The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Intan, 2023-12-22 01:11:41

KEMISKINAN - Group 7

KEMISKINAN


Encik Ahmad mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera. Dia mempunyai seorang isteri bernama Alia serta dikurniakan empat orang cahaya mata. Afif merupakan anak sulungnya.


Ayah Afif dahulu merupakan seorang pekerja buruh di sebuah syarikat pembinaan kerajaan.


Semasa sedang bekerja, ayahnya terlibat dengan kemalangan di tapak pembinaan dan menyebabkan kedua kakinya lumpuh


Keluarga Encik Ahmad kehilangan punca pendapatan. Oleh itu, keluarga mereka terpaksa berpindah ke rumah yang telah ditawarkan oleh kerajaan . Rumah tersebut dikongsi dengan keluarga golongan asnaf yang lain.


Selepas kejadian itu, ibu Afif terpaksa bekerja siang dan malam sebagai pencuci dan pembantu kedai untuk menyara kehidupan mereka. Namun begitu pendapatan mereka masih berada di bawah paras kemiskinan iaitu sebanyak RM800.00 sahaja.


Kemudahan seperti internet tidak disediakan. Tambahan pula, mereka mempunyai tunggakan bil air dan elektrik. Keadaan ini memaksa ibu Afif untuk mencatu makanan dan membeli makanan asas yang berkualiti rendah bagi mengurangkan kos sara hidup mereka.


Semasa di sekolah, Afif selalu membawa bekal yang dibuat oleh ibunya kerana tidak mampu berbelanja. Oleh kerana Afif tergolong dalam golongan yang miskin, kerajaan telah memberikan insentif Rancangan Makanan Tambahan (RMT).


Kerajaan membuat sidang untuk mengumumkan bahawa insentif-insentif yang disediakan adalah untuk memperkasakan taraf hidup masyarakat.


8 tahun kemudian... Untuk meningkatkan taraf hidup mereka, ibu dan ayah menggalakkan Afif untuk menyambung pelajaran... Untuk meningkatkan taraf hidup mereka, ibu dan ayah menggalakkan Afif untuk menyambung pelajaran...


Afif menamatkan persekolahan dengan mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat biasiswa.


Daripada insentif kerajaan, akhirnya ayahnya mendapat bantuan kaki palsu dan mampu berjalan dan bekerja seperti dahulu.


Kini, ibu Afif hanya bekerja pada waktu siang sahaja. Pada waktu malam pula, ibu Afif meluangkan masa bersama keluarganya.


Dengan keputusan yang cemerlang, Afif dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.


10 tahun kemudian...


Afif berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang doktor pakar bedah.


Dengan kejayaan Afif tersebut, dia bertekad untuk memberi bantuan kesihatan kepada golongan miskin.


TAMAT


Click to View FlipBook Version