SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
BATASAN DAN BIDANG KUASA PEMERINTAH-PEMERINTAH PASUKAN
SERTA PROSEDUR PERBICARAAN TERUS PEGAWAI MEMERINTAH
1
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
PENDAHULUAN
1. Perbicaraan secara terus merupakan salah satu bidangkuasa yang telah
diperuntukkan kepada Pegawai Memerintah dan Pihak Berkuasa Atasan oleh Undang-
Undang bagi membicarakan anggota-anggota tentera yang tertakluk kepada
perkhidmatan. Bidangkuasa ini merupakan suatu keistimewaan yang terdapat di dalam
sistem perundangan di Malaysia bagi membicarakan mereka yang tertakluk kepada
Undang-Undang Perkhidmatan. Bidangkuasa ini merangkumi dari penyiasatan
terhadap sesuatu pertuduhan yang dikenakan sehinggalah kepada menjatuhkan
sesuatu hukuman. Justeru itu ianya hendaklah dilaksanakan oleh seseorang Pegawai
Memerintah mahupun Pihak Berkuasa Atasan Yang Berkenaan dengan betul
berlunaskan dan berlandaskan kepada peruntukan Undang-Undang yang sedia ada
agar tidak berlakunya percanggahan.
TUJUAN
2. Tujuan nota ini adalah bagi menerangkan dan memberi pendedahan kepada
Pegawai Tadbir/Ajutan dalam memahami bidangkuasa Pemerintah agar dapat
melaksanakan urusan pentadbiran dengan sempurna dalam membantu perlaksanaan
perbicaraan terus oleh Pemerintah.
SKOP
3. Skop syarahan adalah seperti berikut:
a. Bidangkuasa Tentera Yang Diperuntukkan oleh Undang-Undang.
b. Penyiasatan dan Perbicaraan Oleh Pegawai Memerintah dan Pihak
Berkuasa Atasan Yang Berkenaan.
(1) Sistem Melapor Kesalahan.
(2) Prosedur Penyiasatan dan Perbicaraan.
c. Contoh Prosedur Sesuatu Perbicaraan Secara Terus.
d. Panduan Menjatuhkan Hukuman.
e. Rekod Perbicaraan.
RUJUKAN YANG RELEVAN
4. Rujukan yang relevan adalah seperti berikut:
a. Akta Angkatan Tentera 1972.
2
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
b. Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (Bidangkuasa Terus) 1976.
c. Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).
d. Akta Keterangan 1950(Akta 56)
e. Lain-lain Akta yang wajar selagi ianya tidak bercanggah dengan para a
dan b.
BIDANGKUASA TENTERA YANG DIPERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG
5. Makna. Bidangkuasa tentera mempunyai makna yang berbeza dalam konteks
yang berlainan. Ia meliputi salah satu atau semua aspek-aspek berikut:
a. Kuasa dan kebenaran untuk menguatkuasakan undang-undang tentera.
b. Pentadbiran undang-undang tentera.
c. Bidangkuasa agensi tentera untuk membicarakan sesuatu kes.
6. Mereka Yang Tertakluk. Bidangkuasa tentera meliputi semua pegawai dan
anggota-anggota yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan sepertimana
yang diperuntukan di bawah Seksyen 209 hingga Seksyen 213 Akta Angkatan Tentera
1972. Mereka yang tertakluk adalah seperti berikut:
a. Semua pegawai dan anggota di dalam perkhidmatan tetap.
b. Semua pegawai dan anggota di dalam pasukan simpanan tetap semasa
dalam tugas.
c. Semua pegawai dan anggota pasukan sukarela semasa dalam tugas.
d. Pegawai dan anggota pasukan asing yang ditumpangkan ke ATM yang
tertakluk kepada 'Visiting Forces Act, 1960'.
e. Orang awam yang diambil bekerja atau yang berkhidmat atau menyertai
angkatan tetap semasa dalam perkhidmatan giat. (Seksyen 3 Akta Angkatan
Tentera 1972 - Perkhidmatan Giat ertinya pasukan itu sedang bertempur atau
berhadapan dengan musuh atau menjalankan gerakan-gerakan yang dijalankan
terhadap pemberontak-pemberontak komunis di Semenanjung Malaysia.
