TAHAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH NIK MOHAMAD ANIQ BIN NIK AHMAD PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Ambilan Jun 2021) Dr. Ismail Bin Husin INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU 2024
i KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i iv v vi vii BAB 1: PENDAHULULAN 1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.3.1 Objektif Kajian 1.3.2 Soalan Kajian 1.3.3 Hipotesis Kajian 1.4 Skop dan Batasan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Rumusan 1 3 4 5 5 6 6 7 8 11
ii BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 2.2 Teori Kajian 2.3 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.4 Kerangka Konseptual 2.5 Rumusan 12 12 15 17 18 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Kesahan 3.4.2 Kebolehpercayaan 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 19 19 20 21 21 21 20 23 24 24 RUJUKAN LAMPIRAN 25 29
iii SENARAI JADUAL Jadual Nama Jadual Muka Surat 3.1 Jadual Interprestasi Skor Alpha Cronbach 23
iv SENARAI RAJAH Jadual Nama Jadual Muka Surat 2.1 Kerangka Konseptual 19
v SENARAI LAMPIRAN Lampiran Nama Jadual Muka Surat A Surat Permohonan Menjalankan Penyelidikan 34 B Carta Gantt 35 C Nilai Cronbach’s Alpha 36 D Instrumen Soal Selidik 37 E Jadual Penentuan Sample Krejcie & Morgan (Chua, 2011) 38 F Borang Salah Laku 39
vi SENARAI SINGKATAN Singkatan Penerangan DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran EMK Elemen Merentas Kurikulum BBM Bahan Bantu Mengajar FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KPM Kementerian Pendidikan Malaysia PdP Pengajaran dan Pembelajaran SPSS Statistical Package for Social Sciences
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru perlu memberi penekanan pada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). Meskipun bahan bantu mengajar berperanan sebagai sumber utama untuk mengajar, beberapa (BBM) di antaranya juga dianggap sebagai keharusan. Sebagai contoh, pemanfaatan buku teks menjadi suatu kewajiban bagi setiap guru karena di dalamnya terdapat isi kurikulum. Bahan bantu mengajar mencakupi semua bahan atau sumber yang digunakan oleh guru selama proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan dari penggunaan (BBM) adalah untuk mendukung proses (PdP) yang dilakukan guru saat mengajar (Byram, 2004). Secara umum, para penyelidik telah mengkaji pembahagian (BBM). Ismail Zain (2002) membahagikan (BBM) menjadi dua kategori, iaitu menggunakan asas komputer dan bukan berasaskan komputer. Pathak dan Chaudhary (2012) memecahkan ia menjadi tiga bahagian, iaitu bahan audio, visual, dan audio-visual. Sementara itu, pembahagian menjadi empat jenis (BBM) melibatkan audio, visual, audio-visual (Shivkumar, 2012), dan bahan cetakan (Kochhar, 2000). Vanaja dan Rao (2004) menggantikan bahan cetakan dengan bahan aktiviti, dan Siddiqui (2008) menambahkan bahan tiga dimensi sebagai jenis (BBM) tambahan. Ahmad (2009) menyertakan dua kategori lagi, iaitu perisian dan interaksi manusia untuk tiga jenis (BBM) yang telah disebutkan sebelumnya. Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) membahagikan (BBM) menjadi dua bentuk, iaitu (i) sumber semulajadi dan (ii) sumber elektronik. Sumber semulajadi dikelompokkan menjadi dua, iaitu (i) sumber asas dan (ii) sumber tambahan.
2 Menurut Nurul Hazwani dan Abdullah (2010), penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) akan menjadikan pengajaran lebih berkesan. Melalui bahan bantu mengajar guru dapat melahirkan murid-murid yang lebih kreatif dan berfikiran kritis. Demikian itu, sejuah manakah pengamatan guru dalam menggunakan (BBM) sebagai pemudah cara bagi menyampaikan ilmu kepada murid-murid di sekolah. Jika dikaji dalam skop bidang guru Pendidikan Islam di sekolah rendah, masih ramai guru yang kurang menggunakan (BBM) yang terkini terutamnya bahan yang melibatkan sumber teknologi. Soon (2012) mengutarakan pandangan bahawa pengajaran yang konvensional boleh menyebabkan suatu pengajaran menjadi bosan dan menyebabkan murid tidak memahami suatu konsep yang diajar. Kesan daripada situasi ini boleh menyebabkan murid untuk hilang minat dalam mengikuti pembelajaran. Hasilnya juga murid akan lebih cenderung untuk melakukan kerja sendiri tanpa menghiraukan arahan guru ketika sesi pengajaran berlangsung. Secara mudah, guru harus bijak dalam mengatur strategi bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan murid supaya murid memahami konsep atau isi penting yang ingin disampaikan. Hal ini juga kerana keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang memudahkan aktiviti pembelajaran murid didalam kelas (Muhammad Suhaimi dan Mohd. Yusof, 2008). 1.2 PENYATAAN MASALAH Seseorang yang mendapat gelaran guru sudah pasti menguasai pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang luas untuk melayakkan diri menggalas tugas sebagai seorang guru yang mengajar murid sekolah rendah. Dengan penguasaan ilmu dan kemahiran dalam bidang Pendidikan Islam sudah tentu memerlukan guru untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, dalam menjayakan sesuatu penggunaan (BBM) sudah pasti terdapat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan oleh guru Pendidikan Islam dan seharunya mencari solusi untuk menyelesaikan perkara tersebut.
