The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR MAZIDA BINTI YUSOF KPM-Guru, 2024-05-02 23:15:44

PAMPLET PELANCARAN PPDA 2024

5 MEI 2024

MAJLIS PERASMIAN Ikrar Anti Dadah “Lebih baik cegah, sekolahku sejahtera” Bahawasanya kami Rakyat Malaysia berikrar, Untuk menjauhkan diri daripada dadah pada setiap masa dengan: Memenuhi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berguna dan berfungsi kepada masyarakat Menjadi rakyat berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan cara hidup yang sihat dan cergas Menyediakan diri untuk mengisi keperluan wawasan dan Membantu segala usaha bagi membebaskan Negara Malaysia dari ancaman dadah Lagu Anti Dadah Dadah durjana Kau penghancur bangsa Kau musuh rakyat Kini kami teguh Kini kami kuat Dadah kami tempuh Hancur dadah jaya rakyat Kami anti dadah Kami benci padamu Sekutu kita perangi dadah Mulia bangsa tanpamu Mari semua, mari saudara Jangan habiskan usia muda Semangat bangsa bergelora Tanpa dadah kita berjasa PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2024 0.5.05.2024|Ahad| 7.30 pagi DATARAN ASPIRASI, SMKBUU “Lebih Baik Cegah” Dirasmikan oleh: PUAN SUHAILA BINTI ABDULLAH PENGETUA SMK BANDAR UDA UTAMA


Majlis Pelancaran Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini masih berdepan dengan ancaman gejala dadah. Selain itu, menerusi aktivitiaktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Tentatif Program Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan kesihatan serta membahayakan keselamatan dan nyawa. Untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat tentang bahaya dadah. Menggunakan aktiviti kesenian sebagai medium untuk menggalakkan penyertaan murid dalam proses pembelajaran pendidikan pencegahan dadah. Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan murid ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina . Pengenalan KETIBAAN PENTADBIR DAN GURU 7.20 PAGI Objektif Program 7.30 PAGI BACAAN DOA 7.45 PAGI NYANYIAN 3 BUAH LAGU 7.50 PAGI IKRAR RUKUN NEGARA & IKRAR MURID 7.55 PAGI PERUTUSAN KETUA PENGARAH AADK OLEH GPK HEM SMKBUU 8.10 PAGI UCAPAN PENGETUA & GIMIK PERASMIAN 8.20 PAGI IKRAR ANTI DADAH 8.25 PAGI NYANYIAN LAGU ANTI DADAH 8.30 PAGI SESI FOTOGRAFI 8.35 PAGI BERSURAI


Click to View FlipBook Version