BUKU LOG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA NAMA: NUREEN SABIHA BINTI MOHD KHAILANI ANGKA GILIRAN: 2021142340413 AMBILAN/UNIT: PISMP JUN 2021 (B) PEND. AWAL KANAK-KANAK 1 KOD KURSUS: MPU3451A KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM PENSYARAH: CIK KRISTIL TAN AI TENG
Biodata Sejarah pengasas dan penubuhan Pembangunan Konvensyen Geneva dan protokol tambahan Undang-undang kemanusiaan Prinsip-prinsip asas pergerakan Sejarah penubuhan di Malaysia Pengurusan dan pentadbiran Laporan aktiviti perancangan orientasi unit beruniform ms: 21-26 ms: 59-64 ms: 51-58 ms: 30-50 ms: 27-29 ms: 11-14 ms: 15-20 ms: 5-10 ms: 4
Nama: Nureen Sabiha binti Mohd Khailani Kursus: Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan Jun 2021 (B) Opsyen: Pendidikan Awal kanak-kanak 1 Semester dan Tahun: Semester II tahun 2 Tarikh lahir: 18 Oktober 2003 Tempat lahir: Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru Kelantan Alamat rumah: Lot 8114, Kampung Desa Putra, Sg. Merab, 43000 Kajang Selangor Hobi: Melayari internet Bilangan adik beradik: 4 orang (anak kedua) No. telefon: 010-3028406 E-mel: [email protected] Nama dan alamat IPG: Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka
Palang Merah atau lebih dikenali sebagai Bulan Sabit Merah telah dipelopori oleh Jean Henry Dunant. Beliau yang datang dari keluarga berada dan kuat agama telah dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 8 Mei 1828. Sekitar zaman remaja, beliau banyak menghabiskan masa dengan menyertai pelbagai pergerakan serta aktiviti-aktiviti kebajikan dan keagamaan seiring dengan prinsip hidupnya yang berpegang kepada kepercayaan dan moral yang tinggi. Antara Pergerakan yang diikuti oleh beliau adalah League of Alma yang merupakan badan kebajikan yang membantu golongan yang menderita sakit dan miskin. Jean Henry Dunant (1828-1910)
Seawal usia 21 tahun, Henry Dunant mula berjinak dalam bidang perbankkan yang memaksa beliau untuk bekerja sambil belajar di salah sebuah bank di Geneva sehingga dilantik sebagai pengurus besar di salah sebuah bank di Algeria. Tujuan utama beliau menceberui bidang ini adalah untuk mempelajari selok-belok perbankkan sebelum membuat keputusan meletakkan jawatan bagi mengendalikan semula perniagaannya. Dalam perjalanan bagi menguruskan perniagaannya di Itali, beliau telah melalui satu kawasan yang sedang berlangsungnya peperangan Solferino iaitu di Castiglione delle Pieve yang melibatkan tentera Prancis dengan Austria. Peperangan tersebut akhirnya telah menyebabkan 4000 lebih kematian diikuti dengan jumlah besar penduduk dan tentera yang tercedera dengan berbekalkan kemudahan dan fasiliti yang amat sedikit.
Antara usaha yang dibuat oleh Henry Dunant bagi membantu sepanjang peperangan Solferino adalah: Membantu tentera yang cedera dan sakit Membekalkan ubatan dan makanan kepada mereka yang memerlukan Rumah dan gereja berdekatan dijadikan sebagai hospital sementara Meminta pertolongan warga setempat untuk memberikan pertolongan tanpa mengira agama dan negara yang terlibat Mengguna pakai slogan “Siamo Tutti Fratelli” yang membawa maksud “Kitakan bersaudara”
Peristiwa hitam itu memberi impak signifikan dalam kehidupan Henry Dunant sehingga beliau bertindak untuk memikirkan jalan penyelesaian bagi mengelakkan penindasan dan penderitaan itu dirasai orang ramai. Bertitik tolak daripada itu, beliau mengambil inisiatif untuk menulis sebuah buku yang menceritakan pengalaman beliau merasai Peperangan Solferino dan dihadiahkan kepada ketua-ketua negara Eropah. Buku yang membawa gagasan membentuk pergerakan kemanusiaan antarabangsa bagi membantu golongan perang termasuklah orang awam dan tentera mendapatkan rawatan kecemasan serta mengadakan perjanjian antarabangsa supaya tentera dari mana-mana pihak yang cedera berhak mendapatkan rawatan telah banyak membuka mata ketuaketua di negara Eropah.
