Menjelajah Persekitaran Sosiologi Dalam Pendidikan Sosiobudaya Sekolah Daniel Hafiz Hafiz SJ
Biografi Saya Daniel Hafiz bin Sua’ibunaha, pelajar tahun 2 semester 2. Saya sedang menjalani pendidikan ringgi pada peringkat sarjana muda di Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Ilmu Khas. Saya merupakan siswa guru yang mengambil bidang dalam pendidikan khas masalah pendengaran pendidikan rendah.
ISI KANDUNGAN 01 02 03 04 Pengenalan 05 Tujuan e-portfolio Persekitaran sosiobudaya Faktor-faktor Kesan Stratifikasi Sosial 06 Implikasi 07 Kesimpulan 08 Sumber rujukan
Pada 26 Februari 2024. saya telah menjalankan satu temubual bersama guru penolong kanan 1 di sekolah kebangsaan Simpang Rawai SKSR bagi mengumpul input dan maklumat untuk melaksanakan tugasan kerja kursus EDUP 3143, Sosiologi dalam Pendidikan. Semasa melaksanakan temubual saya telah mengutarakan beberapa soalan ringkas yang memfokuskan tentang persekitaran sosiobudaya khususnya di SKSR. Sebelum meneliti dan mengupas dengan lebih mendalam tentang maklumat yang diperoleh, sebaiknya kenali lah dahulu sekolah yang dijadikan kawasan kajian.
Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Padang Pak Wan, 21400 Kuala Terengganu , Terengganu. Sekolah ini berada di kawasan luar bandar. Rajah di bawah menunjukkan peta lokasi sekolah. Sekolah ini telah didirikan atas usaha Allahayarham Encik Awang b Mat Amin, Penghulu Besar Mukim Alur Limbat dengan kerjasama penduduk kampung yang lain pada 24 Februari 1951 di atas sebuah tanah seluas 6.819 ekar kepunyaan Allahyarham Encik Jusoh b Said yang telah diambil oleh kerajaan dengan bayaran sebanyak RM 400 seekar, (Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, 2013). Sehingga kini, SKSR masih menjadi tempat lahirnya para ilmuan.
Peta Lokasi SKSR
Tujuan Utama e-portfolio E-portfolio ini membincangkan secara holistik tentang persekitaran sosiobudaya dalam konteks sekolah, dengan tumpuan kepada kesan stratifikasi sosial terhadap masyarakat sekolah dan pendidikan. E-portfolio ini juga menganalisis faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya yang memberi sumbangan kepada keunikan dalam persekitaran pendidikan, termasuk elemen budaya, nilai, dan amalan yang berkembang di sekitar sekolah. Penekanan juga diberikan kepada implikasi stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya terhadap komuniti sekolah dan pendidikan secara keseluruhan. Perbincangan kandungan juga meneliti implikasi stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya terhadap pembentukan identiti sekolah, kesan terhadap hubungan interpersonal di kalangan pelajar, serta impaknya terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, e-portfolio ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya dalam melahirkan pelajar cemerlang serta perubahan yang positif kepada pendidikan semasa.
Persekitaran Sosiobudaya Sekolah Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka (2017) sosial bermaksud segala perihal yang berkaitan dengan masyarakat. Budaya pula adalah segala aktiviti yang dilakukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan akal budi yang mengandungi rasa cinta seperti kesenian, kepercayaan, bahasa, pakaian, tingkah laku dan lain-lain. Sosiobudaya menurut Rosfazila Rahman (2019), amalan berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan. Persekitaran sosiobudaya pula merujuk kepada konteks atau kawasan yang mencakup interaksi sosial dan unsur-unsur budaya dalam masyarakat. Ini termasuk hubungan antara individu, kelompok, dan institusi, serta norma, nilai, amalan, dan aspek-aspek budaya yang membentuk kehidupan sehari-hari.
Persekitaran sosiobudaya sekolah merangkumi pelbagai aspek yang mempengaruhi interaksi sosial dan budaya di kalangan pelajar, guru, dan kakitangan sekolah. Terdapat beberapa aspek yang dapat kita lihat iaitu Bahasa Bangsa Agama dan kepercayaan Adat Resam Kelas Sosial
Persekitaran sosiobudaya SKSR BANGSA Di sekolah SKSR semua murid berbangsa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan pencarian maklumat melalui temu bual bersama GPK 1. Beliau menyatakan bahawa seramai 788 orang murid disekolahnya dengan 413 lelaki dan 375 perempuan berbangsa Melayu. Murid berbangsa Cina dan India tidak mendaftar di sekolah SKSR.
