The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unknown, 2023-04-13 11:23:17

SUKAN DAN PERPADUAN

SUKAN DAN PERPADUAN

Keywords: sukan dan perpaduan

SUKAN DAN PERPADUAN (BADMINTON)


NAMA PELAJAR NO.PENDAFTARAN AZMIN BIN ZULKIFLI 15DTK22F1040 MUHAMAD AZFAR HAZIQ BIN MOHD FUAIAD 15DTK22F1040 AHMAD DZARIF DURRANI BIN NAZRI 15DTK22F1040 MUHAMAD AQIL HARITH BIN MUHAMAD SAFRI 15DTK22F1040 NAMA PENSYARAH: PUAN RAHIMAH BINTI IBRAHIM


BIL PERKARA MUKA SURAT 1. PENGHARGAAN 1 2. PENGENALAN 2 3. DEFINISI SUKAN 3 4. DEFINISI PERPADUAN 4 5. SEJARAH SUKAN BADMINTON 5,6 6. BUKTI SUKAN BADMINTON DAPAT MEMUPUK PERPADUAN 7,8 7. KELEBIHAN SUKAN BADMINTON DALAM KALANGAN MASYAKARAT 9,10 8. KESIMPULAN 11 9. REFLEKSI 12 10. RUJUKAN 13 ISI KANDUNGAN


Assalamualaikum bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Sukan dan Perpaduan (badminton). Folio ini amat penting buat kami kerana perkara ini merupakan sebahagian folio daripada subjek penghayatan etika dan peradaban. Pertamanya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Rahimah binti Ibrahim yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan folio ini. Bantuan kalian dari segi maklumat terkini mengenai projek folio amat dihargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek folio ini dijalankan dan dibentangkan PENGHARGAAN 1.


PENGENALAN Sukan adalah aktiviti yang fizikal yang dilakukan oleh pelbagai lapisan umur. Terdapat sukan dalaman dan juga sukan luaran. Contoh sukan luaran adalah badminton, bola sepak, bola keranjang, dan sebagainya. Bagi sukan dalaman pula adalah seperti ping pong, renang dan sebagainya. Umum mengetahui, Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Sukan adalah sebagai agen bagi memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Selain itu, sukan juga memberi banyak manfaat kepada masyarakat . Kegiatan sukan mampu mengharumkan negara sebagai contoh atlet-atlet yang menempa nama dalam sukan antarabangsa membawa sekali nama negara. ia juga dapatmenghapuskan gejala sosial yang perlu dikurangkan dalam pembangunan negara. Selain itu, terdapat beberapa sukan yang popular di Malaysia. Antaranya adalah badminton. Badminton amat popular semasa era kegemilangan negara apabila memenangi Piala Thomas pada tahun 1992 yang barisan pemain terdiri daripada anak-anak Sidek. Pada era tersebut, rakyat bersatu padu menyokong pasukan negara tanpa mengira kaum. Sukan badminton membawa banyak kelebihan kepada masyarakat. 2.


DEFINISI SUKAN 3. "Sukan " adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk tujuan pertandingan, keseronokan pembangunan, memperbaiki kecergasan fizikal, kemahiran, dan sebagainya. Sukan biasanya dilakukan dalam bentuk acara atau pertandingan, di mana peserta berkompetisi satu sama lain untuk mencapai matlamat tertentu atau mencapai pencapaian yang lebih tinggi. Contoh sukan termasuk bola sepak, badminton, hoki, tenis, dan banyak lagi. Sukan juga boleh menjadi aktiviti rekreasi yang menyeronokkan, yang membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan individu


Perpaduan merujuk kepada pelbagai kaum dan etnik berbeza boleh bekerjasama dan bertoleransi secara efektif untuk mencapai matlamat yang sama. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menjadi satu kesatuan yang harmoni dan seimbang serta membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta akan negara. Perpaduan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan dalam pelbagai konteks seperti politik, budaya, sosial, dan agama. Konsep perpaduan sering dikaitkan dengan toleransi, saling menghormati, dan penghargaan terhadap perbezaan individu dan budaya. Dalam konteks sosial dan politik, perpaduan dianggap penting untuk memupuk keharmonian dan stabiliti dalam masyarakat. DEFINISI PERPADUAN 4.


Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton, " dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakanakan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar " di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899. SEJARAH SUKAN BADMINTON gambar Badminton House 5.


Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global. Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana Malaysia sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini. 6.


