Muka Surat | i | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Nama Guru : ……………………………………………………….……………… Alamat Sekolah : 49/3, Jalan Awang Daik, 86800 Mersing Johor No. Tel / Fax Sekolah : 07-7996272 Alamat Rumah : ………………………………………………………………………. No. Telefon : ……………………………………………………….…… Nama Skim / Gred Perkhidmatan Sekarang : ……………………………………… Tarikh Mula Berkhidmat : ……………………………………… Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : ……………………………………… Tarikh Disahkan Dalam Jawatan : ……………………………………… Tarikh Dimasukkan Ke Dalam Perkhidmatan Sekarang : ……………………………………… Bulan Naik Gaji : …………………………….. No. Gaji : …………………… Taraf Jawatan : ………………………… Gred Jawatan : …………………… No. Fail JPNJ : ……………………………………………………….………………… No. Cukai Pendapatan : ……………………………………………………….………………… Waris Terdekat : ………………………..………….. Hubungan : ……………… Alamat Waris : …………………………………………………………………………………………………………….. No. Telefon Waris Sekiranya Berlaku Kecemasan : ……………………………………..……….. KETERANGAN PERIBADI Website : Emel / Login id : ………………………………………………………………………………………. Kata laluan : ………………………………………………………………………………………. Nota : ..……………………………………………………………………………………... Pengurusan Kata Laluan Website : Emel / Login id : ………………………………………………………………………………………. Kata laluan : ………………………………………………………………………………………. Nota : ..……………………………………………………………………………………... Website : Emel / Login id : ………………………………………………………………………………………. Kata laluan : ………………………………………………………………………………………. Nota : ..……………………………………………………………………………………...
Muka Surat | ii | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 1 Keterangan Peribadi i 2 Isi Kandungan ii 3 Tinta Pengetua iii 4 Barisan TS25 SMAAM iv 5 Carta Organisasi Pengurusan dan Kakitangan SMAAM Sesi 2023/2024 v 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 vi 7 Program Transformasi Sekolah 2025 KONSEP TS25 vii 8 Pendidikan Holistik 2.0 JPN JOHOR viii 9 Sekolahku SEJAHTERA viii 10 7 Teras Utama Kementerian Pendidikan Malaysia ix 11 Anak yang Baik lagi Cerdik x 12 Pendekatan Bertema dalam Pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan xi 13 Perancangan Strategik JPN Johor 2023 - 2025 xii 14 Hala Tuju Pengarah Pendidikan Negeri Johor (4DX) xiii 15 Senarai Tugasan Guru 1 16 Jadual Pembayaran Gaji 2023 2 17 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3 18 Visi, Misi, Moto, Slogan Dan Piagam Pelanggan SMAAM 4 19 Profil SMAAM Dan Lencana Sekolah 5 20 Lagu SMAAM 6 21 Latar Belakang Dan Sejarah Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing 7 - 9 22 Kronologi Kurikulum SMAAM 10 23 Senarai Nama Pengetua Sek. Men. Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing Dari Tahun 1951 – Kini 11 24 Memori: Bangunan SMAAM 12 - 15 25 Surat Lantikan Sebagai Ahli Jawatankuasa Dalam Bidang Dan Unit-Unit ▪ Pengurusan Dan Pentadbiran ▪ Pengurusan Hal Ehwal Murid ▪ Pengurusan Kokurikulum 16 24 Surat Aku Janji Guru 17 - 18 25 A - Hala Tuju PPM TS25 SMAAM Sesi 2023/2024 19 - 20 26 B - Panduan Am Guru Dan Sekolah 20 - 24 27 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986 – Panitia Mata Pelajaran 25- 27 28 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Pilihan Kementerian Pelajaran Malaysia 28 - 34 29 Bekerja Sebagai Ibadah: Meningkatkan Sikap Integriti 35 - 42 30 Tugas dan Tanggungjawab Sebagai Guru Sungguh Mulia di Sisi Allah 43 - 45 31 Penggal Persekolahan Sesi 2023/2024 47 32 Cuti Perayaan dan Hari Kelepasan Am Negeri Johor DT Sesi 2023/2024 48 33 Takwim Minggu Persekolahan Sesi 2023/2024 49 34 Takwim Peperiksaan Sesi 2023/2024 50 35 Senarai Nama, Kelulusan Dan Jawatan Guru 51 - 56 36 Senarai Nama, Kelulusan Dan Jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 57 37 Senarai Ahli Kumpulan Guru Bertugas Mingguan 58 38 Jadual Guru Berucap / Bertugas di Perhimpunan Mingguan Sesi 2023/2024 59 - 60 39 Senarai Mata Pelajaran yang Diajar Mengikut Kelas Sesi 2023/2024 61 - 62 40 Jadual Pemantauan Pengajaran Dan Pemudahcaraan Sesi 2023/2024 63 41 Bidang Tugas Dan Jawatankuasa Pentadbiran SMAAM Sesi 2023/2024 64 - 76 42 Bidang Tugas Dan Jawatankuasa Kurikulum SMAAM Sesi 2023/2024 77 - 84 43 Bidang Tugas Dan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SMAAM Sesi 2023/2024 85 - 93 44 Bidang Tugas Dan Jawatankuasa Kokurikulum SMAAM Sesi 2023/2024 94 - 105 45 Takwim Aktiviti SMAAM Sesi 2023/2024 106 - 119 46 Senarai Pertemuan Dan Perbincangan Profesional 120 - 129 47 Kalendar Perancangan Sesi 2023/2024 130 - 144 48 Borang Minit Curai 145 - 150 49 Laporan Program 151 - 154 50 Nota 155 - 185 ISI KANDUNGAN
Muka Surat | iii | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 TINTA PENGETUA السالم عليكم ورمحة اهلل وبركاته Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita warga pendidik ‘SMAAM HEBAT’ terus diberi peluang dan kesempatan untuk menabur bakti, menyumbang idea, dan tenaga. Penghasilan Buku Perancangan Pengurusan SMAAM Sesi 2023/2024 ini diharap dapat menjadi panduan kepada tenaga pengajar dan staf dalam pelaksaan tugas sesi 2023/2024 yang lebih mantap dan berkesan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 kini memasuki Gelombang ke-3. Bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam PPPM, semua warga SMAAM Hebat perlu melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini dengan penuh integriti, jujur dan berkualiti. Warga SMAAM HEBAT juga perlu mempertingkatkan kualiti kerja ke arah kemenjadian murid walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran norma baharu. Kemenjadian murid berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Pembelajaran Abad ke-21 dizahirkan melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Era digital pembelajaran secara atas talian menjadi perkara normal dan norma baharu yang perlu dihadapi oleh para pendidik dan semua murid, alah bisa tegal biasa. Justeru, saya berharap agar setiap warga SMAAM HEBAT sama-sama mengambil tindakan yang proaktif dalam mendukung misi dan visi sekolah ini serta aspirasi yang digarap dalam PPPM 2013-2025. Marilah kita sederap melangkah dan berganding bahu dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan ini dengan sedaya upaya kita agar SMAAM HEBAT terus duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan institusi pendidikan yang lain. Akhir kata, semoga sesi persekolahan 2023/2024 ini akan seiring dengan azam dan tekad mencapai prestasi yang membanggakan dan melakar kejayaan yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum, dan sahsiah terpuji warganya. Namun, cabaran dan transformasi yang bakal datang, kita harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka dengan kesatuan hati dan semangat berpasukan untuk mencapai kecemerlangan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. ٱَّلل ََّ َ ر َ ك َ ذ َ و َ ٱٓأۡل يخر َ م ۡ و َ ۡ ٱۡل َ و ٱَّلل ََّ ْ وا ُ ج ۡ ر َ ي َ ن َ ن َك َ يم ل ٞ ة َ ن سَ َ ح ٌ ة َ و ۡ س ُ ي أ ويل ٱَّلل َّ ُ س َ يِف ر ۡ م كُ َ ل َ ن َ َك ۡ د َ ق َّ ل ا ثيريٗ َ ك Maksudnya: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah taala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa sedih dan senang)”. - Surah Al-Ahzab: Ayat 21 - Sekian, terima kasih. Seuntai Kasih, Seteguh Ingatan, .............................................. TN. HJ. ZULKEFFLE BIN MUHAMMAD Pengetua SMA Al- Khairiah Al-Islamiah Mersing
