The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Cenderamata Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhidayahmh, 2021-10-08 11:24:12

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Buku Cenderamata Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021.

Keywords: Inovasi

MAJLIS
HARI INOVASI DBP

2020/2021

Hendak Seribu Daya

DIRASMIKAN OLEH:
YB DATUK MOHAMAD BIN HAJI ALAMIN

TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II

Tarikh : 13 Oktober 2021 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Kaedah : Secara dalam talian

Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP

@DBPMalaysia

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia-Nya, kita diberikan ruang dan kesempatan untuk
bersama-sama meraikan Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 pada hari ini.
Tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana telah berjaya
mengadakan majlis ini bagi menghargai dan mengiktiraf usaha dan inisiatif
berkaitan dengan aspek kualiti, kreativiti dan inovasi yang telah dilaksanakan
oleh karyawan dan rakan sinergik DBP.

Inovasi memerlukan idea, kehendak dan daya usaha yang tinggi untuk
melakukan perubahan. Tema Inovasi DBP 2020/2021, “Hendak Seribu Daya”
amat bertepatan dengan prinsip peri pentingnya anjakan paradigma dalam
membawa perubahan drastik kepada organisasi.

Perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah serta cara bekerja perlu
dilaksanakan dengan penuh iltizam untuk meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan kepada sistem penyampaian perkhidmatan serta memberikan
faedah kepada pelanggan.

Bagi mendepani cabaran pendigitalan dan usaha DBP untuk menjadikan
bahasa Melayu sebagai ekonomi, bahasa Melayu sebagai bahasa negara dan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, transformasi digital yang dilaksanakan
oleh DBP amat dibanggakan.

2 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Pelantar Digital DBP atau JendelaDBP yang dibangunkan untuk
menyebarluaskan maklumat berkaitan dengan fungsi DBP, iaitu bahasa,
sastera, penerbitan dan bidang lain termasuklah sains dan teknologi mengikut
masa sebenar adalah selari dengan kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi kini merupakan manisfestasi usaha yang dijalankan secara
bersungguh-sungguh dengan daya usaha yang ada. Syabas DBP.

Inovasi bukan hanya dilihat menerusi penggunaan sistem atau teknologi
malahan inovasi boleh dilaksanakan oleh staf DBP melalui pengkaryaan dan
penghasilan produk. Bakat staf DBP yang diserlahkan menerusi kreativiti
dalam pengkaryaan juga berupaya melahirkan sumber manusia yang berilmu
dan berupaya mengorganisasikan pemikiran, kehidupan dan memberikan
impak yang baik kepada peningkatan produktiviti organisasi.

Begitu juga dengan penciptaan produk atau perkhidmatan. Peluang dan
ruang yang ada boleh dimanfaatkan oleh staf DBP untuk merealisasikan
inovasi, bak kata pepatah “Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih”.
Maka berdaya usahalah untuk mencapainya.

Oleh itu, Anugerah Inovasi DBP bagi tahun 2020/2021 yang diadakan ini
merupakan satu daripada usaha yang baik untuk mengiktiraf usaha inovasi
yang dilaksanakan oleh karyawan DBP sama ada secara berkumpulan
mahupun usaha kendiri.

Anugerah ini juga adalah untuk meraikan usaha sahabat DBP, iaitu
individu dan organisasi luar yang turut bekerjasama dengan DBP dalam
melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan citra DBP. Syabas,
usaha yang baik ini perlu diteruskan pada masa yang akan datang, iaitu
membina rangkaian jaringan persahabatan untuk manfaat masyarakat dan
organisasi.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada semua karyawan DBP atas usaha dan dedikasi
melakukan perubahan dan berinovasi dalam era ekonomi digital pada masa ini.
Terima kasih kepada sahabat DBP yang seiring dan sejalan mengangkat imej
DBP.

Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YB Datuk Mohamad bin Haji Alamin

Timbalan Menteri Pendidikan II

MajlisHari Inovasi DBP 2020/2021 3

SEMANIS KATA SELEMBUT BICARA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayah-Nya,
Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik dapat menganjurkan Majlis Hari
Inovasi DBP 2020/2021. Seperti yang kita sedia maklumi, dengan keadaan
pandemik di negara kita, Majlis Hari Inovasi DBP pada kali ini tidak dapat
diadakan secara bersemuka, tetapi diadakan secara dalam talian.

Namun demikian, cabaran ini disahut oleh warga kerja DBP dengan
mempelbagaikan dimensi inovasi yang mencakup prosedur kerja, berinovasi
dalam cara berfikir, bertindak dan sanggup berubah agar DBP terus relevan
dan selari dengan keperluan perkhidmatan dan amalan kerja semasa.
Pelaksanaan program dan aktiviti tetap diteruskan dengan amalan norma dan
kebiasaan baharu bagi memastikan DBP sentiasa memberikan perkhidmatan
terbaik dalam tugasan seharian.

