BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 1 ask2WIN
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 2 ask2WIN LOGO SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 3 ask2WIN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Ucapan Aluan Guru Besar III Tandatangan Murid dan Ibubapa/Penjaga IV Lagu Sekolah / Ikrar Murid V Visi / Misi / Hatch Tag / Slogan Sekolah VI Pengenalan Peraturan Sekolah 8 Waktu Persekolahan 9 Hari Perhimpunan 9-10 Pakaian Seragam/Pakaian Murid Lelaki dan Perempuan 10-12 Pakaian Lain/Khas 12 Tatatertib Murid Semasa Belajar dan Semasa Rehat 13-14 Tatatertib Murid di Dalam dan di Luar Bilik Darjah 14-16 Kegiatan Kokurikulum 16-17 Keselamatan 17 Keselamatan di Jalan Raya 18 Rawatan dan Cuti Sakit 18-19 Kawasan Larangan 19 Peralatan Pendidikan Jasmani dan Sukan 19-20 Peraturan Am 20-21 Pelawat 21 Peringatan Penting 21-22 Senarai Kesalahan Salahlaku dan Tindakan Kesalahan Berat/Ringan 23-25 Tindakan Lembaga Disiplin Sekolah 26-27
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 4 ask2WIN Aluan Guru Besar SK Kodiang ِ سم ْ ِللا ِب ح ْ ِن الر ِح الر ِ ي Assalamualaikum w.b.t Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t yang dengan rahmatNya, Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas SK Kodiang dapat menyediakan suatu “blue print” yang berkaitan dengan peraturan-peraturan sekolah. Pihak sekolah memandang serius terhadap keteraturan dan ketertiban serta ketinggian budi pekerti sebagai sebahagian daripada keperluan kemenjadian muriddi sekolah ini. Sebagai langkah proaktif, pihak sekolah telah menyediakan ,menyebarkan serta mewajibkan setiap murid memiliki buku peraturan ini untuk difahami dan dipatuhi . Ibu bapa diharapkan dapat meneliti dan memastikan anak / jagaan mereka mematuhinya setiapmasademi kemaslahatan bersama. Saya berharap dengan adanya buku peraturan ini, disiplin murid dapat dibentuk dengan lebih komprehensif serta hasrat sifar masalah disiplin murid dijayakan. Saya yakin dan percaya pencapaian murid di sekolah ini akan melonjak dengan tinggi jika mereka dapat menjalani kehidupan persekolahan di ekosistem planetKodiang inidengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab. #ask2WIN SKK Sentiasa Kebanggaan Kami Sekian, terima kasih. “MURIDBERDISIPLIN MURIDCEMERLANG, MURIDCEMERLANG SEKOLAH GEMILANG” Azrul Bin Abd. Khatib Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kodiang III
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 5 ask2WIN AKUJANJI MURID SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG NAMA MURID : ___________________________________________________________________ Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku bahawa saya bersetuju akan mematuhi segala peraturan sekolah selama saya belajar di sekolah ini. Sekiranya saya melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan, saya sanggup dan bersedia menerima sebarang bentuk hukuman yang berkaitan setimpal dengan kesalahan yang telah saya lakukan. Persetujuan ini dibuat atas kesedaran dan kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan atau paksaan mana-mana pihak. Tandatangan murid ________________________________________________________ (Nama : ) Tarikh : PENGAKUAN PENJAGA Saya________________________________________________________________________penjaga / ibubapa kepada ___________________________________________ mengakui telah membaca buku peraturan murid ini dan bersetuju menasihati anak/anak jagaan saya supaya mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung dalam buku peraturan murid ini. Saya memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengendali dan menyelesaikan kes disiplin yang melibatkan anak/jagaan saya. Tandatangan : ......................................................................... Nama :_____________________________________________ No K/P : ___________________________________________ Tarikh : ____________________________________________ No Tel : ____________________________________________ IV
