BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH KEMERDEKAAN
MALAYSIA
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
DISEDIAKAN OLEH:
YUVAN RAJ A/L ANANTON
SK TAMAN INDAHPURA 2
KULAI, JOHOR.
Negara Malaysia mencapai kemerdekaan setelah
melalui suatu proses yang panjang. Pengalaman
Malaysia dijajah oleh beberapa kuasa asing
selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat
sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki
negara sendiri yang berdaulat kian menebal.Oleh
itu , semangat dan kesedaran ini mula disalurkan
melalui pelbagai cabang sehingga berjaya
memberi kesedaran secara menyeluruh kepada
rakyat.Kempen-kempen oleh para pejuang
kemerdekaan yang tidak kenal putus asa ,
akhirnya membuahkan hasil apabila British
meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos
1957.Malaysia kemudian bergerak matang dan
lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah
negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk
sebuah negara yang lebih mantap dalam
mengatasi cabaran semasa.Hasilnya,
terbentuknya negara Malaysia seperti yang
dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16
September 1963.
NAMA : YUVAN RAJ A/L ANANTON
TARIKH LAHIR : 22.10.2009
SEKOLAH : SK TAMAN INDAHPURA 2
KELAS : 6 IBNU KHALDUN
E-MAIL : [email protected]
ALAMAT SEKOLAH : TAMAN INDAHPURA, 81400
KULAI, JOHOR.
JASA DAN SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN
AL-HAJ
SUMBANGAN DALAM PENULISAN
Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat.Karya beliau mampu menarik
perhatian orang ramai.Walaupun pada masa Tunku bersara , ketika berumur 85 tahun
, beliau masih bergiat cergas malah masih aktif dalam bidang penulisan seperti
ruangan Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star.Sepanjang 16 September
1974 sehingga 16 Ogos 1975 , Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam
ruangan Looking Back.Pada tahun 1969 , Tunku telah menghasilkan buku beliau yang
pertama iaitu May 13 , Before and After.Selepas itu , beliau meneruskan penulisannya
dalam khbar The Star melalui ruangan baru iaitu As I See It.Artikel-artikel yang beliau
hasilkan dalam akhbar adalah berkaitan masyarakat dan insiden-insiden politik yang
berlaku pada zaman beliau.Beliau turut menghasikan Viewpoints (1970) , Looking
Back (1977) , As Matter of Interest (1981) , Something toRemember (1983) , Less We
Forget and Contemporary Issues in Malaysian Politics (1984) , Challenging Times
(1986) , dan Political Awakening (1986) .Semua hasil tersebut adalah berkaitan isu-isu
semasa.
SUMBANGAN DALAM KESENIAN
Tungku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara.Sebelum
menjadi Perdana Menteri , beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai
pusat kebudayaan.Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 1969 , beliau telah mengadakan
Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan
menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia.
Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu “
Mahsuri ” , “ Raja Bersiung ” dan “ Sumphan Mahsuri “.Filem “ Raja Bersiung “
merupakan antara filem Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang
ditayangkan untuk mengutip derma bagi tabung Tuju Peringatan Rosli Dhobie.
SUMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA
Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South East
Asian States) yang terdiri daripada Tanah Melayu , filipina , dan Negara Thailand.
Pada 11 Julai 1962 , MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia , Filipina , dan
Malaysia dibentuk.Akan tetapi , persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi
konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisyhtiharkan.Ketika
berusaha menyelesaikan masalah tersebut , Tunku dihampakan apabila Singapura
memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965.Tunku berjaya
mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966
dan Filipina 3 Jun 1966.Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama
Pertubuhan Negara -Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah.
SUMBANGAN DALAM PERKEMBANGAN ISLAM
Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di
negara kita malah mengharumkan nama negara di persada dunia.Beliau banyak
melibatkan diri dalam penganjuran pertandingan membaca al-Quran.Menjadi
Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960.Atas
kebolehn dan daya usaha gigihnya , beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah
pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam.
Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen.Beliau
telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya
untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam
Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra.Sebagai pemimpin PERKIM , beliau berusaha
memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui
Kelantan pada tahun 1975.Dengan bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu , beliau telah
berjaya menempatkan seramai 4500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan
Cheranting.