“Hendak Seribu Daya” merupakan tema Hari Inovasi DBP yang dipilih
pada tahun ini yang diinspirasikan daripada peribahasa Melayu, “Hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Pemilihan tema ini sangat sesuai dan
bertepatan dengan situasi semasa. Peribahasa ini membawa maksud bahawa
4 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

setiap sesuatu yang ingin dilakukan akan disempurnakan dengan sehabis
upaya walaupun pelbagai rintangan dihadapi ketika melaksanakannya.
Semangat inilah yang disematkan pada sanubari warga kerja DBP demi
memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya
walaupun dalam situasi pandemik. Ternyata inovasi dalam norma dan
kebiasaan baharu ini membuahkan hasil dan memberikan dampak yang positif
kepada DBP, khususnya dan khalayak masyarakat, amnya.

Bagi pihak Lembaga Pengelola DBP, saya mengucapkan syabas dan
tahniah kepada penerima hadiah dan anugerah pada hari ini. Semoga
pengiktirafan ini dapat menyuntikkan semangat kepada warga kerja DBP agar
terus berinovatif dan kreatif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
dan seterusnya menjadikan DBP terus gemilang di persada dunia. Ucapan
terima kasih juga ditujukan kepada rakan sinergi DBP yang bersama-sama
memastikan program kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan terus
bersemarak dan berada pada tahap yang cemerlang.

YBhg. Profesor Datuk Seri Dr. Awang bin Sariyan
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 5

SEKALUNG BUDI SEINDAH BICARA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pandemik COVID-19 menuntut warga kerja DBP untuk bertindak dengan
kreatif dan inovatif dalam norma dan kebiasaan baharu. Penganjuran program,
aktiviti serta penyampaian perkhidmatan dilaksanakan secara dalam talian
dengan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini.
Kesediaan warga kerja DBP terhadap perubahan ini memberikan petanda
positif dan membuktikan warga kerja DBP komited dalam melaksanakan tugas
yang diamanahkan walau pelbagai rintangan dihadapi.

DBP terus mengorak langkah ke arah penghasilan produk dan
perkhidmatan melalui pendigitalan dengan membina pelantar digital
(JendelaDBP). Ternyata pendigitalan telah membantu mengubah kaedah
pelaksanaan program dengan jangkauan yang lebih meluas. Sehingga kini,
semua program yang menggunakan JendelaDBP mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada khalayak. Sehingga 15 September 2021, capaian
JendelaDBP adalah sebanyak 1 582 655 yang meliputi berita, artikel, siaran
radio, siaran televisyen dan penjualan produk penerbitan digital. Semoga
JendelaDBP terus dikenali dan dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan
masyarakat di negara ini dan juga antarabangsa.

6 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan, tahniah dan syabas kepada penerima hadiah dan anugerah
inovasi bagi tahun 2020/2021. Semoga penganugerahan ini akan menjadi
pendorong kepada anda untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan buat penganjur
dan semua Ahli Jawatankuasa Hari Inovasi DBP 2020/2021 yang telah
memberikan sumbangan tenaga dan idea bagi menjayakan majlis ini.
Ketersediaan untuk berubah dan berinovasi merupakan kunci utama kejayaan
organisasi ini. Oleh itu, besar harapan saya agar warga kerja DBP terus
berusaha untuk meningkatkan kreativiti dan melakukan inovasi bagi
menghasilkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang terbaik demi
organisasi tercinta ini.
YBhg. Datuk Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran
Ketua Pengarah DBP

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 7

ATUR CARA

8.30 pagi : Pendaftaran Masuk Tetamu Jemputan/Staf
9.30 pagi : Nyanyian Lagu

• Negaraku
• Dewan Bahasa
• Lagu Inovasi

: Bacaan Doa

: Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Datuk Abang Sallehuddin bin
Abg. Shokeran
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

: Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Mohamad bin Haji Alamin
Timbalan Menteri Pendidikan II

: Tayangan Video Montaj Hari Inovasi DBP 2020/2021

: Pelancaran Manual Prosedur Kerja: Perolehan dan Bayaran
DBP

: Penyampaian Watikah Pelantikan
• Juruaudit Dalam MS ISO Dewan Bahasa dan Pustaka
Sesi 2021 - 2025
• Juruaudit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA) Dewan Bahasa dan Pustaka Sesi 2021 - 2025