Muka Surat | iv | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 BARISAN TS25 SMAAM Dari Kiri Belakang: Annur Ayuni Binti Mohamed, Norliyana Binti Mhd. Amin, Nuurul Amira Binti Razak, Liyana Binti Iskandar, Siti Nurul Liza Binti Sidin, Junita Binti Muhammad, Zarith Najiha Binti Jamal, Nurul Izzati Binti Roslin, Siti Aminah Binti Mohamed, Atikah Adl Binti Hamzah, Nurul Syafiqah Binti Husin, Nor Hidayah Binti Mahadun, Nor Ain Binti Mohamed Jori, Anis Syaqhira Binti Mohd Hilmi. Dari Kiri Tengah: Aina Fazrina Binti Paing, Nooraind Binti Ali, Zahrah Khairiah Nasution Binti Saleh, Mazuin Binti Mat, Rosmawati @ Rohayati Binti Hussin, Noratikah Abd. Kadir, Nor Azean Binti Ismail, Saemah Binti Supandi, Masyitah Binti Razali, Syahidatun Najihah Binti Aziz, Noorlela Binti Zainudin, Nik Noorizati Binti Ab Kahar. Dari Kiri Depan: Mohd Nur Bin Ahmad, Salman Bin A Rahman, Mohamad Sukri Bin Ali, Muhammad Hafiz Bin Jalil, Shaharer Bin Hj Husain, Zulkeffle Bin Muhammad (Tuan Pengetua), Zulkifli Bin Md Aspan, Sufian Bin Abu Hasan, Ahmad Fikruddin Bin Ahmad Raza'i, Mohamad Nasreen Hakim Bin Che Mohamed, Mohd Nor Bin Salikin. BARISAN PELAKSANA DAN PENGGERAK TS25 Dari Kiri: Sadan Bin Md Seth, Hatim Aniq Bin Hamzah, Ali Bin Ab Rahman, Muhammad Zaid Bin Zamzuri, Islahuddin Bin Muchtar, Zulkifli Bin Md Aspan (GPK Koko), Shaharer Bin Hj Husain (GPK HEM), Zulkeffle Bin Muhammad (Tuan Pengetua), Noratikah Abd. Kadir (GPKP), Yati Binti Ani, Liyana Binti Che Rusli, Nurulashiqin Binti Razali, Nur Farhana Binti Hassan dan Dayang Hanisah Binti Ismail. BARISAN PELAKSANA TS25 DAN BARISAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (SOKONGAN)
Muka Surat | v | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DAN KAKITANGAN SMAAM SESI 2023/2024
Muka Surat | vi | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024
Muka Surat | vii | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Program Transformasi Sekolah 2025 KONSEP TS25 1 2
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | viii | SMAAM
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | ix | SMAAM
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | x | SMAAM
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | xi | SMAAM
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | xii | SMAAM
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | xiii | SMAAM
Muka Surat | 1 | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 SENARAI TUGASAN GURU TUGAS 1: KURIKULUM MATA PELAJARAN KELAS MINIT SEMINGGU BILANGAN MURID BIL TUGAS 2: TUGAS-TUGAS KHAS / PENTADBIRAN TUGAS 3: HAL EHWAL MURID TUGAS 4: KOKURIKULUM TUGAS 5: KEGIATAN DAN AKTIVITI LUAR
Muka Surat | 2 | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2023
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 3 | SMAAM UNSUR INTELEK UNSUR JASMANI KESELURUHAN FALSAFAH PERPAKSIKAN KETUHANAN Pendidikan Di Malaysia Adalah Suatu Usaha Berterusan Ke Arah Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan. Usaha Ini Adalah Bagi Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketerampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat Dan Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan • Percaya dan patuh kepada Tuhan • Berilmu pengetahuan • Berakhlak mulia • Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negara • Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK UNSUR ROHANI DAN EMOSI • Unsur intelek ini mengambilkira aspek berikut • Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran • Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif • Daya pemikiran yang logik dan analisis • Ilmu yang bermanfaat • Masyarakat memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan • Ciri-ciri unsur jasmani ialah : • Kecergasan fizikal dan kesihatan diri • Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat • Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek berikut : • Keyakinan terhadap Tuhan • Kepercayaan beragama • Kemantapan jiwa • Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat • Berbudi pekerti mulia • Berbakti dan berkorban
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 4 | SMAAM VISI KPM “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” MISI KPM “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” VISI SEKOLAH “Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al- Islamiah Mersing Ke Arah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” MISI SEKOLAH ‘’Kami Warga SMA Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing Beriltizam: - * Mencapai Kecemerlangan Kurikulum, Ko-Kurikulum, Disiplin Dan Sahsiah * Mewujudkan Persekitaran Dan Prasarana Yang Kondusif * Memastikan Pengurusan Dan Pentadbiran Yang Terbaik * Memupuk Kerjasama Komuniti Yang Ukhuwah Dalam Semua Tindakan Dengan Semangat Berkhidmat Kerana Allah.’’ MOTO SEKOLAH Al-Quran Panduan Hidup SLOGAN SEKOLAH SMAAM Hebat HALATUJU SEKOLAH Menjadikan SMAAM Sebagai Sekolah Model Daerah Mersing PIAGAM PELANGGAN ‘’Kami; Pentadbir, Guru Dan Kakitangan SMA Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Memberikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Semua Pelanggan Dengan: * Prihatin Dalam Semua Perkara Serta Berusaha Mengatasi Sebarang Masalah Yang Mereka Hadapi Dengan Penuh Kasih Sayang * Berkesan Dalam Mendidik Untuk Mencapai Kecemerlangan Akademik, Sahsiah Dan Kokurikulum * Penuh Ikhlas Dan Bertenaga Untuk Merealisasikan Visi Dan Misi Sekolah * Amanah Dan Ikhlas Dalam Mentarbiah Supaya Mendapat Keredhaan Daripada Allah SWT * Segera Bertindak Melaksanakan Tugas, Proaktif, Kreatif Dan Inovatif”
Muka Surat | 5 | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 ❑ Alamat : Sek. Men. Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing, 49/3, Jalan Awang Daik, 86800 Mersing Johor Tel: 07-7996272 Fax: 07-7996272 ❑ Tarikh Ditubuhkan : 1 Februari 1950 / 23 Rabiul Akhir 1370 Hijrah ❑ No. Pendaftaran : SRJ 1725 ❑ Tarikh Diluluskan Pendaftaran : 1 Januari 2018 ❑ Status Tanah : Wakaf JPS ❑ Status Bangunan : Jabatan Agama Islam Johor ❑ Status Sekolah : SABK Negeri Johor (14 Ogos 2012) ❑ Kod Sekolah : JFT4001 Bulatan Lencana : Kesepaduan Kurikulum Dan Kokurikulum Obor : Motivasi Diri Warga Sekolah Yang Istiqamah Al-Quran & Bulan : Orientasi Pendidikan Berteraskan Al-Quran & As-Sunnah Alatan Geometrik : Subjek Akademik Yang Tidak Diabaikan Tiga Gelung : Riadah Sebagai Pelengkap Kokurikulm Kapal Layar : Perjalanan Hidup Dan Pengajian Ilmu Yang Berterusan Dan Mampu Menghadapi Cabaran Lautan : Khazanah Ilmu Yang Perlu Dikaji Merah : Kecekalan Dan Keberanian Hijau : Hidup Berteraskan Prinsip Agama Islam Putih : Pentarbiahan Ruhiyyah Murid Biru : Ketelusan Dan Keharmonian Kuning : Menjunjung Prinsip Raja Berperlembagaan PROFIL SMAAM LENCANA SEKOLAH
Muka Surat | 6 | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 LAGU SMAAM SMAAM Sekolahku Tercinta Tempatku Menggapai Cita Menuntut Ilmu Untuk Mengharung Dunia Akhirat Dibekalkan Bersama SMAAM Sekolahku Nan Indah Gagah Berdiri Dengan Megah Keharmoniannya Amatlah Dijaga Etika Dipatuhi Warganya Guru Mendidik Umpama Murabbi Mencurah Ilmu Seikhlas Hati Membentuk Akhlak Melengkapkan Diri Rohani Emosi Intelek Jasmani SMAAM Sekolahku Berjasa Lahir Generasi Bertakwa Cemerlang Dunia Akhirat Jua Berbakti Pada Nusa Dan Bangsa
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 7 | SMAAM Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing mula diusahakan penubuhannya pada akhir tahun 1948. Hasil daya usaha yang gigih daripada jawatankuasa penubuhan yang diketuai Encik Mahmud Bin Husin Pegawai Daerah Mersing, Al-Fadhil Tuan Haji Muhammad Bin Diauddin, Kadi Daerah Mersing, maka pada hari Khamis 23 Rabiul Akhir 1370 Hijriah bersamaan 1 Februari 1951 “Majlis Istiadat Pembukaan” sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Dato’ Syed Salim Bin Hassan Al-Attas, Kadi Besar Johor dan dihadiri bersama Al-Fadhil Ustaz Ismail Omar Abd Aziz, Pemeriksa Sekolah-sekolah Arab Johor dengan menggunakan nama “Sekolah Al-Quran”. Sekolah ini merupakan sekolah agama rakyat yang menggunakan bahasa arab sepenuhnya sebagai bahasa penghantar. Peringkat awal bangunan sekolah ini merupakan sebuah rumah kedai papan yang disewa di Jalan Tengah Mersing sekarang dinamakan dengan Jalan Awang Daik. Kegigihan dan iltizam masyarakat setempat untuk melihat tertegaknya Madrasah ini terbukti dengan terbinanya sebuah bangunan sendiri pada tahun 1953 di atas tanah yang diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Syeikh Awath Bin Muhammad dan sumbangan daripada orang ramai dari segi kewangan dan pelbagai bentuk yang lain. Pada tahun 