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 6 ask2WIN LAGU SEKOLAH SKKODIANG “Pengetahuan Suluh Kemajuan” Di sinilah bermulanya Usaha dan perjuangan Mencari ilmu untuk berjasa Pada nusa dan bangsa Kejayaan kemajuan itulah hasrat kita Kuatkan azam rajin berusaha Moga kita berjaya Pengetahuan suluh kemajuan (Chorus) Cogan kata untuk semua Sama ikuti berganding bahu Tercapailah cita-cita Di sinilah bermulanya Usaha dan perjuangan Kuatkan azam rajin berusaha Moga kita berjaya IKRAR MURID Bahawasanya, Maka kami murid-murid di sekolah ini Dan sebagai rakyat Malaysia berikrar Akan belajar bersungguh-sungguh Serta berusaha dan akan menumpukan seluruh tenaga kami Untuk mencapai cita-cita Rukun Negara Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan V
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 7 ask2WIN VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara HASHTAG SEKOLAH #ask2WIN SLOGAN SEKOLAH “SKK Sentiasa Kebanggaan Kami” VI
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 8 ask2WIN PENGENALAN PERATURAN SEKOLAH 1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek, emosi, jasmani, dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan berakhlak mulia, berketerampilan serta bertanggungjawab. 2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut semua murid perlu mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan individu muridyang berdisiplin tinggi sertabersahsiah terpuji. 3. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan ketenteraman dan keselesaan murid dalam prosespengajaran dan pembelajaran di sekolah. 4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah yang selaras dengan peraturan dan disiplin murid sekolah-sekolah rendah di Malaysia. 5. Semua murid dan ibu bapa hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru- guru dan kakitangan sekolah untuk memastikan keteraturan dan kelancaran sistem serta menjaga namabaik sekolah. 6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan makluman kepada murid- murid, ibu bapa/penjaga, guru-guru serta kakitangan sekolah.
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 9 ask2WIN 1. WAKTU PERSEKOLAHAN Tahap 1 1.1 Hari persekolahan adalah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang @ 2.00petang. Tahap 2 1.2 Hari persekolahan adalah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang kecuali pada hari Ahad dan Khamis, persekolahan berakhirpada jam2.00petang. 1.4 Hari Rabu, aktiviti kokurikulum bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang. (hanya melibatkan murid Tahap Dua sahaja) 2. HARI PERHIMPUNAN 2.1 Perhimpunan sekolah adalah aktiviti wajib yang diadakan pada setiap hari Ahad bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 8.30 pagi ditapak perhimpunan sekolah / dewan terbuka sekolah. 2.2 Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan. Sekiranya cuaca hujan atau sebab-sebab lain, pihak sekolah akan memaklumkan samada perhimpunan tersebut dibatalkan atau diteruskan (dengan perubahan tempat)
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 10 ask2WIN 2.3 Perbarisan di dalam perhimpunan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. 2.4 Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan murid mengikut arahan gurudisiplin. 2.5 Pehimpunan akan dimulakan dengan lagu Negaraku dan diikuti dengan lagu sekolah “ Pengetahuan Suluh Kemajuan” bacaan doa, lafaz ikrar “Rukun Negara”,ucapan guru bertugas,ucapan pihak pentadbir sekolah dan diakhiri dengan lagu “ALLAH SELAMAT SULTAN” dan lagu “Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang” 2.6 Semua murid mestilah senyap dan memberi tumpuan serta perhatianketika gurumemberiucapan atau pengumuman. 2.7 Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan serta Lagu Sekolah 2.8 Semua murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan Lagu Sekolah dinyanyikan. 3. PAKAIAN SERAGAM 3.1 Pakaian Murid Lelaki 3.1.1 Baju kemeja putih berlengan pendek, seluar panjang berwarna biru tua, berkasut serta bersarung kaki berwarna hitam, lencana sekolah, tag nama,