: Persembahan Lagu Puisi oleh Kumpulan Nada Aksara

: Penyampaian Hadiah Cadangan Inovasi DBP

: Penyampaian Anugerah Inovasi dan Citra DBP
• Anugerah Citra Karya DBP
• Anugerah Citra Program DBP
• Anugerah Citra Sahabat DBP
• Anugerah Inovasi Ketua Pengarah DBP

: Persembahan Lagu Puisi oleh Kumpulan Lasykar Seni
11.30 pagi : Bersurai

Pengacara Majlis : Encik Mohamad Faizal bin Jamil
Puan Nik Syahirah binti Nik Sharifuddin

Pembaca Doa : Encik Dinie Asyraf bin Rodzi

8 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

LATAR BELAKANG

Majlis Sambutan Hari Inovasi DBP merupakan kemuncak bagi
memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada usaha dan inisiatif
berkaitan dengan aspek kualiti, kreativiti dan inovasi yang telah dilaksanakan
oleh warga kerja DBP.

Semenjak tahun 2010, DBP telah memberikan pengiktirafan inovasi
kepada warga kerja mahupun kumpulan kerja yang telah menyumbang
kepada pelaksanaan inovasi sama ada dalam bentuk perubahan sistem dan
prosedur kerja mahupun penambahbaikan kaedah penyampaian
perkhidmatan.

Pengiktirafan inovasi DBP diberikan untuk menggalakkan lebih ramai
warga kerja dan rakan sinergi DBP mengambil bahagian dalam mencetuskan
idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam usaha penambahbaikan yang
berterusan bagi setiap bidang tugas yang sekali gus membantu
meningkatkan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan dan penghasilan
produk kepada pelanggan. Selain itu, pengiktirafan inovasi DBP juga
bertujuan menyuburkan serta menggalakkan budaya serta amalan
mengutamakan inovasi dan kreativiti bagi mewujudkan pembaharuan dan
transformasi dalam cara berfikir serta kaedah pelaksanaan kerja supaya lebih
cekap dan berkesan.

“Hendak Seribu Daya” merupakan tema yang dipilih pada tahun ini.
Tema ini mencerminkan semangat warga kerja DBP dalam melaksanakan
tugas walaupun negara berdepan dengan pandemik COVID-19. Demi
menyempurnakan tugas dan tanggungjawab terhadap organisasi tercinta ini,
warga kerja DBP terus berusaha untuk berubah dan menyesuaikan diri
dengan norma dan kebiasaan baharu serta berfikiran kreatif dan inovatif bagi
memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada masyarakat.

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 9

SENARAI PENERIMA
HADIAH DAN ANUGERAH

HADIAH
CADANGAN INOVASI DBP

Hadiah Cadangan Inovasi DBP merupakan penghargaaan dan pengiktirafan
yang diberikan kepada warga DBP yang telah menyumbangkan
cadangan/idea inovasi penambahbaikan penghasilan produk dan
penyampaian perkhidmatan DBP kepada pelanggan.

Hadiah:
Wang Tunai RM250.00

Sijil Penghargaan

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 11

Pemenang
PUAN MARDHIAH BINTI OTHMAN

(Bahagian Perkamusan)

PAMFLET DIGITAL KAMUS-KAMUS DBP
https://mylink.la/kamusdbp

Cadangan inovasi yang dikemukakan
ialah konsep pembangunan pamflet
menggunakan kemudahan aplikasi papan
pemuka (dashboard) mylink.la. Idea ini
merupakan pembaharuan dari segi
perkongsian alat sebaran merentas
pelantar (platform) pada satu pautan
induk yang terbina daripada berbilang
pautan lain. Dengan terciptanya pamflet
digital ini, penyedia hanya perlu berkongsi
kandungan promosi dalam bentuk pautan
URL atau kod QR yang akan membawa
pembaca kepada pautan-pautan berbeza
dan sedia dikunjungi pada bila-bila masa.
Idea ini dapat membantu mencapai
aspirasi DBP untuk peremajaan DBP dan
pemerkasaan citra DBP.

12 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

ANUGERAH
CITRA KARYA DBP

Anugerah Citra Karya DBP merupakan pengiktirafan yang diberikan
kepada karya yang dihasilkan oleh karyawan DBP dalam bentuk
penulisan ilmiah dan kreatif yang telah berjaya meningkatkan citra
DBP dan memberikan impak kepada DBP untuk menyebarluaskan
dan memartabatkan bahasa, sastera dan persuratan Melayu.
Anugerah ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Karya Ilmiah dan
Karya Kreatif.