3 Permasalahan yang timbul seperti penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak relevan dan kurang mencukupi menjadikan penyebab berlakunya masalah ini. Demikian itu, kajian ini hendak mengkaji sejauh manakah tahap penggunaan bahan bantu mengajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan serta faktor-faktor yang terlibat ketika ingin menggunakannya didalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif dapat dilihat melalui sejauh mana kebolehan guru-guru dalam menghasilkan (PdP) yang interaktif (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007). 1.3 TUJUAN KAJIAN Penyelidikan ini dijalankan untuk mengidentifikasi faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) oleh guru Pendidikan Islam di sebuah Sekolah Rendah. Kualiti pembelajaran murid sangat bergantung kepada kebijaksanaan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai (Ros Ayu, Siti Noor dan Siti Rahaimah, 2012). 1.3.1 Objektif Kajian Obejktif kajian ini dijalankan adalah untuk: a. Mengenalpasti tahap penggunaan (BBM) oleh guru Pendidikan Islam dalam PdP. b. Mengenalpasti faktor dorongan yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam menggunakan (BBM). c. Mengenalpasti faktor halangan yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam menggunakan (BBM).
4 1.3.2 Persoalan Kajian Soalan kajian yang timbul daripada kajian ini adalah seperti berikut: a. Sejauh manakah penggunaan (BBM) dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah. b. Apakah faktor-faktor yang mendorong guru Pendidikan Islam untuk menggunakan (BBM) semasa pengajaran dan pembelajaran? c. Apakah faktor-faktor yang menghalang guru Pendidikan Islam dari menggunakan (BBM) semasa pengajaran dan pembelajaran? 1.3.3 Hipotesis Kajian I. Hipotesis Nol 1: Tidak terdapat hubungan antara penggunaan (BBM) dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah. II. Hipotesis alternatif 1: Terdapat hubungan antara penggunaan (BBM) dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah. III. Hipotesis Nol 2: Tidak terdapat hubungan antara faktor-faktor yang mendorong guru Pendidikan Islam untuk menggunakan (BBM) semasa pengajaran dan pembelajaran. IV. Hipotesis alternatif 2: Terdapat hubungan antara faktor-faktor yang mendorong guru Pendidikan Islam untuk menggunakan (BBM) semasa pengajaran dan pembelajaran.
5 V. Hipotesis Nol 3: Tidak terdapat hubungan antara faktor-faktor yang menghalang guru Pendidikan Islam dari menggunakan (BBM) semasa pengajaran dan pembelajaran. VI. Hipotesis alternatif 3: Terdapat hubungan antara faktor-faktor yang menghalang guru Pendidikan Islam dari menggunakan (BBM) semasa pengajaran dan pembelajaran. 1.4 BATASAN KAJIAN Kajian ini difokuskan secara khusus kepada Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dengan tujuan untuk menilai tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi subjek Pendidikan Islam. Beberapa batasan telah ditetapkan untuk menyempurnakan kajian ini. Pertama sekali, kajian ini dijalankan di sekolah rendah sekitar daerah Tawau sahaja, dan tidak melibatkan institusi pendidikan di lokasi lain. Pemilihan geografi ini dipilih untuk memberikan gambaran yang lebih khusus dan relevan terhadap situasi Guru Pendidikan Islam di Tawau. Fokus utama kajian ini adalah mengetahui tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Ini termasuk penggunaan bahan bantu mengajar seperti komputer, tablet, telefon pintar dan perisian pembelajaran digital. Aspek lain dalam kurikulum Pendidikan Islam yang tidak langsung berkaitan dengan teknologi tidak akan dicakupkan dalam kajian ini. Responden bagi kajian ini terdiri daripada guru sekolah rendah di Tawau. Kajian ini tidak akan melibatkan pihak lain seperti murid, ibu bapa atau masyarakat setempat, untuk memberikan tumpuan yang lebih khusus kepada pengalaman dan persepsi para murid dan guru.