Persekitaran sosiobudaya SKSR BAHASA Bahasa rasmi sekolah adalah bahasa Melayu. Di samping bahasa melayu murid di sekolah ini majoritinya menggunakan dialek atau loghat Melayu Terengganu. Loghat ini sudah semestinya tidak sama dengan bahasa baku Malaysia. Terdapat perubahan dari segi fonologi, sintaksis, morfologi dan leksikal yang berbeza dengan dialek Melayu standard (Abdul Hamid Mahmood,1990).
Persekitaran sosiobudaya SKSR KELAS SOSIAL Murid yang mendaftar di SKSR daripada keluarga berpendapatan T20, M40 dan B40. Pendidikan ibu bapa yang mendaftarkan anaknya ke sekolah ini juga pelbagai, tidak kira berpendidikan tinggi mahupun rendah kedua-dua golongan ini mendaftarkan anaknya ke SKSR.
Persekitaran sosiobudaya SKSR KEPERCAYAAN DAN AGAMA Agama yang dianuti oleh semua murid di sekolah ini adalah agama Islam. Justeru itu dapat dikasifikasikan bahawa masyarakat persekitaran juga adalah beragama Islam. Di samping itu, guru dan juga staff semuanya beragama Islam. Rajah di bawah menunjukkan senarai nama guru dan staff yang berkhidmat di SKSR.
SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN Terbuktilah bahawa semua warga SKSR adalah beragama Islam
Persekitaran sosiobudaya SKSR ADAT RESAM DAN BUDAYA Adat yang jelas dilihat di SKSR dan di kawasan persekitaran adalah adat memberi salam apabila bertemu dengan golongan yang lebih tua serta bersalaman dengannya sebagai tanda hormat. Walaubagaimanapun, bersalaman hanyalah pada jantina yang sama. Selain itu, sekolah dan juga pekerjaan penduduk di sekitar mula cuti hujung minggu pada hari Jumaat sehingga Sabtu dan mula ke sekolah pada hari Ahad. Di samping itu, pakaian sekolah dan penduduk sekitar juga mempunyai elemen keislaman iaitu lelaki mesti memakai pakaian yang menutup bahagian pusat sehingga lutut manakala wanita pula mestilah memakai tudung dan memakai pakaian yang menutup seluruh badannya kecuali pergelangan badan dan muka.
Faktor-faktor yang memberi sumbangan kepada kepelbagaian sosiobudaya di SKSR juga dinilai melalui 5 aspek yang berikut. Mari kita lihat dengan lebih lanjut pada slide seterusnya, Bahasa Bangsa Agama dan kepercayaan Adat Resam Kelas Sosial
Faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya SKSR BANGSA Seluruh warga SKSR berbangsa Melayu adalah kerana penduduk sekitar iaitu daripada Kampung Rawai, Kampung Pak Madah, Kampung Alur Limbat, Kampung Padang Limau Nipis, Kampung Binjai Bongkok dan Kampung Bukit Damar adalah penempatan orang Melayu. Menurut Farah Shazwani Ali (2019), peranakan cina di negeri Terengganu hanya tinggal 2000 ke 3000 orang. Penempatan orang Cina kebanyakannya di kawasan bandar seperti di China Town. Selain itu, Menurut Abdullah Sidek (2020), penduduk berbangsa India hanya terdiri daripada 0.3 peratus sahaja daripada populasi keseluruhan di Terengganu. Oleh itu logiklah jika di SKSR tidak mempunyai murid berbangsa Cina dan India. Perkara ini dapat dibuktikan lagi dengan maklumat taburan penduduk di sekitar Marang daripada Majlis Daerah Marang (2024). SKSRberada di daerahBinjaiRendah.