Seseorang daripada pasukan yang berada dalam perkhidmatan giat, pergi
bercuti ke sesuatu kawasan di mana keadaan perkhidmatan giat tidak
dilaksanakan adalah masih kekal dalam perkhidmatan giat dalam tempoh ia
bercuti itu, jika ia tidak ditugaskan kepada sesuatu pasukan yang tidak dalam
perkhidmatan giat).
3
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
f. Bekas tentera, yang mana semasa dalam perkhidmatan telah melakukan
kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera, atau disyaki dengan
munasabah telah melakukan kesalahan, dan berkaitan dengan ini, mereka
masih boleh diletakkan dalam tangkapan dan boleh dihukum oleh mahkamah
tentera walaupun mereka telah berhenti daripada perkhidmatan, tetapi
perbicaraan ke atas mereka hendaklah dimulakan dalam masa 3 bulan selepas
mereka tidak lagi tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan (berhenti/TTP)
sepertimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 143(1) dan Seksyen 144(3)
Akta Angkatan Tentera 1972.
NOTA: Sekatan masa ini tidak dipakai bagi kes-kes tinggal tugas atau
dahagi atau kegagalan mencegah dahagi.
g. Anggota yang melakukan kesalahan semasa dalam tangkapan atau
tahanan, walaupun ketika itu tempoh perkhidmatannya telah tamat. Tetapi
sekatan masa untuk perbicaraan mesti dipatuhi.
7. Ajensi Penguatkuasa. Ajensi-ajensi yang mempunyai kuasa untuk
menguatkuasakan bidangkuasa keadilan tentera adalah seperti berikut:
a. Pihak Berkuasa Atasan Yang Berkenaan, (PBAYB) Pegawai Memerintah
atau Pemerintah, Komander Detacmen dan Komander Rendah apabila
diwakilkan kuasa.
b. Mahkamah Tentera.
BIDANGKUASA PEGAWAI MEMERINTAH
8. Takrif. Terdapat beberapa takrif yang menyatakan tentang Pegawai
Memerintah. Takrif -takrif tersebut adalah berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan
berikut:
a. Pegawai Memerintah berhubungan dengan sesiapa jua ertinya pegawai,
walau apa jua pangkatnya, yang secara langsung memerintah unit, kapal, stesen
atau penempatan di mana seseorang itu berkhidmat atau ditumpangkan. ( Sek 2
Akta Angkatan Tentera 1972).
b. Dalam Akta ini perbahasan "Pegawai Memerintah", berhubung dengan
seseorang yang dipertuduhkan atas suatu kesalahan, ertinya pegawai yang
mempunyai kuasa untuk memerintah orang itu sebagaimana yang ditentukan
oleh atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat oleh atau di bawah
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah bahagian ini (Sek 101 Akta Angkatan
Tentera 1972).
c. Pegawai yang telah dilantik oleh pihakberkuasa tinggi menjadi pegawai
memerintah sementara dapat menjalankan kuasa-kuasanya sebagai demikian
4
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
dengan berkesan, (Peraturan 4(a) Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera
(Bidangkuasa Terus) 1976) atau
d. Pegawai yang mana, buat masa itu, adalah secara langsung memerintah
unit di mana yang dipertuduh berkhidmat atau ditumpangkan berkhidmat atau
mana-mana detesmen dimana yang dipertuduh itu adalah buat masa itu sedang
berkhidmat dan yang mana bertanggungjawab secara langsung dalam perkara-
perkara tatatertib kepada seorang pegawai yang diberikuasa untuk
menyidangkan Mahkamah Tentera bagi membicarakan seseorang askar-laskar
yang berkhidmat atau yang ditumpangkan ke unit tersebut itu atau yang sedang
berkhidmat dengan detesmen, mana-mana yang berkenaan ( Peraturan 4(b)
Peraturan- Peraturan Angkatan Tentera (Bidangkuasa Terus) 1976.