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 11 ask2WIN talipinggang hitam/biru tua serta tali leher rasmi sekolah. 3.1.2 Murid lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian lapis dalam kecuali singletberwarnaputih. 3.1.3 Murid lelaki tidak dibenarkan memakai seluar ketat, berkaki besar, tali pinggang besar,rantai tangan dan rantai leher. 3.2 Pakaian Murid Perempuan 3.2.1 Murid-murid beragama Islam dikehendaki memakai baju kurung putih bersarung biru tua, berkerudung tiga segi berwarna putih, anak tudung warna putih,berkasut dan bersarung kaki berwarna putih serta lencana sekolah dan tag nama murid (dilekatkan pada kain kerudung) 3.2.2 Baju Pinafore berwarna biru tua dan labuh hingga ke paras lutut dan baju kemeja putihberlengan pendek, berkasut dan bersarung kaki berwarna putih dibenarkan bagi murid bukan Islam. 3.3 Pakaian Murid (berjawatan khas) 3.3.1 Pengawas Sekolah hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang berwarna biru(lelaki) atau baju kurung berwarna biru (perempuan),Vest pengawas berwarna hitam,bertali leher berwarna biru gelap (lelaki), berkasut serta bersarung kaki berwarna hitam. 3.3.2 Pengawas PSS hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang berwarna ungu muda(lelaki) atau
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 12 ask2WIN baju kurung berwarna ungu muda (perempuan),Vest pengawas berwarna maroon gelap,bertali leher yang berwarna maroon gelap (lelaki), berkasut serta bersarung kaki berwarna hitam. 3.3.3 Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dikehendaki mengenakan pakaian seperti murid biasa tetapi mestilah disertakan tag jawatan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas serta bertali leher sekolah. 4. PAKAIAN LAIN/KHAS 4.1 Ketika menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani atau kesihatan/ bersukan/ menjalankan aktiviti kokurikulum dan akitiviti luar bilik darjah murid-murid hendaklah memakai T-shirt sekolah,track suit hitam atau biru gelap serta berkasut sukan danbersarung kaki berwarna hitam. 4.2 Murid-murid dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata serta berwarna-warni semasa berada di kawasan sekolah. 4.3 Pakaian/barang -barang seperti di bawah dilarang kepada murid-murid memakainya: i. Mini skirt ii. Jeans iii. Baju yang tidak berlengan iv. Semua jenis kasut bertumit tinggi dan selipar v. Semua jenis barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan subang. vi. Pewarna kuku
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 13 ask2WIN 5. TATATERTIB MURID SEMASA BELAJAR DAN REHAT 5.1 SEMASA BELAJAR 5.1.1 Semua murid mestilah senyap, berdisiplin dan bersedia untuk belajar serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusifpada setiap masa. 5.1.2 Murid-murid tidak dibenarkan keluar masuk kelas sama ada semasa guru mengajar atau semasa ketiadaan guru. 5.1.3 Murid-murid hanya dibenarkan keluar daripada kelas (samada ke tandas atau sebarang tujuan lain) dengan memakai KAD PAS KEBENARAN KELUAR KELAS dengan kebenaran guru atau ketua kelas (jika tiada guru). 5.1.4 Sepanjang masa belajar, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Bertugas/ Guru Kelas. 5.1.5 Ibu bapa yang ingin membawa anak pulang atau ke rumah sakit hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Kelas dan menandatangani Buku Murid Pulang Awal yang disediakan di Pejabat sekolah. 5.1.6 Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana sakit atau sebab-sebab lain yang munasabah hendaklah memberi makluman kepada pihak sekolah/ Guru Kelas dengan melampirkan Surat Cuti Sakit dari doktor atau surat rasmi dari ibu bapa. 5.1.7 Murid-murid hendaklah menunjukkan sikap yang positif dalam semua aktivitipembelajaran mereka. 5.1.8 Murid-murid yang berpindah ke bilik lain mestilah beratur dan bergerak cepat danberdisiplin.
