BAHAGIAN B : PEMBACAAN
KRITIS DAN ANALITIS
SYAZLEEN ALEESYA SHAHROLNIZAM
UMP
BENTUK SOALAN
PEPERIKSAAN
1.Memberikan maksud frasa atau ungkapan.
2.Soalan pemahaman berdasarkan petikan.
3.Soalan esei ringkas berdasarkan KBKK (isi di luar petikan)
*soalan 1 kekal pada setiap tahun
Soalan 1 tidak semestinya bertanyakan maksud frasa atau kata. Ada
ketikanya adalah tentang peribahasa [2-4 markah].
Soalan 2-3 berkaitan dengan isi petikan :
• [6-8 markah]
• Maksimum markah pemahaman – 10 markah.
Soalan esei ringkas – 20 markah.
PEMAHAMAN
ANALISIS JUMLAH SOALAN
TAHUN JUMLAH SOALAN
2016, 2018 5
2014, 2015 4
2019, 2020 4
2013, 2017 BENTUK SOALAN 1 3
Kehendak Soalan :
Menerangkan maksud perkataan, frasa, ayat atau peribahasa yang terdapat dalam petikan.
Contoh :
• Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan maksud frasa…
• Jelaskan maksud frasa/perubahasa…
CARA MENJAWAB SOALAN
(a)… bagi menanggani kemelut yang merantai masyarakat
untuk mengatasi masalah yang menyekat orang ramai @ untuk menyelesaikan situasi yang genting yang membelenggu
komuniti/khalayak.
(b)… menuntut kemahiran yang maksimum daripada penciptanya
memerlukan kecekapan yang tinggi daripada perekanya @ mengkehendaki kepandaian yang sepenuhnya daripada
pembuatnya.
• Perkataan seperti yang, daripada dan nya dikekalkan.
• Perkataan lain disinonimkan.
PERINGATAN :
1. Tidak perlu ditulis dalam ayat lengkap.
2. Tidak perlu ubah semua perkataan dalam soalan.
3. Biasanya, yang tidak ditukarkan ialah kata tugas.
BENTUK SOALAN 2
Memberikan jawapan berdasarkan petkan sahaja. Antara kata kunci soalan :
• Nyatakan empat peranan/cabaran…
• Mengapakah faktor…
• Apakah punca…
• Apakah harapan/mesej penulis…
• Berikan dua mesej…/Jelaskan mesej…
ESEI RINGKAS
PEMBAHAGIAN MARKAH
ASPEK MARKAH
ISI 15 (3 isi x 15 markah)
BAHASA 5
JUMLAH TEKNIK MEN20JAWAB
1. Tidak perlu ada pendahuluan dan kesimpulan.
2. Teruskan sahaja dengan menulis isi.
3. Bina ayat yang lengkap. (subjek + predikat)
4. Pastikan tiada kesalahan bahasa.
5. Esei 3 isi dan 3 perenggan .
6. Tidak melebihi 150 patah perkataan. (tulis patah perkataan)
SETIAP ISI DITULIS
DALAM 4 AYAT
CARI KATA KUNCI DALAM SOALAN/KEHENDAK SOALAN
Ayat 1 : isi utama/ isi penting
Ayat 2 : huraian isi utama
Ayat 3 : contoh (jika tiada contoh, boleh tulis lanjutan isi untuk
mengukuhkan hujah, bukannya ulangan isi.)
Ayar 4 : huraian contoh (jika tiada contoh pada ayat ke-3, berikan ayat
penegasan atau kesimpulan.)
-NOTA-
• Ada 3 perenggan jawapan (1 isi dalam 1 perenggan)
• Jumlah perkataan bagi setiap perenggan 40 – 50 patah perkataan.
• Markah bahasa ditolak berdasarkan kesalahan ayat.
• Jawapan kurang daripada 150 akan ditolak markah bahasa.
• Jangan tiru ayat dalam petikan bulat-bulat kerana soalan esei ringkas merupakan soalan
KBKK. (jawapan di luar petikan, pendapat atau isi calon sendiri)
PERINGATAN
1. Jangan menulis jawapan kurang daripada 100 patah perkataan.
2. Boleh menulis 3 isi atau lebih asalkan tidak melebihi 150 patah perkataan.
3. Tida perlu guna bahasa berbunga-bunga atau peribahasa.