9. Selain dari peruntukan yang dinyatakan, terdapat dua lagi peruntukan yang
membawa kepada takrif Pegawai Memerintah jenis khas untuk maksud Akta Angkatan
Tentera 1972. Mereka adalah:
a. Pegawai Perubatan yang menjaga seseorang pesakit yang tertakluk
kepada Undang-Undang Perkhidmatan (Peraturan 5, Peraturan-Peraturan
Angkatan Tentera (Bidangkuasa Terus) 1976).
b. Pegawai Memerintah bagi sesebuah unit atau detesmen yang diletakkan
di bawah perintah seorang Pegawai Memerintah yang lain. (Peraturan 6,
Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (Bidangkuasa Terus)1976).
10. Pertuduhan-Pertuduhan Yang Boleh Dibicarakan Secara Terus Oleh
Pegawai Memerintah. Bidangkuasa Pegawai Memerintah di dalam membicarakan
secara terus adalah berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di
dalam Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (Bidangkuasa Terus) 1976.
Pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah kesalahan-kesalahan dibawah seksyen 44,
46(e), 49, 50(2), 51, 52, 55, 56, 57, 58, 59(1)(a), 60, 61(c)(d), 62(c), 63, 64, 65(2), 66,
67, 72, 77(a)(b), 81(b),86( dimana kesalahan-kesalahan utama boleh diuruskan secara
terus menurut Peraturan ini), 87 dan 88 (di mana kesalahan sivil itu adalah satu
kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan
Angkatan Tentera (Bidangkuasa Terus) 1976).
11. Kesalahan-kesalahan lain yang diperuntukkan di dalam Akta Angkatan Tentera
1972 adalah tidak boleh dibicarakan secara terus oleh Pegawai Memerintah. Walau
bagaimanapun kesalahan tersebut boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
12. Mereka Yang Tertakluk Untuk Dibicarakan Oleh Pegawai Memerintah.
Seksyen 97 Akta Angkatan Tentera 1972 menetapkan bahawa mereka yang tertakluk
untuk dibicarakan oleh seseorang Pegawai Memerintah adalah seperti berikut:
a. Pegawai Muda Laut.
b. Kadet Laut.
c. Pegawai Kadet.
5
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
d. Kadet Udara
e. Askar-Laskar dan anggota sukarela yang berpangkat rendah daripada
Pegawai Waran.
13. Bagi seorang Pemangku Pegawai Waran, seksyen 97 (6) Akta Angkatan Tentera
1972 jelas memperuntukkan bahawa mereka juga boleh dibicarakan oleh Pegawai
Memerintah.
14. Hukuman-Hukuman Yang Boleh Dijatuhkan Oleh Pegawai Memerintah.
Hukuman-hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Pegawai Memerintah adalah seperti
yang telah diperuntukkan oleh seksyen 97(3) Akta Angkatan Tentera 1972. Hukuman-
hukuman tersebut adalah seperti berikut:
a. Tahanan selama tempoh tidak lebih daripada sembilan puluh hari , atau
jika yang dituduh itu seorang pegawai tidak bertauliah, soldadu atau askar udara
yang dalam perkhidmatan giat, hukuman medan tidak lebih daripada sembilan
puluh hari: Dengan syarat bahawa :
(1) Sesuatu hukuman tahanan atau hukuman medan yang dijatuhkan
oleh Pegawai Memerintah keatas seseorang ketua pegawai kecil,
pegawai tidak bertauliah, pegawai kecil atau ketua laskar tidak boleh
dijalankan sehingga hukuman itu telah diluluskan oleh sesuatu pihak
berkuasa lulusan dan hanya setakat yang diluluskan sedemikian.