Maklumat taburan penduduk di daerah binjai rendah
BAHASA Dialek Melayu Terengganu digunakan secara meluas di sekolah tidak kira guru atau murid mahupun masyarakat sekeliling. Hal ini demikian kerana, bahasa ini digunakan sejak seseorang itu masih di buaian. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir keluarga yang mendidik anaknya untuk berbahasa baku khususnya keluarga yang migrasi ke kawasan ini daripada negeri-negeri seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, penggunaan dialek Melayu Terengganu ini digunakan oleh murid adalah kerana mereka takutkan penganiayaan daripada rakan sebaya yang akan mengejek mereka kerana berbahasa selain dialek Terengganu. Mereka akan dilabel “orang luar” . Meskipun tidak semua murid begitu tetapi ada segelintir murid sedemikian. Situasi ini tidak berlaku kepada murid sahaja tetapi juga berlaku dikalangan penduduk setempat. Mereka yang menggunakan bahasa Melayu Standard akan diperlekehkan contohnya sewaktu berjual beli, peniaga akan mengajuk dengan nada sinis kata-kata pembeli yang menggunakan dialek Melayu Standard. Oleh itu, jelas bahawa faktor-faktor ini adalah punca dialek Terengganu Melayu digunakan secara meluas di SKSR.
Faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya SKSR KELAS SOSIAL Kelas sosial yang pelbagai di kawasan ini adalah kerana kawasan ini adalah berdekatan dengan Klinik Bukit Payong dan pada masa yang sama mempunyai tanahtanah perkebunan dan kawasan pantai untuk aktiviti perikanan. Selain itu, terdapat banyak sekolah yang ada di sekitar SKSR seperti SK Gondang, SMK Bukit Sawe dan lain-lain. Justeru itu, penduduk sekitar juga ada yang bekerja sebagai guru. Oleh itu, terhasil lah kepelbagaian kelas sosial di kawasan ini, adanya pekebun, nelayan, doktor, pekedairuncit, guru dan lain-lain.Rajah di slide seterusnya menunjukkan jarak SKSRke Klinik dan pantai.
Faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya SKSR Ke klinik (6 minit) Ke pantai (21 minit)
Seterusnya mari lihat kesankesan Stratifikasi sosial terhadap masyarakat sekolah
Kesan stratifikasi sosial yang dapat dilihat dengan jelas di SKSR adalah program-program yang melibatkan kos yang tinggi dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti majlis apresiasi tahunan. Majlis ini dijalankan dengan sangat meriah di sekolah, (Skolah Kebangsaan Simpang Rawai, 2024). Pelbagai kategori yang telah diberikan anugerah oleh guru kepada murid-murid di SKSR. Buktinya dapat dilihat pada pautan pertama di bawah yang akan membawa anda kepada buku program majlis apresiasi SKSR 2024. Pautan yang kedua pula akan menunjukkan setiap kategori yang dinyatakan dalam buku program akan memperoleh hadiah dan sijil. Menurut GPK 1, kos yang tinggi sewaktu melaksanakan program ini ditampung banyak oleh tabung PIBG. Dana sumbangan ibu bapa menjadi tulang belakang kepada kelancaran dan kemeriahan program ini di sekolah. Sumbangan seluruh warga SKSR lebih-lebih lagi keluarga berpendapatan tinggi juga tidak dilupakan. Guru-guru yang menjadi ahli jawatankuasa program juga menumpang gembira kerana tidak perlu mencari dana tambahan untuk melaksanakan program ini. Selain itu, murid daripada pelbagai kelas sosial juga memperoleh faedah daripada program ini iaitu emosi mereka akan lebih terjaga kerana usaha dan kesungguhan mereka mendapatkan penghargaan yang setimpal daripada pihak sekolah.
Pautan : https://anyflip.com/nduut/xgnf/basic Pautan :https://www.facebook.co m/sk.simpangrawai.54/
Stratifikasi sosial dalam masyarakat sekolah juga boleh memberi kesan pada hubungan sosial di antara pelajar. Salah satu contoh yang jelas dilihat ialah pembentukan kumpulan teman sebaya berdasarkan lapisan sosial. Pelajar dari ibu bapa berpendapatan tinggi atau status sosial yang lebih tinggi mungkin cenderung berkumpul dengan mereka yang berkongsi latar belakang yang sama atau membentuk kumpulan sesama mereka, sementara pelajar dari golongan B40 atau status sosial yang rendah mungkin merasa terpinggir dengan kemewahan yang ditunjukkan oleh murid lain. Ini boleh mencipta jurang sosial di kalangan pelajar, mempengaruhi interaksi sosial, dan merintangi perkembangan hubungan positif di dalam persekitaran sekolah. Perkara sedemikian berlaku di SKSR, di mana murid yang mempunyai duit belanja yang banyak akan mempunyai ramai rakan dan akan dianggap sebagai ketua kumpulan. Ketua kumpulan itu akan bertindak egois dan agresif terhadap perkara yang tidak disukainya misalnya, murid itu tidak menyukai murid lain dan meminta rakan sekelas atau rakan sebaya untuk memulaunya. Perkara ini dapat menjejaskan keharmonian sekolah khususnya murid yang menjadi mangsa. Akhirnya, kes yang berlarutan akan menyebabkan mangsa kemurungan sekaligus menjejaskan kemajuan akademik mangsa.
