The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Halangan Komunikasi Dan Isu-Isu Keterampilan Berbahasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM10622 Aishah Insyirah Binti Huslisham, 2023-03-25 00:20:26

1. AISHAH INSYIRAH_PPS2-7 T3 BMMB1134

Halangan Komunikasi Dan Isu-Isu Keterampilan Berbahasa

Halangan Komunikasi DanIsu-Isu Keterampilan Berbahasa Nama : AishahInsyirah Binti Huslisham Kelas : pps2-7 Angka Giliran : 2022172310024 Pensyarah : Dr. Noor Hayati Binti Che Mat BMMB1134


ISI KANDUNGAN Maklum Balas Komunikasi Sehala Gangguan Saraf Penerima Penyampaian menerusi saluran kedua Gangguan Emosi Gangguan Luaran Isu Bahasa Isu Budaya Isu Media Sosial


Menurut Hermawa (2014), keterampilan berbahasa adalah kemampuan mengungkapkan bunyi-bunyi artikulasi atau kata-kata untuk mengekspresikan idea, pendapat, keinginan atau perasaan. Keterampilan berbahasa juga keupayaan dan kemampuan seseorang dalam menggunakan bahasa dengan baik iaitu dari segi tatabahasa dan kemahiran bahasa Keterampilan bahasa merujuk kepada kecekapan seseorang individu itu dalam menggunakan bahasa dengan baik sama ada dalam situasi formal ataupun tidak formal. Komunikasi pula merujuk kepada suatu proses penyampaian maklumat atau pesanan dari satu pihak kepada pihak yang lain (Muhammad Jeffery Hizwan, 2018). Menurut Dunette (1976), keterampilan ialah mengembangkan pengetahuan yang dapat melalui latihan dan pengalaman dengan melaksanakan beberapa tugas PENGENALAN


HALANGAN KOMUNIKASI


Maklum Balas maklum balas ialah tindak balas daripada pendengar kepada penyampai apabila menyampaikan sesuatu mesej. Maklumat dikumpul lalu diproses menjadikan penyampai boleh memberi maklum balas dalam keadaan yang pantas tanpa sebarang gangguan serta dapat melihat reaksi bukan lisan yang kelihatan melalui mimik muka dan perbuatannya. Halangan dalam maklum balas ini berlaku apabila pendengar tidak dapat memberi respons kerana pemahaman yang pendengar perolehi berbeza dengan maksud yang ingin penyampai tafsirkan. Hal ini berlaku berikutan pendengar tidak fokus dengan sepenuhnya malah berawang-awangan ketika penyampai menyampaikan mesej secara lisan atau bukan lisan. Ketika komunikasi berlaku, halangan ini juga boleh berlaku apabila penyampai berasa tidak yakin untuk memberi respons atau jawapan kepada penyampai kerana personaliti seseorang peribadi berbeza malah penerimaan kepada sesuatu mesej juga berbeza . Perkara ini mebuatkan pendengar lambat memberi maklum balas dengan baik


Komunikasi Sehala Komunikasi sehala berlaku apabila penyampai menyampaikan mesej tanpa memerlukan maklum balas. . Perkara ini berlaku kebiasaannya pada pengucapan awam seperti syarahan ,pidato,, ceramah dan lain-lain lagi. . Misalnya, penceramah terlibat secara aktif dalam penyampaian untuk menyampaikan mesej dan audiens merupakan penerima mesej sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Halangan komunikasi sehala berlaku kerana penerima mudah berasa bosan kerana tiada tindak balas antara satu sama lain. Perkara ini juga boleh berlaku kerana topik yang dibincangkan tidak menepati kriteria audiens. Malah, penggunaan kata-kata atau perkataan yang mempunyai makna yang berbeza-beza terhadap sesuatu perkara bagi penerima yang berlainan budaya. Perkara ini boleh berlaku berikutan sesetengah perkataan mempunyai maksud yang berbeza kepada individu yang berlainan budaya.Oleh hal yang demiikian, penyampai hendaklah menganalisis terlebih dahulu situasi penerima atau audiens bagi mengelakkan suasana yang tidak ceria dan tidak harmoni berlaku. Melalui analisis ini akan membangkitkan rasa keseronokan di kalangan penerima serta dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan


Gangguan Saraf Penerima Gangguan saraf penerima akan mempengaruhi proses komunikasi antara satu sama lain. Gangguan saraf ini seperti pekak dan bisu. Penyampaian ini akan terganggu jika penerima tidak menggunakan kaedah bahasa isyarat serta penyampai tidak mahir dalam berbahasa isyarat. Misalnya, seorang guru hendaklah mahir dalam berbahasa isyarat kerana jika mempunyai murid yang berkeperluan khas dalam berkomunikasi guru hendaklah berinteraksi mengikut kaedah yang betul. Jika penyampai tidak berkebolehan dalam penggunaan bahasa isyarat, proses menerima maklum balas akan terganggu. Gangguan ini berkait rapat dengan otak yang merupakan agen penting untuk berkomunikasi. Masalah ini akan mengalami kesukaran untuk menerima maklumat yang betul dan tepat. Hal ini juga penerima tidak dapat menafsirkan mesej yang betul. Halangan gangguan saraf penerima ini boleh berlaku juga apabila penyampai tidak memahami keadaaan seorang penerima. Misalnya, penerima tidak dapat menyampaikan secara lisan seperti menunjukkan ekspresi muka yang keliru menyebabkan penyampai tidak dapat memahami ekspresi muka yang ditunjukkan oleh penerima.


Penyampaian menerusi saluran kedua Penyampaian ini melibatkan orang tengah untuk menyampaikan mesej kepada penerima dan juga bukan melalui secara terus kepada penerima. Halangan pada penyampaian menerusi saluran kedua ini ialah mesej yang disampaikan mengalami tokok tambah yang tidak bersesuaian dengan pernyataaan asal. Misalnya, penyampai mengirimkan pesanan kepada penyampai dua tetapi penyampai salah memberi maklumat yang betul. Penyampaian ini melibatkan orang tengah untuk menyampaikan mesej kepada penerima dan juga bukan melalui secara terus kepada penerima. Halangan pada penyampaian menerusi saluran kedua ini ialah kesilapan dalam menyampaikan mesej kepada penerima. Hal ini akan berlaku sekiranya menyampaikan mesej melalui saluran kedua. Kebiasaannya keadaan ini mengakibatkan mesej yang disampaikan mempunyai tokok tambah atau mesej yang salah. Malah kesilapan semasa menaip di dalam media sosial juga merupakan halangan dalam penyampaian menerusi saluran kedua. Misalnya, mesej diasampaikan melalui aplikasi-aplikasi whatsapp, telegram dan sebagainya mempunyai kesalahan menyebabkan mesej yang disampaikan tidak jelas dan mengelirukan penerima.


Gangguan Emosi Gangguan emosi ketika berkomunikasi boleh berlaku melalui perubahan tingkah laku penyampai tersebut. Gangguan adalah sesuatu yang mengganggu seseorang ketika berkomunikasi. Gangguan emosi merupakan gangguan dalaman yang disesbabkan oleh keadaan psikologi penerima yang tidak stabil dan terganggu. Halangan dalripada gangguan emosi ini boleh berlaku apabila penyampai atau penerima bertindak mengikut emosi seperti emosi marah. Hal ini boleh mengakibatkan proses berkomunikasi berlaku dalam keadaan tegang berikutan daripada emosi negatif tersebut. Perkara ini juga membuatkan seseorang tidak selesa untuk berinteraksi dengan baik malah perkara ini turut melibatkan orang yang tidak sepatutnya terlibat. Oleh hal yang demikian, kesukaran mengawal perasaan marah atau sedih menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka. Secara tidak langsung perkara ini akan berlarutan terjadi. Seseorang indvidu hendaklah profesional dalam berkomunikasi khususnya agar maklumat yang disampaikan berkesan.


Gangguan Luaran Gangguan luaran kebiasaannya terjadi bermula daripada persekitaran sekeliling. Gangguan sebegini memberikan impak yang besar kepada seseorang kerana perkara ini melibatkan persekitaran yang umum dan terdedah kepada pelbagai ragam masyarakat . Halangan melalui gangguan luaran dalam berkomunikasi ini ialah persekitaran yang bising. Misalnya, apabila guru mengajar di dalam kelas murid tidak memeberikan perhatian malah bising sehinggakan keadaan menjadi tidak terkawal. Hal ini mengakibatkan suara guru tenggelam dan murid tidak memberikan perhatian terhadap teguran yang guru lakukan. Perkara ini membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak dapat dijalankan dalam keadaan baik dan tenang. Oleh hal yang demikian, gangguan luaran ini boleh terjadi tanpa mengiira tempat dan masa. Penyampai hendaklah bijak dalm komunikasi agar maklumat atau mesej yang disampaikan dapat memberikan tindak balas yang baik dan positif.