(2) Jika seseorang Pegawai Memerintah menjatuhkan hukuman
tahanan atau hukuman medan selama tempoh lebih daripada dua puluh
lapan hari, bahagian yang lebih daripada dua puluh lapan hari itu
hendaklah berkuatkuasa hanya jika diluluskan oleh, dan setakat mana
yang diluluskan oleh, sesuatu pihak berkuasa lulusan;
(3) Diturunkan ke pangkat biasa atau apa-apa turunan pangkat yang
lebih rendah atau diturunkan taraf, tetapi, kecuali sebagaimana yang
diperuntukkan dalam Seksyen 97 (5) dan (6) Akta Angkatan Tentera
1972, sesuatu hukuman supaya diturunkan ke pangkat biasa atau apa-
apa turunan pangkat yang lebih rendah atau diturunkan ke pangkat biasa
atau apa-apa turunan pangkat yang lebih rendah atau diturunkan taraf
yang dikenakan oleh seorang Pegawai Memerintah hendaklah
berkuatkuasa hanya jika diluluskan oleh, dan setakat mana yang
diluluskan oleh pihak berkuasa lulusan.
(4) Denda (fines).
(5) Jika yang dituduh itu seorang pegawai muda laut, kadet laut,
pegawai kadet, kadet udara atau pegawai tidak bertauliah, amaran keras
atau amaran;
6
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
(6) Lucutan lencana kelakuan baik, tetapi jika lucutan itu
mengakibatkan lucutan pingat perkhidmatan lama dan kelakuan baik,
sesuatu hukuman lucutan lencana kelakuan baik hendaklah berkuatkuasa
hanya jika dilulus oleh sesuatu pihak berkuasa lulusan;
(7) Jika kesalahan itu telah menyebabkan" apa-apa perbelanjaan,
kerugian atau kerosakan," tahanan gaji;
(8) Apa-apa hukuman ringan yang dibenarkan pada masa itu dalam
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa denda atau hukuman ringan boleh
dikenakan bagi sesuatu kesalahan yang dikenakan hukuman tahanan, dan tiada
apa-apa denda boleh dikenakan bagi sesuatu kesalahan yang dikenakan
hukuman medan.
b. Jika yang dituduh seorang pegawai muda laut, kadet laut, pegawai kadet
atau kadet udara, Pegawai Memerintah tidak boleh mengenakan apa-apa
hukuman lain daripada hukuman-hukurnan yang dinyatakan dalam seksyen
97(3) (c), (d), (f) dan (g) Akta Angkatan Tentera 1972.
c. Jika yang yang dituduh seorang lans koperal atau lans bombardier
dan Pegawai Memerintah mendapatinya bersalah, Pegawai Memerintah boleh,
jika ia tidak mengenakan apa-apa hukuman lain atau tiada apa-apa hukuman
lain kecuali tahanan gaji, memerintahkan yang dituduh itu supaya diturunkan ke
pangkat biasa.
d. Jika yang dituduh seorang pemangku pegawai waran, pemangku
pegawai tidak bertauliah atau pemangku ketua laskar, dan Pegawai Memerintah
mendapatinya bersalah, maka Pegawai Memerintah itu boleh jika ia tidak
mengenakan apa-apa hukuman lain atau tiada hukuman kecuali tahanan gaji,
memerintahkan yang dituduh berbalik kepada pangkat atau taraf tetapnya atau
memegang sesuatu pangkat atau taraf memangku yang lebih rendah daripada
yang dipegangnya tetapi yang lebih tinggi daripada pangkat atau taraf tetapnya.
e. Jika seseorang, pegawai tidak bertauliah, pegawai kecil atau ketua laskar
dikenakan apa-apa tempoh hukuman tahanan atau hukuman medan, ia
hendaklah juga diperintah supaya diturunkan ke pangkat biasa atau diturunkan
taraf hingga ke gred yang lebih rendah daripada taraf ketua laskar, mengikut
mana yang berkenaan:
Dengan syarat bahawa, jika Pegawai Memerintah tidak
memerintahkannya supaya diturunkan pangkat sedemikian, hukuman Pegawai
Memerintah itu tidaklah terbatal akan tetapi hendaklah lisifatkan sebagai
termasuk suatu hukuman penurunan ke pangkat biasa atau diturunkan taraf
hingga ke gred yang lebih rendah daripada gred ketua laskar, mengikut mana
yang berkenaan.
