TIGA SAHABAT SIRI PUTERI SITI SARAH AZMI
Watak Utama Sofia Darsya Elyn
1 Pada suatu hari, Sofia berlari-lari di dalam perpustakaan. Dia mahu berjumpa dengan kawan-kawannya. Sofia, Elyn dan Darsya sentiasa rapat sehingga digelar “Tiga Sahabat” oleh guru dan rakan-rakan di sekolah. Sofia, Darsya dan Elyn tetap berkawan baik walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya.
2 “Kawan-kawan, jom kita makan tengah hari bersama pada waktu rehat, ’’ ajak Sofia. “Boleh juga, kita selalu makan bersama, ” jawab Darsya. “Namun, saya akan lewat sedikit tau untuk pergi ke kantin kerana ingin berjumpa dengan Cikgu Suraya. Jadi, awak berdua boleh pergi ke kantin dahulu ya, ” sambung Sofia. “Baiklah kalau begitu, tetapi jangan lewat sangat tau, ” pesan Elyn. Kemudian, ketiga-tiga sahabat itu pun beredar ke kelas masingmasing untuk sesi pembelajaran yang akan bermula sebentar lagi.
3 Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Waktu rehatlah yang amat ditunggutunggu oleh murid-murid untuk makan di kantin.
Darsya dan Elyn bergegas ke kantin untuk makan bersama sementara menunggu Sofia yang berada di bilik guru. Darsya terus menuju ke arah makanan kegemarannya. Darsya sangat suka nasi putih yang berlauk kari ayam itu. Namun, Darsya baru terfikir tentang Elyn yang baru sahaja bersamanya tadi. “Eh, dimanakah Elyn ? bukankah dia bersama ku sebentar tadi, alamak aku lapar sangat sehingga boleh lupa Elyn , ” gumam Darsya di dalam hati. 4
Darsya masih mencari Elyn di tengahtengah kawasan kantin yang sesak itu. Namun, Darsya tidak dapat melihat Elyn kerana kantin semakin sesak dan bising dengan suara murid-murid tahap dua yang juga rehat ketika itu. Kemudian, Darsya baru sedar bahawa Elyn tidak jauh darinya. 5 ? ? ?
Namun, Darsya pelik melihat tingkah laku Elyn yang serba tak kena itu. “Awak, okay ?” , soal Darsya kepada Elyn. Tiada sahutan. “Elyn, awak ada apa-apa masalah ke yang boleh saya bantu?” , soal Darsya lagi. Elyn hanya mundarmandir seraya berkata “Darsya, saya rasa wang saku saya tercicir ketika berlari ke kantin tadi. Saya lapar sangat tetapi saya masih tak jumpa wang itu , ” keluh Elyn. 6
7 Darsya tersenyum melihat Elyn. “Awak jangan risau, hari ini saya akan belanja makanan untuk awak, ” ujar Darsya. “Terima kasih Darsya kerana sudi bantu saya, saya janji akan membayarnya semula, ” jawab Elyn dengan wajah gusar. “Tak perlu bayar, saya belanja dengan ikhlas, lagipun kita kan sahabat, ” sambung Darsya lagi.
Tidak lama kemudian, Sofia berlari sambil melambai-lambai ke arah mereka. “Maaf lewat sedikit, jom kita makan bersama, ” ajak Sofia. “Eh, awak dah beli makanan ? ” soal Elyn. “Saya membawa bekal makanan dari rumah sebab ingin menjimatkan duit” , jawab Sofia. “Jadi, jomlah makan bersama, masa rehat pun tidak lama, ” desak Sofia. Elyn dan Darsya hanya mampu tertawa melihat gelagat Sofia yang kelam-kabut berlari memilih meja yang kosong di kantin. Sepanjang waktu makan itu, Elyn sibuk menceritakan semula kejadian wangnya yang tercicir tadi kepada Sofia semula. 8
Sofia hanya tersenyum ketika mendengar Elyn bercerita kepadanya lalu sekilas memandang Darsya “Awak sungguh baik hati dalam menolong kawan-kawan dalam kesusahan, semoga awak sentiasa dipermudah urusan, ” puji Sofia kepada Darsya. Loceng pun berbunyi menandakan sudah tamat waktu rehat. “Baiklah, jom kita ke kelas segera kerana sesi pembelajaran akan bermula sebentar lagi, ” ajak Elyn. Darsya dan Sofia saling berpandangan dan mengangguk serentak. 9
Keesokan hari, tiga sahabat itu seperti biasa akan berbual pada waktu pagi di pondok belajar yang sememangnya tempat kesukaan mereka. “Awak berdua, ujian awal bulanan bakal menjelang tau pada dua minggu yang akan datang , ” kata Sofia. “Eh , saya hampir terlupa yang kita ada ujian awal bulanan, ” ujar Darsya sambil ketawa. “Saya masih belum mengulang kaji pelajaran terutamanya subjek Matematik, ” sambung Darsya lagi. “Awak kena mengulang kaji bermula sekarang kerana takut tidak sempat untuk menguasai sesuatu topik nanti , ” pesan Sofia kepada Darsya. 1 0
1 1 “Saya dah mengulang kaji pelajaran bermula minggu lepas lagi, lihatlah saya, tidak pernah risau akan ujian yang bakal kita hadapi nanti, ” ujar Elyn dengan megah. “Hmm, baiklah kawan-kawan, saya akan mengulang kaji bermula hari ini, ” ujar Darsya sambil mengerutkan dahi. “Bagus Darsya, semangat itu penting. Jika awak memerlukan bantuan untuk bertanyakan tentang soalan , boleh minta tolong daripada kami berdua, ” pesan Sofia sambil menepuk perlahan-lahan belakang tubuh Darsya. “Terima kasih Sofia dan Elyn, ” jawab Darsya.