Perkara ini juga turut menarik minat Gustave Moynier yang merupakan pelopor kepada gerakan The Societe Genevoise d’Utilite Publigue untuk sama-sama mengerakkan gagasan yang dikemukakan oleh Henry Dunant. Beliau bersama-sama dengan Gustave Moynier, Louis Appia, Theodore Maunoir, dan Guillaume-Henri Dufour mula menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa yang kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross) ICRC. Guillaume-Henri Dufour Jean Henry Dunant Gustave Moynier Theodore Maunoir Louis Appia
Henry Dunant telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Berlima untuk mengadakan Konvensyen yang pertama bagi membincangkan setiap gagasan yang dibawa oleh beliau dan menetapkan peraturan yang membolehkan ahli Persatuan Palang Merah memberikan pertolongan kepada unit perubatan tentera ketika berperang. Konvensyen pertama ini juga dianggap penting sehingga terhasilnya 10 artikel yang dinamakan sebagai Geneva Convention for the Amelioration of the Condition of the Wounded Armies in Field. Konvensyen ini tidak terhenti pada kali pertama sahaja, malah berlanjutan sehingga wujudnya Konvensyen Geneva keempat pada tahun 1949.
Konvensyen Geneva 1 1864 2 1899 3 1929 4 1949 -Memperluaskan perkhidmatan ambulans, hospital, bot penyelamat dan anak-anak kapal -Perlindungan kepada pegawai perubatan -Perlindungan kepada tentera darat yang tercedera -Palang Merah sebagai satu gerakan perlindungan -Merupakan lanjutan daripada Konvensyen Geneva pertama -Perlindungan kepada tentera yang tercedera dan sakit khususnya tentera laut dan anak kapal -Menekankan anggota yang sakit dan tersedera tidak oleh diserang -Perlindungan perlu diberikan kepada orang tahanan -Penghormatan perlu diberikan bagi mereka yang terkorban -Pihak yang bermusuhan perlu mengumpulkan dengan segera mereka yang tercedera -Perlindungan kepada tawanan perang -Tawanan perang perlulah dilengkapi nama, kad pengenalan, pangkat dan tarikh lahir agar mudah untuk dikenal pasti -Layanan yang baik perlu diberikan dan tawanan perang ini tidak boleh diancam -Kemudahan dan fasiliti yang baik dan mencukupi perlu diberikan kepada tawanan perang -Tawanan perang perlu diberikan kebebasan menjalankan kehidupan seperti biasa -Tawanan perang yang sakit atau gila perlu dibenarkan pulang -Tawanan perang perlu dikembalikan setelah perang tamat -Memberi keutamaan kepada yang tercedera, wanita mengandung, orang tua dan kanak-kanak untuk dipindahkan daripada kawasan pertempuran -Menyediakan laluan khusus yang bebas untuk bekalan ubat dan keperluan agama -Larangan terhadap mencuri harta benda awam dan mengambil tebusan orang awam perlu dilayan secara baik
Lanjutan daripada Konvensyen Geneva keempat ini, masih lagi tidak mampu memberikan perlindungan yang sebaiknya kepada golongan yang memerlukan. Sehubungan dengan itu, wujudnya Protokol tambahan bagi menambah baik peraturan dan undang-undang sedia ada. Lanjutan daripada Konvensyen Geneva keempat ini, masih lagi tidak mampu memberikan perlindungan yang sebaiknya kepada golongan yang memerlukan. Sehubungan dengan itu, wujudnya Protokol tambahan bagi menambah baik peraturan dan undang-undang sedia ada. Protokol tambahan I (8 Jun 1977) - Serangan tidak boleh dilakukan keatas orang awam - Sumber hidup seperti ternakan dan sistem pengairan penduduk tempatan adalah tidak boleh dimusnahkan - Binaan sepert loji nuclear atau empangan tidak boleh diserang - Binaan yang berunsurkan kebudayaan dan keagamaan tidak boleh dimusnahkan - Perlindungan perlu diberikan kepada alam semulajadi - Lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak boleh disalahgunakan - Larangan terhadap penggunaan senjata atau strategi peperangan yang boleh mengakibatkan penderitaan yang melampau. Protokol tambahan II (18 Jun 1977) -Larangan terhadap penderaan -Perlindungan perlu diberikan kepada anggota dibawah seliaan gerakan Palang Merah -Peruntukkan khusus bagi melindungi mereka yang tercedera, sakit, karam di laut, harta awam dan orang-orang awam yang dilucutkan kebebasannya.
Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) merupakan peraturan yang bertujuan untuk mengehadkan kesan konflik bersenjata ke atas manusia dan objek-objek awam. UUKA turut dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata. UUKA melindungi manusia dalam kategori-kategori tertentu dan mengehadkan kaedah dan cara berperang. Mesej-mesej utama UUKA adalah : Larangan menyerang orang yang tidak terlibat atau sudah tidak lagi terlibat dalam konflik bersenjata. Larangan menggunakan senjata-senjata yang tidak boleh membezakan antara orang awam dan kombatan atau senjata yang mengakibatkan penderitaan dan kerosakan yang tidak munasabah.
PERANAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN Melindungi orang yang tidak terlibat atau yang sudah tidak lagi terlibat dalam pertempuran seperti orang awam, golongan yang tercedera, mereka yang sakit, tawanan perang, tahanan-tahanan lain, mangsa kapal karam dan anggota-anggota tentera perkhidmatan perubatan dan keagamaan Melindungi objek-objek awam seperti hospital, ambulans dan harta kebudayaan yang penting, termasuk rumah ibadat, karya seni dan monumen bersejarah Mengehadkan jenis senjata dan taktik ketenteraan yang boleh digunakan dalam konflik bersenjata Melarang pemusnahan infrastruktur yang diperlukan demi kelangsungan kehidupan orang awam (seperti sumber dan bekalan air bersih dan selamat) dan yang bersifat berbahaya (seperti stesen-stesen jana kuasa nuklear) Mengharamkan penggunaan senjata yang mengakibatkan kecederaan atau penderitaan yang tidak munasabah
UUKA hanya terpakai ketika konflik bersenjata, antarabangsa (iaitu antara dua atau lebih negara) dan konflik bersenjata bukan antarabangsa (iaitu yang berlaku di dalam wilayah sesebuah negara). Apabila sesuatu konflik bermula, UUKA berkuatkuasa secara sama rata ke atas semua pihak tanpa mengambil kira punca-punca berlakunya konflik tersebut atau siapa yang memulakannya. UUKA adalah suatu bidang undang-undang yang hakikatnya adalah praktikal dan mengimbangi secara cermat matlamat kemanusiaan dengan kehendak ketenteraan.
UUKA merangkumi peraturan-peraturan yang menangani isuisu yang tidak terkandung dalam undang-undang hak asasi manusia, seperti tatacara pertempuran, status kombatan dan tawanan perang, dan perlindungan lambang palang merah, bulan sabit merah dan kristal merah. Aspek undang-undang hak asasi manusia, pula tertumpu pada aspek-aspek kehidupan pada masa aman dan yang tidak dikawal selia oleh UUKA seperti kebebasan media dan hak-hak untuk berhimpun, mengundi dan mogok. Kewajipan utama untuk melaksanakan kedua-dua UUKA dan hak asasi manusia dipikul oleh negara-negara dan kedua-dua undang-undang tersebut menghendaki pihak kerajaan untuk menjadikan prinsip undang-undang antarabangsa relevan pada peringkat domestik. Fokus utama bagi kedua-dua undang-undang ini adalah melindungi nyawa manusia, mengharamkan penyeksaan atau layanan kejam, menetapkan jaminan kehakiman yang asas, melarang diskriminasi dan mengawal selia aspek-aspek hak seperti hak kepada makanan dan kesihatan.