1958, bangunan surau papan tersebut telah diubahsuai sebagai sebuah bangunan sekolah. Selaras dengan itu, nama sekolah juga telah ditukar kepada “Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing. Dengan jasa baik dan bantuan kerajaan pada tahun 1968, sebuah bangunan baru yang mengandungi empat bilik darjah telah disiapkan. Bangunan lama telah dijadikan bilik perpustakaan. Pada tahun 1969, madrasah ini didaftarkan secara rasmi di bawah Peraturan Pendaftaran Sekolah-sekolah Arab Negeri Johor. Pada tahun 1975, atas desakan keperluan tempat tinggal, bangunan yang dijadikan bilik perpustakaan sekali lagi diubah menjadi asrama puteri (ASPURI) sementara. Pada tahun 1976, perkembangan pelajaran dilakukan di mana mata pelajaran akademik telah diserapkan. Berikutan dengan itu, pada tahun 1978, murid-murid madrasah ini telah menduduki dua jenis peperiksaan iaitu : Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di tahun 3 persekolahan. Peperiksaan Syahadah I’dadiah di tahun 4 persekolahan (akhir tahun). Sejajar dengan pertambahan bilangan murid, pertambahan bilik darjah juga diperlukan untuk memberi keselesaan bilik darjah kepada murid. Oleh itu, pada tahun 1989 dengan bantuan pelbagai pihak sebuah lagi bangunan mengandungi empat bilik darjah telah didirikan. Pada tahun 1994, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor telah memendekkan tempoh pengajian di peringkat I’dadi dari empat tahun kepada tiga tahun. Murid-murid akan menghadapi dua peperiksaan serentak SRP dan Syahadah I’dadiah (Sijil Menengah Rendah Agama, SMRA). Pada tahun 1994, Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah ini juga dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing (SMAAM). Pada tahun 1998, SMAAM melangkah setapak lagi dengan menubuhkan Sekolah Rendah Agama Arab (SRAA) dengan bilangan murid seramai 44 orang yang LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH MERSING
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 8 | SMAAM ditempatkan di dalam dua kelas iaitu darjah 1 dan darjah 2. Mata pelajaran yang diajar terdiri daripada mata pelajaran akademik (mengikut sukatan Kementerian Pendidikan) dan mata pelajaran arab sepenuhnya mengikut KAFA dengan pengukuhan dalam Bahasa Arab. Pada tahun 2000, SMAAM terus melakukan perubahan dengan mewujudkan tingkatan 5 (2 Thanawi). Murid-murid akan memperolehi empat sijil dalam tempoh yang singkat iaitu : ❑ Tingkatan 3 SRP[ (Sijil Rendah Pelajaran) SMRA (Sijil Menengah Rendah Agama) ❑ Tingkatan 5 SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) SMA (Sijil Menengah Agama) Pada tahun 2001, Bahagian Pendidikan Agama Johor telah melakukan usaha mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan meminda secara berperingkat sistem peperiksaan SMRA dan SMA. Natijahnya mulai 2003, para pelajar sekolah-sekolah Agama Negeri Johor akan menduduki peperiksaan seperti berikut: Tingkatan 1 : Peperiksaan Intensif Bahasa Tingkatan 2 : SMRA Tingkatan 3 : PMR Tingkatan 4 : SMA Tingkatan 5 : SPM Murid-murid di tingkatan 5 mempelajari sebahagian dari mata pelajaran STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) sebagai persiapan ke Maahad di samping memberikan tumpuan kepada SPM. Mulai tahun 2002 SMAAM telah dipilih bagi melaksanakan Kelas Tahfiz Al-Quran yang dibiayai oleh JAJ untuk murid tingkatan satu sebagai perintis. Kegigihan Ahli Jawatankuasa Jemaah Pengurusan Sekolah untuk membangunkan sekolah melalui pelbagai usaha yang dijalankan telah berjaya menarik perhatian pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi yang pada waktu itu sebagai TPM telah sudi menyumbangkan bantuan sebanyak RM500,00000. Hasil perbincangan yang dijalankan Jabatan Agama Johor telah bersetuju untuk membantu membangunkan institusi ini. Natijahnya pada tahun 2002, Jabatan Agama Johor, memperuntukkan hampir RM1.4 juta untuk projek pembinaan bangunan baru Sek. Men. Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing ini. Sepanjang tempoh pembinaan yang bermula pada 1 Januari 2002, SMAAM dan SRAAM menumpang di Sekolah Agama Mersing Kanan. Pada Februari 2003, SRAAM ditamatkan operasinya dan dibenarkan meneruskan pendidikan mata pelajaran agama dan bahasa arab sahaja. Sehubungan dengan itu SRAA ditukarkan kepada Sekolah Agama Al-Khairiah Mersing (SAAM) yang memulakan kelas pengajian pada sesi petang. Mulai Mac 2003 sehingga 30 September 2003 SAAM menumpang di Taski Al-Huda Mersing. 17 September 2003, SMAAM berpindah semula ke bangunan baru yang telah siap dibina sepenuhnya. Seluruh operasi pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran serta ko-kurikulum dapat dijalankan dengan baik. Bangunan baru SMAAM mengandungi:
Muka Surat | 9 | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Pembinaan bangunan baru ini juga melibatkan kerja pengubahsuaian bangunan yang dibina pada tahun 1989 untuk dijadikan asrama puteri yang mampu menempatkan 60 orang murid. Pertambahan permintaan untuk menginap di asrama mendesak pihak JPS SMAAM untuk membina asrama putera. Alhamdulillah pada tahun 2004 sebuah rumah kedai di alamat 40-C, Jalan Awang Daik telah diwakafkan kepada sekolah untuk dijadikan asrama. Pada Disember 2004 dengan inisiatif pihak JPS sekolah sebuah rumah kedai 40-D, Jalan Awang Daik telah dibeli untuk dijadikan asrama. Walau bagaimanapun kedua-dua asrama ini tidak dapat menampung permintaan yang semakin bertambah. Pada tahun 2015, projek pembinaan asrama puteri telah mula beroperasi di tanah belakang sekolah dan siap untuk diduduki pada tahun 2016. Hari demi hari, ada sahaja perancangan dan penambahbaikan untuk keselesaan murid dan guru dilaksanakan. Sokongan penuh daripada ibubapa dan guruguru serta orang awam sangat membantu agar SMAAM terus hebat demi mencapai matlamat duniawi dan ukhrawi. PTD 7697 ❑ 8 bilik kuliah ❑ Pejabat ❑ Bilik guru ❑ Surau ❑ Makmal KHB ❑ Bilik sumber ❑ 2 bilik makmal sains ❑ Perpustakaan ❑ Bilik tayang ❑ Bilik komputer ❑ Bilik mesyuarat ❑ Bilik SPBT ❑ Bilik kaunseling ❑ Bilik pengawas ❑ Kantin ❑ Stor
Muka Surat | 10 | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 KRONOLOGI KURIKULUM SMAAM 1948 ❑ Kelas-kelas Al-Quran / Fardhu Ain. 1951 ❑ Sekolah Al-Quran (bangunan surau). 1958 ❑ Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah (bangunan baru). 1969 ❑ Daftar secara rasmi dengan Jabatan Agama Johor. 1975 ❑ Asrama puteri dibuka. 1976 ❑ Mata pelajaran akademik mula diajar. 1978 ❑ Mula menduduki SRP. 1989 ❑ Tambahan sebuah bangunan baru (4 bilik darjah). 1994 ❑ Dikenali dengan Sek. Men. Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing. 1998 ❑ Menubuhkan Sek. Ren. Agama Arab Mersing. 2000 ❑ Sijil Thanawi mula diperkenalkan (SMA). 2001 ❑ Sijil Intensif Bahasa dilaksanakan di tingkatan 1. 2002 ❑ Bangunan baru SMAAM mula dibina (4 tingkat). ❑ Dipilih untuk melaksanakan kelas tahfiz. 2003 ❑ Mula dilaksanakan secara lengkap: • Tingkatan 1 – SIB • Tingkatan 2 – SMRA • Tingkatan 3 – PMR • Tingkatan 4 – SMA • Tingkatan 5 – SPM / PraSTAM • Sek. Ren. Agama Arab diarah untuk ditamatkan dan digantikan dengan Sek. Ren. Agama Al-Khairiah. 2004 ❑ Mula menduduki bangunan baru secara sepenuhnya. 2010 ❑ Madrasah Tahfiz Al-Khairiah mula mengambil murid. 2012 ❑ Peralihan SAR kepada SABK (14 Ogos 2012) dengan nama yang sama SMA Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing. ❑ Kod Sekolah JFT4001. 2014 ❑ PT3 mula dilaksanakan di peringkat sekolah. 2015 ❑ Perubahan sukatan Azhari ke KBD (Kurikulum Baru Dini) mula diperkenalkan kepada murid tingkatan 1 sebagai perintis. 2017 ❑ Tahun pertama PT3 KBD diambil oleh murid tingkatan 3. 2018 ❑ Subjek KBD tingkatan 4 mula diperkenalkan. 2019 2020/2021 ❑ Subjek KBD tingkatan 5 mula diambil untuk peperiksaan SPM. ❑ KSSM tingkatan 3 mula diperkenalkan. ❑ Kelas STAM dibuka secara rasmi bagi murid tingkatan 6 bawah. 2023/2024 ❑ Kelas STAM ditutup. ❑ Sukatan KBD tingkatan 4 berubah mengikut sukatan Al-Azhar.
