The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gullaagullyy, 2021-09-23 08:05:33

BUKU PROGRAM PIBG 2021

BUKU PROGRAM PIBG 2021

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI
14000 BUKIT MERTAJAM
SEBERANG PERAI TENGAH

Tel/Fax : 04-5395105

Rujukan Kami: Bil ( ) dlm PIBGSKSR20/21

Tarikh : 1 Ogos 2021

Kepada
Ibu bapa/ waris pelajar,
Ahli PIBG
Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai.

Tuan,

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SUNGAI RAMBAI KALI KE-46
TAHUN 2021

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai
Rambai akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-46 pada :

Tarikh : 25 September 2021 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Aplikasi Google Meet

3. Bersama-sama surat ini diserakan pengesahan kehadiran dan usul atau cadangan dalam
bentuk Google Form (pautan: https://forms.gle/jbiJra4ukEv82Sbh6) untuk dibincangkan
dalam Mesyuarat Agung yang akan datang. Semua usul hendaklah diisi dan dihantar selewat-
lewatnya 5 September 2021 (Ahad).

4. Kehadiran tuan/puan amat dihargai bagi memastikan kecemerlangan pelajar SK
Sungai Rambai.

Sekian.Terima kasih.
`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah

.........................................................
(Mohammad Syazwan Jamalluddin)
Setiausaha PIBG
SK Sungai Rambai

1

ATUR CARA MAJLIS

8.30 pagi : Menyertai Pautan Google Meet
8.35 pagi : Ucapan Alu-Aluan
: Nyanyian Lagu Negaraku
8.45 pagi : Nyanyian Lagu Negeri Pulau Pinang
: Bacaan Doa
9.00 pagi : Ucapan Guru Besar SK Sungai Rambai
: Encik Zaini Bin Maharup P.J.K.
: Ucapan dan Perasmian oleh YDP PIBG
: Tn. Hj Kamaruddin Bin Harun
: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46
: Pemilihan AJK PIBG 2021/2022
: Pembentangan Usul
: Majlis Bersurai

2

AGENDA MESYUARAT

AGENDA 1 : Ucapan aluan pengerusi mesyuarat YDP PIBG sesi 2020/2021

AGENDA 2 : Membentang, menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-45 bertarikh 22 Februari 2020

AGENDA 3 : Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG bagi sesi
2020/2021

AGENDA 4 : Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan
PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2020

AGENDA 5 : Membubarkan AJK PIBG sesi 2020/2021

AGENDA 6 : Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Sementara

AGENDA 7 : Pemilihan AJK PIBG sesi 2021/2022

: Yang Dipertua

: Naib Yang Dipertua

: Setiausaha

: Bendahari

: Ahli Jawatankuasa (Wakil Ibu Bapa)

: Ahli Jawatankuasa (Wakil Guru)

: Juru Audit Dalaman

AGENDA 8 : Pembentangan usul

AGENDA 9 : Hal-hal lain

AGENDA 10 : Ucapan penangguhan

3

LAPORAN TAHUNAN

1. PENTADBIRAN PIBG
PIBG SK Sungai Rambai ditadbir oleh sebuah jawatankuasa yang dipilih oleh
ahli-ahli PIBG di dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45.

Jawatankuasa PIBG 2020/2021:

PENASIHAT : ENCIK ZAINI BIN MAHARUP P.J.K.
YDP PIBG : TN. HJ KAMARUDDIN BIN HARUN

NAIB YDP PIBG : EN. SANUSI BIN AHMAD

SETIAUSAHA : EN. MOHAMMAD SYAZWAN BIN
JAMALLUDDIN

PENOLONG : CIK ANIS MUNIRAH BINTI AZMI
SETIAUSAHA

BENDAHARI : PN. NUR ADILAH BINTI A.WAHAB

AHLI : EN. MOHD ASWAD BIN SULAIMAN
EN. FARID EFFENDY BIN SABUDIN
JAWATANKUASA : PN. SUPIAH@SOPIAH BINTI OTHMAN

WAKIL GURU

:

: PN. SARASWATHY A/P MANIKAM

AHLI : EN. AZRIL BIN IBRAHIM
EN. RAZIF BIN JAAFAR
JAWATANKUASA : PN. AZLINA BINTI ARIFFIN

WAKIL GURU

:

: EN. ROSLI BIN HASHIM

: PN. FAEZAH HANIM BINTI MUSA

: PN. NOR HASMIZA BINTI YAHAYA

JURU AUDIT : PN. NUR HASSILA BINTI PUTEH WAHAB
DALAMAN

4

2. MESYUARAT/PERJUMPAAN 01 FEBRUARI 2021
17 MAC 2021
Mesyuarat pertama
Mesyuarat kedua

3. SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT

BIL NAMA JAWATAN M1 M2

01.02.2021 17.03.2021

1 ENCIK ZAINI BIN PENASIHAT / /
MAHARUP P.J.K.

2 TN. HJ KAMARUDDIN BIN YDP PIBG / /
HARUN

3 EN. SANUSI BIN AHMAD NAIB YDP / /
PIBG

EN. MOHAMMAD

4 SYAZWAN BIN SETIAUSAHA / /

JAMALLUDDIN

5 CIK ANIS MUNIRAH BINTI PENOLONG / /

AZMI SETIAUSAHA

6 PN. NUR ADILAH BINTI BENDAHARI / /
A.WAHAB

7 PN. NUR HASSILA BINTI JURU AUDIT

PUTEH WAHAB DALAMAN

8 EN. MOHD ASWAD BIN //
SULAIMAN

EN. FARID EFFENDY BIN
9 SABUDIN AJK / /

10 PN. SUPIAH@SOPIAH GURU / /
BINTI OTHMAN

11 PN. SARASWATHY A/P //
MANIKAM

12 EN. AZRIL BIN IBRAHIM //

13 EN. RAZIF BIN JAAFAR / PINDAH

14 PN. AZLINA BINTI / /
ARIFFIN / /
AJK IBU / /
15 EN. ROSLI BIN HASHIM BAPA

PN. FAEZAH HANIM
16 BINTI MUSA

17 PN. NOR HASMIZA BINTI / PINDAH
YAHAYA

5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45

TARIKH : 22 FEBRUARI 2020
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN TERBUKA, SK SUNGAI RAMBAI

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
Pengerusi, Tn. Hj Kamaruddin bin Harun selaku Yang Dipertua PIBG sesi
2019/2020 mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG dan waris yang hadir
pada mesyuarat kali ini.

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE-44.

Dibentangkan oleh : En. Muhammad Syazwan bin Jamalluddin

Disahkan oleh : Pn. Nur Shuhada binti Basri

Disokong oleh : Pn. Rashidah binti Daim

3.0 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI

2019/2020

Dibentangkan oleh : En. Muhammad Syazwan bin Jamalluddin

Disahkan oleh : Pn. Hasmizah

Disokong oleh : Pn. Sopiah bt Othman

4.0 PEMBENTANGAN DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG

2019/2020

Dibentangkan oleh : Pn. Nor Adilah binti Abdul Wahab

Disahkan oleh : Pn. Siti Zaleha binti Mad Saad

Disokong oleh : Pn. Siti Saida

6

5.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2019/2020
Secara rasminya, Tn. Hj Kamaruddin bin Harun selaku YDP PIBG sesi
2019/2020 mengumumkan pembubaran AJK PIBG 2019/2020 pada jam 10.45
pagi. Beliau menyerahkan majlis kepada Pn. Norhayati binti Puh Yamin, Guru
Besar SK Sungai Rambai bagi melantik pengerusi sementara dan seterusnya
mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45.

6.0 PELANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT SEMENTARA
Pihak sekolah bersetuju melantik En. Jamil bin Abdullah selaku pengerusi
sementara dan seterusnya mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45.

7.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2020/2021

7.1 Pencalonan dan Pemilihan YDP PIBG

Pengerusi membuka cadangan untuk pelantikan :

Calon YDP PIBG : Tn. Hj Kamaruddin bin Harun

Pencadang : En. Azril bin Ibrahim

Penyokong : Pn. Nineng Suharni binti Rusli

Undian : Majoriti

Pn. Hasmiza mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh Pn.
Faezah Hanim.
Keputusan : Tn. Hj Kamaruddin bin Harun dilantik sebagai YDP PIBG bagi
sesi 2020/2021

7.2 Pencalonan dan Pemilihan Naib YDP PIBG

Timbalan pengerusi membuka cadangan untuk pelantikan :

Calon Naib YDP PIBG : En. Sanusi bin Ahmad

Pencadang : Tn. Hj Kamaruddin bin Harun

Penyokong : Dr. Azril bin Ibrahim

Undian : Majoriti

Pn. Nurul Hajar mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh Pn.
Saraswathy.

7

Keputusan : En. Sanusi bin Ahmad dilantik sebagai Naib YDP PIBG sesi
2020/2021.