Hadiah:
Wang Tunai RM1 000.00

Plak Penghargaan
Sijil Penghargaan

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 13

Pemenang
Kategori Karya Ilmiah

ENCIK MUHAMMAD FADHLI AL-AKITI
(Bahagian Majalah)

“HOMAJ INTERTEKSTUALITI P.RAMLEE PADA PENDEKAR
BUJANG LAPOK: DARIPADA SANSHIRO SUGATA,
KARYA AWAL AKIRA KUROSAWA”

Karya yang berbentuk jurnal ini
menampilkan kekuatan ilmu
kesusasteraan dalam perkembangan
medium industri skrin (filem adaptasi).
Hasil ilmu kesusasteraan boleh diguna
pakai selain bidang sastera dan
meletakkan nilai terhadap pelbagai jenis
karya komersial. Karya ini telah
diterbitkan dalam Jurnal Pangsura atau
Jurnal Pengkajian dan Penelitian
Sastera Asia Tenggara terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka Negara Brunei
Darussalam yang memuatkan pengkajian
dan penelitian sastera hasil para
pemakalah negara anggota MASTERA,
iaitu Brunei Darussalam, Indonesia,
Malaysia dan Singapura serta dari negara
Asia Tenggara lain.

14 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Pemenang
Kategori Karya Kreatif

PUAN HASNI BINTI JAMALI
(Bahagian Pengembangan Kesusasteraan

Kanak-kanak dan Remaja)

“SAAT HUJAN TURUN” (SKRIP DRAMA RADIO)

Karya ini mengisahkan watak Ibu yang sudah
tua dan nyanyuk, masih tidak mahu
menerima kenyataan bahawa anak
sulungnya meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya dan menuduh orang
lain penyebab anaknya meninggal dunia.
Karya ini membicarakan isu kekeluargaan,
nilai-nilai murni, kesetiaan, unsur ketuhanan
dan kasih sayang. Karya ini juga
menawarkan pengalaman estetika yang
memberikan pengajaran nilai kekeluargaan
dan kemanusiaan sejagat.

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 15

ANUGERAH
CITRA PROGRAM DBP

Anugerah Citra Program DBP merupakan pengiktirafan yang
diberikan kepada program atau projek yang dinilai sebagai terbaik
dan berjaya meningkatkan citra DBP dan memberikan impak
dalam menyebarluaskan serta memartabatkan bahasa, sastera
dan persuratan Melayu. Program atau projek yang dimaksudkan
ialah produk dan perkhidmatan dalam bidang bahasa, penerbitan
dan pengurusan DBP yang dinilai sebagai terbaik.

Hadiah:
Wang Tunai RM2 000.00

Plak Penghargaan
Sijil Penghargaan

16 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Pemenang

KAMUS DEWAN PERDANA

(Bahagian Perkamusan)

Kamus Dewan Perdana menjadi rujukan
utama masyarakat, pendidik, pelajar,
pengkaji dan pencinta bahasa.
Ketinggian mutu dan kehebatan ilmu
yang terakam dalam kamus ini diharap
menjadi warisan kepada generasi akan
datang sejajar dengan pembentukan
bangsa Malaysia yang berbahasa
Melayu tinggi, berilmu dan bertamadun.
Kamus ini bakal menjadi ikon serta
penerus legasi DBP dalam
pemeliharaan khazanah bahasa dan
persuratan Melayu. Penerbitan kamus
ini dapat memenuhi aspirasi negara
dalam usaha pembinaan,
pengembangan dan pembakuan bahasa
Melayu sejajar dengan akta DBP dalam
Perlembagaan Malaysia. Kamus ini
mampu menjadi rujukan terkini
masyarakat pengguna bahasa Melayu di
seluruh negara, Nusantara malah ke
seluruh persada dunia.

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 17

ANUGERAH
CITRA SAHABAT DBP

Anugerah Citra Sahabat DBP merupakan pengiktirafan yang
diberikan kepada pihak luar sama ada kepada individu,
persatuan, syarikat, pertubuhan, agensi dan sebagainya yang
telah memainkan peranan penting dan berkesan dalam
membantu DBP menyebarluaskan dan memartabatkan bahasa,
sastera dan persuratan Melayu.

Hadiah:
Kamus Dewan Perdana

Plak Penghargaan
Sijil Penghargaan

18 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Penerima
Kategori Individu
PROF. MADYA DR. ADI YASRAN BIN ABDUL AZIZ

Prof. Madya Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz merupakan Pakar
Rujuk Pengesahan Bahasa dalam Iklan, Ahli Jawatankuasa buku
Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan dan Pakar
Rujuk Ejaan Jawi Kamus Dewan Perdana. Kerjasama dan
khidmat nasihat beliau kepada DBP bermula sejak tahun 2014
dan kebanyakan khidmat yang diberikan tanpa mengenakan
sebarang bayaran.