Muka Surat | 11 | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 BIL NAMA GURU TAHUN BERKHIDMAT 1 USTAZ ABDUL RASHID BIN ABDUL RAIS 1950 – 1951 2 USTAZ MUKRI BIN OSMAN 1951 3 USTAZ AHMAD SUHAIMI BIN BIDIN 1952 – 1956 4 USTAZ AHMAD BIN IBRAHIM 1956 – 1957 5 USTAZ ZAKARIA BIN HASHIM 1958 – 1962 6 USTAZ ABDUL HAMID BIN ABD RASHID 1962 – 1966 7 USTAZ BUKHARI BIN SAMIKON 1967 – 1973 8 USTAZ RAMIAN BIN TUGE @TUGY 1973 – 1975 9 USTAZ MASKOR BIN TAMAM 1976 – 1978 10 USTAZ MUHAMMAD HAIRUDDIN @ ZAINI 1978 – 1982 11 USTAZ MASRAM BIN AHMAD 1982 – 1999 12 USTAZAH HAJAH HASNAH BINTI AWANG JAN 2000 – OGOS 2000 13 USTAZ MD ARIFF BIN ABD KADIR SEPT 2000 – JULAI 2012 14 USTAZ ZULKEFFLE BIN MUHAMMAD 14 OGOS 2012 - KINI SENARAI NAMA PENGETUA Sek. Men. Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing Dari tahun 1950 sehingga kini
Muka Surat | 12 | SMAAM Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Gambar kenangan guru dan murid di hadapan bangunan surau papan yang telah diubahsuai menjadi bangunan separuh batu dalam tahun 1958 1965 - Ubahsuai surau separa batu Memori BANGUNAN SMAAM
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 13 | SMAAM Gambar kenangan guru dan murid di hadapan bangunan baru yang mengandungi 4 bilik darjah yang telah disiapkan pada tahun 1968 Gambar kenangan guru dan murid dalam tahun 1984 BANGUNAN SMAAM Memori
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 14 | SMAAM Bangunan kelas dibina pada tahun 1989, telah digunakan sehingga tahun 2001 (sebelum pembinaan bangunan baru 4 tingkat) Mula beroperasi pada tahun 2004 hingga kini Memori BANGUNAN SMAAM
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 15 | SMAAM Bangunan kelas STAM dibina pada akhir tahun 2019, telah mula digunakan pada tahun 2020. Namun pada tahun 2023 kelas STAM ditutup atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Memori BANGUNAN SMAAM
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 16 | SMAAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing (JFT4001) 49/3, Jalan Awang Daik, 86800 Mersing, Johor Darul Takzim Ruj. Kami : JFT4001/100-1/1/3 Tarikh : 09 Mac 2023 Kepada ………..................................................... SMA Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing 49/3, Jalan Awang Daik, 86800 Mersing, Johor. Tuan / Puan, LANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA DALAM BIDANG DAN UNIT-UNIT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID PENGURUSAN KOKURIKULUM Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan dengan rasminya dilantik sebagai ahli jawatankuasa seperti yang telah dicatatkan dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah bagi sesi 2023/2024. 3. Tarikh kuatkuasa lantikan ini mulai 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024. 4. Tuan dengan ini diarah menjalankan tugas seperti lantikan, untuk memastikan segala program dan aktiviti yang telah dan akan dirancangkan sepanjang tahun 2023/2024 dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berintegriti. 5. Semoga lantikan dan amanah ini dapat dijalankan dengan komitmen serta iltizam yang tinggi untuk membina kecemerlangan dalam pengurusan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, .............................................. ZULKEFFLE BIN MUHAMMAD Pengetua SMA Al- Khairiah Al-Islamiah Mersing Tel: 07-7996272 Faks: 07-7996272 E-mel: [email protected]
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 17 | SMAAM SURAT AKU JANJI GURU Saya, ................................................................................., Kad Pengenalan No. ................................. beralamat di …………………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta apa-apa peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya: i. Akan sentiasa taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan Contoh pelanggaran; 1. Bersubahat dengan musuh negara. 2. Membocorkan rahsia kerajaan. 3. Memburuk serta memperkecil dasar kerajaan. 4. Berlakon dalam filem yang memburukkan negara. ii. Akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab Contoh pelanggaran; 1. Kurang cekap atau kurang berusaha. a. Gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur. b. Membuat bayaran tanpa disertakan dengan baucar, bil, resit dan invois. c. Tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa. 2. Tidak jujur dan amanah. a. Tidak melaporkan harta yang dimiliki olehnya atau ahli keluarga. b. Membuat tuntutan palsu. c. Tidak melaporkan hutang-piutang. 3. Tidak bertanggung jawab. a. Menghasut pegawai lain supaya tidak bertugas dengan bersungguh-sungguh. b. Bercuti semasa perkhidmatannya amat diperlukan. c. Tidak melaporkan kesalahan pegawai bawahannya. iii. Tidak membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi Contoh pelanggaran; 1. Menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau ahli keluarga dalam waktu pejabat. 2. Mengutamakan saudara-mara, rakan-rakan atau orang yang rapat dengannya semasa menimbang sesuatu permohonan. 3. Menguruskan tender/sebut harga sedangkan pegawai maklum balas antara mereka yang mengemukakan tender/sebut harga terdiri daripada saudara-maranya. iv. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam Contoh pelanggaran; 1. Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan mendapat keuntungan daripada tugas rasminya.
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 18 | SMAAM 2. Tidak mengelak diri daripada menerima hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli perniagaan atau individu. 3. Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya. v. Tidak akan berkelakukan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa pegawai telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan sebagai pegawai awam Contoh pelanggaran; 1. Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya. 2. Berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada memohon tanah untuk tapak kilang di daerah yang berada di bawah pentadbiran pegawai atau isteri pegawai adalah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut. vi. Tidak akan menggunakan kedudukan sebagai pegawai awam bagi faedah diri sendiri Contoh pelanggaran; 1. Menggunakan kenderaan jabatan sebagai kemudahan peribadi untuk pergi dan balik pejabat, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya. 2. Menggunakan pengaruh kedudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada isterinya sedangkan pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian. vii. Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburuk dan mencemarkan nama perkhidmatan awam Contoh pelanggaran; 1. Terlibat dengan penyalahgunaan dadah. 2. Disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah. 3. Berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. 4. Bersikap kurang sopan seperti memarahi dan memaki hamun ibu bapa yang berurusan dengan sekolah. viii. Tidak akan membawa sebarang pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan diri sendiri atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam Contoh pelanggaran; 1. Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi kenaikan pangkat atau jawatan. 2. Meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonan bagi mendapatkan tanah kerajaan, rumah atau jawatan. ix. Tidak ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah Contoh pelanggaran; 1. Membantah atau melawan pegawai atasan. 2. Membawa keluar dokumen atau fail jabatan tanpa kebenaran. 3. Keluar negara atau urusan persendirian tanpa kelulusan. 4. Mengambil bahagian aktif dalam politik kepartian tanpa kebenaran.
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 19 | SMAAM A– HALATUJU PPPM TS25 SMAAM SESI 2023/2024 1. PENTADBIRAN 1.1 Pelaksanaan tugas berdasarkan perancangan strategik dan keberhasilan. 1.2 Peningkatan komitmen di kalangan kakitangan terhadap tugas dan tanggungjawab. 1.3 Peningkatan pemantauan di kalangan pentadbir (Pengetua, Penolong-Penolong Kanan dan Ketua-Ketua Bidang) dalam semua aktiviti yang dijalankan. 1.4 SKPM@Kualiti Sekolah sebagai penanda aras bagi kualiti sekolah dan kemenjadian murid. 1.5 Peningkatan pengauditan dalaman sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 1.6 Peningkatan dalam kuantiti dan kualiti dokumentasi program-program sekolah. 1.7 Peningkatan amalan dan penghayatan Islam dalam budaya kerja seharian. 1.8 Pelaksanaan ‘My Portfolio’ dan ‘Manual Prosedur Kerja’ untuk semua kakitangan. 1.9 Data sekolah sentiasa tepat, kemaskini dan boleh digunakan pada bila-bila masa. 1.10 Memperkasa program TS25 di peringkat sekolah selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. 1.11 100% guru dan AKP mencapai 42 jam merit/5 hari latihan sehingga bulan September 2023. 1.12 100% guru terlibat PLC dan direkodkan dalam SPLKPM sehingga September 2023. 1.13 Membudayakan 7 Teras, ABC dan Pendekatan Bertema dalam Pelaksanaan Kurikulum. 2. KURIKULUM 2.1 Kelulusan Keseluruhan 100% SPM sesi 2023/2024 (GPS 3.00). 2.2 3 orang memperoleh A dalam semua mata pelajaran SPM. 2.3 5 orang Mumtaz dan kelulusan 100% SIB. 2.4 5 orang Mumtaz dan kelulusan 100% SMRA. 2.5 5 orang Mumtaz Sofi dan kelulusan 100% SMA. 2.6 Pemantapan Headcount dalam pengurusan kurikulum. 2.7 Mengoptimumkan penggunaan DELIMA dalam kalangan guru dan murid. 2.8 Pemantapan penyeliaan dan pencerapan guru berdasarkan standard 4 SKPM@Kualiti Sekolah. 2.9 Semakan latihan murid sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 2.10 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Program Tahfiz Ulul Albab ditingkatkan. 2.11 Pengukuhan PLC di antara pentadbir, GKMP dan guru. 3. HAL EHWAL MURID 3.1 Meningkatkan sahsiah dan penerapan nilai murni dalam kalangan murid dengan pembudayaan ABC di kalangan warga sekolah. 3.2 Mencapai 95% kehadiran murid ke sekolah 7 bulan daripada 11 bulan persekolahan. 3.3 SUMUR sebagai pemacu kecemerlangan Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah. 3.4 Pemantapan keterampilan dan kepimpinan murid melalui kursus dan motivasi. 3.5 100% kehadiran murid asrama solat berjemaah di Surau Al-Rasyidin. 3.6 Meningkatkan minat murid membaca, menghafaz dan memahami Al-Quran melalui Program KKQ dan Ulul Albab.