Perkara inilah yang mungkin berlaku
Implikasi Stratifikasi Sosial kepada pendidikan dan komuniti sekolah Komuniti sekolah Pendidikan
Terdapat ramai Ibu bapa murid yang berpendidikan tinggi di SKSR. Status sosial mereka ini menjadikan mereka sebagai individu yang mempunyai pengalaman, pengetahuan, dan pemahaman yang luas tentang isu-isu pendidikan atau peluang kemajuan sekolah. Mereka dapat menyumbangkan idea-idea bernas yang dapat meningkatkan kualiti dan prestasi sekolah melalui penyertaan aktif dalam mesyuarat agong persatuan ibu bapa dan guru. Contohnya, ibu bapa yang berpendidikan tinggi mungkin dapat memberi sumbangan ideaidea seperti pengenalan program bimbingan tuisyen bagi pelajar yang memerlukan bantuan tambahan dalam mata pelajaran tertentu. Selain itu, mereka juga boleh mengusulkan program kelas tambahan untuk meningkatkan kemahiran literasi, numerasi, atau kecemerlangan dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik). Ibu bapa yang bijak IT pula boleh memberi cadangan tentang penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan interaktif dan daya tarikan dalam kelas. Contohnya, mereka boleh mencadangkan penggunaan aplikasi pembelajaran dalam talian, perisian interaktif, atau platform pembelajaran digital. Sumbangan ini penting dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar dan memperkukuhkan asas pendidikan di sekolah. Pendidikan
Berdasarkan implikasi stratifikasi sosial kepada pendidikan sebelum ini, impak yang dibincangkan berterusan kepada komuniti sekolah khususnya guru dan murid. Contohnya, program-program seperti bimbingan tuisyen atau kelas tambahan dapat membantu meningkatkan pemahaman dan pencapaian akademik pelajar. Ini akan memberi kesan positif kepada prestasi pelajar secara keseluruhan dalam peperiksaan dan ujian sekolah. Bukan itu sahaja, dengan mengenalkan teknologi pembelajaran terkini kepada guru seperti yang disebutkan sebelum ini, guru dapat memperluas pendekatan pengajaran dan pembelajaran mereka. Hal ini sekaligus membolehkan guru menghasilkan pengalaman pembelajaran yang baru dan seronok kepada murid. Komuniti sekolah
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada pendidikan dan komuniti sekolah Komuniti sekolah Pendidikan
Implikasi seterusnya adalah Murid SKSR sukar untuk memperoleh keputusan yang tinggi dalam ujian lisan. Hal ini demikian kerana dialek Terengganu Melayu yang terlalu sebati dalam kehidupan Murid menyebabkan dialek Melayu standard atau bahasa baku menjadi kekok kepada mereka, Faizah Abdul Rashid (2023). Walhal dalam ujian lisan bahasa baku merupakan salah satu kriteria yang diuji. Justeru itu, murid akan memperoleh markah yang rendah dalam kriteria ini. Lebih parah lagi, Ketidakbiasaan ini juga menyebabkan murid mudah kehabisan idea sekaligus mengganggu isi kandungan yang ingin dibincangkan. Impaknya markah keseluruhan ujian lisan murid akan terganggu. Pendidikan
Implikasi sosiobudaya yang akan berlaku kepada warga SKSR khususnya murid adalah ketidakupayaan untuk membina hubungan yang baik bersama individu berlainan bangsa. Implikasi ini tidak berlaku ketika mereka masih di bangku sekolah tetapi jelas terlihat apabila murid meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kejutan budaya ini menyebabkan murid itu tidak dapat atau tidak Tahu untuk bersosialisasi dengan individu berbangsa lain. Akibatnya, Murid itu tidak dapat bekerjasama apabila melibatkan kerja berkumpulan yang ahlinya berbilang bangsa. Lebih parah lagi, persekitaran sosiobudaya di SKSR ini boleh menimbulkan