ISU KETERAMPILAN BERBAHASA


Menurut Nik Safiah Karim (1988), laras bahasa merupakan gaya dan pengggunaan sesuatu bahasa. Isu bahasa dalam komunikasi terjadi apabila penyampai dan penerima berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang salah. Misalnya, merojakkan bahasa ketika berkomunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan. Hal ini sering terjadi hasil daripada percampuran bangsa dan budaya dalam kalangan masyarkat sendiri. Mereka berkomunikasi dalam Manglish iaitu percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang boleh menyebabkan penyampai dan penerima menjadi kebiasaan dalam komunikasi. Perkara ini sewajarnya tidak berlaku kerana kesukaran untuk berkomunikasi antara satu sama lain akan terjadi. Mereka tjuga idak berasa malu dan segan apabila bertutur menggunakan bahasa rojak, malah mereka berbangga kerana mereka beranggapan bahasa yang digunakan itu menunjukkan status mereka dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian, perkara ini haruslah dibendung agar tidak terus berleluasa dalam kalangan masyarkat terutama dalam kalangan kanak-kanak sendiri. Isu Bahasa


Isu Budaya Budaya boleh dikaitkan dengan nilai, adat istiadat, aman, tradisi, kepercayaan agama dan sebagainya. Isu budaya dalam komunikasi adalah seperti kaum Cina dan India menggunakan dialek mereka sendiri ketika berkomunikasi. Percampuran bahasa-bahasa ini akan menjejaskan kualiti komunikasi dan bahasa kerana mereka telah menyalahgunakan ketika berkomunikasi. Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan kualiti komunikasi kerana kekeliruan mesej yang disampaikan akan mempengaruhi penerima. Misalnya, penyampai dan penerima berkomunikasi dalam dialek kaum masing-masing seperti kaum india berinteraksi dalam bahasa Tamil manaka kaum Cina berinteraksi dalam bahasa Mandarin. Dengan cara ini, masalah dalam komunikasi akan terus berlaku dari semasa ke semasa ekoran daripada pengaruh sekeliling ketika berkomunikasi. Oleh hal yang demikian, etika berkomunikasi dengan betul hendaklah dipatuhi agar penyampai dan penerima mendapat maklumat yang sahih tanpa mengalami isu dan masalah


Isu Media Sosial Pada masa kini, penggunaan media sosial tidak dinafikan pesat digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun, isu media sosial dalam komunikasi boleh menjejaskan keterampilan berbahasa seseorang individu. Misalnya, penggunaan bahasa sistem pesanan ringkas atau dikenali sebagai (sms) kerap digunakan kerana lebih cepat. Contoh singkatan perkataan yang digunakan ialah 'awak' yang disingkatkan menjadi 'awk'. Dalam konteks ini, berlakunya kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat yang tidak betul. Hal ini boleh menyebabkan penerima sukar untuk memahami terutama kaum Cina, India dan lain-lain lagi. Malah, petikan-petikan akhbar di media sosial juga tidak menggunakan kemahiran bahasa dengan tepat. Apabila isu tersebut belaku, pembaca yang membaca akhbar tersebut tidak memhami dengan sepenuhnya kandungan yang disampaikan serta salah faham tentang mesej yang disampaikan . Oleh hal yang demikian, perkara sebegini hendaklah diteliti dengan betul supaya penggunaan bahasa Melayu tidak disalahgunakan.


PENUTUP Kesimpulannya, etika komunikasi dalam keterampilan berbahasa hendaklah dimantapkan lagi khususnya kepada golongan guru supaya dapat dijadikan contoh teladan kepada murid-murid dan juga orang awam. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu khususnya dalam kalangan guru bagi menangani masalah atau isu sebegini supaya dapat melahirkan generasi yang petah berbicara tanpa mengalami sebarang masalah.


RUJUKAN alangan kepada komunikasi berkesan dalam organisasi | UTM NewsHub. (2022, December 8). UTM NewsHub. Retrieved March 25, 2023, from https://news.utm.my/ms/2022/12/halangan-kepada-komunikasi-berkesan-dalam-organisasi/ Halangan komunikasi. (n.d.). SlideShare. Retrieved March 25, 2023, from https://www.slideshare.net/Nicholas940217/halangan-komunikasi-24987923 Isu Komunikasi | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved March 25, 2023, from https://www.scribd.com/doc/187187274/IsuKomunikasi ISU KOMUNIKASI SERTA KONFLIKS INTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL REMAJA DALAM MASYARAKAT MAJMUK DAN SILANG BUDAYA. (n.d.). Prezi. Retrieved March 25, 2023, from https://prezi.com/p/ni-12iqhwkia/isukomunikasi-serta-konfliks-intrapersonal-dan-interpersonal-remaja-dalam-masyarakat-majmuk-dan-silang-budaya/ KOMUNIKASI KEPIMPINAN BERKESAN Effective Communication for Leaders. (n.d.). eJournal UM. Retrieved March 25, 2023, from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/download/11775/7853/23059 LIBRIA: Volume 8, Nomor 1: Juni 2016 41 Keterampilan Sosial Pustakawan Dalam Berkomunikasi Interpersonal A. Pendahuluan Komu. (n.d.). Pusat Jurnal UIN Ar-Raniry. Retrieved March 25, 2023, from https://jurnal.arraniry.ac.id/index.php/libria/article/download/1222/916


Sekian, Terima Kasih


Click to View FlipBook Version