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 20 | SMAAM 4. KOKURIKULUM 4.1 Sasaran GPS kokurikulum 2.0 mata. 4.2 100% murid mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam PAJSK. 4.3 Penglibatan 100% murid dalam aktiviti Unit Beruniform, Persatuan/Kelab dan Sukan/ Permainan. 4.4 Menyertai sekurang-kurangnya 20 acara di peringkat daerah, 20 acara peringkat negeri dan 5 acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 4.5 Sasaran kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum 100%. B- PANDUAN AM GURU DAN SEKOLAH ARAHAN AM KOMITMEN GURU Antara komitmen guru yang perlu diberikan perhatian ialah: 1. Tatasusila Profesion Perguruan dan Panduan Perkhidmatan Cemerlang hendaklah sentiasa menjadi panduan dan amalan semua guru. 2. Membaca dan memahami visi, misi, matlamat dan objektif sekolah serta sentiasa berusaha untuk mencapai objektif tersebut. 3. Guru adalah satu profesion mulia dan dihormati sewajarnya semua guru berusaha menjaga martabatnya. 4. Melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan bertanggungjawab serta berusaha menjadi role model kepada murid. 5. Anggaplah murid yang diajar dan dididik sebagai ANAK SENDIRI dan AMANAH yang masa depan mereka dipertanggungjawabkan kepada guru. 6. Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan imej kepimpinan dinamis dan kecekapan menjalankan tugas. 7. Elakkan perilaku yang dianggap bertentangan dengan tatasusila profesion keguruan dan etika pejawat awam seperti ponteng tugas, pecah amanah, penyelewengan, cuai, salah laku seksual dan sebagainya. 8. Berusaha meningkatkan prestasi dan nama baik sekolah serta menjaga hubungan baik dengan stake holders. WAKTU HADIR BERTUGAS 1. Guru wajib mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah ( SPI Bil 2/1981 ). 2. Guru bertanggungjawab untuk hadir di sekolah sebelum pukul 7.20 pagi dan balik pada atau selepas pukul 2.00 petang, kecuali jika ada mesyuarat, kursus, kelas tambahan, latihan rumah sukan atau aktiviti kokurikulum pada hari Rabu, maka waktu balik adalah apabila selesai perkara-perkara tersebut. 3. Guru bertugas mingguan perlu hadir di sekolah lebih awal sebelum pukul 7.20 pagi dan balik 30 minit lebih lewat. 4. Guru bertanggungjawab untuk ‘punch card’ semasa datang dan semasa balik sekolah.
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 21 | SMAAM PAKAIAN DAN PERSONALITI 1. Guru hendaklah memakai pakaian yang kemas mengikut peraturan yang ditetapkan (Pekeliling Ikhtisas Bil. 6 / 1985) dan melambangkan disiplin dan imej profesion keguruan. 2. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas di sekolah, majlis rasmi sekolah dan tugas rasmi di luar sekolah. 3. Memakai pakaian sukan atau baju T-shirt tidak dibenarkan semasa mengajar di dalam kelas, mesyuarat sekolah dan majlis rasmi sekolah kecuali guru yang ada PdPc PJK pada hari tersebut. 4. Guru lelaki mestilah memakai tali leher sepanjang dalam tugas rasmi kecuali dalam keadaan tertentu seperti pengajaran PJK dan di bengkel. 5. Guru-guru dikehendaki memakai pakaian koperat pada hari Ahad seperti arahan dalam Pekeliling Am Kerajaan Negeri Johor Bil 5 Tahun 2018 : Pakaian Seragam Dan Cara Berpakaian Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Johor oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. 6. Guru lelaki digalakkan memakai baju Melayu lengkap pada setiap hari Khamis dan semua guru dikehendaki memakai pakaian Badan Beruniform lengkap pada hari Ahad minggu ke-3 setiap bulan. URUSAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN 1. Guru bertanggungjawab mengemaskini maklumat-maklumat perkhidmatan dan perjawatan dengan Pembantu Tadbir (Perkhidmatan) yang meliputi aspek pelantikan, kursus kompetensi, pengesahan jawatan, pergerakan gaji, rekod cuti dan sebagainya. 2. Guru bertanggungjawab mengemaskini maklumat-maklumat perkhidmatan dan perjawatan dalam Sistem Maklumat Pengurusan Staf (HRMIS) dengan melalui Pembantu Tadbir (Perkhidmatan). 3. E-operasi menjadi tanggungjawab sepenuhnya kepada setiap guru untuk mengemaskini dan membuat pengesahan setiap 4 kali setahun mengikut arahan Bahagian Sumber Manusia (BSM) Kementerian Pendidikan Malaysia. Hari Masa Catatan Ahad 7.20 pagi – 2.00 petang / 4.00 petang Perhimpunan Isnin 7.20 pagi – 2.00 petang / 4.00 petang Hari Profesionalisme Selasa 7.20 pagi – 2.00 petang / 4.00 petang Hari Profesionalisme Rabu 7.20 pagi – 2.00 petang / 4.00 petang Kokurikulum 7.20 pagi – 2.00 petang / 4.00 petang Hari Profesionalisme Khamis 7.30 pagi - 8.30 pagi SUMUR / Hayya bi al-’Arabiah Setiap Hari 7.00 pagi – 7.20 pagi Budaya Al-Quran
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 22 | SMAAM KELUAR SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS 1. Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas kecuali atas sebab-sebab perlu dan mendapat kebenaran daripada pengetua dengan mengisi borang kebenaran keluar. 1.1 : Arahan PPD/JPN/KPM 1.2 : Kes Kecemasan URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS 1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan mematuhi arahan-arahan / pekelilingpekeliling berkaitan kebenaran berbagai-bagai jenis cuti dan tidak hadir bertugas. 2. Dalam keadaan biasa, guru layak mengambil Cuti Rehat Khas (CRK) 10 hari dengan syarat permohonan cuti itu mestilah dipohon terlebih awal (3 hari) kecuali kecemasan dengan mengemukakan borang Permohonan Cuti Rehat Khas (CRK) dan mendapat kebenaran Pengetua dan mengisi HRMIS. 3. Guru yang sakit, perlu mendapat rawatan di hospital / klinik dan menyerahkan Sijil Sakit yang sah dari klinik / hospital kerajaan / swasta kepada Pengetua / wakilnya setelah hadir bertugas. 4. Jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan atau sakit, guru mesti menghubungi sendiri Pengetua melalui telefon dengan segera /selewat-lewatnya pukul 7.00 pagi hari tersebut. 5. Bagi guru yang akan cuti bersalin, perlu mengemukakan borang Cuti Bersalin yang kemaskini bagi tujuan rekod dan rujukan perkhidmatan. 6. Guru yang akan cuti / cuti bersalin / bertugas di luar dikehendaki: a. Menyediakan bahan-bahan pembelajaran seperti kertas – kertas nota / latihan / latih tubi untuk diberikan kepada murid dalam tempoh bercuti. Bahan yang telah disediakan hendaklah diserahkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran untuk tindakan. b. Memberitahu Pengetua / setiausaha peperiksaan dalaman jika cuti bersalin bertindih dengan waktu peperiksaan supaya urusan peperiksaan seperti kertas soalan, skema jawapan dan sebagainya dapat diuruskan. c. Memberitahu Pengetua / wakilnya tentang Guru Pengganti jika menjadi Guru Tingkatan. PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) 1. Guru hendaklah merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan KPM, JPN dan PPD berkaitan jadual waktu. 2. Fail Rekod Mengajar: i. Hendaklah dibuat secara bertulis atau online dan dicetak untuk difailkan. ii. Mesti dihantar kepada Pengetua / wakilnya untuk penyeliaan pada setiap hari Khamis sebelum atau pada pukul 2.30 petang. iii. Akan digunakan untuk tujuan rekod dan pencerapan PdPc di bilik darjah. iv. Wajib diserahkan kepada Pengetua / wakilnya pada hari terakhir persekolahan untuk tujuan rekod, simpanan dan pemantauan ( jika ada ) dan v. Maklumat-maklumat dalam Fail Rekod Mengajar hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa yang meliputi:
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 23 | SMAAM Butiran diri. Jadual waktu persendirian / kelas Sukatan pelajaran yang disahkan. Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian Markah pentaksiran kurikulum / peperiksaan. Senarai nama murid mengikut tingkatan yang diajar headcount murid. Bahan edaran mesyuarat pengurusan / pengetua. Maklumat lain yang perlu seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa. 3. Pelaksanaan Melindungi Masa Instruktional (MMI) perlu menjadi keutamaan semua guru demi menjamin kelangsungan proses PdPc dalam bilik darjah. 4. Tugasan murid / Buku Latihan Guru; i. Wajib memeriksa buku nota, latihan / tugasan bagi memastikan murid membuat tugas yang diberikan. Buku-buku tersebut hendaklah dikembalikan dengan segera. ii. Hendaklah mengarahkan murid membuat pembetulan pada kesalahan yang dilakukan dan hendaklah disemak oleh guru. iii. Wajib menyerahkan buku latihan / nota kepada pihak pentadbir / pemantau untuk semakan / pemantauan. iv. Hendaklah memulangkan semua buku latihan murid sebelum cuti akhir tahun. 5. Guru yang mengajar mesti berada di kelas atau di tempat mengajar seperti makmal sains mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 6. Guru tidak dibenarkan membuat kerja-kerja lain seperti menaip soalan peperiksaan, membaca akhbar, berbual di telefon bimbit dan sebagainya pada masa pembelajaran dan pengajaran. 