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 14 ask2WIN 5.1.9 Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas. ( minum dibenarkan dengan syarat mendapat kebenaran guru kelas ). 5.2 SEMASA REHAT 5.2.1 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali diarah oleh guru untuk mengemas dan membersihkan kelas. 5.2.2 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah semasa sesi persekolahan walaupun pada waktu rehat. 5.2.3 Semua murid hendaklah membeli makanan dan minuman serta makan di kantin atau di luar kelas. 5.2.4 Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut-rebut semasa membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. 5.2.5 Semua murid hendaklah membuang sampah ( pembungkus makanan dan minuman ) ke dalam tong sampah yang disediakan di sekitar sekolah. 6. TATATERTIB MURID DI DALAM DAN DI LUAR BILIK DARJAH 6.1 Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati guru-guru dan semua kakitangan sekolah dengan mengucapkan salam “Assalamualaikum atau Selamat Pagi/Selamat Tengah Hari/ Selamat Petang/ Salam Sejahtera” dan juga dengan sesama murid. 6.2 Murid-murid hendaklah berdiri dan memberi hormat kepada semua guru yang keluar dan masukke kelas termasuklah
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 15 ask2WIN sewaktu Guru Besar, Guru Penolong Kanan serta pelawat yang datang dan masuk ke kelas. 6.3 Kebersihan serta ketenteraman kelas adalah tanggungjawab murid-murid yang ada di dalam kelas tersebut dengan pengawasan Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dengan bimbingan danpengawasan Guru Kelas dan guru pusingan. 6.4 Semua murid bertanggungjawab atas segala perkakas/perabot dan lain-lain peralatan yang ada di dalam kelas masing-masing seperti papan tulis, almari, alat tulis,penyapu, tong sampah, penyeduk sampah, meja guru, kerusi guru, meja murid, kerusi murid dansebagainya. 6.5 Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas bertanggungjawab megingatkan guru jika terlewat masuk ke dalam kelas. 6.6 Murid-murid dilarang keras melakukan perkaraperkara berikut : 6.6.1 Menulis di papan tulis kecuali mendapat arahan guru 6.6.2 Mengunakan meja dan kerusi guru. 6.6.3 Meninggalkan buku di atas meja/laci selepas waktu belajar. 6.6.4 Membuang sampah, kayu, batu atau benda-benda lain di dalam kelas dan juga tandas. 6.6.5 Membuang tuala wanita di dalam tandas. Tuala wanita hendaklah dibungkus dengan kemas dan dibuang ke dalam tong sampah. 6.6.6 Membazir air di luar dan di dalam tandas. 6.6.7 Berbuat bising, bermain, berlari dan bergaduh di dalam kelas. 6.6.8 Membuang sampah merata-rata tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong / bakul sampah yang disediakan. 6.6.9 Menconteng dinding sekolah, meja murid, papan kenyataan, tandas sekolah dan seluruhbangunan sekolah serta harta benda sekolah.
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 16 ask2WIN 6.6.10 Murid-murid dilarang keras menconteng dan mengoyakkan buku teks yang dipinjam kepada murid. Jika hilang atau rosak hendaklah diganti. Buku Teks hendaklah sentiasa dijaga kebersihan dan keselamatannyadengan membalutnya dengan kemas. 6.6.11 Telefon awam hendaklah dijaga dengan baik dan hanya boleh digunakan sewaktu rehat, sebelum sesi persekolahan bermula atau selepas sesi persekolahan berakhir kecuali pada waktukecemasan. 6.6.12 Semasa menggunakan Makmal Sains, Makmal Komputer, Surau, Pusat Sumber,dan lain-lain bilik khas murid-murid hendaklah berdisiplin dan sentiasa mematuhiperaturan yang ditetapkan dalam bilik tersebut. 6.6.13 Kerja rumah atau kerja sekolah yang diarah oleh guru hendaklah disiapkan di rumah. Bantahan dan keingkaran terhadap perkara ini adalah merugikan diri sendiri. 7. KEGIATAN KOKURIKULUM 7.1 Kegiatan Ko-Kurikulum adalah aktiviti yang dijalankan di luar daripada masa belajar. Berikut adalah aktiviti ko-kurikulum: 7.1.1 Unit Beruniform 7.1.2 Persatuan/Kelab Akademik 7.1.3 Sukan dan Permainan/1M1S 7.2 Murid-murid wajib hadir pada setiap perjumpaan kokurikulum pada hari dan masa yang ditetapkan olehpihak sekolah termasuklah mesyuarat dan latihan yang diadakan. 7.3 Murid-murid hendaklah berdisiplin dan memakai pakaian yang sesuai mengikut kegiatan padahari itu seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan ko-kurikulum dengan menandatangani Buku Rekod Kokurikulum Murid.
