The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hairuddin5157, 2019-12-13 02:59:50

ebook (1)

ebook (1)

cover

kandungan

"GALAH PANJANG "

1. Pengenalan Galah Panjang

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yabg dimainkan di atas gelanggang yang
dilakar di atas tanah kosong.

Permainan galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan
berhalang. Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah.
Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan.

Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak
buah bagi pihak yang mengawal gelanggang.

Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang.

Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang,
maka mereka boleh menang dengan mudah.

2. Bilangan Pemain

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari
kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan.
Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya
terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan juga golongan dewasa.

3. Gelanggang Galah Panjang

Tiada alatan yang diperlukan melainkan untuk menyediakan gelanggang seperti rajah
berikut :

Gelanggang yang dibuat mempunyai 2 lajur dan beberapa garis bergantung kepada
bilangan pemain.
Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang.

Contohnya jika bilangan pemain 10 orang, gelanggang galah panjang yang dibuat
mengandungi 4 baris.
Jika bilangan pemain sebanyak 8 orang, gelanggang galah panjang mengandungi 3 baris.

4. Masa Permainan

Masa permainan bergantung kepada sepantas mana bilangan
pemain dapat merempuh atau melintasi halangan ke pihak
lawan.

Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir
melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang
ingin berhenti.

5. Cara Permainan Galah Panjang

Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang petak galah
panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.

Setiap kumpulan yang bertanding akan melakukan pemilihan ketua pasukan.

Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi bersama pengadil permainan bagi
menentukan kumpulan mana yang menjaga gelanggang dan kumpulan yang bakal

menempuh gelanggang.

iv. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan
menjaga gelanggang dengan berpijak di atas garisan yang dilukis tadi.

v. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan
depan atau belakang.

vi. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan,
seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak
lawan. Seterusnya mereka belari masuk ke dalam gelanggang.

vii. Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak
melepasi garisan yang dijaganya.

viii. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir
tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.

ix. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir
melepasi garisan permulaan. Permainan diteruskan sehingga masa
permainan tamat

Syarat Permainan

i. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah
akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.

ii. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh
akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.


Click to View FlipBook Version