7. Guru bertanggungjawab memastikan murid tidak keluar dari kelas semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan kecuali atas sebab-sebab yang penting dan menggunakan pas keluar. 8. Keselamatan murid dalam waktu pembelajaran dan pengajaran adalah tanggungjawab guru mata pelajaran masa tersebut. PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. Guru bertanggungjawab menjaga alatan atau harta benda sekolah memastikan keselamatannya dan menggunakannya dengan betul mengikut peraturan-peraturan semasa penggunaannya. 2. Penggunaan / pinjaman alatan / harta benda sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran guru penjaganya dan direkodkan. Pemulangan hendaklah dibuat dengan kadar segera. 3. Guru mesti memaklum dan mengganti / membaiki kerosakan alatan / harta benda sekolah yang dipinjam / digunakan. 4. Guru tidak dibenarkan membawa balik ke rumah alatan / harta benda sekolah untuk kegunaan peribadi. MENGHADIRI TAKLIMAT / MESYUARAT / PERHIMPUNAN SEKOLAH 1. Guru wajib menghadiri kursus / taklimat / mesyuarat yang diadakan oleh Pengetua / wakilnya / jawatankuasa di peringkat sekolah/ JPNJ / KPM. Sebarang pertukaran boleh dibuat dengan kebenaran Pengetua. 2. Guru yang menghadiri mesyuarat luar perlu menyerahkan minit curai kepada Pengetua
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 24 | SMAAM selewat-lewatnya 3 hari selepas mesyuarat. 3. Semua setiausaha mesyuarat wajib menyerahkan minit mesyuarat dalam tempoh 7 hari bekerja. 4. Semua guru wajib menghadiri perhimpunan rasmi sekolah, program kerohanian dan semua majlis rasmi sekolah. NGURUSAN SMK SERI INTAN JADUAL GURU GANTI (RELIEF) 1. Guru dikehendaki mematuhi jadual ganti dan berada di kelas sebagaimana diarahkan Pengetua / wakilnya. 2. Jadual ganti dianggap sebagai waktu kerja / mengajar dan menjalankan proses PdPc jika bertugas di kelas yang guru berkenaan mengajar sesuatu mata pelajaran (SPI Bil 3 / 1981). 3. Sila tampalkan slip guru ganti dalam Fail Rekod Mengajar hari tersebut. 4. Jika diarah mengajar di sesuatu kelas bagi menggantikan guru cuti bersalin, guru berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut. Proses PdPc hendaklah direkodkan dalam Fail Rekod Mengajar. SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) / ARAHAN KPM / JPNJ / PPD / SEKOLAH 1. Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan melaksanakan arahan-arahan pekeliling KPM, JPNJ dan PPD. 2. Surat arahan/salinannya yang diberikan kepada guru hendaklah dibaca, difahami dan diambil tindakan sewajarnya. Urusan surat menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan sistem fail surat menyurat sekolah. 3. Apabila diarah melaksanakan sesuatu tugas, guru hendaklah melaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan tidak dibenarkan mengarahkan orang lain melaksanakan tugas tersebut bagi pihak dirinya. 4. Guru bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh Pengetua dengan betul, sempurna, mengikut peraturan dan menepati waktu. 5. Guru – guru akan dipanggil bertugas semula semasa cuti sekolah mengikut keperluan / tidak menyelesaikan tugasan yang ditetapkan (SPI Bil 5/1997). KEHADIRAN ORANG LUAR BERJUMPA GURU Orang luar termasuk jurujual atau ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan berjumpa guru dan murid dalam kawasan sekolah kecuali setelah mendapat kebenaran Pengetua / wakilnya terlebih dahulu dan perjumpaan hendaklah dibuat di luar waktu PdPc. PEMATUHAN GAYA HIDUP NORMA BAHARU 1. Sejajar dengan perkembangan dunia berkaitan COVID-19, semua guru dan warga SMAAM mestilah mematuhi norma baharu yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 25 | SMAAM SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1986 – PANITIA MATA PELAJARAN SURAT PEKEL1L1NG IKHT1SAS BIL. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah, salah satu perkara yang hendak disedia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata-mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata-mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panita mata pelajaran i t u berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakala, panitia mata-mata pelajaran ini perlu ditubuhkan. 2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagj. 3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau memperkemaskan lagi panitia mata-mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan. 3.1. Latarbelakang Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengemblengkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar, Telefon : 2922066 Kuala Lumpur 50604. Kawat : 'PELAJARAN’ KP(BS)8591/Jld; 11/(44) 13hb. Mac 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Malaysia. Y.B. Dato'/Tuan,
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 26 | SMAAM bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar. 3.2. Struktur dan Organisasi 3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran); 3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah; 3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara optimis menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah; 3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaanperjumpaannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman; 3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalahmasalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran; 3.3. Tujuan Panitia Mata Pelajaran Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata pelajaran: 3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran pembelajaran; 3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran; 3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah; 3.3.4 Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik; 3.4 Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas: 3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia; 3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan; 3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 27 | SMAAM segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka; 3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah; 3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan; 3.4.6 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran; 3.4.7 Menggalakkan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ‘ad-hoc’ bila dan jika perlu; 3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut; 3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain; 3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;ENURUSAN SMK SERI INTAN 20 3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan; 3.4.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu; 3.4.13 Melantik setiausaha dari kalangan ahli untu menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia; 3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan; Harap Y.B. Dato’/Tuan memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah; ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, ............................................................................ (HJ. JUMAAT BIN DATO’ HJ. MOHD. NOOR) Bahagian Sekolah-sekolah, b.p Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.UAN
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 28 | SMAAM SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) PILIHAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1. SPI BIL. 3/1999 : PENYEDIAAN REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 1. Hendaklah mengandungi hanya 2 unsur sahaja, iaitu: i. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) - mengandungi secara ringkas isi pelajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan KPM. ii. Rancangan Pelajaran Harian (RPH) - merupakan terjemahan RPT yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti tajuk, objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai. Digalakkan pernyataan refleksi. 2. Boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. 3. Rekod P&P dan bahan-bahan yang berkaitan dengan penyediaan RPT dan RPH hendaklah diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang berkepentingan. 2. SPI BIL.4/2009: PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SPM MULAI TAHUN 2009. Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual di bawah: 3. SPI BIL.3/2009: PELAKSANAAN MENGHADKAN JUMLAH MAKSIMUM SEPULUH (10) M/P PEPERIKSAAN SPM. 1. 6 matapelajaran teras iaitu BM, BI, Mate, Sains, Sejarah dan PI/PM adalah wajib dipelajari dan dijadikan matapelajaran peperiksaan SPM. 2. Matapelajaran BM, BI, Matematik dan Sejarah wajib diambil oleh semua calon tanpa boleh diganti dengan matapelajaran lain. 4. SPI BIL. 2/1981: KETETAPAN MASA DI SEKOLAH-SEKOLAH. 1. Semua guru diingatkan dari semasa ke semasa tentang tanggung jawab mereka untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang atau balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar, atau ketika menjalankan kegiatan kokurikulum. 2. Ketepatan masa juga bermakna seorang guru itu hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tiba waktu untuk berbuat demikian. 3. Guru-guru khasnya hendaklah memberikan contoh teladan yang baik bagi menggalakkan Gred Sedia Ada Gred Baru (mulai 2010) A+ 1 A A 2 A A3 B B+ 4 B B C+ C D 8 E E 9 G G