7
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
f. Jika seseorang Pegawai Memerintah mengenakan denda sebagai suatu
hukuman bagi kesalahan mabuk, jumlah denda itu tidak boleh lebih daripada tiga
puluh ringgit.
BIDANGKUASA PIHAK BERKUASA ATASAN YANG BERKENAAN
15. Takrif. Sek 101 Akta Angkatan Tentera 1972 memperuntukkan seperti
berikut; Orang-orang yang boleh bertindak sebagai pihak berkuasa atasan berhubung
dengan seorang yang dipertuduhkan atas suatu kesalahan, iaitu, mana-mana pegawai
yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel, kapten laut atau kapten udara yang
mana tiap-tiap seorang itu mempunyai kuasa menyidangkan Mahkamah Tentera di
bawah Akta ini.
16. Pertuduhan-Pertuduhan Yang Boleh Dibicarakan Secara Terus Oleh Pihak
Berkuasa Atasan Yang Berkenaan. Pihak Berkuasa Atasan Yang Berkenaan boleh
membicarakan segala pertuduhan yang boleh dibicarakan oleh Pegawai Memerintah
seperti yang diperuntukkan oleh Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera
(Bidangkuasa Terus) 1976.
17. Mereka Yang Tertakluk Untuk Dibicarakan Oleh Pihak Berkuasa Atasan
Yang Berkenaan. Seksyen 98 (1) dan (2) Akta Angkatan Tentera 1972
memperuntukkan seperti berikut;
(1) Selepas menyiasat sesuatu pertuduhan terhadap seorang pegawai
bertauliah, pemangku naib leftenan laut atau pegawai waran, Pegawai
Memerintah hendaklah, kecuali jika ia telah menolak pertuduhan itu,
menghantarnya mengikut cara yang ditetapkan kepada pihak berkuasa yang
lebih tinggi, dan kemudiannya hendaklah diputuskan oleh pihak berkuasa itu
bagaimana pertuduhan itu hendak dibicarakan mengikut kedua-dua seksyen
kecil yang berikut ini.
(2) Jika pertuduhan itu adalah suatu pertuduhan yang boleh dibicara terus , ia
hendaklah dirujukkan kepada pihak berkuasa atasan yang berkenaan.
18. Hukuman-Hukuman Yang Boleh Dijatuhkan Oleh Pihak Berkuasa Atasan
Yang Berkenaan. Seksyen 98 (5) Akta Angkatan Tentera 1972 seterusnya
memperuntukkan bahawa seorang Pihak Berkuasa Atasan Yang Berkenaan boleh
menjatuhkan satu atau beberapa daripada hukuman-hukuman yang berikut, iaitu:
a. Lucutan kekananan pangkat atau bagi seorang pegawai yang kenaikan
pangkatnya bergantung kepada kepanjangan perkhidmatan, lucutan semua atau
mana-mana bahagian perkhidmatannya bagi maksud kenaikan pangkat;
b. Denda;
c. Amaran Keras atau Amaran;
8
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
d. Jika kesalahan itu telah menyebabkan apa-apa perbelanjaan, kerugian
atau kerosakan, tahanan gaji, kecuali ia tidak boleh mengenakan lucutan
kekananan pangkat dan denda kedua-duanya sekali.
