The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

inovasi sosial berkenaan dengan perpaduan2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ashblmn, 2022-11-22 00:22:27

inovasi sosial berkenaan dengan perpaduan2

inovasi sosial berkenaan dengan perpaduan2

INOVASI SOSIAL BERKENAAN
DENGAN PERPADUAN

E-FOLIO
MPU21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SESI 1 : 2022 / 2023
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM DIPLOMA SENI BINA
NAMA PENSYARAH : PUAN RUSLINAWATI BT ABDUL GHANI

NAMA AHLI KUMPULAN:
1. AMMAR HARIZ BIN MOHD HASNAN (03DSB22F1011)
2. AHMAD SHAFIQ HAKIMI BIN LOKMAN (03DSB22F1016)
3. MUHAMMAD NAFIS RAFIQIN BIN ZULKAFLI (O3DSB22F1O2O)

4. ZAMZUHRI BIN ZURAILAN (03DSB22F1010)

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya
dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Penghayatan Etika Peradaban (MPU21032) ini dengan
jayanya.Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih
kepada Puan Ruslinawati Binti Abdul Ghani,selaku Pensyarah Penghayatan Etika Peradaban kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.Kami juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu
menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah kami Puan Ruslinawati Binti Abdul Ghani atas
budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, kami turut
berterima kasih kepada rakanrakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama
bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Ucapan ini juga ditujukan kepada
semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung .
Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka
semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

PENGENALAN

• Sejarah pembangunan negara selepas kemerdekaan tertumpu kepada ketidakseimbangan ruang dan
pembangunan ekonomi masyarakat. Penekanan terhadap pembangunan bandar berteraskan teknologi
bermula sejak Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990). Pelbagai dasar dan strategi dirangka dan dibangunkan
sehingga Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015) yang berorientasikan taman sains, globalisasi,
pengetahuan, inovasi dan berpendapatan tinggi (Malaysia, 2006; EPU, 2010). Manakala, pada Rancangan
Malaysia Ke-11 (2016-2020), kesejahteraan dan pembangunan berpaksikan rakyat ditekankan dalam dasar
pembangunan (Unit Perancang Ekonomi, 2015). Isu kualiti dan kesejahteraan masyarakat diberi penekanan
selari dengan keperluan kepada inovasi sosial dalam membentuk keseimbangan pembangunan ekonomi dan
sosial.

• Penerapan elemen inovasi sosial dalam penyelidikan akan meningkatkan intelektual dan keupayaan hasil
penyelidikan yang memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat (The Young Foundation, 2012; The Hope
Institute, 2017). Keintelektualan bukan sahaja memenuhi keperluan sosial dan masalah sosial masyarakat
seperti kemiskinan, kesejahteraan, perpaduan atau kelestarian tetapi mekanisme untuk mencapai
perubahan yang sistematik (Jalaluddin, 2014). Kajian terdahulu menunjukkan hubungan yang signifikan
antara keupayaan penyerapan pengetahuan dengan output inovasi yang dihasilkan kerana ia melibatkan cara
mendasari sebab masalah sosial berbanding hanya pengurangan simptomnya (Zahra & George, 2002; A BEPA
Report, 2014). Artikel ini bertujuan membincangkan konsep inovasi sosial dan keupayaan penyerapan dalam
konteks pembangunan bandar berasaskan pengetahuan. Kaedah tinjauan literatur digunakan untuk meneliti
konsep keupayaan penyerapan dan pembangunan inovasi sosial. Perbincangan dalam konteks pembangunan
bandar berasaskan pengetahuan merujuk kepada aktornya iaitu akademia merupakan individu yang terlibat
secara langsung dalam pembangunan penyelidikan dan inovasi.

Isi kandungan

• 1) PENGHARGAAN
• 2) PENGENALAN
• 3) ISI KANDUNGAN
• 4) DEFINISI INOVASI SOSIAL
• 5) MAKSUD PERPADUAN
• 6) USAHA USAHA MEMUPUK PERPADUAN
• 7) APA ITU PEMBANGUNAN SOSIAL
• 8) APAKAH FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN SOSIAL
• 9) FAEDAH INOVASI SOSIAL TERHADAP PERPADUAN
• 10) KESAN JIKA MENGABAIKAN INOVASI SOSIAL TERHADAP PERPADUAN
• 11) KESIMPULAN
• 12) RUJUKAN