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 17 ask2WIN 7.4 Pihak sekolah akan sentiasa berusaha mengambil langkah yang perlu bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah terhadap murid semasa mengikuti aktiviti yang dijalankan.Jika berlaku insiden yang tidakdisengajakan ke atas murid maka pihak ibu bapa/penjaga tidak boleh mengambil sebarang tindakan ke ataspihak sekolah tetapi seharusnya bekerjasama untuk mengatasinya. 8. KESELAMATAN 8.1 Kecemasan adalah terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1978. Sesiapa sahaja dikehendaki membunyikan loceng kebakaran sama ada guru atau kakitangan bukan mengajar hendaklah tanpa ragu-ragu mem bunyikan isyarat ‘ Fire Alarm´ setelah melihat tanda-tanda kebakaran. 8.2 Semua murid, guru dan kakitangan sekolah hendaklah mengosongkan bangunan dengan serta-merta. i. Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid hendaklah berdiri di sisi meja sementara menunggu arahan guru. ii. Murid-murid daripada setiap kelas mestilah membuat satu barisan kemudian meninggalkan kelas mengikut jalan/laluanyang ditentukan. iii. Murid-murid hendaklah bergerak dengan senyap, terburu-buru atau berlari dan tanpa memotong barisan sehingga sampai ke tempat yang ditentukan. 8.3 Tempat berkumpul hendaklah di tempat yang selamat, sebaiknya di tempat yang lapang sepertipadang.
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 18 ask2WIN 9. KESELAMATAN JALAN RAYA. 9.1 Semua murid mestilah mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan menjaga keselamatan diri. 9.2 Murid-murid yang hendak melintas jalan raya hendaklah : i. Mencari tempat yang selamat untuk melintas. ii. Tunggu terlebih dahuludi tepi jalan iii. Pandang ke kiri jalan, ke kanan dan ke kiri semula dan apabila tiada kenderaan melintaslah dengan pantas tetapi jangan berlari. 9.3 Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berjalan di sebelah kanan jalan raya menghadap kenderaan yang datang dari hadapan. 9.4 Murid-murid yang menggunakan basikal hendaklah menunggang dalam ekoran atau barisan. 9.5 Murid-murid hendaklah beratur jika menaiki bas atau turun dari bas sesudah berhenti. 9.6 Jika berlaku kemalangan/kecederaan dalam kawasan sekolah hendaklah segera dilaporkan kepada Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Guru Kelas/Guru Bertugas. 9.7 Semua kenderaan ibu bapa/penjaga atau bas yang menghantar dan mengambil murid-murid hendaklahberhenti, menurunkan atau mengambil muridmurid di tempat yang selamat.( di luar pagar sekolah) 10. RAWATAN DAN CUTI SAKIT 10.1 Murid-murid hendaklah dihantar ke hospital/klinik sekiranya memerlukan rawatan atau dibawa pulang ke rumah oleh ibu bapa. 10.2 Murid-murid yang hendak ke hospital / klinik dengan ditemani oleh ibu bapa / penjaga mestilah mendapat