ICRC berperanan dalam mempromosikan dan menyebarkan sebarang maklumat dan input berkenaan UUKA bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri, Jawatankuasa UUKA Malaysia (JUKAM), dan Jabatan Peguam Negara untuk mempromosi UUKA ICRC juga bekerjasama dengan para pelajar dan ahli-ahli akademik dalam bidang UUKA melalui pelbagai program seperti: 1. Malaysia menjadi tuan rumah bagi Persidangan UndangUndang Kemanusiaan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Komanwel Ketiga pada Jun 2011, anjuran ICRC dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dengan sokongan Foreign & Commonwealth Office United Kingdom dan British Red Cross. 2. Oktober 2012, Malaysia dan ICRC menjadi tuan rumah bagi Senior Workshop on International Rules governing Military Operations (SWIRMO) yang keenam di Kuala Lumpur diadakan buat julung kali di Asia. 3. April 2013, ICRC menganjurkan Rundingan Asia dan Timur Tengah tentang Pemerkasaan Perlindungan Undang-Undang untuk Mangsa Konflik Bersenjata. 4. Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan ICRC telah menganjurkan pertandingan mahkamah mut dan pertandingan main peranan UUKA untuk para pelajar setiap tahun.
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN Kemanusiaan (Humanity) Kesaksamaan (Impartiality) Kebebasan (Independence) Ketunggalan (Unity) Kesejagatan (Universality) Sukarela (Voluntary service) Keberkecualian (Neutrality)
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN Hasrat utama Bulan Sabit Merah adalah untuk memberikan pertolongan tanpa mendiskriminasi kepada mereka yang tercedera ketika di medan pertempuran, melindungi nyawa dan kesihatan serta menghormati sesama manusia. Kemanusiaan (Humanity) Kesaksamaan (Impartiality) Meringankan kesengsaraan individu tanpa membezakan bangsa, fahaman politik, kaum, agama, darjat serta memberi laluan kepada kes-kes kecemasan yang serius.
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN Bulan Sabit Merah amat menjaga prinsip kebebasan dalam segala tindakan yang berasaskan perikemanusiaan supaya ia boleh bertindak selaras dengan prinsip pergerakan. Kebebasan (Independence) Ketunggalan (Unity) Terdapat hanya satu Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara dan ianya terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN Gerakan Bulan Sabit Merah adalah satu pergerakan yang meliputi seluruh dunia serta bertindak untuk saling membantu, mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama. Kesejagatan (Universality) Sukarela (Voluntary service) Bulan Sabit Merah adalah badan bukan bermotifkan untung dan ianya badan sukarela.
Gerakan Bulan Sabit Merah merupakan persatuan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan, pertikaian politik, perkauman, agama mahupun ideologi. PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN Keberkecualian (Neutrality)
1948 1950 1961 1962 SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA Cawangan Persatuan Palang Merah British yang pertama mula bertapak di Sabah dan diikuti dengan Sarawak pada April 1948 Cawangan Persatuan Palang Merah British yang pertama mula bertapak di Sabah dan diikuti dengan Sarawak pada April 1948 Persatuan Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Malaysia iaitu di Pulau Pinang. Persatuan Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Malaysia iaitu di Pulau Pinang. Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibaca di Parlimen Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibaca di Parlimen Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) Akta 1961 mula berkuatkuasa. Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) Akta 1961 mula berkuatkuasa.
1963 1965 1975 SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA Pewartaan nama Bulan Sabit Merah atas persetujuan Diraja pada 4 September 1975 (Akta162 Pertukaran nama dan lambang) Pewartaan nama Bulan Sabit Merah atas persetujuan Diraja pada 4 September 1975 (Akta162 Pertukaran nama dan lambang) Persatuan Palang Merah secara rasminya diiktiraf oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dan Liga Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Persatuan Palang Merah secara rasminya diiktiraf oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dan Liga Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Persatuan Palang Merah Malaysia mula mendapatkan kelulusan daripada Parlimen seusai Malaysia ditubuhkan. Persatuan Palang Merah Malaysia mula mendapatkan kelulusan daripada Parlimen seusai Malaysia ditubuhkan.
