergerak Mengikut Muzik 2.3.1 Merancang dan melakukan pergerakan mengikut muzik yang didengar berdasarkan: (i) meter dan (ii) tempo Cadangan Aktiviti: Berbincang dalam kumpulan untuk merancang dan melakukan formasi mudah seperti: bergerak dalam barisan bergerak dalam bentuk segi empat, segi tiga dan bulatan 2.4 Rekoder 2.4.1 Memainkan rekoder bagi not E, F, G, A, B, C’ dan D’ dengan ton yang baik mengikut tempo. (i) Penjarian yang betul. (ii) Pernafasan yang betul. (iii) Perlidahan yang betul. (iv) Embouchure yang betul. (v) Postur yang betul. Cadangan Aktiviti: Latihan penjarian bagi not E, F, G, A, B, C’ dan D’ pada rekoder. Latihan memainkan not E, F, G, A, B, C’ dan D’. Latihan perlidahan dengan sebutan ‘tu’. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 2 4 3 4


23 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 2.4.2 Memainkan melodi kaunter secara ensembel berdasarkan skor muzik. (i) (ii) tanda rehat Cadangan Aktiviti: Latihan mengenal dan membaca skor. Latihan memainkan melodi kaunter. Nota: Contoh penjarian rekoder: KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 Not F Not E


24 STANDARD PRESTASI MODUL BAHASA MUZIK DAN KEMAHIRAN MUZIK STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Mengenal notasi, terminologi dan simbol muzik dengan bimbingan. Mengajuk semula melodi dan corak irama yang didengar serta meniru pergerakan dengan bimbingan. 2 Memahami notasi, terminologi dan simbol muzik. Mengajuk semula melodi dan corak irama yang didengar serta meniru pergerakan. 3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bahasa muzik dalam aktiviti muzik. 4 Mempamerkan kemahiran permainan alat perkusi atau permainan rekoder atau kemahiran nyanyian atau bergerak mengikut muzik dengan ketepatan yang tinggi. 5 Mempamerkan kemahiran permainan alat perkusi atau permainan rekoder atau kemahiran nyanyian atau bergerak mengikut muzik dengan ketepatan yang tinggi secara konsisten. 6 Menghasilkan persembahan muzik secara kreatif, ekspresif, konsisten dan natural. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


25 3.0 MODUL KREATIVITI MUZIK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 3.1 Pengkaryaan Muzik Murid boleh: 3.1.1 Mencipta melodi mudah menggunakan not B, A dan G. (i) (ii) tanda rehat 3.1.3 Mempersembahkan hasil ciptaan. Cadangan Aktiviti: Menepuk semula corak irama yang didengar. Mencipta ‘jawapan’ kepada ‘soalan’ corak irama yang diberi. Mengimprovisasi corak irama yang didengar. Mengajuk melodi. Meletakkan pic pada corak irama yang diberi. Mencipta ‘jawapan’ kepada ‘soalan’ melodi yang didengar. Mengimprovisasi melodi yang didengar. Nota: Dicadangkan murid menggunakan rekoder semasa aktiviti mencipta melodi. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


26 STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Mengenal corak irama yang didengar. 2 Mengajuk corak irama dan melodi yang didengar. 3 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran muzik untuk mencipta melodi. 4 Menentukan corak irama untuk mencipta melodi. 5 Mengimprovisasi idea muzik dalam penciptaan melodi. 6 Mencipta dan mempersembahkan hasil ciptaan melodi. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


27 4.0 MODUL APRESIASI MUZIK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 4.1 Penghayatan Karya Muzik Murid boleh: 4.1.1 Menyatakan tahun zaman Baroque dalam muzik Klasik Barat 4.1.2 Membuat ulasan terhadap muzik Klasik Barat zaman Baroque yang didengar dari aspek: (i) nama komposer (ii) negara asal komposer (iii) judul karya muzik Cadangan Aktiviti: Mendengar muzik secara aktif dan bersoal jawab tentang muzik tersebut. Contoh: KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 Tahun zaman Baroque : 1600-1750 Komposer : Antonio Vivaldi Asal : Venice, Italy Judul karya : La Primavera (Spring)


28 STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Mengenal jenis muzik yang didengar. 2 Mengecam dan menyatakan jenis muzik. 3 Menjelaskan tentang muzik dengan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran muzik. 4 Membuat ulasan muzik pilihan sendiri menggunakan pengetahuan dan kemahiran muzik dengan bimbingan. 5 Membuat ulasan muzik pilihan sendiri menggunakan pengetahuan dan kemahiran muzik. 6 Membuat perbandingan dua jenis muzik pilihan sendiri dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran muzik. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


29 5.0 PROJEK SENI MUZIK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN 5.1 Persembahan Muzik Murid boleh: 5.1.1 Merancang persembahan muzik. 5.1.2 Membuat persediaan persembahan muzik. 5.1.3 Membuat persembahan muzik. 5.1.4 Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik. Cadangan Aktiviti: Menggunakan kreativiti dalam merancang persembahan muzik. Contoh: menentukan aktiviti persembahan berdasarkan PdP Nota: Projek Seni Muzik adalah projek berskala kecil yang dijalankan secara berkumpulan dalam bilik darjah sebanyak dua kali setahun. Contoh nilai murni dalam aktiviti muzik: menghormati ketua kumpulan dan rakan dalam kumpulan menjalankan peranan yang diberikan sebelum, semasa dan selepas persembahan seperti penyanyi, pemuzik dan pelakon KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