7.3 Pencalonan dan Pelantikan AJK Ibu Bapa

Pengerusi membuka cadangan untuk pelantikan :

Calon AJK PIBG : En. Azril bin Ibrahim (Permatang Rawa)

Pencadang : En. Sanusi bin Ahmad

Penyokong : En. Rosli bin Hashim

Undian : 90 undi

Calon AJK PIBG : En. Razif bin Jaafar (Kuarters KTM)

Pencadang : Tn. Hj Kamaruddin bin Harun

Penyokong : Pn. Sopiah binti Othman

Undian : 75 undi

Calon AJK PIBG : En. Rosli bin Hashim (Bukit Kecil)

Pencadang : En. Azril bin Ibrahim

Penyokong : En. Ibrahim bin Abd. Wahab

Undian : 43 undi

Calon AJK PIBG : Pn. Nor Hasmiza binti Yahya (Padang Lalang)

Pencadang : En. Sanusi bin Ahmad

Penyokong : Pn. Zaliha binti Mokhtar

Undian : 21 undi

Calon AJK PIBG : Pn. Siti Saleha binti M. Saad (Desa Wawasan)

Pencadang : En. Ibrahim bin Abd. Wahab

Penyokong : Pn. Faizah binti Hashim

Undian : 26 undi

Calon AJK PIBG : Pn. Faezah Hanim binti Musa (Sungai Rambai)

Pencadang : En. Sanusi bin Ahmad

Penyokong : Pn. Norhayati binti Ismail

Undian : 33 undi

8

Calon AJK PIBG : Pn. Nor Emelia binti Osman (Padang Lalang)

Pencadang : Pn. Nurul Akmar binti Ramsi

Penyokong : Pn. Sopiah binti Othman

Undian : 10 undi

Calon AJK PIBG : Pn. Zaliha binti Mokhtar (Bukit Kecil)

Pencadang : Pn. Norhamiza binti Yahya

Penyokong : En. Mohd Farid Effendy bin Shabudin

Undian : 3 undi

Calon AJK PIBG : Pn. Azlina binti Arifin (Padang Lalang)

Pencadang : Pn. Siti Zahrah binti Nawawe

Penyokong : Pn. Nooridayu binti A.Gafar

Undian : 21 undi

Undian semula : Pn. Nor Hasmiza binti Yahya (Padang Lalang) – 56 undi
: Pn. Azlina binti Arifin (Padang Lalang) – 49 undi

Pn. Zaleha Mohktar mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh En.
Sanusi bin Ahmad
Keputusan: 5 orang calon yang mendapat undian tertinggi dilantik menjadi
AJK PIBG sesi 2020/2021.

Calon-calon tersebut ialah:
1. En. Azril bin Ibrahim (Permatang Rawa) – 90 undi
2. En. Razif bin Jaafar (Kuarters KTM) – 75 undi
3. En. Rosli bin Hashim (Bukit Kecil) – 43 undi
4. Pn. Faezah Hanim binti Musa (Sungai Rambai) – 33 undi
5. Pn. Siti Saleha binti M. Saad (Desa Wawasan) – 26 undi
6. Pn. Azlina binti Arifin (Padang Lalang) – 49 undi (undi semula)

9

7.4 AJK dalam kalangan ibu bapa adalah seperti berikut :
1. Tn. Hj Kamaruddin bin Harun (YDP)
2. En. Sanusi bin Ahmad (Naib YDP)
3.En. Azril bin Ibrahim (Permatang Rawa)
4. En. Razif bin Jaafar (Kuarters KTM)
5. Pn. Azlina binti Arifin (Padang Lalang)
6. En. Rosli bin Hashim (Bukit Kecil)
7. Pn. Faezah Hanim binti Musa (Sungai Rambai)
8. Pn. Nor Hasmiza binti Yahaya (Padang Lalang)

7.5 Penilaian AJK Guru telah dipilih oleh pihak sekolah. AJK yang dipilih
dalam kalangan guru adalah seperti berikut :
En. Mohammad Syazwan bin Jamalluddin (Setiausaha PIBG)
Cik Anis Munirah binti Azmi (Naib Setiausaha PIBG)
Pn. Nor Adilah binti Abdul Wahab (Bendahari PIBG)
Pn. Nur Hassila binti Puteh Wahab (Juruaudit Dalaman)
En. Mohamad Aswad bin Sulaiman ( AJK Guru)
En. Farid Effendy bin Sabudin (AJK Guru)
Pn. Supiah@Sopiah binti Othman (AJK Guru)
Pn. Saraswathy a/p Manikam (AJK Guru)