STRUKTUR ORGANISASI Contoh carta organisasi BSMM kebangsaan
STRUKTUR ORGANISASI Contoh carta organisasi BSMM di IPG
STRUKTUR ORGANISASI Struktur organisasi Bulan Sabit Merah 2024 IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
STRUKTUR ORGANISASI Contoh carta organisasi BSMM guru di sekolah
STRUKTUR ORGANISASI Contoh carta organisasi BSMM murid di sekolah
JENIS KEAHLIAN Ahli Kehormat Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan Ahli Seumur hidup Ahli ini memerlukan permohonan, budi bicara dan kelulusan cawangan Keahlian Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) adalah bersifat terbuka tanpa mengambil kira bangsa, agama, jantina atau politik seseorang. Demi merealisasikan tujuan dan prinsip pergerakan BSMM, ahli-ahli BSMM bergerak dengan memberi sumbangan perkhidmatan bagi mereka yang memerlukan. Mereka terlatih dalam member ipertolongan cemas, rawatan rumah, pendidikan kesihatan dan lain-lain lagi. Ahli Belia Ahli Belia kanak-kanak: tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar Unit Bulan Sabit Muda: tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar Unit Pasukan Sukarela: tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar Pasukan Ahli Sukarela Ahli memerlukan pembayaran sebanyak RM2.00 setahun Ahli Biasa Ahli memerlukan pembayaran sebanyak RM2.00 setahun yang perlu dibuat kepada setiausaha cawangan atau cabang.
PAKAIAN SERAGAM Penggunaan pakaian seragam ini hendaklah dipakai semasa menjalankan tugas rasmi Bulan Sabit Merah Malaysia atau dalam situasi tertentu di mana penggunaan pakaian seragam ini adalah wajar. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: a. Menjalankan tugas sebagai pegawai yang bertanggungjawab; b. Memberi sebarang kenyataan akhbar atau wawancara; c. Penyampaian upacara bunga pada Hari Peringatan/Hari Pahlawan (Peringkat Negeri); d. Menghadiri perarakan pengebumian anggota Bulan Sabit Merah Malaysia; e. Menghadiri acara perbarisan di mana OR1 – NCO3 anggota perbarisan memakai pakaian seragam No. 4; f. Memberi kunjungan atau lawatan rasmi kepada tokoh-tokoh utama negeri atau negara dan pejabat mereka seperti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, DYMM Sultan, TYT Yang di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri dan Ketua Menteri Negeri; g. Dalam semua bentuk lawatan rasmi; h. Sebagai guru pengiring atau mengiring tetamu dalam lawatan; i. Sebarang perarakan atau upacara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan Uniform BSMM No. 2 Pegawai ahli belia, kadet, muda (lelaki/perempuan) pakaian “bush: jacket
PAKAIAN SERAGAM Penggunaan pakaian seragam ini hendaklah dipakai semasa menjalankan tugas harian atau pakaian pejabat yang tidak membentuk sebarang operasi atau latihan fizikal. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: a. Menghadiri mana-mana latihan berasaskan bilik darjah Bulan Sabit Merah Malaysia; b. Untuk dipakai semasa sebarang aktiviti perkhemahan belia atau sukarelawan untuk tujuan rasmi; c. Sebarang perarakan atau upacara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. Uniform BSMM No.3 Pegawai ahli belia, kadet, muda (lelaki/perempuan) & ahli belia (lelaki/perempuan) pakaian kerja
PAKAIAN SERAGAM Uniform BSMM No.3 Pegawai ahli belia, kadet, muda (lelaki/perempuan) & ahli belia (lelaki/perempuan) pakaian kerja Susunan Pemakaian Lencana pada Lengan untuk Pegawai Ahli Belia/Kadet/Muda dan Ahli Belia
PAKAIAN SERAGAM Penggunaan pakaian seragam ini hendaklah dipakai semasa menjalankan tugas harian atau pakaian pejabat yang tidak membentuk sebarang operasi atau latihan fizikal. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: a. Menghadiri mana-mana latihan berasaskan bilik darjah Bulan Sabit Merah Malaysia; b. Untuk dipakai semasa sebarang aktiviti perkhemahan belia atau sukarelawan untuk tujuan rasmi; c. Sebarang perarakan atau upacara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. Uniform BSMM No. 3 Kadet (lelaki/perempuan) pakaian kerja
PAKAIAN SERAGAM Uniform BSMM No. 3 Kadet (lelaki/perempuan) pakaian kerja Susunan Pemakaian Lencana pada Lengan untuk Kadet / Susunan Pemakaian Lencana Kecekapan Kadet