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 19

Penerima
Kategori Individu
ENCIK SAADIN BIN ABDULLAH

Encik Saadin bin Abdullah telah mewujudkan sebuah saluran
YouTube atas inisiatif sendiri dengan menggunakan nama Zaidin Abadi
bermula pada tahun 2020. Saluran YouTube beliau memuatkan video
Bicara Buku Kita, Karya dan Karyawan, Baca Cerpen, Sembang-
sembang dan Sejarah Silam Kedah serta Sejarah Perkembangan Seni
Lukis.

20 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Penerima
Kategori Sektor Awam
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI (JPT)

Jabatan Pendidikan tinggi (JPT) telah membantu DBP
menyebarluaskan bahasa Melayu ke seluruh dunia melalui
perkongsian maklumat dengan pelajar luar negara dan
menyemarakkan minat pelajar asing untuk belajar dan menguasai
bahasa Melayu. Program bersama-sama JPT ini juga telah
mempromosikan DBP sebagai pusat rujukan utama bahasa Melayu.

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 21

Penerima
Kategori Sektor Awam
MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN)

Majlis Sukan Negara (MSN) telah bekerjasama dengan DBP melalui
beberapa siri program bual bicara menerusi Studio Siaran Langsung
Media Sosial DBP. Kerjasama ini bermula sejak Februari 2021.
Sebanyak tiga slot rancangan telah dilaksanakan, antaranya
termasuklah Sukan sebagai Kerjaya Pilihan, Kami Sedia Tawan Dunia
dan Kayuhan Emas Olimpik. Melalui ini, pelayar media sosial DBP
mendapat maklumat berkaitan kisah di sebalik tabir atlet negara
termasuk atlet paralimpik.

22 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Penerima
Kategori Sektor Swasta
TRANSLIFE EDUCATION SDN. BHD.

Translife Education Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pembangun
dan pembelajaran dalam talian untuk sekolah menengah. Syarikat ini telah
menganjurkan Kuiz Maya Semarak Bahasa Kebangsaan bermula pada
bulan September 2020 sehingga kini. Syarikat ini membiayai kos
pelaksanaan kuiz, honorarium pembimbing dan pemudah cara serta
penyediaan teks. Program kuiz yang dianjurkan oleh syarikat ini telah
berjaya mewujudkan rasa sepunya dan bangga akan bahasa dan sastera
kebangsaan dalam kalangan peserta.

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 23

Penerima
Kategori Persatuan/Pertubuhan
KELAB SIAM SEKTOR AWAM (KESSA)

Kelab Siam Sektor Awam (KESSA) menunjukkan kesungguhan dan
komitmen yang berterusan dalam usaha mengembangkan bahasa dan
persuratan Melayu dalam kalangan masyarakat berketurunan Siam.
Kelab ini aktif dan konsisten melaksanakan aktiviti bahasa dan sastera
secara berkala sejak tahun 2011 dan telah melahirkan ramai penulis
dalam kalangan masyarakat Siam.

24 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Penerima
Kategori Persatuan/Pertubuhan
PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN (PSKK)

Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) telah bekerjasama dengan
DBP sejak tahun 2019 sehingga kini. Kerjasama ini menonjolkan citra
DBP sebagai badan yang memartabatkan sastera (penggunaan pantun
Melayu) dan bahasa (seni khat dan tulisan Jawi) serta meningkatkan
minat masyarakat terhadap pantun, seni khat dan tulisan Jawi.

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 25

Penerima
Kategori Persatuan/Pertubuhan

PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT
PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
(PERTIS) telah bekerjasama dengan DBP melalui beberapa siri
program bual bicara menerusi Studio Siaran Langusng Media Sosial
DBP untuk berkongsikan maklumat dan pandangan berkaitan dengan
isu-isu semasa komuniti OKU penglihatan meliputi pelbagai topik yang
boleh membuka minda masyarakat berkaitan kecaknaan dan
keprihatinan masyarakat terhadap komuniti OKU, khususnya OKU
penglihatan. PERTIS juga bergiat aktif dalam menerbitkan koleksi
bahan-bahan bacaan bahasa Melayu dalam bentuk Braille agar lebih
mudah diakses oleh komuniti OKU penglihatan.

26 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Penerima
Kategori Media Elektronik

RADIO SINAR FM

Radio Sinar FM banyak mempromosikan dan mendidik masyarakat
tentang kosa kata dalam bahasa Melayu bersumberkan Kamus
Dewan Edisi Keempat melalui penyiaran segmen “Satu Hari Satu
Kata”.

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 27

ANUGERAH
INOVASI KETUA PENGARAH DBP

Anugerah Inovasi Ketua Pengarah DBP merupakan pengiktirafan
kepada hasil inovasi yang telah dilaksanakan oleh
Jabatan/Cawangan/Wilayah/Bahagian/Unit, khususnya dalam
aspek penyampaian perkhidmatan serta peningkatan citra DBP.