stigma negatif di dalam diri murid terhadap bangsa lain. Disebabkan mereka tidak pernah bersosialisasi dengan kaum lain maka tanggapan dan imej kaum lain adalah daripada penceritaan orang atau media sosial sahaja. Media Sosial kebanyakannya menceritakan sebelah jahat sesuatu pihak kerana ianya isu yang menarik. Jarang kebaikan dikongsikan oleh pemberita kerana ianya bukanlah topik yang menarik. Topik-topik berunsur fitnah dan viral akan dijadikan bahan utama untuk disebarkan dalam media sosial, (Abdul Razak Raaf, 2015). Oleh itu, murid akan dipengaruhi oleh cerita yang tidak menyeluruh tentang sesuatu kaum sehinggakan menimbulkan stigma negatif. Komuniti sekolah
Natijahnya, dapat disimpulkan bahawa persekitaran sosiobudaya dalam Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai (SKSR) mencerminkan kesan stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya yang signifikan terhadap masyarakat sekolah dan pendidikan. Walaupun SKSR mempunyai keunikan dalam komposisi murid dan elemen budaya tempatan, namun stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya membawa implikasi yang penting terhadap interaksi sosial, hubungan interpersonal, dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan memahami impak ini, penting bagi pihak sekolah, ibu bapa, dan masyarakat setempat untuk bekerjasama dalam memastikan setiap pelajar mendapat peluang pembelajaran yang seronok dan meraih kejayaan dalam pendidikan. Langkah-langkah perlu diambil untuk memperkuatkan integrasi sosial, mengurangkan jurang antara lapisan sosial, dan menyokong pembangunan sosiobudaya yang inklusif di SKSR. Dengan demikian, SKSR dapat menjadi tempat pembelajaran yang menyokong perkembangan holistik pelajar dan memupuk keharmonian dalam komuniti pendidikan. Kesimpulan
Sumber Rujukan Abdul Hamid Mahmood.1990. Dialek Terengganu: Satu tinjauan ringkas. Jurnal Dewan Bahasa, Mac, 217-225. Abdullah Sidek. (2020). Betul ke Terengganu berasal dari bahasa Tamil? - the patriots. Thepatriots.asia. https://thepatriots.asia/betul-ke-terengganuberasal-dari-bahasa-tamil/ Abdul Razak Raaf. (2015). Kematangan rakyat tentukan buruk, baik viral di media sosial. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/09/827 90/kematangan-rakyat-tentukan-buruk-baik-viral-dimedia-sosial
Sumber Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2017). Carian Umum. Prpm.dbp.gov.my. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1? keyword=sosial Faizah Abdul Rashid. 2023. Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Bumiputera di Tanjong Lumpur. Farah Shazwani Ali. (2019). Keunikan peranakan Cina Terengganu. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/53372/khas/kitalah malaysia/keunikan-peranakan-cinaSekolah Kebangsaan Simpang Rawai. (2024). Program majlis apresiasi 2024. Www.facebook.com. https://www.facebook.com/sk.simpangrawai.54/
Sumber Rujukan Majlis Daerah Marang. (2024). Maklumat taburan penduduk. Mdmarang.gov.my. https://mdmarang.gov.my/ms/rakyat/maklumattaburan-penduduk Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai. (2013). Sekolah kebangsaan simpang rawai: Sejarah SK simpang rawai. Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai. https://sksrsimpangrawai.blogspot.com/2013/02/salasilah-sksimpang-rawai.html Rosfazila Rahman. (2019). Kesepaduan Sosiobudaya Dalam Kepelbagaian MasyarakatMajmuk. Jauhar, 3(1), 44-50. http://journal.kuis.edu.my/jauhar/images/artikel/Jilid3bill/07 - Dr_Rosfazila_Abd_Rahman-_KUIS.pdf
Sekian Terima Kasih Daniel Hafiz Hafiz SJ ---------------