PENYIASATAN DAN PERBICARAAN OLEH PEGAWAI MEMERINTAH DAN PIHAK
BERKUASA ATASAN YANG BERKENAAN (PBAYB)
SISTEM MELAPORKAN KESALAHAN
19. Sepertimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 95 Akta Angkatan Tentera
1972, apabila sesuatu kesalahan dilakukan oleh seseorang anggota yang tertakluk
kepada undang-undang perkhidmatan, tuduhan ke atas kesalahan itu hendaklah
dilaporkan kepada Pegawai Memerintah dalam bentuk pertuduhan (Jadual Ketiga
Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (bidangkuasa Terus) 1976.). Pada
kebiasaannya, Ajutan pasukan akan menyediakan Laporan Pertuduhan, dan di para 4
kepada Borang Laporan Pertuduhan, nama yang dimasukkan adalah nama Ajutan atau
pegawai yang melapor atau yang menerima laporan kesalahan tersebut, dan tidak
sekali-kali nama Pegawai Memerintah yang akan menyiasat pertuduhan itu. Pegawai
Memerintah hendaklah menyiasat pertuduhan itu mengikut cara yang ditetapkan di
bawah Kaedah 33 kepada Kaedah-Kaedah Angkatan Tentera (Mahkamah Tentera)
1976.
a. Pegawai Memerintah yang diwajibkan menyiasat kesalahan itu adalah
Pegawai Memerintah yang memerintah anggota yang dipertuduhkan itu pada
masa siasatan itu dijalankan, dan bukan semestinya Pegawai Memerintah
semasa kesalahan itu dilakukan. Seksyen 95 Rujuk nota kecil 1(b) Akta
Angkatan Tentera 1972.
b. Pegawai Memerintah yang terlibat atau menjadi saksi di dalam kes yang
dipertuduhkan tidak boleh menyiasat kes tersebut. Oleh sebab keadilan
semulajadi, anggota yang dituduh itu hendaklah ditumpangkan ke pasukan yang
lain untuk disiasat oleh Pegawai Memerintah pasukan yang ditumpangkan itu.
Seksyen 95 Akta Angkatan Tentera 1972, nota kecil 1(c) .
PROSEDUR PENYIASATAN DAN PERBICARAAN
20. Perbicaraan Terus. Mengikut Seksyen 96(2) dan Seksyen 97(1) kepada
Akta Angkatan Tentera 1972, Seseorang Pegawai Memerintah hanya boleh
membicarakan secara terus mereka yang berpangkat Staf Sarjan ke bawah termasuk
Pegawai Kadet. Bagi mereka yang berpangkat Pegawai Waran dan Pegawai sehingga
ke pangkat Mejar, hanya boleh dibicarakan oleh PBAYB (contoh: seperti Panglima Bgd,
Panglima Div, Panglima Medan TD atau lain-lain Pihak Berkuasa yang mempunyai
kuasa) sepertimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 96(1) dan Seksyen 98(1)
kepada Akta Angkatan Tentera 1972.
9
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
21. Kesalahan-kesalahan yang boleh dibicarakan secara terus adalah kesalahan-
kesalahan yang disenaraikan di bawah Peraturan 12 kepada Peraturan Angkatan
Tentera (Bidangkuasa Terus) 1976.
22. Semasa siasat bicara, Pegawai Memerintah atau PBAYB menjalankan tugas
sebagai seorang 'adjudicator' dan bukannya sebagai seorang pendakwa atau
pemerintah. Kedua-dua belah pihak (saksi-saksi pendakwa dan sidituduh) hendaklah
didengari dan penjelasan diperolehi jika terdapat sebarang keraguan. Sidituduh hanya
boleh didapati bersalah jika tidak terdapat sebarang keraguan yang munasabah dalam
kes yang dibicarakan.
23. Perbicaraan secara terus boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti
berikut:
a. Tindakan sebelum sidituduh dibawa mengadap.
b. Hadaptuduh sidituduh.
c. Penyiasatan pertuduhan.
(1) Secara langsung (mendengar sendiri keterangan).
(2) Secara tidak langsung (penyiasatan bertulis).
d. Keputusan samada ada atau tidak kes.
e. Pembelaan diri oleh sidituduh (jika ada kes).
f. Keputusan keseluruhan kes (Sidituduh bersalah/tidak).
g. Rayuan untuk meringankan hukuman (jika bersalah).
h. Hukuman.
i. Tindakan selepas perbicaraan.