Definisi inovasi sosial

• Inovasi sosial merujuk kepada aktiviti dan perkhidmatan inovatif yang didorong dengan
matlamat memenuhi keperluan sosial dan kebanyakannya tersebar melalui organisasi
yang tujuan utamanya adalah sosial (Mulgan, 2006). Sementara itu, Unceta et al. (2016)
mendefinisikan ia sebagai produk baru, proses dan kaedah yang dibangunkan secara
kreatif dan lestari, menawarkan penyelesaian yang lebih baik kepada satu atau beberapa
permintaan sosial. Manakala Howaldt et al. (2016) menyatakan konsep inovasi sosial
melibatkan hubungan teknologi dan inovasi perniagaan bertujuan memenuhi tuntutan
sosial, memenuhi cabaran masyarakat dan perubahan sistematik yang ditangani oleh
pelaku, rangkaian dan urus tadbir (termasuk peranan usahawan sosial, rangkaian,
penglibatan pengguna) perubahan sosial dan pembangunan melalui proses dinamik.
Definisi ini menunjukkan perbincangan inovasi sosial sering dikaitkan dengan elemen
ekonomi dengan mengetengahkan keusahawanan sosial. Usahawan sosial merupakan
sebahagian daripada inovasi sosial. Keusahawanan dalam kajian inovasi merupakan
pengukuran kepada limpahan pengetahuan yang memberi impak kepada masyarakat
seperti yang dibincangkan dalam teori limpahan pengetahuan keusahawanan (Acs et al.,
2013; Shu et al., 2014).

MAKSUD PERPADUAN

• Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi
yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang
berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.
Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah
satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.
Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun
dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang
cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman
dikalangan kaum di Malaysia.

USAHA USAHA MEMUPUK PERPADUAN

• Menyatukan institusi pendidikan dari peringkat rendah
• Menyambut hari perayaan bersama-sama melalui rumah terbuka
• Memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti
• Mempergiat aktiviti sukarelawan dan kebajikan
• Menerbitkan drama atau filem yang mempunyai elemen perpaduan

kaum dengan lebih banyak
• Membendung diskriminasi antara kaum dalam peluang pendidikan,

pekerjaan dan ekonomi.

Menyatukan institusi pendidikan dari
peringkat rendah

• Salah satu usaha yang pasti membuahkan perpaduan antara kaum di Malaysia
adalah dengan menyatukan institusi pendidikan dari peringkat rendah. Umum
mengetahui kita mempunyai sekolah vernakular yang dikenali sebagai Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Sekolah
Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT). Pembahagian ini bukan sahaja mejejaskan
perpaduan antara kanak-kanak malah mewujudkan jurang pendidikan antara
mereka kerana pelaksanaan kurikulum yang tidak sama. Oleh itu, kita hendaklah
mewujudkan satu jenis sahaja sekolah kebangsaan yang menghimpun kanak-
kanak dan remaja tanpa mengira latar belakang mereka dan memberikan
pendidikan yang terbaik. Secara langsung dan tidak langsung, mereka akan
berinteraksi dan bergaul sesama mereka dan melahirkan kesefahaman serta
kekitaan dalam menghadapi persekolahan. Tegasnya, dengan menyatukan
institusi pendidikan di bawah satu sistem sahaja semangat perpaduan antara
kaum dapat dilahirkan persis kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.



Menyambut hari perayaan bersama-
sama melalui rumah terbuka

• Usaha lain yang dapat direncana untuk memupuk perpaduan antara kaum
di Malaysia adalah dengan menyambut hari perayaan bersama-sama.
Konsep ini sebenarnya telahpun diperkenalkan iaitu penganjuran rumah
terbuka. Negara kita merupakan antara masyarakat yang banyak
meraikan perayaan sepanjang tahun daripada Tahun Baru Cina, Hari
Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Deepavali, Wesak, Hari Gawai, Pesta
Kaamatan dan Hari Natal. Dengan pengajuran rumah terbuka, bangsa lain
yang tidak mengetahui budaya dan tradisi kaum yang menyambut
perayaan tersebut boleh memepelajari dan menikmati hidangan yang
lazimnya dihidangkan. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Pada
masa yang sama, aktiviti kunjung mengunjung semasa hari perayaan
dapat mengeratkan hubungan antara jiran tetangga dan komuniti.
Jelasnya, penganjuran rumah terbuka dapat memupuk perpaduan antara
kaum menerusi perayaan yang disambut.