6 Dengan batasan-batasan ini, diharapkan kajian ini dapat memberikan pemahaman yang menyeluruh dan relevan mengenai penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan Guru Pendidikan Islam di Tawau, Sabah. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian in penting kerana ia dapat meningkatkan pengetahuan ikhtisas pengkaji dan memberi sumbangan kepada profesion perguruan. Kajian ini juga penting kerana hasil dapatan kajian ini dapat membantu dan memberi sumbangan kepada guru, sekolah, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan dalam membangunkan institusi pendidikan di Malaysia. Maklumat yang diperolehi dari hasil kajian ini, boleh membantu khususnya Bahagian Pendidikan Guru dalam merangka program dan kursus yang sesuai untuk para guru Pendidikan Islam bagi meningkatkan prestasi matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah, daerah, dan negeri. Walaupun kajian ini hanya melibatkan beberapa buah sekolah sahaja, namun ia boleh diaplikasikan oleh guru-guru yang mengajar di sekolah lain tentang penggunaan bahan bantu mengajar bagi subjek Pendidikan Islam dan dengan ini diharapkan ia dapat membantu mempertingkatkan prestasi murid sekolah rendah. i. Kebaikan kepada murid: Murid dapat memahami isi pembelejaran dengan lebih jelas. Mereka juga dapat menjawab soalan dengan lancar. Murid-murid dapat belajar dengan seronok dan mengikut pembelajaran dalam Kelas. ii. Kebaikan Kepada guru: Memberi kepuasan kepada guru Pendidikan Islam kerana pencapaian murid meningkat. Memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. iii. Kebaikan kepada pentadbir (sekolah):
7 Mengurangkan peratus gagal dalam subjek Pendidikan Islam peringkat sekolah rendah. Mengurangkan kos perbelanjaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 1.6 DEFINISI OPERASIONAL Menguraikan definisi operasional adalah proses yang menjadikan pembolehubahpembolehubah yang sedang diselidiki bersifat operasional dalam konteks pengukuran pembolehubah yang telah ada. Definisi operasional ini akan memberikan pemahaman yang sangat terperinci kepada penyelidik dan juga kepada individu yang mendapat hasil dari penyelidikan ini. 1.6.1 Bahan Bantu Mengajar Bahan bantu mengajar (BBM) atau alat bantuan mengajar (ABM) merupakan segala atau suatu kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan sahaja terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur, dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera dan apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. Bahan bantuan mengajar ini sangat membantu guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan yang digunakan untuk membantu guru dan murid. Bahan ini diterbitkan dalam bentuk buku, carta, atau slaid yang ditayangkan pada layar. Bahan bantu mengajar boleh juga dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat pandangan dan alat pandang-dengar. 1.6.2 Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan dapat dilihat melalui sejauh mana kebolehan guru-guru dalam menghasilkan PdP yang interaktif dan menghubungkan dengan
8 KBAT (Jasmi, 2010). Seorang pendidik yang kreatif dan inovatif harus memiliki persiapan yang komprehensif dalam hal pengetahuan dan keterampilan dalam proses pembelajaran dan pengajaran, dengan keahlian dalam mengintegrasikan seluruh aspek tersebut saat menyampaikan pengajaran. Selain itu, kemampuan guru yang kreatif dan inovatif dapat menjadi contoh bagi guru-guru lain dalam menghasilkan idea atau pengetahuan dan cara meningkatkan cara mengajar yang sudah ada 1.6.3 Guru Pendidikan Islam Guru merupakan seorang individu yang mempunyai kemahiran ikhtisas dalam bidang perguruan yang menjalankan tugas mendidik di sekolah sebagai pengajar, pembimbing, pemudahcara, inovator dan pengurus (Zarina 2016). Pendapat ini disokong oleh Mazidah, (2012) yang menyatakan guru sebagai orang yang mengajar dan mendidik para pelajar untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan, keimanan dan sahsiah. Berdasarkan definisi di atas, dapat kita simpulkan bahawa guru Pendidikan Islam ialah individu yang menjalankan tugas mendidik di sekolah dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, kajian ini akan difokuskan kepada guru Pendidikan Islam di sekolah rendah. 1.7 RUMUSAN Kajian ini ingin melihat tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah. Kualiti pembelajaran dan kemenjadian murid dalam akademik mempunyai perkaitan dengan kaedah pengajaran guru dalam bilik darjah. Sejajar dengan ini, profesion keguruan menuntut agar setiap guru perlu berkompeten dan berkualiti dalam membina modal insan negara (Madhavan et. al., 2020). Dengan itu, semua item dalam bab ini seperti pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian dan persoalan kajian adalah merujuk kepada permasalahan yang ingin dikaji.
9 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Kajian ini berkisarkan tentang tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah. Antara isi kandungan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana faktor dorongan dan halangan yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam menggunakan bahan bantu mengajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menunjukkan kebijaksanaan dalam pemilihan kaedah atau pendekatan yang sesuai dengan kemampuan dan minat murid untuk membantu mereka membina konsep dan pengetahuan baru dalam proses pembelajaran. Hal ini juga melibatkan pertimbangan terhadap struktur kognitif atau kecerdasan murid, sejajar dengan beberapa perspektif konstruktivisme yang menekankan bahawa pembelajaran yang bermakna timbul dari pengalaman murid itu sendiri. Menurut Abdullah et.al. (2013), situasi dalam pendidikan kini agak menjejaskan bahawa pelaksanaan standard kualiti pengajaran guru masih belum mencapai prestasi cemerlang murid dalam bidang akademik. Guru yang kurang inisiatif dan usaha untuk mengubah rutin praktik pengajaran dan pembelajaran dapat menyebabkan murid bersikap pasif, kurang bersemangat, kurang memberi perhatian dan kurang menerima pengajaran guru. Akibatnya, murid mungkin menjadi malas, kehilangan minat, merasa bosan, pasif terhadap pengajaran guru dan kehilangan minat terhadap subjek yang diajarkan (Ernest, 2011).