PAKAIAN SERAGAM Penggunaan baju korporat ini hendaklah dipakai oleh Kakitangan/Sukarelawan/Jurulatih semasa menjalankan sebarang operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: a. Sesi pertolongan cemas awam. b. Mesyuarat peringkat rendah luar atau peringkat jabatan. c. Aktiviti perkhemahan. d. Aktiviti mengumpul dana. e. Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. f. Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. g. Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. h. Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. Uniform Korporat BSMM Pegawai ahli belia, kadet, muda (lelaki/perempuan) & ahli belia (guru pelatih sahaja) perekmpuan/lelaki pakaian korporat
PAKAIAN SERAGAM Penggunaan baju kemeja Polo ini hendaklah dipakai oleh Kakitangan/Sukarelawan semasa menjalankan sebarang operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: a. Penyebaran semasa sebarang peristiwa tindak balas bencana. b. Latihan berkala untuk kakitangan dan sukarelawan mengenai tindak balas bencana atau bidang khusus yang relatif. c. Aktiviti perkhemahan. d. Aktiviti mengumpul dana. e. Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. f. Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. g. Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. h. Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. Uniform Mufti BSMM Pegawai ahli belia, kadet, muda (lelaki/perempuan) pakaian mufti
PAKAIAN SERAGAM Penggunaan baju kemeja Polo ini hendaklah dipakai oleh Sukarelawan Belia (antara 18 – 30 tahun) semasa menjalankan sebarang operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: a. Bertugas semasa sebarang peristiwa tindak balas bencana. b. Latihan berkala untuk kakitangan dan sukarelawan mengenai tindak balas bencana atau bidang khusus yang relatif. c. Aktiviti perkhemahan. d. Aktiviti mengumpul dana. e. Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. f. Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. g. Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. h. Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. Uniform Mufti BSMM Ahli belia & kadet (lelaki/perempuan) pakaian mufti
PAKAIAN SERAGAM Penggunaan baju kemeja Polo dan uniform ini hendaklah dipakai oleh Ahli Muda (10 – 12 tahun) untuk aktiviti harian mereka semasa menjalankan sebarang operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: a. Pakaian harian sekolah untuk aktiviti kokurikulum. b. Latihan berkala mengenai lencana kemahiran atau bidang khusus junior belia relatif. c. Tugas pertolongan cemas. d. Aktiviti perkhemahan. e. Aktiviti mengumpul dana. f. Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. g. Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. h. Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. i. Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan Uniform Mufti BSMM Pemuda (lelaki/perempuan) pakaian mufti
PAKAIAN SERAGAM Uniform Mufti BSMM Pemuda (lelaki/perempuan) pakaian mufti Susunan Pemakaian Lencana Kecekapan Muda
LOGO Penggunaan emblem atau lambang ini bertindak sebagai satu simbol yang jelas, mudah dikenali oleh masyarakat sebagai satu gerakan yang dianggotai oleh anggota kumpulan sukarela, bangunan mahupun kenderaan bantuan yang terlibat sewaktu tempoh peperangan. Lambang pergerakan ini juga turut menyifatkan sebagai tanda rawatan perubatan, perlindungan, keselamatan, makanan dan minuman yang menjurus kepada kemanusiaan. Palang Merah Diambil daripada bendera Switzerland Dibentuk ketika Konvensyen Ceneva Pertama Kristal Merah Dibentuk ketika Protokol III Kini hanya digunakan oleh Israel Bulan Sabit Merah Dibentuk ketika Persidangan Diplomatik 1929
LOGO Sehingga kini, hanya 3 emblem yang digunakan iaitu Palang Merah, Kristal Merah dan Bulan Sabit Merah Logo rasmi Bulan Sabit Merah Malaysia yang boleh dilihat pada pakaian seragam
Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat LAGU
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6. Ketunggalan 7. Kesejagatan Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6. Ketunggalan 7. Kesejagatan IKRAR