Hadiah:
Wang Tunai RM3 000.00

Plak Penghargaan
Sijil Penghargaan

28 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Pemenang
PELANTAR DIGITAL DBP (JendelaDBP)

(Jabatan Penerbitan)

Pelantar Digital DBP (JendelaDBP) memanifestasikan kreativiti dan
merealisasikan inovasi kerana direka bentuk secara khusus dengan
penampilannya yang menarik serta menjadi wahana untuk DBP
menempatkan bahan-bahan penerbitan digital DBP di bawah “satu
bumbung” di samping mempromosikan dan memasarkan sendiri produk
penerbitan DBP. Lima ruang utama yang terdapat dalam JendelaDBP ialah
Sohor Kini, e-Majalah, Ujana, TV DBP dan Radio DBP. JendelaDBP
bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan dengan fungsi DBP,
iaitu bahasa, sastera, penerbitan dan bidang lain termasuklah sains dan
teknologi mengikut masa sebenar selari dengan kemajuan teknologi
maklumat dan komunikasi kini.

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 29

JURUAUDIT DALAM MS ISO
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

SESI 2021 - 2025

JURUAUDIT DALAM MS ISO
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SESI 2021 - 2025

Encik Mohd Puan Faizah binti
Riduwan bin Wahab Hashim

Ketua Bahagian Ketua Bahagian

Penyelidikan Bahasa Pentadbiran Am

Puan Jalilah binti Encik Juhari bin Dr. Syaidul Azam bin
Bongkek Jusoh Kamarudin

Ketua Bahagian Ketua Urus Setia Perancang Bahasa (S48)

Keselamatan Lembaga Pengelola DBP Cawangan Sarawak

Puan Sylee Riza Encik Zukari bin ismail Puan Jennitah binti
binti Arif Perancang Bahasa Noordin
(S48)
Perancang Bahasa (S48) Perancang Bahasa (S48)
Bahagian Buku Sekolah
Bahagian Dasar dan DBP Cawangan Sabah

Perancangan Strategik

Puan Ritah binti Yahaya Encik Mohamad bin
Perancang Bahasa (S44) Ibrahim

Bahagian Majalah Perancang Bahasa

(S44)

DBP Wilayah Tengah

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 31

Puan Fauziah binti Encik Noordin bin
Hassan Zainal Abidin

Perancang Bahasa (S44) Perancang Bahasa (S44)

Akademi DBP DBP Cawangan Sabah

Puan Hasliha @ Nor Puan Seri Banon binti Puan Hajah Azihani
Hasliha binti Mat Zabidi Md Kasim binti Md Mizan
Perancang Bahasa (S44)
Perancang Bahasa (S44) Perancang Bahasa (S44)
Bahagian Buku Umum
Bahagian Penyelidikan Bahagian Buku Sekolah

Sastera

Puan Haziah binti Encik E Pian Puan Roslin binti Majidi
Che Husin a/l Prp Paul Perancang Bahasa (S44)
Perancang DBP Cawangan Sarawak
Perancang Bahasa
(S44) Bahasa (S44)

Bahagian DBP Wilayah
Pengembangan
Kesusasteraan Kanak- Utara
kanak dan Remaja

Puan Fazilah binti Puan Roslida binti
Mohamedeni Mustapha

Perancang Bahasa S44 Perancang Bahasa S44
Bahagian Buku Sekolah Bahagian Penyelidikan

32 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 Bahasa

Puan Huznah binti Encik Nor Muhamad
Sa'it bin Mat Zain

Perancang Bahasa S44 Perancang Bahasa S44
Bahagian Bahagian Penyelidikan
Pengembangan Bahasa
Kebangsaan Pelbagai Sastera
Kaum

Puan Salona Puan Emyliza Sharida Puan Stephanie Lenya
binti Salleh binti Asari anak Chaong
Perancang Bahasa
Perancang Bahasa (S44) Perancang Bahasa (S44)
(S44) Bahagian Ensiklopedia DBP Cawangan Sarawak
Bahagian
Perkamusan

Encik Mohd Hafizi Puan Siti Suhana Puan Aimi Umaimah
bin Ahmad binti Mohd Amir binti Hashim Musaimi
Perancang Bahasa (S44)
Perancang Bahasa (S44) Pustakawan (S44)
Bahagian Promosi dan Bahagian Multimedia Pusat Dokumentasi
Pengiktirafan
Melayu

Encik Mohd Hiezam Puan Rohana bin
bin Hashim Yahaya

Pustakawan (S44) Pegawai Teknologi
Pusat Dokumentasi
Maklumat (F44)
Melayu
Bahagian Sistem