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 19 ask2WIN kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan dengan membawa bersama surat rawatan dari sekolah untuk ke hospital. 10.3 Surat cuti sakit tidak sah melainkan surat yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 10.4 Penyataan ketidakhadiran selain sakit hendaklah disertakan surat sebab ketidakhadiran dalam format Surat Kiriman Rasmi kepada guru kelas. 11. KAWASAN LARANGAN 11.1 Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali mendapat kebenaran. 11.2 Bilik Makmal Sains kecuali waktu belajar. 11.3 Makmal Komputer kecuali ada guru yang bertugas 11.4 Bilik Rawatan (jika ada) kecuali sakit dan dengan kebenaran guru. 11.5 Stor-stor kecuali dengan kebenaran. 11.6 Pusat Sumber kecuali ada guru atau dengan kebenaran. 11.7 Kantin sekolah semasa sesi pembelajaran. (melainkan atas keperluan pembelajaran serta diiringi guru) 11.8 Pusat Kegiatan Guru. 11.9 Rumah pam. 12. PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI DANKESIHATAN 12.1 Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik. 12.2 Murid-murid tidak dibenarkan mengambil sendiri peralatan sukan tanpa kebenaran atau diawasioleh guru. 12.3 Alatan yang dipulangkan hendaklah disusun dengan teratur dan kemas.
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 20 ask2WIN 12.4 Setiap pengeluaran dan pengembalian peralatan sukan hendaklah dicatat di Buku Rekod yang telah disediakan. 12.5 Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan jasmani. 13. PERATURAN AM 13.1 Murid-murid dilarang keras menghisap rokok dan menggunakan/menyalahgunakan apa-apa jenis dadah. Tindakan tegas akan diambil terhadap murid-murid yang didapati melakukannya. 13.2 Murid-murid dilarang keras bermain apa-apa sahaja bentuk judi di dalam dan diluar sekolah. 13.3 Murid-murid dilarang keras meminum apa sahaja jenis minuman keras yang memabukkan. 13.4 Murid-murid tidak dibenarkan membawa radio kaset atau walkman ke sekolah. 13.5 Murid-murid tidak dibenarkan membawa semua jenis peralatan muzik seperti VCD, Play Station atau telefon bimbit / smart phoneke sekolah. 13.6 Murid-murid dilarang bermain dengan alatan elektrik atau sebarang peralatan yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kemalangan. 13.7 Murid-murid adalah dilarang keras menconteng atau mengoyakkan apa sahaja yang terdapat dipapan kenyataan kelas atau sekolah. 13.8 Semua murid hendaklah memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai butir-butir diri dan ibu bapa/penjaga kepada pihak sekolah untuk tujuan kegunaan rasmi, perhubungan dankebajikan. 13.9 Murid-murid hendaklah memaklumkan kepada guru kelas/pihak sekolah sekiranya adaperubahan/pindaan maklumat berkaitan murid.