APA ITU PEMBANGUNAN SOSIAL

• pembangunan sosial ; Pembangunan sosial adalah sebuah proses
perubahan sosial yang terencana dan didesain dengan tujuan untuk
mengangkat kesejahteraan penduduk menyeluruh dengan
menggabungkannya dengan proses pembangunan ekonomi yang
dinamis. Namun pada awal berkembangnya kegiatan ini,
pembangunan sosial sering dipertentangkan dengan pembangunan
ekonomi, namun seiring dengan berjalannya waktu, pembangunan
ekonomi, pembangunan sosial serta pembangunan fisik semakin
diterima. Pembangunan secara sosial ini merupakan hal yang sesuai
untuk diterapkan dalam negara yang berkembang.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
pembangunan sosial?

Budaya dan struktur sosial
Sikap dan tingkah laku di dalam sesuatu budaya akan membentuk pembangunan sosial. Anda akan membesar mengikut bentuk
amalan dan pengharapan masyarakat.
Kemahiran keibubapaan
Cara ibu bapa menjaga/mendidik anak-anak mempengaruhi pembangunan sosial remaja:
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran bersosial
Kemahiran hidup seharian (Contoh : penjagaan diri, kemahiran bermasyarakat, kemahiran kekeluargaan)
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran kerohanian
Status kewangan
Status kewangan keluarga mempengaruhi aktiviti sosial.
Pengaruh rakan sebaya
Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembangunan sosial remaja berbanding ibu bapa mereka.
Media
Media adalah satu daya sosial yang kuat untuk dalam mengubah budaya remaja.

FAEDAH-FAEDAH DAN KEPENTINGAN
INOVASI SOSIAL TERHADAP PERPADUAN

• Meningkatkan kualiti hidup
• Mencipta pasaran baru
• Memelihara ekosistem dan alam sekitar
• Mengurangkan risiko kebergantungan terhadap sumber

manusia
• Selaras dengan sistem pendidikan
• Meluaskan jangkauan produk

KESAN JIKA MENGABAIKAN INOVASI SOSIAL
TERHADAP PERPADUAN

• PENGARUH MEDIA SOSIAL DAPAT MENJEJASKAN KEHARMONIAN DAN
SEMANGAT PERPADUAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM
DISEBABKAN OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

• WUJUD SIKAP KEBENCIAN DAN SYAK WASANGKA ANTARA KAUM DAN
BUDAYA SESAMA SENDIRI

• PERPADUAN DAN KEAMANAN NEGARA AKAN DIAMBIL RINGAN

KESIMPULAN

• Pengukuran pembangunan inovasi sosial berdasarkan teori keupayaan
penyerapan dilihat dapat memenuhi teras inovasi sosial, iaitu
pembaharuan, pelaksanaan idea, memenuhi keperluan masyarakat,
keberkesanan dan meningkatkan keupayaan masyarakat dalam membina
kesejahteraan masyarakat.Jurang keupayaan potensi inovasi sosial
organisasi dan keupayaan kesedaran inovasi memerlukan pengukuran
dalam peringkat individu agar dapat mengukuhkan teras pembangunan
inovasi sosial.Idea inovasi yang berkesan adalah dalam bentuk hasil seperti
kualiti, kepuasan, kos dan kesan, berbanding penyelesaian yang
ada.Penyelidikan yang memenuhi keperluan masyarakat dan hasil yang
efektif menggambarkan kejayaan inovasi sosial.Walaupun isi pembangunan
sosial telah diperdebatkan namun ia masih baru dari segi konsep inovasi,
terutama di negara yang sedang membangun.Oleh itu, tumpuan kepada
pembangunan inovasi sosial diperlukan untuk menjana pembangunan yang
seimbang

RUJUKAN

Buku:
• Mohd Azhar Abdul Hamid et.al.2020. PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN.Johor

Bahru.Penerbitan FIRDAUS PRESS SDN. BHD.
• Farhan Harun et.al.2021. Penghayatan etika dan peradaban.Arau:Politeknik Tuanku Syed

Sirajuddin
INTERNET:
• https://ennashood.blogspot.com/
• http://journalarticle.ukm.my/12809/1/25617-76419-1-PB.pdf
• https://www.researchgate.net/publication/327263296_Konsep_keupayaan_penyerapan

_akademia_dan_inovasi_sosial_dalam_konteks_pembangunan_bandar_berasaskan_pen
getahuan
• https://www.ipendidikan.my/kepentingan-inovasi-dalam-kehidupan.html
• https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/


Click to View FlipBook Version