10 Hasil kajian Annierah et al., (2013) juga menyokong pandangan bahwa pengajaran guru yang kurang efektif dapat menyebabkan sikap pasif murid dalam pembelajaran, yang pada gilirannya membawa kepada kelemahan prestasi akademik. Pemahaman ini diperkuat oleh temuan kajian Alnusra et.al. (2019) yang menegaskan bahwa pendekatan pengajaran sering kali terfokus pada guru dari awal hingga akhir, dengan penekanan yang kurang pada elemen yang dapat merangsang pemikiran murid. 2.2 TEORI KAJIAN Peranan guru dalam mempengaruhi mutu pembelajaran pelajar adalah sangat signifikan. Penggunaan alat bantu pengajaran, motivasi, dan interaksi dalam aktiviti berkumpulan dapat memberi dorongan kepada murid untuk memperoleh pengalaman pembelajaran yang bermakna. Strategi pengajaran adalah unsur penting dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran yang berkesan memerlukan strategi dan langkah-langkah yang terancang serta objektif pembelajaran yang dapat dicapai. Tambahan pula, kaedah pengajaran harus disesuaikan dengan perbezaan individu pelajar yang memiliki kecerdasan yang berbeza dalam proses pembelajaran. Dengan pendekatan berasaskan Konstruktivisme, peranan guru dan murid akan mencapai keseimbangan di mana guru tidak hanya bercakap dari awal hingga akhir. Dalam pendekatan Konstruktivisme, peranan guru berubah menjadi pembimbing atau fasilitator dalam merancang strategi pengajaran-pembelajaran. Ini akan mengurangkan bebanan guru dan meningkatkan peranan mereka sebagai pembimbing. Walaupun begitu, Rangkuti (2014) menyarankan agar guru sentiasa bersedia memberikan peluang kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan dalam aktiviti pembelajaran.
11 Pengaplikasian pendekatan Konstruktivisme memberikan peluang kepada guru untuk memilih dan menggunakan kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Utami (2016) menyatakan bahawa guru dapat melibatkan pelajar secara aktif untuk mencapai pembelajaran yang efektif melalui pendekatan Konstruktivisme. Selain itu, pendekatan konstruktivisme juga memberikan peluang kepada guru untuk menyesuaikan proses pengajaran secara efektif berdasarkan perbezaan individu murid. Demikian itu, teori ini sesuai digunakan dalam kajian yang dilaksanakan bagi melihat faktor-faktor yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan bahan bantu mengajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Hurford (2010) menyatakan bahawa keberkesanan pendekatan pengajaran berkaitan dengan masalah dan prestasi dalam sesuatu subjek. Walaupun demikian, masih terdapat guru yang terbatas pada aspek atau komponen tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tanpa menyedari hubungan yang kompleks antara pelbagai komponen dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Ketiadaan kesedaran terhadap interaksi ini boleh mengakibatkan ketidakmampuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran secara jelas (Rueda, 2011). Talib et. al (2014) berpandangan bahawa penyampaian pengetahuan di sekolah sering kali terasing daripada cara kanak-kanak berfikir. Amalan pengajaran oleh kebanyakan guru Pendidikan Islam terutamanya pada masa kini masih bergantung pada surface learning, latih tubi dan penghafalan, di mana pengetahuan disampaikan secara tradisional dari guru kepada murid. Ini menyebabkan pengetahuan yang diperoleh tidak mencerminkan pemahaman menyeluruh individu itu sendiri, tetapi hanya mencukupi untuk menjawab soalan yang berkisar pada tahap kesukaran rendah atau sederhana. Pendekatan pengajaran seperti ini tidak memberikan panduan yang jelas untuk meningkatkan pencapaian atau melakukan peningkatan secara menyeluruh. Fungsi Bahan Bantu Mengajar (BBM) terpengaruh oleh penurunan amalan dan kekerapan penggunaannya semasa berlangsungnya proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Untuk mencapai hasil yang terbaik dalam (PdP) melalui penggunaan (BBM), pentingnya untuk menetapkan beberapa ciri yang sesuai dengan konteks dan keadaan yang spesifik. Antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan bagi (BBM) adalah; kemampuan untuk menjelaskan idea
12 yang tidak jelas, menerangkan bahagian yang kompleks, ukuran yang besar dan jelas, pilihan warna yang menarik, saiz yang sesuai, ketahanan yang baik, kesan yang maksimum dan kos yang berpatutan (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2007). Ciri-ciri ini dianggap sebagai elemen asas dalam proses pemilihan (BBM) yang akan digunakan oleh guru-guru dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tambahan pula, ciri-ciri yang dinyatakan di atas juga merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan (BBM) dalam (PdP). Selain itu, terdapat beberapa sebab lain yang mempengaruhi penggunaan (BBM), termasuk faktor-faktor seperti pengurusan dan pentadbiran, peralatan dan tempat, kepentingan penggunaan, serta penyediaan dan penggunaan. 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL Rajah 2.1: Kerangka Konseptual Faktor dorongan penggunaan bahan bantu mengajar Faktor halangan penggunaan bahan bantu mengajar Tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru Pendidikan Islam
13 2.5 RUMUSAN Dalam penyelidikan Bhowmik (2015), disebutkan bahawa pendekatan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada pelajar memberikan lebih banyak peluang kepada mereka untuk membina pengetahuan baru melalui pengalaman langsung dan pemahaman yang diperoleh sendiri. Penerapan kaedah pembelajaran dan penyesuaian terhadap persekitaran yang berbeza mampu memberi dorongan kepada pelajar untuk aktif terlibat dan mengembangkan potensi kreatif dan inovatif mereka. Kesimpulannya, bagi membentuk identiti murid yang berdaya saing, adalah wajar guru mengaplikasikan (BBM) dalam pengajarannya. Pendekatan ini mampu mencapai anjakan paradigma bagi murid-murid untuk berfikir di luar kotak di samping membantu merangsang kecerdasan pelbagai murid-murid dengan cara yang efektif.