8.0 PEMBENTANGAN USUL
8.1 Program Jogathon dijadikan sebagai program dwi tahunan berdasarkan

prosedur dan hasil dapatan akan disumbangkan ke dalam dana PIBG.
Dibentangkan oleh : En. Mohd Aswad bin Sulaiman
Disokong oleh : En. Fadzli bin Musa
Diluluskan oleh : Pn. Norhayati binti Puh Yamin

8.2 Sumbangan PIBG dinaikkan kepada RM40.00 untuk setiap keluarga.
Dibentang oleh : En. Mohd Aswad bin Sulaiman
Disokong oleh : En. Sanusi bin Ahmad
Disahkan oleh : Pn. Norhayati binti Puh Yamin
Diluluskan oleh : Sebulat suara.

10

8.2.1 Sumbangan PIBG bagi tahun 2020 masih dikekalkan sebanyak
RM30 satu keluarga namun ibu bapa secara sukarela boleh
menambahkan sumbangan sebanyak RM5.
Bayaran sebanyak RM40 hanya perlu dibayar pada Tahun 2021.

9.0 HAL-HAL LAIN
9.1 Guru Besar meminta kebenaran agar program berbayar seperti Program

berkaitan PPKI, Rombongan Tahun 6 dan Lawatan Panitia Sejarah dibolehkan
untuk mengutip separuh yuran penyertaan daripada pihak ibu bapa bagi
menampung kos perbelanjaan program.

Dibentang oleh : Pn. Norhayati binti Puh Yamin
Diluluskan oleh : Sebulat suara

9.2 Ucapan terima kasih oleh Tn. Hj Kamaruddin bin Harun selaku YDP PIBG
atas segala usaha Puan Norhayati binti Puh Yamin bagi memastikan SK
Sungai Rambai ini berada di tahap sekarang.

9.3 Puan Sopiah mengucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa pada
mesyuarat kali ini. Puan Sopiah menerangkan tentang Ujian Psikometrik yang
akan dijawab oleh murid tahun 6 pada bulan April 2020. Tarikh ujian akan
diberitahu melalui surat.

9.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengambil tindakan segera jika ada
sebarang masalah berkaitan disiplin murid terutamanya kehadiran.

9.5 Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak memandu dengan laju di kawasan
sekolah terutamanya di hadapan pintu pagar dan juga tidak memberhentikan
kereta dihadapan pintu pagar semasa menghantar anak bagi mengelakkan
kesesakan lalu lintas.

11

9.6 Ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa memantau kerja sekolah anak dan
pastikan mereka menyiapkannya. Selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan
kelengkapan sekolah anak-anak lengkap bagi mengelakkan mereka
mengambil barang kawan ketika di sekolah.

9.7 Pihak sekolah berharap ibu bapa dan guru dapat bekerjasama menangani
sebarang masalah berkaitan murid dan tidak hanya mendengar kata anak
tanpa usul periksa. Pihak sekolah juga berharap ibu bapa dapat memberikan
sokongan dan kerjasama kepada semua guru dalam mendidik anak-anak.

9.8 Tn. HJ. Kamaruddin berhasrat untuk membuat kain rentang motivasi untuk
menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dan menjadikan SKSR sekolah
yang cemerlang dalam daerah Seberang Perai Tengah dan keselamatan
anak-anak berada dalam keadaan yang selamat.

9.9 Perpustakaan SKSR yang telah dipindahkan ke blok lain telah sedia untuk
digunakan. Ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-
lumus memastikan proses perpindahan berjalan lancar dan sumbangan yang
telah diberikan.

9.10 Pihak sekolah berharap ibu bapa/waris Tahun 6 dapat memberikan sokongan
dan kerjasama agar program Tahun 6 dapat dilaksanakan dengan lancar.

9.11 En. Syazwan bin Jamalluddin selaku setiausaha PIBG menerangkan satu
kumpulan PIBK SKSR telah diwujudkan melalui aplikasi Telegram. Semua
maklumat atau pemberitahuan berkaitan sekolah dimuatnaik ke dalam
kumpulan tersebut untuk makluman ibu bapa.