Maklumat

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 33

Puan Nurul Fauziana Puan Saadiah binti Md
binti Amat Shah

Pegawai Tadbir (N44) Pegawai Tadbir (N44)

Bahagian Pengurusan Bahagian Pengurusan

Sumber Manusia Sumber Manusia

Puan Naziana Azlin binti Puan Nor Atikah binti Puan Noor Hidayah
Ibrahim Buang binti Abdul Jalil

Akauntan (WA44) Perancang Bahasa (S41) Perancang Bahasa

Bahagian Kewangan dan Bahagian Peristilahan (S41)

Bekalan dan Leksikologi Bahagian Buku Sekolah

Puan Noor Ainna binti Puan Shakira binti Encik Mohd Rusdi bin
Abd Hamid Khairudin Mat Rakib

Perancang Bahasa Perancang Bahasa Perancang Bahasa

(S41) (S41) (S41)

DBP Cawangan Sabah Bahagian Majalah Bahagian Harta Intelek

Encik Safwan bin Encik Amizi Ikman bin
Sanusi Amran

Perancang Bahasa Perancang Bahasa (S41)
(S41)
Bahagian Pembinaan
Bahagian Pengeluaran
dan Penyelarasan Bakat dan Kepakaran
Penerbitan

34 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Puan Nurul Haziqah Encik Amirul Amzar
binti Mohd Salim bin Anuar

Pegawai Tadbir (N41) Pegawai Tadbir (N41)

DBP Cawangan Sabah Bahagian Dasar dan

Perancangan Strategik

Puan Siti Zubaidah Encik Shamsul Encik Ahmad Fazly bin
binti Mishan @ Mohd Firdaus bin Rizyan Sahar
Penolong Perancang
Amin Penolong Perancang
Pegawai Tadbir (N41) Bahasa (S38)
Bahasa (S38)
Bahagian Dasar dan Bahagian Peristilahan
DBP Cawangan Sabah
Perancangan Strategik dan Leksikologi

Encik Noh bin Ahmad Puan Rosilawati Puan Hawa Zurina
Penolong Pegawai binti Yusof binti Ra’ee
Tadbir (N32)
Penolong Pegawai Penolong Akauntan
Bahagian Pemasaran
dan Pengedaran Tadbir (N32) (W32)

Bahagian Pengurusan Bahagian Kewangan

Sumber Manusia dan Bekalan

Puan Ku Nurul Puan Aida Rohayu
Hidayah binti Ku binti Azmi
Abdul Rahman
Penolong Perancang Penolong Perancang

Bahasa (S29) Bahasa (S29)

Bahagian Buku Sekolah Bahagian Penyelidikan

Bahasa

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 35

Encik Alias bin Puan Zarina binti Ja’afar
Hazelah Penolong Pegawai Tadbir

Penolong Pegawai (N29)
Bahagian Kewangan dan
Tadbir (N29)
Bekalan
Bahagian Pentadbiran

Am

Encik Mohamad Azli Puan Norhayati binti
bin Abdul Wahab Darus
Penolong Pegawai
Penolong Pegawai
Tadbir (N29)
Tadbir (N29)
Bahagian Dasar dan
Pentadbiran Jabatan
Perancangan Strategik
Penerbitan

36 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

JURUAUDIT DALAM
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR

AWAM (EKSA)
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

SESI 2021 - 2025

JURUAUDIT DALAM
EKSA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

SESI 2021 - 2025

Encik Mohd. Fadzli YBrs. Dr. Haji Santrol
bin Tajuid bin Abdullah

Ketua Bahagian Ketua Akademi DBP

Peristilahan dan

Leksikologi

Puan Faizah binti Shahrun Nizal bin Encik Adnan bin
Hashim Mohd Nor Abdul Majid

Ketua Bahagian Perancang Bahasa Perancang Bahasa

Pentadbiran Am (S44) (S44)

Bahagian Akademi DBP

Penyelidikan Sastera

Puan Ritah binti Puan Hasliha @ Nor Puan Edith Sulie
Yahaya Hasliha binti Mat Bidas Perancang
Zabidi
Perancang Bahasa Perancang Bahasa Bahasa (S44)

(S44) (S44) DBP Cawangan

Bahagian Majalah Bahagian Buku Umum Sarawak

Puan Roslida binti Puan Mardhiah binti
Mustapha Othman

Perancang Bahasa (S44) Perancang Bahasa (S44)
Bahagian Penyelidikan
Bahasa Bahagian Perkamusan

38 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Puan Azura binti Puan Hajijah binti
Mohd Halid Mainol Perancang

Perancang Bahasa Bahasa (S44)

(S44) DBP Cawangan

DBP Wilayah Selatan Sarawak

Puan Noorzanani Puan Nurul Hafizah Puan Aimi Umaimah
binti Kata binti Che Mat Ruddin binti Hashim Musaimi