KEJAYAAN TUNKU :
Rakyat menyanjung tinggi tunku kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan
menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan
rakyat.Sebelum mencapai kemerdekaan , Tunku sudah yakin bahawa beliau akan menhadapi
banyak cabaran dan rintangan untuk mencapai keamanan dan kemerdekaan dalam
menyatupadukan rakyat..Ini menyebabkan rakyat merasa terhutang budi dan
mengaguminya.Setelah dilantik menjadi presiden UMNO , beliau berikhtiar untuk
mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Tetapi , cabaran yang terpaksa dihadapinya
ialah menyatupadukan parti-parti kaum yang lain bagi mencapai tujuan ini.Oleh itu , dia
membentuk Parti Perikatan dengan menggbungkan UMNO-MCA.Cadangan ini berjaya dan
membolehkan Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
pada tahun 1952 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian mic untuk menyertai gabungan
ini.Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar Tunku Abdul Rahman.Parti
Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada British bahawa
tanah air kita yang terdiri daripada pelbagai kaum sudah brsedia untuk merdeka.Tunku telah
bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pilihan majoriti.Beliau membuat lawatan ke seluruh
Tanah Melayu tanpa ,erasa penat dan lelah.Akhirnya beliau berjaya mengatasi rintangan ini
dengan memenangi pilihan raya itu.Beliau eterusnya mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke
London pada tahun 1956 untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai
tarikh kemerdekaan.Selepas kejayaan ini , beliau mendapat perhatian masyarakat di seluruh
dunia , terutamanya media massa.Pada 27 Mei 1961 , Tunku telah mengemukakan cadangan
untuk menggabungkan Tanah Melayu , Singapura , Sabah , Sarawak , dan Brunei bagi
membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia.Idea tersebut mendapat sokongan dari
negara-negara tersebut kecuali Brunei.Pada 6 Januari 1962 , kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu dan British telah menubuhkan Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau reaksi rakyat
Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia.Akhirnya Malaysia dibentuk pada 16 Julai
1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu , Singapura , Sabah , dan Sarawak.
ANUGERAH :
Pelbagai anugerah telah diterima oleh beliau daripada universiti-universiti seperti
Universiti Malaya , Universiti Sdyney , Universiti Araneta dan Universiti India.Beliau juga
menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford , England pada tahun
1970 , Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Universiti Cambridge (1970) , Ijazah
Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti Prince of Songkhla , Thailand(1977).Beliau juga
menerima penghormatan dalam bentuk pangkat dan darjah-darjah kebesaran sama ada dari
dalam mahupun dari luar negara.Ini termasuklah pangkat-pangkat seperti Order of Istinqqlal ,
Maghribi pada tahun 1957 , Darjah utama Negeri Kedah pada tahun 1958 , Order of Kim
Khanh , Vietnam (1958) , Seri Paduka Mahkota Brunei (S.P.M.B) dan Grand Cross of The Order
of The Same Crown dari Belgium Order of Sikatuna dari Filipina (1959) , Darjah Kerabat Yang
Amat Dihormati (kelas pertama) , Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960) , Knignt
Grang Cross of the Most Illustrios Order of Chula Chom Klao dari Thailand (1962) , Darjah Seri
Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) dan Grand Cross of the Royal Order of Sahametrai dari
Kemboja.
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan
seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa disebalik
kejayaannya.Beliau merupakan seorang yang peramah ,
baik hati , arif dalam membuat pertimbangan , berjiwa
rakyat , setia kepada sahabat-sahabatnya , rendah diri ,
murah hati , sentiasa bersimpati , bertanggungjawab serta
banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai
kenalan yang ramai.
Kita sebagai pewaris bangsa Melayu haruslah menjadikan
gaya pemikiran dan hala tuju beliau untuk membentuk
generasi akan datang agar tidak hilang Melayu di dunia
dengan ‘kemelayuan’ yang penuh dengan kesopanan, adat
resam dan tradisi yang sentiasa terpelihara dengan jenama
Melayu.