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 29 | SMAAM tabiat ketepatan masa di kalangan murid-murid. 5. SPI BIL. 3/1981: PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR / WAKTU LUANG (FREE PERIOD) OLEH GURU-GURU. (Free Period) adalah waktu bekerja. Menggantikan guru tidak hadir mengajar (relief class). Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan BBM dan sebagainya. Memeriksa buku latihan / nota murid-murid. Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajar yang diajar. Penyediaan aktiviti–aktiviti kokurikulum. = Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua. 6. SPI. BIL. 3/1987: PENYELIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS OLEH PENGETUA / GURU BESAR. Menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab dengan tujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 7. SPI BIL. 5/1999: LARANGAN TERHADAP PENGLIBATAN PPP, GURU, MURID DAN STAF SOKONGAN DALAM KEGIATAN POLITIK ANTI-KERAJAAN. Terakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan kakitangan kerajaan adalah dituntut supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah (the goverment of the day). 8. SPI BIL. 16/2000: SALAH LAKU MEMASUKKAN UNSUR POLITIK DALAM SOALAN PEPERIKSAAN / UJIAN DI SEKOLAH DAN PERBUATAN MENGHASUT / MERACUNI FIKIRAN MURID MEMBENCI KERAJAAN. Tindakan tatatertib bukan sahaja diambil terhadap guru-guru terlibat, malah juga terhadap pengetua/guru besar sekolah berkenaan. 9. SPI BIL. 3/1985: SIARAN MAKLUMAT UNTUK MEDIA MASSA. Pengetua/Guru Besar dan guru-guru tidak boleh membuat sebarang kenyataan/penjelasan atau ulasan melalui akhbar atau memberi maklumat untuk media massa mengenai perkaraperkara yang menyentuh soal-soal dasar, peraturan pentadbiran, pelaksanaan dan rancangan masa hadapan yang belum diputuskan. 10. SPI. BIL. 5/2002: LAWATAN SEKOLAH PADA HARI PERSEKOLAHAN. Mesti tidak melebihi 2 kali dalam setahun. Mestilah tidak melebihi 4 hari berturut-turut termasuk hari perjalanan. 11. SPI BIL. 6/1985: PERATURAN PAKAIAN GURU DI SEKOLAH, MAKTAB PERGURUAN, POLITEKNIK, LAIN-LAIN PEGAWAI DAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN PELAJARAN DI PPD ATAU BAHAGIAN, JPNJ DAN KPM. Berikut adalah perturan pakaian yang ditetapkan:- a) Guru-Guru Lelaki. 1. Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau ‘bush-jacket’ atau ‘lounge suit’. Jika baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam. 2. Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. 3. Pakaian baju melayu lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dalam potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 30 | SMAAM 4. Pakaian Baju melayu dengan kain sarong, ‘jeans’, ‘track suit’, seluar pendek, kemeja T-sukan, jersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batek, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang mencolok mata, tidak boleh dipakai. b) Guru-Guru Perempuan. 1. Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak mencolok mata. 2. Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan. 3. Kasut sukan, ‘jeans’, ‘slacks’, ‘track suit’, kemeja T-sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain dari pakaian dari jenis kain jarang dan mencolok mata, tidak boleh dipakai. 12. SPI. BIL. 10/2001: GARIS PANDUAN PAKAIAN GURU KETIKA BERTUGAS DI SEKOLAH. (Dibaca bersama SPI. BIL 6/1985) 1. Jubah dan berserban bukan dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja sebagai pegawai -pegawai awam. 2. Pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 13. SPI BIL. 2/2009: PENGUATKUASAAN LARANGAN MEMBAWA & MENGGUNA TELEFON BIMBIT OLEH MURID DI SEKOLAH. Semua telefon bimbit yang diambil oleh pihak sekolah akan direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat oleh pihak sekolah. Rekod kes perlu mengandungi maklumat:- i. Tarikh, masa dan tempat telefon bimbit diambil. ii. Jenis telefon bimbit yang diambil. iii. Nama murid, nombor kad pengenalan serta tandatangan murid. iv. Nama guru yang mengambil telefon bimbit. v. Nama ibu/bapa, nombor kad pengenalan, tarikh, masa serta tanda tangan ketika mengambil semula telefon bimbit anak mereka. 14. SPI. BIL. 10/2001: SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. 1. Semua guru telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. 2. Gunakan pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive). 3. Hendaklah sentiasa mengimbangi semasa pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah dihadapi oleh murid. 15. SPI. BIL. 7/2003: KUASA GURU MEROTAN MURID. 1. Hukuman dera kepada murid perempuan adalah dilarang. 2. Hukuman dera kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan ringan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian. 3. Surat penurunan kuasa oleh pengetua kepada guru-guru yang laksanakan hukuman rotan. 16. SPI. BIL. 2/2007: PERUNTUKAN WAKTU UNTUK KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. 1. Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan lanjutan daripada proses P&P dalam bilik darjah. Ia bertujuan memberi peluang kepada murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang dipelajari di bilik darjah. 2. Peruntukan waktu minimum kegiatan kokurikulum di sekolah menengah harian = 180 minit seminggu.
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 31 | SMAAM 17. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 12/2011 : PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI). 1. Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2010. Sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris atau bahasa penghantar masing-masing dalam PdPc Sains dan Matematik. 2. Membolehkan murid-murid SR dan SM pada atau sebelum 2010 meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris sehingga tingkatan 5 berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. 3. Membatalkan SPI Bil. 2/2010 berkaitan MBMMBI. 18. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2010 : PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S). 1. Setiap murid wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan daripada yang ditawarkan di sekolah. 2. Sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan secara sistematik. 3. Hendaklah mengoptimumkan penggunaan peralatan dan kemudahan di sekolah dengan mengutamakan keselamatan murid. 4. Menggalakkan wujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi / pihak luar bagi pembangunan sukan. 5. Memastikan aktiviti sukan sepanjang tahun dijalankan. 19. AKTA PENDIDIKAN 1996 – AKTA 550 (P.U.(A) 531. 1. Perkara 6 (1) : Guru hendaklah mengadakan dengan serta merta satu jadual untuk pemeriksaan pihak berkepentingan mengenai: i. Semua mata pelajaran yang diajar ii. Sukatan pelajaran mata pelajaran yang diajar 2. Perkara 6 (2) : Guru hendaklah dengan serta merta menunjukkan jadual waktu untuk pemeriksaan oleh pihak berkepentingan. 3. Perkara 7 : Guru hendaklah mengadakan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai nama murid dalam sesuatu kelas yang diajar untuk pemeriksaan. 4. Perkara 8 : Guru hendaklah menyimpan dan menyenggara buku rekod mengajar dengan baik. 5. Perkara 10 : Pengetua/Guru Besar hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah yang ditandatangani di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah. 6. Perkara 11 (1) : Guru hendaklah mengajar mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan dan satu jadual waktu yang diluluskan. 20. SURAT PEKELILING AM KERAJAAN JOHOR BIL.3/2013 – CUTI MINGGUAN NEGERI JOHOR. 1. Berkuatkuasa 1 Januari 2014 bahawa hari cuti mingguan negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu. 2. Gantian Hari Pelepasan. Apabila hari kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau hari kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya, dan jika hari yang kemudiannya itu pula hari Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan. 3. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya. 21. SURAT SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 8 TAHUN 2017 : CUTI REHAT KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN. 1. Kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah sepuluh (10) hari setahun.