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 21 ask2WIN 13.10 Jika berlaku kecurian atau kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada GuruBesar/Guru Penolong Kanan/Guru Bertugas/Guru Kelas dengan segera. 14. PELAWAT 14.1 Ibu bapa/penjaga yang ingin berjumpa dengan murid semasa sesi persekolahan perlulah mendapat kebenaran daripada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan. 14.2 Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan terus berjumpa dengan murid di kelas masing-masing. Perjumpaan dan perbualan hendaklah dilakukan di kawasan Pejabat Sekolah/Pejabat Guru Besar. 14.3 Pelawat-pelawat/orang awam yang bukan dari kalangan ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan sama sekali menemui muridmurid sepanjang sesi persekolahan berjalan kecuali mendapat kebenaranbertulis daripada Guru Besar/Guru Penolong Kanan. 15. PERINGATAN PENTING 15.1 Semua murid dikehendaki membaca ,mengingati dan mematuhi semua peraturan/undang-undang dalam Buku Peraturan ini. 15.2 Pihak sekolah/Lembaga Disiplin sekolah tidak akan menerima sebarang alasan bahawa murid-murid tidakmengetahui mana-mana peraturan/undang-undang sekolah setelah Buku Peraturan ini digubal dan disebarkan ataudimiliki oleh setiap murid. 15.3 Murid-murid yang melanggar mana-mana peraturan sekolah,serta telah sabit kesalahan akan dikenakan tindakan/hukuman setimpal mengikut :
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 22 ask2WIN i. Jenis dan Kategori kesalahan ii. Pelaku dan kekerapan melakukan kesalahan. 15.4 Murid-murid yang sengaja melanggar dan tidak mahu menyesuaikan diri dengan peraturan sekolah ini boleh digantung atau dikeluarkan dari sekolah ini. 15.5 Pihak sekolah dan Lembaga Disiplin Sekolah mengambil berat mengenai sebarang kesalahan yang dilakukan oleh murid walaupun kecil, kerana jika tidak dikawal boleh menimbulkanpelbagai masalah dan kesulitan kepada rakanrakan murid, guru-guru, pihak sekolah dan juga ibu bapa/penjaga. 15.6 Peraturan-peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan ini adalah tertakluk kepadaperubahan atau pindaan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, jabatan pendidikan atau pihak sekolah dari semasa ke semasa. Pihak sekolah/Lembaga Disiplin Sekolah berhak dan boleh meminda,menambah atau menghapuskan mana-mana bahagian atau peraturan dalam Buku Peraturan inijika difikirkan perlu.
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 23 ask2WIN 16. SENARAI KESALAHAN SALAHLAKU DAN TINDAKAN 16.1 Kesalahan Berat 161.1 Tingkah lakuJenayah a. Berjudi b. Mencuri c. Melawan atau mengancam, memukul atau mencederakan guru. d. Memukul atau mengancam/memukul/mencederakan pengawas e. Membuli dan memeras ugut f. Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap g. Mengedar dan menyalahgunakan dadah. h. Membawa senjata/benda tajam atau merbahaya i. Mencabul kehormatan j. Mengancam/memukul atau mencederakan murid lain k. Menceroboh bilik khas atau Pejabat Guru Besar. l. Menunjuk perasaan atau berpekik. 16.1.2 Tingkah lakuLucah a. Bercumbu-cumbuan b. Berkhalwat c. Membawa bahan-bahan lucah d. Mengintai murid-murid perempuan e. Menggunakan perkataan dan melakukan perbuatan lucah f. Melukis dan menulis kata-kata atau gambargambar lucah
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 24 ask2WIN 16.1.3 Tingkah laku Biadab dan Kurang Sopan a. Berkelakuan kasar terhadap guru, pengawas dan murid lain b. Berbahasa kesat c. Menyimpan atau menghisap rokok d. Meminum arak e. Mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran f. Tidak menghormati guru atau pengawas g. Tidak menghormati Lagu Kebangsaan dan Negeri. 16.1.4 Tingkah lakuMusnah a. Merosakkan harta benda sekolah b. Merosakkan harta benda Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah c. Merosakkan harta benda murid lain d. Merosakkan harta benda kantin atau kedai sekolah 16.1.5 Tingkah lakuTidak Jujur atau Menipu a. Menipu yang melibatkan wang b. Menipu yang melibatkan kepercayaan c. Mengambil tindakan tanpa melalui pentadbiran sekolah d. Mengulangi kesalahan yang sama melebihi dua kali atau setelah nasihat dan amaran yang diberikan.