14 BAB 3 METADOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Metodologi merujuk kepada pemahaman tentang kaedah penyelidikan dan eksplorasi sesuatu topik kajian. Ia melibatkan usaha sistematik dan objektif untuk memperoleh atau mengumpul data yang relevan dan berkesan (Morries, 1981; Konting, 2009). Penyelidik menggunakan pendekatan kuantitatif berdasarkan variabel yang akan dikaji. Secara teliti, penyelidik memastikan bahawa proses perolehan data dapat dijalankan dengan terancang dan sejajar dengan objektif kajian. Metodologi penyelidikan memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dijalankan. Bab ini akan membincangkan beberapa aspek yang berkaitan iaitu reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, pengumpulan data, kerangka operasi dan kaedah analisis data. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian ini mengambil bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif untuk memberikan penerangan sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri suatu populasi atau bidang tertentu. Kaedah penyelidikan tinjauan ini menjadi popular disebabkan oleh cakupannya yang luas, pengendaliannya yang disukai, kecekapan pengumpulan data, penggunaan saiz sampel yang besar, dan pengumpulan maklumat secara langsung dari responden (Chua, 2006).
15 Kajian ini melibatkan pengumpulan data melalui instrumen pengukuran tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru Pendidikan Islam, dengan responden menjawab dan melengkapkan borang soal selidik. Setiap responden diminta untuk membaca arahan sebelum menjawab soal selidik dan memberikan respon secara persendirian, berdasarkan pemerhatian dan penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penyelidik akan memberikan masa dua minggu kepada guru-guru tersebut untuk menjawab soal selidik, bertujuan untuk menghindarkan responden daripada menjawab dalam keadaan tergesa-gesa yang dapat mempengaruhi ketepatan jawapan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Konting (2009). Soal selidik yang telah diisi akan dikumpulkan dan disemak terlebih dahulu untuk memastikan responden mengikuti arahan dengan betul dan memberikan jawapan yang komprehensif sebelum data dianalisis. 3.3 PERSAMPELAN Lokasi kajian penyelidik adalah di sekitar beberapa buah sekolah rendah daerah Tawau, Sabah dengan responden yang terlibat adalah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah. Pemilihan daerah Tawau dilakukan untuk melihat tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru Pendidikan Islam disekitar sekolah yang terdekat. Keadaan ini supaya penyelidik mendapat maklumat dan pengetahuan sejauh mana tahap penggunaan bahan bantu mengajar dan faktor-faktor yang terlibat ketika sesi (PdP). Selain itu, tahap penggunaan (BBM) dalam subjek Pendidikan Islam di dalam bilik darjah diharap dapat membantu murid menghubungkan pembelajaran didalam kelas dengan kehidupan Islam yang bermakna dalam kehidupan harian mereka.
16 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian merupakan kriteria yang paling penting dalam sesuatu kajian. Instrumen kajian adalah penting dalam proses mendapatkan data bagi mencapai matlamat dalam pendidikan (Konting, 2004; Shahrom, 2009). Soal selidik dipilih sebagai instrumen kajian ini kerana dapat memberikan respons yang lebih tepat kerana responden tidak berhadapan dengan penyelidik semasa menjawab soalan-soalan tersebut. Menurut Azizi Yahaya, et al. (2007), soal selidik merupakan kaedah yang mudah bagi mengutip data dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah dalam tempoh yang singkat. Penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan sampel kerana tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Responden bebas menyatakan pendapat sendiri untuk menjawab setiap soalan yang diberikan. Hal ini akan memudahkan responden memberi kerjasama yang baik kepada penyelidik. Penyelidik menggunakan soal selidik sedia ada sebagai instrument kajian. Soal selidik tersebut diadaptasi dan diubahsuai mengikut keperluan kajian penyelidik berdasarkan kajian Chew Bee Gek (2017) dan Uminur Atikah Ramli (2016) yang bersesuaian dengan kajian penyelidik. Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian A iaitu demografi guru, bahagian B ialah tahap penggunaan (BBM) oleh guru Pendidikan Islam dalam (PdP), bahagian C ialah faktor dorongan yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam menggunakan bahan bantu mengajar, bahagian D ialah faktor halangan yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam dalam menggunakan bahan bantu mengajar. Bahagian demografi soal selidik ini terdiri daripada jantina, lokasi sekolah dan tempoh berkhidmat. Bahagian B, C, dan D mengandungi dua puluh tujuh item yang diuji.