12

10.0 UCAPAN PENANGUHAN
Tn. Hj Kamaruddin bin Harun mengucapkan terima kasih kepada semua yang
hadir dan mengucapkan tahniah kepada ahli PIBG sesi 2020/2021 yang
baharu dilantik dan berharap PIBG SKSR lebih mantap. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh:
______________________________________
(MOHAMMAD SYAZWAN BIN JAMALLUDDIN)
Setiausaha PIBG
SK Sungai Rambai

13

PENYATA KEWANGAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI

14000 BUKIT MERTAJAM

PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

NOTA RM RM RM

BAKI PADA 1.1.2020

TUNAI 376.00 6,358.98
BANK 4957.98
AKAUN TUMPANG 1025.00

PENERIMAAN

1 SUMBANGAN PIBG 2020 5,100.00 28,752.48 35,111.46
2 SUMBANGAN INDIVIDU 10,000.00
3 HIBAH BANK
4 AKAUN TUMPANG 2.48
13,650.00

PEMBAYARAN 1,400.00 29,811.50
1 2,680.00
1 SUKAN TAHUNAN
2 MESYUARAT PIBG 12,000.00
2 81.50
BAIK PULIH GELANGGANG 3 13,650.00
3 SERBAGUNA
4 PELBAGAI
5 AKAUN TUMPANG

BAKI PADA 31.12.2020 816.00 5299.96 5299.96
3,458.96
TUNAI 1,025.00
BANK
AKAUN TUMPANG

14

NOTA KEPADA AKAUN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI

14000 BUKIT MERTAJAM

NOTA -NOTA KEPADA AKAUN
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

RM RM

NOTA 1 MESYUARAT PIBG 30.00 2680.00
a MESYUARAT AJK PIBG 2020 2650.00
b MESYUARAT AGONG PIBG

2 PELBAGAI 1.50 81.50

a CAJ BANK 50.00
PENDAFTARAN KAWAD KAKI ZON 30.00

b UTARA

c PENDAFTARAN BOLA JARING

3 AKAUN TUMPANG 1300.00 13650.00
######
a PROGRAM KELAS PPKI SKSR
BAYARAN ELAUN TUISYEN - ZAKAT

b PULAU PINANG

LAPORAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
PIBG 2020

Kami mendapati butir-butir yang ditunjukkan dalam imbangan kira-kira
kewangan tersebut adalah betul

DISEDIAKAN OLEH …...............................
EN. RAZIF BIN
…........................................................ JAAFAR
NOR ADILAH BINTI ABDUL WAHAB
Bendahari PIBG Pemeriksa kira-kira II
Sek.Keb.Sungai Rambai
14000 Bukit Mertajam

…............................................................

PN. NUR HASSILA BT PUTEH WAHAB
Pemeriksa kira-kira I

15

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021/2022

YANG DIPERTUA 1.
NAIB YANG DIPERTUA 2.
SETIAUSAHA 3.
BENDAHARI 4.
5.
AHLI JAWATANKUASA 6.
(WAKIL IBU BAPA) 1.
2.
AHLI JAWATANKUASA 3.
(WAKIL GURU) 4.
5.
JURU AUDIT DALAMAN 6.

16

USUL 2021

BIL USUL PENCADANG

1 Mohon ada penambahbaikan menu dikantin Mohamad Noor Anis

sekolah Shahril B Suhaimi

Mohon guru adakan ujian untuk menilai prestasi
pelajar walaupun di luar saranan kerajaan untuk
2 mengadili pelajar dengan baik sekaligus ibu bapa Pn. Nur Amelia Osman
boleh tahu status dan tahap pelajaran berbanding
dengan penilaian pentaksiran.

17

AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46

PENGERUSI

EN. ZAINI BIN MAHARUP P.J.K

SETIAUSAHA NAIB PENGERUSI
PN. RAHAMAH BINTI ISHAK
PN. AISHAM BT CHE SAAD

PN. SUHAILI BINTI SAAD
EN. MUHAMMAD JAMIL BIN ABDULLAH

: EN. MOHAMMAD SYAZWAN BIN JAMALLUDDIN

PENGACARA MAJLIS : CIK NUR ASILAH BINTI ISHAK

BACAAN DOA : EN. MOHD FADZLI BIN KHALID

PERASMI : GURU BESAR SKSR/ YDP PIBG SKSR

PENCATAT MINIT : PN. NURBAITI BINTI BUKHARI

: EN. MUHAMMAD SHAZWAN BIN SHUKRI

: PN. PUNITHA A/P JAYACELAM

BUKU PROGRAM : CIK ANIS MUNIRAH BINTI AZMI

PAUTAN GOOGLE MEET : PN. SHAZILAH BT SHAARI

18

19


Click to View FlipBook Version