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 32 | SMAAM 2. Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi Pendidikan. 3. Kemudahan Cuti Rehat Khas juga dipanjangkan kepada: (a) Guru Sandaran / Guru Interim; dan (b) Guru Kontrak 4. Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata terhad kepada 10 hari setahun bagi tujuan-tujuan berikut: a) menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia; b) mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan; c) menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai; d) dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya; e) menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga; f) mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara); g) menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi; h) menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan i) perkahwinan pegawai atau anak pegawai. • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan Surat JPA.SARAAN(S)63/51/8 Jld.2 (11) bertarikh 17 Februari 2015 adalah dibatalkan. 22. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015 : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT. i. Kemudahan ini diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk membuat apa-apa urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat itu dan untuk membantu waris-waris jenazah tersebut untuk urusanurusan lain yang berkaitan; ii. bagi maksud kemudahan yang diperuntukkan untuk urusan kematian ibu mentua atau bapa mentua, kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan; iii. Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah: bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat; dan meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Bagi maksud pekeliling ini, masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. iv. kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan Ketua Jabatan boleh memanggil balik pegawai jika ketiadaan pegawai di tempat kerja boleh memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan awam; v. permohonan Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dengan menggunakan Borang Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat seperti di Lampiran A berserta salinan dokumen pengesahan kematian ahli keluarga terdekat apabila pegawai kembali bertugas dan hendaklah dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai; dan vi. kemudahan ini turut terpakai kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan atau bertugas semasa penggal persekolahan. • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002 adalah dibatalkan
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 33 | SMAAM 23. PEKELILING AM KERAJAAN NEGERI JOHOR BIL 5 TAHUN 2018 : PAKAIAN SERAGAM DAN CARA BERPAKAIAN BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR Aturan Pakaian Bagi Penjawat Awam Negeri Johor 24. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017 : PELAKSANAAN KEBENARAN PULANG AWAL SATU JAM KEPADA PEGAWAI WANITA MENGANDUNG ❑ Pelaksanaan umum kemudahan ini adalah seperti berikut: a) kemudahan ini diperuntukkan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam lantikan tetap dan kontrak (contract of service); b) pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas boleh dibenarkan menggunakan kemudahan ini; c) pegawai boleh dibenarkan menggunakan kemudahan ini pada bila-bila masa, bermula apabila pegawai wanita mengandung lima bulan dan ke atas; d) kemudahan ini akan tamat sehari selepas tarikh akhir yang diluluskan atau pada tarikh mulanya Cuti Bersalin, mengikut mana yang terdahulu; dan e) penggunaan kemudahan ini adalah berdasarkan permohonan pegawai dan kelulusan Ketua Jabatan. ❑ Kemudahan ini dipanjangkan kepada pegawai lelaki tertakluk kepada syarat berikut: a) Pegawai lelaki berkenaan pulang bersama-sama isterinya yang merupakan Pegawai Perkhidmatan Awam yang mengandung lima bulan dan ke atas; dan b) Isteri pegawai telah diberi kelulusan oleh Ketua Jabatan untuk menggunakan kemudahan ini dan pegawai hendaklah melengkapkan borang permohonan. c) Pegawai yang menggunakan kemudahan kebenaran untuk meninggalkan pejabat bagi tempoh empat jam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Surat Edaran JPA bertarikh 9 Disember 2009, dianggap telah menggunakan kemudahan ini bagi hari tersebut kerana pengiraan tempoh empat jam tersebut adalah termasuk tempoh penggunaan kemudahan ini. Hari Pakaian Lelaki Pakaian Wanita Ahad Baju Korporat Baju Korporat / Baju Kurung Johor dan bertudung Isnin Pakaian Pejabat Baju Kurung Johor dan Bertudung Selasa Pakaian Pejabat Baju Kurung Johor dan Bertudung Rabu Pakaian Pejabat Baju Kurung Johor dan Bertudung Khamis Baju Melayu Teluk Belanga (Sepersalinan), Bersamping Berdagang Luar, Bersongkok dan Bersepatu Baju Kurung dan Bertudung
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 34 | SMAAM d) Pada bulan Ramadan, pegawai boleh dibenarkan memilih untuk menggunakan kemudahan ini atau kemudahan bulan Ramadan. PU (a) Bahagian II, Peraturan 13 Keterhutangan Wang Yang Serius (rujuk P.U.(A) 395. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM. ( KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 13. (1) Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa jua cara pun menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, ungkapan "keterhutangan kewangan yang serius" ertinya keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang, mengambil kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius terhadap dirinya. (2) Tanpa menjejaskan peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius: a. jika agregat hutang dan liabilitinya yang tidak bercagar pada bila-bila masa tertentu melebihi jumlah wang sebanyak enam kali emolumen bulanannya; b. jika pegawai itu seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu belum lagi dijelaskan dalam tempoh satu bulan dari tarikh penghakiman itu; atau c. jika pegawai itu seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tidak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan, selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang memihak kepada Pegawai Pemegang Harta masih belum dijelaskan, atau selagi tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya. NTAN 201 PENALTI PENALTI untuk Perkara 6, 7, 8 dan 10 ialah denda tidak melebihi RM500.00. PENALTI untuk Peraturan 11 (1) ialah denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 35 | SMAAM َ ، ج اِرهِ َ لَى ج َ ا ع ً ف ُّ َط َع ت َ ، و ِ ه ِ ل ْ لَى أَه َ ا ع َ ي ْ ع َ س َ ، و ِ أَلَة ْ َس ِن الْم َ ا ع ً اف َ ف ْ ع ِ ت ْ ََلََل اس َ ا ح َ ي ْ دن ال ُّ َ طَلَب ْ ن َ م َ اء ِ ة َ ام َ ي ِ الْق َ م ْ و َ ي ْدِر َ الْب َ لَة ْ ِر لَي َ َم َكالْق ُ ه ُ ه ْ َج و َ و ُونِ د ُ ب ْ ع َ ي ِ ََِّل ل إ َ نس اْْلِ َ َّن و ُت ا ْْلِ ْ لَق َ ا خ َ م َ و Sumber: Dimuatnaik oleh Admin PMWP Diterbitkan: 07 Julai 2019 Bayan Linnas Mukadimah Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Firman Allah SWT: Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. (Surah al-Zariyat: 56) Ayat ini dengan jelas menunjukkan matlamat penciptaan manusia semata-mata untuk menghambakan diri kepada Allah SWT dengan ma’rifah, mentauhid dan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya. Menyentuh tentang pekerjaan ia adalah sebahagian daripada kehidupan. Justeru, kerja adalah ibadah apabila diniatkan semata-mata kerana Allah dengan penuh keikhlasan dan pengharapan daripadaNya. Bayan Linnas pada kali ini, kami tajukkan dengan Bekerja Sebagai Ibadah: Meningkatkan Sikap Integriti. Ia dikemukakan semata-mata untuk memotivasikan kita seterusnya melonjakkan prestasi kerja kita hingga mencapai ke tahap yang tertinggi dari segi integritinya. Pertama: Bekerjalah Kita sebagai khalifah Allah di muka bumi yang bersifat sebagai pelaksana dan penegak kepada agama serta bersiyasah dengannya. Kita memegang sejumlah amanah dan tanggungjawab yang diperintah dan ditaklifkan kepada kita. Justeru, dalam melayari bahtera kehidupan, soal makan minum, tempat tinggal dan kenderaan untuk menyampaikan kita ke satu-satu tempat adalah memerlukan harta dan kewangan yang kukuh. Antara cara untuk mendapatkan harta adalah melalui pekerjaan. Dengan sebab itu, dalam al-Quran al-Karim terlalu banyak perintah untuk kita bekerja seterusnya mencapai kehendak manusiawi yang kita miliki. Terlalu banyak bentuk pekerjaan yang boleh kita lakukan. Yang penting adalah halal dan tidak bertentangan dengan Syariat sama ada kita sebagai peniaga, tokoh korporat yang besar, petani, pekebun, penternak, nelayan, pertukangan, mengambil sebarang upah, penjawat awam, bekerja di sektor swasta, maka semuanya adalah digalakkan. Begitu juga pembetulan niat setiap kali kita bekerja biarlah diniatkan kerana mengikut apa yang diperintah oleh Allah. Sebagai contoh, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.” Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465) Bekerja Sebagai Ibadah: MENINGKATKAN SIKAP INTEGRITI
Manual Pengurusan SMAAM 2023/2024 Muka Surat | 36 | SMAAM Setiap perkara harus yang dilakukan oleh seorang Mukmin dengan unsur niat, ia bertukar menjadi ibadat. Namun, perkara haram tetap haram hukumnya walau bagaimana suci sekalipun niat si pelaku. Islam tidak merestui sesuatu yang haram itu dijadikan wasilah kepada tujuan yang mulia. Ini kerana, Islam menekankan kemurnian matlamat dan cara pada masa yang sama. Syariat Islam tidak menerima sama sekali prinsip, matlamat menghalalkan cara ataupun mencapai kebenaran melalui kerja-kerja batil. Sebaliknya, Islam mewajibkan umat mencapai kebenaran melalui jalan yang benar. Sesiapa yang mengumpul duit melalui amalan riba, rasuah, hiburan yang haram, perjudian, ataupun apa-apa amalan yang terlarang, dia melakukannya dengan tujuan membina sebuah masjid ataupun melancarkan program kebajikan, niatnya yang murni itu tidak mampu memberi kebaikan kepada dirinya. Ia tidak membuat dia terlepas daripada dosa melakukan perkara haram. Ini kerana, perkara haram itu tidak terkesan ataupun luak dengan niat dan tujuan si pelaku. (Lihat Halal dan Haram dalam Islam oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 30) Kedua: Cabaran dalam Mencapai Integriti Sebenarnya cabaran dalam melayari kehidupan khususnya ketika menjawat jawatan dalam perkhidmatan sama ada kerajaan, berkanun atau swasta amatlah banyak. Justeru, bagi menanganinya sudah pasti perlu mengenali sifat-sifat mazmumah yang menghalang integriti. Banyak halangan untuk mencapai dan merealisasikan sifat integriti yang unggul. Antaranya seperti berikut: Pertama: Rasuah Rasuah mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok atau menyuap). Perkataan rasuah berasal daripada bahasa Arab al-risywah ) ُ ة َ و ْ ش ِّالر .)Al-Fayyumi berkata: al-Risywah ) ُ ة َ و ْ ش ِّالر )adalah sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada hakim atau orang lain, agar hakim itu memenangkannya, atau agar hakim itu memutuskan hukum sesuai dengan apa yang diinginkannya. (Lihat al-Misbah al-Munir fi Gharib al-Syarh al-Kabir, 3/411) Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut: "Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya." (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 627) Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa jua urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Alhamdulillah, dasar kerajaan yang terbaru 2019 berkenaan dengan rasuah begitu tegas dengan pelan tindakan yang begitu berkesan. Semoga satu hari nanti, Malaysia bebas dari rasuah. Kedua: Khianat Khianat ialah perbuatan jahat yang bertujuan menganiayai atau mendatangkan kecelakaan kepada orang lain, melakukan tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia sama ada kepada negeri, bangsa dan lain-lain.