17 3.4.1 KESAHAN Kesahan suatu instrumen merujuk kepada sejauh mana instrumen tersebut mampu mengukur apa yang seharusnya diukur. Chua (2006) menyatakan bahawa kesahan berkaitan dengan kemampuan suatu pengukuran dalam mengukur nilai sebenar konsep dan hipotesis. Kesahan dianggap tinggi apabila instrumen yang dibina mampu secara tepat mengukur konsep yang dijelaskan dalam hipotesis. Dalam pelaksanaan kajian ini, setiap item soalan dalam instrumen kajian yang akan diedarkan kepada guru-guru Pendidikan Islam telah melalui proses kesahan kandungan oleh dua orang pakar, yang memiliki keahlian dalam bidang Pendidikan Islam dan bidang penyelidikan ilmiah. Soal selidik yang telah diubahsuai dari kajian sebelum ini adalah mudah difahami oleh responden dan mendapat respon positif semasa kajian rintis dijalankan. Oleh itu, tidak ada perubahan struktur ayat dalam borang soal selidik yang akan diberikan kepada responden semasa pelaksanaan kajian sebenar. Penggunaan rujukan kesahan ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan ketidakketepatan dalam mengukur objektif kajian secara efektif. 3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN Bagu memperolehi indeks kebolehpercayaan item-item soal selidik, pengkaji telah mengedarkan set soal selidik dalam bentuk Google Form kepada guru Pendidikan Islam di sekolah rendah area Tawau sebagai kajian rintis. Kebolehpercayaan biasanya dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan dalaman item soal selidik. Ujian Cronbach's Alpha digunakan untuk menentukan ketekalan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Keseluruhan indeks kebolehpercayaan yang ingin dicapai adalah min purata skor melebihi 0.80. indeks kebolehpercayaan yang dengan nilai tersebut dianggap memuaskan dan diterima.
18 3.5 KAJIAN RINTIS Kajian rintis bertujuan untuk mengesan kekurangan yang terdapat di dalam soal selidik (Lim, 2007). Item soal selidik yang digunakan oleh penyelidik perlu diuji bagi mengekalkan kualiti seterusnya mencapai objektif penyelidikan. Kajian rintis dijalankan ke atas guru Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan di daerah tawau yang bukan responden sebenar untuk mendapatkan kebolehpercayaan yang tinggi. Responden ini ialah mempunyai ciri yang serupa atau sama dengan sampel sebenar. Responden ini akan dikecualikan daripada sampel kajian sebenar dan data ini hanya dianalisis untuk tujuan kajian rintis sahaja. Skor Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan 0.8 hingga 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi 0.7 hingga 0.8 Baik dan boleh diterima 0.6 hingga 0.7 Boleh diterima <0.6 Item perlu dibaiki <0.5 Item perlu digugurkan Jadual 3.1 Jadual Interprestasi Skor Alpha Cronbach ( Bond & Fox, 2015) Penyelidik menggunakan Alpha Cronbach bagi menentukan tahap kebolehpercayaan item soal selidik. Ini kerana, Hull dan Nie (1981) menjelaskan kaedah Alpha Cronbach merupakan statistik yang digunakan secara meluas dalam mengukur kebolehpercayaan item. Ukuran kebolehpercayaan instrumen dihuraikan berdasarkan nilai kebolehpercayaan dalam julat 0.00 hingga 1.00 (Wan Mamat, 2012). Instrument kajian dianggap mempunyai konsistensi dalaman yang boleh diterima sekiranya nilai Alpha Cronbach bagi setiap skala dalaman instrument melebihi nilai 0.70 (nilai a>0.70) (George & Mallery, 2003).
19 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Pengumpulan data bertujuan bagi mendapatkan maklumat-maklumat primer yang menggunakan borang soal selidik melalui Google Form. Setelah borang soal selidik yang disediakan mendapat kelulusan penyelia dan akan mula diedarkan kepada responden melalui link yang diberikan. Penyelidik membuat pengumpulan data melalui Google Form yang diberi bagi memastikan pentadbiran instrument kajian dijalankan seperti yang dirancang. Data-data yang terkumpul akan melalui proses yang seterusnya iaitu analisis yang akan diterangkan pada point seterusnya. 3.7 PROSEDUR PENGANALISIAN DATA Bagi proses seterusnya penyelidik akan menggunakan beberapa teknik untuk menganalisis data. Analisis data dilakukan untuk mempamerkan data dan mentafsirkan data kuantitatif yang diterima daripada soal selidik. Data-data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science Version 23.0 for Windows (SPSS). Ini adalah satu perisian komputer bagi memudahkan kerja menganalisis kekerapan data, peratusan dan min.
20 3.8 RUMUSAN Pada umumnya dalam bab ini kajian membincangkan mengenai cara mentadbir ujian yang dilaksanakan dan memastikan kesahan serta kebolehpercayaan instrumen kajian. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan yang dijalankan ke atas guru-guru Pendidikan Islam di daerah Tawau untuk melihat persepsi guru Pendidikan Islam terhadap tahap penggunaan bahan bantu mengajar ketika sesi (PdP). Teknik persampelan adalah persampelan sistematik dan alat kajian ialah soal selidik. Instrument kajian terdiri daripada empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Penyelidik mentadbir sendiri soal selidik bagi memastikan pengumpulan data dijalankan dengan lancar. Data yang diperoleh daripada soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan perisian program Statistical Package for Social Science Version 23.0 for Windows (SPSS). Demikian itu, bab ini amat penting dalam memastikan pelaksanaan dan kejayaan kajian ini.
