The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alsyasyzln, 2021-05-28 00:04:25

FRASA ADVERBA (BM)

FRASA ADVERBA (BM)

BAB 12 : FRASA ADVERBA/ FRASA KETERANGAN

SYAZLEEN ALEESYA BINTI SHAHROLNIZAM

Maksud

➢ Frasa yang memberikan keterangan tentang frasa kata kerja, frasa adjektif & frasa sendi
nama dalam ayat.

➢ Merupakan bahagian daripada predikat.
➢ Terletak pada hujung atau akhir ayat.
➢ Frasa ini boleh digugurkan kerana bukan frasa utama dalam ayat.
➢ Frasa keterangan memberi keterangan tentang masa, cara, hal/keadaan atau cara sesuatu

kata kerja itu berlaku.

Jenis-jenis Binaan Yang Boleh Menjadi Frasa Keterangan

Frasa keterangan terdiri daripada :
❑ Frasa Nama
❑ Frasa Adjektif
❑ Frasa Sendi Nama
❑ Frasa Adverba/Frasa Keterangan

Frasa Nama sebagai Frasa Keterangan

a) Mereka bertolak petang semalam.
b) Amin dan Haryati akan bernikah minggu ini.
c) Ayahnya meninggal dunia tahun lalu.
d) Dia dikenakan penjara dua tahun.
e) Kakak akan sampai hari Isnin depan.

Frasa Adjektif sebagai Kata Keterangan

a) Dia di rumah saya agak lama.
b) Dia bersuara amat lantang.
c) Pesawat mendarat lancar sekali.
d) Air sungai mengalir deras sungguh.
e) Kami menjangkakan kami sampai sangat lambat.

Frasa Sendi Nama sebagai Frasa Keterangan

a) Abang tidur sejak petang tadi.
b) Mereka menonton konsert di bandar Batu Pahat.
c) Pelancong berbelanja dengan mata wang tempatan.
d) Kami ke Melaka pada minggu lalu dan pulang pada hati ini.
e) Lelaki itu berdiri di tebing sungai.

Frasa Adverba/Frasa Keterangan sebagai Keterangan

a) Orang tua itu kerap kali tidur siang.
b) Dia dating ke sini pertama kali.
c) Ayah membayar hutang itu sekali gus.
d) Datuk kadang-kadang berjalan berdingkit-dingkit.
e) Saya sampai kemudian, mereka sampai serentak.

Jenis-jenis Frasa Keterangan

Jenis Keterangan Contoh dalam ayat

Cara Bayi itu merangkak perlahan-lahan.
Musabab Dia berhabis-habisan kerana cinta.
Waktu/Masa Mereka memancing ikan di situ lewat petang.
Tempat Buah kelapa jatuh di atas bumbung rumahnya.
Tujuan Amirah membeli rumah itu untuk ibunya.HJ
Bandingan Jalan di taman perumahan itu seperti jalan kampung.
Daging itu dipotong dengan pisau.
Alat Asmah belajar tentang cara pengurusan restoran.
Hal
Penyertaan Pelajar-pelajar itu dating dengan ibu bapa mereka
Kami amat saying akan anaknya itu.
Emotif Mereka dating ke rumah kami sesekali sahaja.
Kekerapan Dia akan tinggal di sini selama-lamanya.
Durasi/Tempoh Wanita itu benar-benar menyesali perbuatannya.
Kesungguhan Kami diberikan tempoh hingga akhir bulan.
Perhinggaan

Posisi Frasa Keterangan

➢ Bahagian akhir hayat
➢ Selepas frasa yang hendak diterangkan
➢ Selepas frasa kerja atau selepas frasa adjektif atau frasa

sendi nama

Frasa Keterangan dalam kedudukan selepas Frasa Kerja

a) Kami menyeberangi sungai dengan perahu kecil.
b) Lelaki itu keluar dengan terburu-buru.

Frasa Keterangan dalam kedudukan selepas Frasa Adjektif

a) Lorong itu amat sempit di tengah-tengah.
b) Dia cekap dalam semua permainan padang.

Frasa Keterangan dalam kedudukan selepas Frasa Sendi Nama

a) Ibu dan ayah ke Mekah selama 42 hari.
b) Ibu di dapur sebentar tadi.

• Dalam susunan ayat songsang, frasa keterangan boleh menangani pendepanan.
Contoh :

a) Pada petang semalam kami ke pekan.
(ayat asal : Kami ke pekan pada petang semalam.)
b) Minggu lalu, bersama-sama ibu kami ke rumahnya.
(ayat asal : Kami ke rumahnya minggu lalu bersama-sama ibunya.)

• Frasa Keterangan juga boleh mendahului unsur yang hendak diterangkannya.
Contoh :

a) Dia selalu sangat lewat.
b) Pelajar itu kerap kali ke rumah saya.


Click to View FlipBook Version