Perancang Bahasa Perancang Bahasa Pustakawan (S44)

(S44) (S44) Pusat Dokumentasi

DBP Cawangan Sabah Akademi DBP Melayu

Puan Norlina binti Md Puan Kasima binti Puan Zulaini binti
Amin Salinri Yahya

Pegawai Teknologi Perancang Bahasa Pegawai Teknologi

Maklumat (F44) (S41) Maklumat (F44)

Bahagian Sistem DBP Cawangan Sabah Bahagian Sistem

Maklumat Maklumat

Puan Nur Anis Puan Shuhailey binti
Salwani binti Awang Mahamad
Mohammad Perancang
Perancang Bahasa
Bahasa (S41)
(S41)
DBP Wilayah Timur
Bahagian Buku Sastera

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 39

Encik Azimin bin Puan Roshasliza binti
Daud Sulaiman

Perancang Bahasa Perancang Bahasa
(S41)
(S41)
Bahagian
Pengembangan Bahasa DBP Wilayah Utara
Kebangsaan Pelbagai

Kaum

Encik Mohd Rusdi bin Encik Dinie Asyraf Puan Norhana binti
Mat Rakib bin Rodzi Mohamad

Perancang Bahasa Perancang Bahasa (S41) Pustakawan (S41)
(S41) Pusat Dokumentasi
Bahagian Peristilahan
Bahagian Harta Intelek Melayu
dan Leksikologi
Puan Fatin Nadhirah Puan Shuhailey binti
binti Rafeek Ahmad Mahamad

Pustakawan (S41) Perancang Bahasa (S41)
Pusat Dokumentasi Bahagian Buku Sastera

Melayu Puan Fatin Nabilah Encik Iskandar bin
binti Nor Ekhsan Dhalan
Pustakawan (S41)
Pegawai Tadbir (N41)
Pusat Dokumentasi
Bahagian Pentadbiran
Melayu
Am

Puan Nurul Haziqah Encik Noor Syazanee Puan Siti Hanim binti
binti Mohd Salim bin Noor Haris Yunus

Pegawai Tadbir (N41) Pegawai Tadbir (N41) Penolong Perancang

DBP Cawangan Sabah Bahagian Pengurusan Bahasa (S32)

Sumber Manusia Bahagian Buku Kanak-

kanak dan Remaja

40 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Puan Nur Fadilah binti Puan Hawa Zurina
Ganti Salim binti Ra’ee

Penolong Perancang Penolong Akauntan

Bahasa (S32) (W32)

Bahagian Buku Kanak- Bahagian Kewangan

kanak dan Remaja dan Bekalan

Puan Hurul Najwa Encik Noor Adzmi Puan Mulitta A/P Anbalagan
binti Samsudin bin Ismail Penolong Perancang
Bahasa (S29)
Penolong Perancang Penolong Perancang
Bahagian Pengembangan
Bahasa (S29) Bahasa (S29) Bahasa Kebangsaan
Pelbagai Kaum
Bahagian Pemasaran Bahagian Pemasaran

dan Pengedaran dan Pengedaran

Puan Nurshuhaida Puan Nurul Fadhilah Encik Mohd Roshan
binti Mohd Aris binti Awang bin Basrah

Penolong Perancang Penolong Pegawai Penolong Pegawai Tadbir
Teknologi Maklumat
Bahasa (S29) (N29)
(FA29)
Bahagian Peristilahan Bahagian Sistem Bahagian Dasar dan

dan Leksikologi Maklumat Perancangn Strategik

Puan Haziana binti Puan Norhayati Encik Elmirezza bin
Ramli binti Darus Shafee

Penolong Pegawai Penolong Pegawai Penolong Pegawai

Tadbir (N29) Tadbir (N29) Tadbir (N29)

Bahagian Pemasaran dan Pentadbiran Jabatan Bahagian Kewangan

Pengedaran Penerbitan dan Bekalan

Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021 41

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih

kepada
YB Datuk Mohamad bin Haji Alamin

Timbalan Menteri Pendidikan II
YBhg. Profesor Datuk Seri Dr. Awang bin Sariyan

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP
YBhg. Datuk Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
YBrs. Tuan Haji Md Johari bin Hasan
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

YBrs. Tuan Haji Abd. Halim bin Haji Harun
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
YBrs. Dr. Hazami bin Jahari

Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan
Pengarah-pengarah Jabatan dan Ketua-ketua Bahagian

Semua AJK Induk dan AJK Pelaksana
Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

Semua pihak yang menjayakan Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021

42 Majlis Hari Inovasi DBP 2020/2021


Click to View FlipBook Version