21 RUJUKAN Abdullah, N., Hashim, A. T., Mansor, R., Noh, N. M., & Reduzan, N. H. (2013). Konstruktivisme: Dari Kaca Mata Guru Sains Dan Matematik. In International Conference On Social Science Research, ICSSR 2013 (pp. 4-5). Ahmad, J. (2009). Teaching of Biological Sciences. New Delhi: PHI Learning Pvt. Ltd. Alnusra, D. S., & Suaema, A. (2019). Penerapan Metode Pembelajaran Konstruktivisme Untuk Meningkatkan Hasil Belajar Geografi Pada Materi Bentuk-bentuk Permukaan Bumi Untuk Siswa Kelas VII SMP Gotong Royong Tobela. Edukasi, 17(2). Annierah Maulana Usop, Kamarulzaman Askandar, Maeda Langguyuan dan Datu Amir Sajid Onotan Usop. (2013). Work Performance and Job Satisfaction among Teachers. International Journal of Humanities and Social Science. Vol. 3(5). UKM. Bhowmik, M. (2015). Constructivism approach in mathematics teaching and assessment of mathematical understanding. Basic Research Journal of Education Research and Review, 4(1), 08-12. Byram, Michael (ed) (2004). The Routledge Encyclopedia of Language Teaching and Learning. London: Routledge. Chew Bee Gek (2017). Pengetahuan Dan Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Guru Teknik Dan Vokasional. Jurnal pendidikan UTHM. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional 2017. Chua, Y.P. (2006). Kaedah Penyelidikan: Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education.
22 Ernest Ampadu. (2011). Does Peer Influence Affect Students Participation in Mathematics? International Online Journal of Education Science. Vol. 3(2):424- 434. Hurford, A. (2010). Complexity theories and theories of learning: Literature reviews and syntheses. In B. Sriraman & L.D. English (Eds.), Theories of Mathematics Education: Seeking new frontiers (pp. 567-589). Springer Berlin Heidelberg. Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Jasmi, K. A. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian Kes. (Ph.D Thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor). Kamarul Azmi & Ab. Halim (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Kochhar, S.K. (2000). The Teaching of Social Studies. New Delhi: Sterling Publishers Pvt. Ltd. Konting, M.M. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Madhavan, S., Basri, R., Ayub, A. F. M., & Asimiran, S. (2020). Kualiti bimbingan pengajaran oleh “Pegawai Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah”(School Improvement Specialist Coaches-SICS+) sebagai faktor peramal terhadap kualiti guru di sekolah kebangsaan. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 68-78. Muhammad Suhaimi Taat dan Mohd. Yusof Abdullah (2008). Pengetahuan pedagogi guru. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Nurul Hazwani Binti Mohd Nasrumi dan Abdullah Bin Deraman. (2010). Keberkesanan penggunaan bahan 3 dimensi sebagai bahan bantu mengajar dalam bidang membentuk dan membuat binaan bagi pelajar tahun 3.Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail. Prosiding seminar Penyelidikan lindakan PISMP
23 Ambilan 2007 Vol.I, No.4 2010: Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah: 685- 688. Pathak, R.P. & Chaudhary, J. (2012). Educational Technology. India: Dorling Kindersley Pvt. Ltd. Rangkuti, A. N. (2014). Konstruktivisme dan Pembelajaran Matematika. Darul Ilmi, 2(2). Rueda, R. (2011). The 3 dimensions of improving student performance: Finding the right solutios to the right problems. NY: Teachers College Press. Shahrom, N.N. (2009). Kesesuaian Penggunaan Model ADDIE dalam Menghasilkan Bahan Pembelajaran Berasaskan Multimedia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana. Shivkumar Rautrao (2012). Significance of Aiduo-visual Aids inTeaching English. Indian Streams Research Journal. Volume 2, Issue. 9, ISSN:-2230-7850, Oct. 2012. Siddiqui, M.H. (2008). Teaching Of Home Science. New Delhi: APH Publishing Corporation. Soon Fook Fong. (2012). Effects of multiple simulation presentation among students of different anxiety levels in the learning of Probability. The Turkish Online Journal Of Education Technology, 11(3): 105-114. Talib, R., Kamsah, M. Z., Naim, H. A., & Daud, K. (2014). Pedagogi dan pentaksiran: kongruen. Uminur Atikah Ramli (2016). Persepsi Guru Matematik Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Utami, I. G. L. P. (2016).Teori Konstruktivisme Dan Teori Sosiokultural: Aplikasi Dalam Pengajaran Bahasa Inggris. Prasi, 11(01).
24 Vanaja, M. & Rao, D.B. (2004). Methods of Teaching Physic. New Delhi: discovery Publishing House. Wan Mamat, W.N. (2012). Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan dan Hubungannya dengan Pencapaian Pelajar. Batu Pahat: Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana. Zarina Abdul Rashid. (2016). Tahap Kesediaan Guru dalam Aspek Pengetahuan dan Keperluan Latihan Berfokuskan Aplikasi KBAT.