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 25 ask2WIN 16.2 KESALAHAN KECIL ATAU RINGAN 16.2.1 Kekemasan Diri. a. Berambut panjang atau fesyen yang keterlaluan yang bertentangan dengan peraturan sekolah. b. Berkuku panjang c. Bermisai atau berjanggut d. Memakai pakaian yang tidak sopan dan selain dari pakaian seragam sekolah e. Memakai barangperhiasan atau make-upyang dilarang 16.2.2 Tingkah lakuTidak Mementingkan Masa a. Datang lewat ke sekolah b. Lewat ke perhimpunan c. Berkeliaran di kawasan sekolah semasa belajar d. Makan atau membeli makanan di kantin di luar waktu rehat e. Tidak membuat kerja sekolah/kerja rumah dan latihan yang diberikan oleh guru f. Tidak menjalankan tugas membersihkan kelas sebelum waktu pembelajaran bermula g. Tidak berada di dalam kelas atau bilik-bilik lain semasa pengajaran sedang dijalankan. 16.2.3 Ponteng a. Ponteng kelas b. Ponteng sekolah c. Ponteng perhimpunan d. Ponteng kokurikulum e. Ponteng ujian dan peperiksaan
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 26 ask2WIN 17. TINDAKANLEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH 17.1 Tindakan bagi kesalahan berat yang dilakukan oleh murid setelah peringatan diberikan, Pihak Lembaga Disiplin sekolah boleh mengambil beberapa tindakan yang setimpal dengan kesalahan disiplin yang dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihakKementerian Pendidikan Malaysia termasuklah: 17.1.1 Setelah disiasat dan murid tersebut didapati bersalah maka pihak sekolah akanmemaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pendidikan Negeri , Daerah, Pihak Polis dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk tindakan lanjut. 17.1.2 Menggantung tanpa tarikh (untuk tujuan pembuangan) persekolahan murid (jika diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah) dan menghantar laporan bertulis kepada Jawatankuasa Disiplin Murid di peringkat Jabatan PendidikanNegeri. 17.1.3 Mengenakan tindakan penggantungan (bertarikh) persekolahan sehingga maksima dua minggu. Ibu bapa/penjaga murid akan dimaklumkan dan dikehendaki melengkapkan suratperjanjian atau menandatangani surat pengakuan mengenai kesalahan disiplin murid yang terbabit. 17.1.4 Hukuman rotan (maksimum 3 kali) oleh Guru Besar atau guru yang diberi kuasa berbuat demikian yang merupakan amaran terakhir kepada murid berkenaan. Ibu bapa/penjaga dan murid juga dikehendaki melengkapkan surat perjanjian atau menandatangani suratpengakuan.
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 27 ask2WIN 17.1.5 Murid dihukum “buang sekolah” berdasarkan kesalahan yang dilakukan; iaitu setelah keputusan dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah dan dimaklumkan kepada JabatanPendidikan Negeri. 17.2 Kesalahan Ringan/Kecil (tidak diulang atau tidak melebihi dua kali) yang dilakukan oleh murid, pihak Lembaga Disiplin Sekolah boleh mengenakan beberapa tindakan ke atas murid termasuklah: 17.2.1 Memberi nasihat (khidmat kaunseling) dan amaran kepada murid-murid yang terlibat (amaran pertama, keduadan ketiga) 17.2.2 Memaklumkan dan meminta kerjasama daripada ibu bapa/penjaga melalui surat-menyurat mengenai salahlaku murid dan amaran pertama,kedua, ketiga atau terakhir. 17.2.3 Mengenakan denda kepada murid yang terlibat, iaitu menulis ayat yang berupapengajaran dan ingatan berulangkali mengikut arahan yang diberi. 17.2.4 Mengenakan denda kepada murid yang terlibat, iaitu denda yang memberi pengajaran seperti mengutip sampah di kawasan kelas/sekolah, mencuci tandas atau denda-denda lain yang sesuai, tidak menyakitkan atau bersifat mendera. 17.2.5 Merampas barangan yang menyalahi peraturan sekolah seperti tali pinggang, kasut, barang kemas, alat solek, alat-alat permainan dan lain-lain. Ibu bapa/penjaga boleh menuntut barang-barang yang dirampas dari pihak sekolah setelah memberi jaminan kesalahan tersebut tidak akan berulang lagi.
BUKU PERATURAN Sekolah Kebangsaan Kodiang 28 ask2WIN