30 Panduan Penilaian Projek Seni Muzik ASPEK YANG DINILAI KRITERIA CEMERLANG BAIK MEMUASKAN PELIBATAN Semua ahli dalam kumpulan memainkan peranan dengan cemerlang sebelum, semasa dan selepas persembahan muzik. Beberapa ahli dalam kumpulan memainkan peranan dengan cemerlang sebelum, semasa dan selepas persembahan muzik. Semua ahli dalam kumpulan kurang memainkan peranan sebelum, semasa dan selepas persembahan muzik. KREATIVITI Menggunakan imaginasi yang tinggi dan menterjemahkan idea secara kreatif dalam persembahan muzik. Menggunakan imaginasi dan menterjemahkan idea dalam persembahan muzik. Kurang menggunakan imaginasi dan menterjemahkan idea dalam persembahan muzik. AMALAN NILAI MURNI Semua ahli dalam kumpulan mempamerkan amalan nilai murni untuk menjayakan persembahan muzik. Beberapa ahli dalam kumpulan mempamerkan amalan nilai murni untuk menjayakan persembahan muzik. Semua ahli dalam kumpulan kurang mempamerkan amalan nilai murni untuk menjayakan persembahan muzik. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


31 GLOSARI PERKATAAN PENERANGAN Aktiviti muzik Aktiviti nyanyian, permainan alat muzik dan gerakan. Alat Perkusi Alat muzik yang dipalu, ketuk atau goncang untuk menghasilkan bunyi. Contoh: kompang, kerincing, kastanet dan tamborin. Baluk Lima garisan selari yang digunakan dalam penulisan notasi muzik. Contoh: Embouchure Teknik bibir atau mulut semasa memainkan alat muzik tiupan. Ensembel Kumpulan. Forte (f ) Bermain alat muzik atau bernyanyi secara kuat. Irama Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek. Contoh irama: Lagu berkembar Lagu yang mempunyai pergerakan kord yang sama tetapi mempunyai melodi yang berlainan dan dinyanyikan serentak. Contoh lagu, Adik-Adikku Sayang dan Abang Balik Kampung. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


32 GLOSARI PERKATAAN PENERANGAN Legato Dimainkan atau dinyanyikan secara lancar/licin. Melodi Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi tinggi dan rendah dengan bunyi panjang dan pendek. Contoh melodi: Melodi kaunter Melodi yang mengiringi melodi utama dalam sesebuah lagu. Penjarian Teknik menggunakan jari dalam permainan alat muzik. Perlidahan Teknik tiupan menggunakan lidah untuk mengawal penghasilan bunyi bagi alat muzik tiupan. Pernafasan Cara bernafas ketika bernyanyi atau bermain alat muzik tiupan. Piano ( p ) Bermain alat muzik atau bernyanyi secara lembut. Pic Bunyi tinggi, rendah dan sederhana. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


33 GLOSARI PERKATAAN PENERANGAN Postur Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa bernyanyi atau bermain alat muzik. Skor Muzik Notasi muzik sesuatu lagu. Staccato Dimainkan atau dinyanyikan secara terputus-putus. Tempo Kelajuan sesuatu karya muzik. Contoh: tempo cepat atau lambat Nota: Setiap perkataan yang diberi penerangan maksudnya dalam glosari ini adalah tertakluk kepada konteks penggunaan perkataan tersebut dalam dokumen ini sahaja. KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


34 PANEL PENGGUBAL 1. Mohamed Salim bin Taufix Rashidi Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 2. Bakhtiar bin Mohd Salleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 3. Faridah binti Ramly Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 4. Hazlifhadiahana binti Rosli Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 5. Siti Musfirah binti Md. Hashim Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 6. Mohd Fadil bin Musa IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi 7. Abdul Halim bin Abdul Wahab SMK Perimbun, Cheras, Selangor 8. Amir Hamzah bin Nordin SMK Inderapura, Jerantut, Pahang 9. Elizabeth Rajam a/p Peter Devanayagam SK Kementah, Kuala Lumpur 10. Mahiran binti Man SK Sultan Hisahamudin Alam Shah, Kuala Lumpur 11. Nurunnajwa binti Painoh SK Dengkil, Selangor 12. Tee Suat Ring SK Taman Klang Utama, kelang, Selangor 13 Parimala a/p Subramaniam SK Saujana, Kuala Lumpur KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


35 PENGHARGAAN Penasihat Dr. Mohamed bin Abu Bakar Pengarah Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah (Dasar dan Sains & Teknologi) Penasihat Editorial Mohamed Zaki bin Abd. Ghani Ketua Sektor Haji Naza Idris bin Saadon Ketua Sektor Mahyudin bin Ahmad Ketua Sektor Dr. Rusilawati binti Othman Ketua Sektor Mohd Faudzan bin Hamzah Ketua Sektor Fazlinah binti Said Ketua Sektor Mohamed Salim bin Taufix Rashidi Ketua Sektor Haji Sofian Azmi bin Tajul Arus Ketua Sektor Paizah binti Zakaria Ketua Sektor Hajah Norashikin binti Hashim Ketua Sektor KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


36 Penyelaras Teknikal Penerbitan dan Spesifikasi Saripah Faridah Binti Syed Khalid Nur Fadia Binti Mohamed Radzuan Mohamad Zaiful bin Zainal Abidin Pereka Grafik Siti Zulikha Binti Zelkepli KSSR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5


40


Click to View FlipBook Version