BUKTI SUKAN BADMINTON DAPAT MEMUPUK PERPADUAN SEJAK beberapa malam lalu sehingga semalam, penulis mengambil kesempatan melepak bersama dengan rakan, menyaksikan perlawanan akhir badminton yang membabitkan pemain Malaysia di Sukan Olimpik Rio. Walaupun kilauan emas masih belum menjelma, apa yang membanggakan kita semua ialah sokongan tidak berbelah bahagi penyokong Malaysia yang tidak berhenti henti bersorak walaupun peserta negara berjuang beribu kilometer jauhnya. Penulis menyaksikan mereka yang menyokong pemain Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka melihat ahli sukan yang membawa cabaran negara adalah warga Malaysia yang bertungkus- lumus memberikan yang terbaik untuk melihat Jalur Gemilang dikibarkan. Mereka benar-benar berbangga dengan pencapaian ahli sukan kita di Olimpik Rio. 7.


Apa yang penting ialah sokongan tidak berbelah bahagi semua pihak. Penulis begitu berbangga dengan perpaduan ditunjukkan rakyat Malaysia, yang mempunyai matlamat dan impian sama iaitu mahu melihat Jalur Gemilang dikibarkan dan lagu Negaraku dimainkan. Semangat perpaduan inilah yang perlu sentiasa disemai dan disemarakkan lagi. Benar, pihak kerajaan, penaja dan badan korporat memainkan peranan penting dari segi pembiayaan kepada kemajuan ahli sukan negara. Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menyaksikan perlawanan akhir perseorangan antara Datuk Lee Chong Wei dengan Cheng Long: "Saya percaya rakyat Malaysia merasakan kebanggaan sama walaupun tidak menang, tapi ia detik mengharumkan nama Malaysia." 8.


Lagenda sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi lambang perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia apabila berjaya menyatupadukan rakyat ketika beliau beraksi dalam sesuatu perlawanan. Semangat perpaduan itu turut dapat dirasai apabila atlet badminton negara yang lain beraksi lebih-lebih lagi ketika berjaya merangkul kemenangan di peringkat antarabangsa. KELEBIHAN SUKAN BADMINTON DALAM KALANGAN MASYARAKAT 9.


MENGUATKAN SENDI - SENDI DAN OTOT - OTOT BADAN Semasa bersukan badminton, seluruh anggota badan akan digerakkan secara spontan. Pergerakan pantas untuk mengejar bulu tangkis dan menghantarnya semula kepada pihak lawan, secara tidak langsung membuatkan seluruh anggota badan dikerahkan agar tidak kalah dengan pihak lawan. KELEBIHAN SUKAN BADMINTON • MENGUATKAN ANGGOTA LUTUT DAN KAKI Semasa bersukan badminton, seseorang akan berlari dalam lingkungan gelanggang yang disediakan untuk mengejar bulu tangkis. Pemain adakalanya akan melompat atau melakukan jumping smash kepada pihak lawan. Hal ini secara tidak langsung memberi hentakan kepada anggota lutut dan kaki. Anggota tersebut akan lebih gagah serta menyokong keseimbangan badan. Dalam masa sama, lutut dan kaki akan lebih utuh dan kuat. 10.


Kesimpulannya, sukan badminton antara sukan yang popular diMalaysia. Ia adalah sukan yang membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat. Sebagai contoh, ia memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk diMalaysia. Disamping itu, sukan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri secara fizikal dan juga mental individu. Selain itu, sukan juga dapat membantu pembangunan negara seterusnya meningkatkan lagi imej sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, masyarakat amat digalakkan menyertai sukan. Ia memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang aktif, sihat, berdaya saing dan bertanggungjawab. Impaknya, rakyat Malaysia akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Akhirulkalam, aktiviti sukan amat digalakkan kepada setiap lapisan umur. Majulah sukan untuk negara! KESIMPULAN 11.


REFLEKSI 12. kami belajar pelbagai langkah untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kami juga belajar bekerja sama antara ahli kumpulan.` Mengadakan aktiviti sosial seperti gotong-royong. Masyarakat juga perlu menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetus perbalahan. Sepanjang melaksanakan tugasan e-folio yang bertajuk Sukan dan Perpaduan dalam sukan badminton bagi kursus penghayatan etika dan peradaban ini, ahli kumpulan kami telah bekerjasama mencari idea-idea dalam menghasilkan tugasan ini. Kami mendapat banyak pengajaran dan ilmu baharu semasa melaksanakan tugasan ini. Anatarnya ialah : 1. 2. Selain itu, kami juga ingin membuat penambahbaikan. Terdapat banyak cadangan yang dapat lakukan bagi mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Antaranya ialah: 1. 2.


RUJUKAN http://ainanabilahakasah.blogspot.com/2017/09/ kepentingan-sukan.html http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/m aksud-dan-kepentingan-perpaduan.html https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/08/ 186101/sukan-kukuh-perpaduan-rakyat-majmuk https://perimbunilmu.wordpress.com/utama2/sejarah-dan-pembangunan-badminton-didunia https://www.myilmupelita.com/2020/10/kelebiha n-sukan-badminton.html 1. 2. 3. 4. 5. 13.


Click to View FlipBook Version