Pada hujung minggu, tiga sahabat itu berkumpul di rumah Sofia untuk mengulang kaji pelajaran. “Jom kita mula belajar topik pertama iaitu nombor dan operasi, ” kata Sofia kepada dua sahabatnya itu. Sepanjang tempoh mengulang kaji pelajaran Darsya tidak dapat memahami apa-apa yang diajar oleh Sofia kepadanya. “Hm Sofia, saya masih tidak faham tentang topik ini walaupun berulang kali awak ajar, ” ujar Darsya dengan lembut. “Maafkan saya, saya memang kurang mahir untuk mengajar orang, ” jawab Sofia. 1 2
1 3 “Elyn, boleh tolong ajarkan Darsya topik ini ? ” soal Sofia. Namun, Elyn tidak semena-mena membuat mimik muka sinis lalu berkata “Awak belajarlah sendiri, saya tidak suka kongsikan nota saya kepada awak. Saya letih buat nota, awak mudah je nak tahu , ” jawab Elyn.
“Kalau begitu, saya minta awak ajarkan satu topik sahaja, saya akan belajar topik lain dengan Sofia, ” rayu Darsya sambil menggengam erat kedua-dua tangannya. “Saya tidak tahu nak ajar, awak kena usahalah sendiri, jangan terlalu bergantung kepada kami, Sofia pula kena menghabiskan masanya semata-mata nak ajar awak, ” tegas Elyn sambil mengemas barangnya untuk pulang. 1 4
“Eh, awak nak pulang dah ? ibu saya sedang mengoreng pisang untuk kita bertiga, ” kata Sofia. “Saya nak pulang, awak berdua makanlah, saya tak berselera, ” jawab Elyn sambil berlalu pergi meninggalkan Darsya dan Sofia yang terpinga-pinga itu. ‘Aku perlu pulang segera, lagi lama di situ, mereka akan gesa aku untuk kongsi nota matematik, aku tak akan beri kepada mereka’ , gumam Elyn sendirian. 1 5
Pada hari isnin, menandakan sekolah mula beroperasi. Namun, pondok belajar di sekolah itu sunyi sepi tanpa suara riuh tiga sahabat itu. Selepas berlaku kejadian minggu lalu, mereka bertiga seakan-akan melakukan hal masing-masing. Walaupun begitu, Sofia tetap berusaha mengajak Darsya dan Elyn untuk makan bersama di kantin supaya dapat menyelesaikan masalah antara mereka. Darsya terima ajakan Sofia tetapi Elyn tetap berkeras tidak mahu berjumpa. Semenjak itu, Sofia banyak menghabiskan masa berdua dengan Darsya sahaja. Keakraban mereka mula membuatkan Elyn semakin cemburu. Namun, Elyn berasa sedih kerana rindu untuk berbual dengan Darsya dan Sofia. Elyn mula menyesal dengan perbuatannya. 1 6
Dalam perjalanan ke kelas, Elyn terserempak dengan mereka di perpustakaan namun keduadua rakannya itu saling berpandangan dan hanya diam membisu. “Saya minta maaf , saya mengaku salah kerana tidak mahu berkongsi nota saya, ” kata Elyn dengan nada sayu. “Kami maafkan awak Elyn, sepatutnya awak perlu berkongsi ilmu untuk berjaya bersama-sama, ” pesan Sofia dengan tegas. “Saya juga maafkan awak, saya rindu sangat kita berbual macam dulu, ” sambung Darsya dengan suara serak. 1 7
Elyn terus menangis setelah dengar katakata kawannya itu. “Saya salah, saya sepatutnya bantu awak Darsya dalam pelajaran sebab awak pun pernah bantu saya semasa saya keciciran wang, ” ujar Elyn dalam tangisannya. Semenjak itu, Sofia, Elyn dan Darsya saling membantu dalam pelajaran. Semakin hari, semakin erat hubungan tiga sahabat itu kerana mereka saling memaafkan antara satu sama lain. 1 8
TAMAT