The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK TAMAN CONNAUGHT-CM2 KPM-SK-Upacara, 2023-08-01 02:44:19

Buletin Kokurikulum (Edisi 2)

Buletin Kokurikulum SMKTC

Keywords: Buletin Kokurikulum

SMK TAMAN CONNAUGHT AKTIVITI 1.PELANCARAN PROGRAM HIP 2. KUALA LUMPUR WUSHU CHAMPIONSHIP2023 3. RIMUP RAYA 4.PROGRAM "KRU AFTER CLASS" 5. MASTECLASS MUSIC 6. KEJOHANAN PINGPONG MSSD PUDU EDISI2 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam Malaysia Madani! Pelbagai acara dan program kokurikulum yang telah berlangsung di dalam dan di luar sekolah dimuatkan dalam edisi kali ini. Edisi kali ini memaparkan penghargaan dan kejayaan yang diperoleh warga SMKTC. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah berusaha dan bekerjasama dalam meningkatkan prestasi kokurikulum SMKTC. Usaha ini sekali gus dapat meningkatkan pencapaian murid SMKTC dalam bidang kokurikulum.


Kollektif PELANCARAN PROGRAM HIP 2023 Program HIP Peringkat SMK Taman Connaught adalah anjuran Unit Kokurikulum dengan kerjasama Persatuan Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Inggeris dan Pusat Sumber Sekolah. Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Mei hingga November 2023. Antara program yang akan dijalankan ialah Program Speaker's Corner dan Program A Word A Day. Program Speaker's Corner dipertandingkan antara kelab dan persatuan manakala program A Word A Day dilaksanakan antara kelas tingkatan Peralihan hingga tingkatan 4.


KUALA LUMPUR WUSHU CHAMPIONSHIP 2023 CCoonnnnaauugghhttiioonnss HHeebbaatt BBeerrssaammaa Pertandingan Kuala Lumpur Wushu Championship 2023 yang berlangsung di Stadium Chinwoo Kuala lumpur pada 13-14 Mei 2023 telah mencatatkan banyak pingat yang dibawa pulang oleh kontinjen sekolah. Antaranya ialah 5 pingat emas, 2 pingat perak, 5 pingat gangsa. Pelajar SMK Taman Connaught juga merangkul tempat kelapan sehingga johan bagi acara tradisional Quan 传 统拳术, Tradisional Long Weapon 传 统 ⻓ 器 械 , Chuji ChangQuan (SanDuan) 初 级 ⻓ 拳 ( 三 段 ) , Tradisional Short Weapon 传 统 短 器 械, Push Hands 推⼿, Sanda 散打,


RIMUP RAYA 2023 RIMUP RAYA mengeratkan perpaduan warga SMKTC. Program ini telah menyaksikan keakraban murid, guru, ibu bapa dan warga SMKTC keseluruhannya tanpa mengira bangsa meraikan Sambutan Hari Raya dengan suasana yang sungguh meriah dan berwarna-warni. Program ini berjaya menyuburkan semangat kerjasama antara kaum dalam warga SMKTC utamanya sebagai pemangkin kepada perpaduan nasional. Program ini merupakan salah satu program yang sering dinanti-nantikan oleh semua murid SMKTC. CCoonnnnaauugghhttiiaannss HHeebbaatt BBeerrssaammaa


PROGRAM KRU AFTER CLASS KRU AfterClass merupakan program latihan kemahiran asas secara maya selama 2 jam bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital berteraskan kreativiti dalam kalangan murid. Murid yang menyertai program ini akan didedahkan dengan ilmu keusahawanan menerusi platform media sosial, asas penghasilan video yang menarik, asas penjenamaan diri dan pemahaman berkaitan pemasaran digital. 2023 KRU AfterClass Social Commerce CCoonnnnaauugghhttiiaannss HHeebbaatt BBeerrssaammaa


MASTERCLASS MUSIC (USCI) 2023 CCoonnnnaauugghhttiiaannss HHeebbaatt BBeerrssaammaa Pada 26 Jun, seramai 6 orang pelajar SMK Taman Connaught terpilih untuk menonton dan mempelajari seni muzik di USCI. Masterclass Music ini juga dipantau dan diajar oleh Prof Sung Min Park yang terkenal dan handal dalam bidang muzik. Pelajar yang dipilih menyaksikan sebuah persembahan khas orkestra dan nyanyian serta mendapat pendedahan terhadap kemahiran dalam penggunaan setiap jenis instrumen yang dimainkan.


CCoonnnnaauugghhttiiaannss HHeebbaatt BBeerrssaammaa B18 KEJOHANANBOLA TAMPAR MSSDPUDU2023 Kejohanan Bola Tampar ini, merupakan kejohanan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh murid-murid SMKTC. Setiap tahun pasti sekolah kita akan membawa pulang pingat, tidak terkecuali pada tahun ini. Tahun ini kejohanan Bola Tampar telah diadakan di TUR UMT, pada 19-23 Jun 2023. Sekolah kita telah memenangi Naib Johan Bola Tampar Kategori Perempuan. Atlet dari sekolah kita juga telah terpilih sebagai Most Valuable Player (MVP). Atlet tersebut ialah Caprina Tang Wy Tung dari 3 Topaz. Selain itu, jurulatih sekolah kita Cik Tor Sock Wei juga telah terpilih sebagai Best Coaches.


Click to View FlipBook Version