25 Lampiran A
26 Lampiran B
27 Lampiran C Scale: ALL VARIABLES Case Processing Summary N % Cases Valid 32 94.1 Excludeda 2 5.9 Total 34 100.0 Reliability Statistics Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha Based on Standardized Items N of Items .871 .877 3 Item Statistics Mean Std. Deviation N PenggunaanBBM 57.1563 2.96332 32 FaktorDorongan 37.8438 2.46406 32 FaktorHalangan 32.4063 2.47386 32 Summary Item Statistics Mean Minimum Maximum Range Maximum / Minimum Variance N of Items Item Means 42.469 32.406 57.156 24.750 1.764 169.184 3 Item Variances 6.991 6.072 8.781 2.710 1.446 2.405 3 Scale Statistics Mean Variance Std. Deviation N of Items 127.4063 49.991 7.07043 3
28 Lampiran D INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU INSTRUMEN SOAL SELIDIK TAHAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH Instrumen soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru pendidikan islam di sekolah rendah. Kerjasama menjawab soal selidik secara jujur dan ikhlas amat diharapkan supaya pengkaji dapat maklumat yang tepat. Maklumat berguna untuk penambahbaikan dimasa hadapan. Semua maklumat yang anda berikan adalah sulit. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian bagi mengenalpasti; 1. Tahap kelancaran membaca rukun Qauli di dalam solat dalam kalangan siswa pendidik muslim semester lapan Program Ijazah Sarajana Muda Perguruan 2. Tahap pengetahuan siswa pendidik tentang pembacaan rukun Qauli di dalam solat PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah tahap kelancaran membaca rukun Qauli di dalam solat dalam kalangan siswa pendidik muslim semester lapan Program Ijazah Sarajana Muda Perguruan? 2. Apakah tahap pengetahuan siswa pendidik tentang pembacaan rukun Qauli di dalam solat pengetahuan siswa pendidik tentang pembacaan rukun Qauli di dalam solat? A: DEMOGRAFI RESPONDEN Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan. A1. Jantina : a. Lelaki b. Perempuan A2. Lokasi Sekolah : a. Bandar b. Luar Bandar (8)
29 A3. Tempoh Berkhidmat : a. Kurang daripada 5 tahun b. 6-10 tahun c. 11-15 tahun d. 16-20 tahun e. Lebih daripada 20 tahun Skala untuk menilai tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah. 1 Sangat Tidak Setuju (STS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Tidak Pasti (TP) 4 Setuju (S) 5 Sangat Setuju (SS) No. BAHAGIAN B: TAHAP PENGGUNAAN BBM OLEH GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PDP. SKALA STS TS TP S SS 1 Adakah guru menyedari tentang kepentingan bahan bantu mengajar di dalam PdP. 1 2 3 4 5 2 Penggunaan bahan bantu mengajar di dalam PdP dapat menarik minat murid. 1 2 3 4 5 3 Penggunaan teknologi di dalam bahan bantu mengajar adalah penting. 1 2 3 4 5 4 Menyedari penggunaan bahan bantu mengajar dapat memudahkan kerja guru untuk menyampaikan maklumat kepada murid. 1 2 3 4 5 5 Bahan bantu mengajar bagi subjek pendidikan islam adalah penting untuk memberi impak kepada murid berkenaan sesuatu topik. 1 2 3 4 5 6 Percaya bahawa bahan bantu mengajar dapat membantu menyelaraskan pengajaran dengan matlamat kurikulum pendidikan islam. 1 2 3 4 5 7 Kesetujuan guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat mengatasi cabaran-cabaran dalam pembelajaran pendidikan islam. 1 2 3 4 5 8 Guru perlu mempelbagaikan kaedah penggunaan bahan bantu mengajar dalam PdP. 1 2 3 4 5 9 Penggunaan bahan bantu mengajar haruslah mengikut arus peredaran masa yang terkini. 1 2 3 4 5 10 Adakah penggunaan bahan bantu mengajar dapat memudahkan guru untuk mencapai objektif pembelajaran. 1 2 3 4 5 11 Kerelevenan buku teks sebagai bahan bantu mengajar ketika PdP. 1 2 3 4 5 12 Setiap topik pendidikan islam yang diajar perlulah mempunyai bahan bantu mengajar yang berbeza. 1 2 3 4 5
30 No. BAHAGIAN C: FAKTOR DORONGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENGGUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR. SKALA STS TS TP S SS 13 Memudahkan kerja mengajar guru pendidikan islam mengenai sesuatu topik. 1 2 3 4 5 14 Murid menunjukkan reaksi yang positif ketika menggunakan bahan bantu mengajar. 1 2 3 4 5 15 Meningkatkan kefahaman murid ketika sesi PdP dilaksanakan. 1 2 3 4 5 16 Murid menjadi lebih minat untuk mempelajari subjek pendidikan islam. 1 2 3 4 5 17 Penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar memudahkan sesi PdP. 1 2 3 4 5 18 Sesuai digunakan bagi setiap gaya pembelajaran murid. 1 2 3 4 5 19 Murid lebih kreatif dan aktif dalam melaksanakan setiap kerja yang diberikan oleh guru. 1 2 3 4 5 20 Kemudahan infrastruktur sekolah seperti projektor membantu guru untuk melaksanakan proses PdP dengan lancar. 1 2 3 4 5 No. BAHAGIAN D: FAKTOR HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENGGUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR. SKALA STS TS TP S SS 21 Kekurangan masa untuk menggunakan bahan bantu mengajar ketika sesi PdP. 1 2 3 4 5 22 Masalah teknikal seperti kerosakan suis dan projektor yang terhad. 1 2 3 4 5 23 Sikap guru yang tidak bersedia dan mengambil mudah dalam mengajar murid. 1 2 3 4 5 24 Daya kreativiti guru itu sendiri dalam menghasilkan bahan bantu mengajar. 1 2 3 4 5 25 Masalah kewangan dalam membina bahan bantu mengajar yang maujud. 1 2 3 4 5 26 Keberkesanan bahan dalam mencapai objektif bagi subjek pendidikan islam. 1 2 3 4 5 27 Tahap kesesuaian bahan bantu mengajar dalam setiap aspek atau topik pendidikan islam yang diajar. 1 2 3 4 5
31 Lampiran E