24. Tindakan Sebelum Sidituduh Dibawa Mengadap. Di peringkat ini, perkara-
perkara berikut hendaklah dilaksanakan:
a. Tentukan bahawa tiap-tiap pertuduhan disiasat bicara dalam masa 30 hari
setelah kesalahan dan sidituduh dikenalpasti atau selepas menerima
aduan/laporan atau selepas menerima laporan muktamad CPK.
10
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
b. Jika sidituduh diletakkan dalam tangkapan, permohonan untuk tangkapan
melebihi 72 hari hendaklah dimajukan tidak lewat dari hari ke 30 sidituduh
berada dalam tangkapan kerana Kaedah 15(3) Kaedah-Kaedah Acara Angkatan
Tentera melarang tangkapan melebihi 72 hari tanpa dibicarakan jika tiada
kebenaran bertulis oleh Pihak Berkuasa Yang Layak (Majlis Angkatan Tentera).
c. Butir-butir berikut hendaklah disertakan apabila membuat permohonan
tangkapan melebihi 72 hari:
(1) Nombor/Pkt/Nama dan pasukan sidituduh.
(2) Kesalahan serta Seksyen yang dipertuduhkan.
(3) Tarikh diletakkan dalam tangkapan.
(4) Justifikasi kenapa penyiasatan ke atas pertuduhan tidak dapat
diselesaikan dalam jangkamasa 72 hari.
d. Sepertimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 94(2) Akta Angkatan
Tentera 1972, jika seseorang diletakkan di dalam tangkapan selama lebih dari 8
hari, laporan kelengahan hendaklah dimajukan pada tiap-tiap 8 hari bermula dari
hari pertama ianya diletakkan dalam tangkapan.
e. Tentukan bahawa Pegawai Memerintah atau PBAYB yang akan
menyiasat pertuduhan itu tidak terlibat dengan kes tersebut dan namanya tidak
ditimbulkan di mana-mana dalam laporan pertuduhan itu kecuali dan hanya di
petak tandatangan.
f. Apabila seseorang Pegawai Memerintah mengemukakan kepada Pihak
Berkuasa Lebih Tinggi suatu pertuduhan terhadap seorang Pegawai atau
Pegawai Waren beliau hendaklah memajukan dokumen-dokumen berikut:
(1) Laporan Pertuduhan:
(a) Yang dirujukan untuk siasatan (Holding Charge).
(b) Yang dirujukkan kepada Pihak Berkuasa Tinggi atau yang
dirujukkan untuk dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. (Standing
Charge).
(2) Perintah mengambil Cabutan Keterangan.
(3) Cabutan Keterangan oleh saksi-saksi.
(4) Sijil menyusun cabutan keterangan.
(5) Sijil penyerahan cabutan keterangan kepada sidituduh.
11
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
(6) Sijil penerimaan cabutan keterangan oleh sidituduh.
(7) Sijil perakuan samada sidituduh ingin atau tidak membuat
pernyataan balas.
(8) Sijil akaun sidituduh sama ada saksi-saksi bagi pihaknya
dikehendaki hadir atau tidak.
(9) Pengesyoran oleh Pegawai Memerintah cara untuk pertuduhan itu
diuruskan.
(10) Rekod perkhidmatan sidituduh (Jadual ke 8).
(11) Salinan asal/salinan foto BAT D 113, BAT 69 dan BAT D 87.
(12) PERBAH I atau II, lain-lain dokumen yang berkaitan dan bahan-
bahan pembuktian kes.
(13) Draf Kertas Pertuduhan (ditaip dalam Kertas Pendua).
(14) Laporan lembaga penyiasatan untuk kes tinggal tugas.
g. Pegawai Memerintah atau PBAYB hendaklah menyemak laporan
pertuduhan dan menentukan semua butir-butir yang terkandung di dalamnya
adalah betul dan lengkap. Tentukan kesalahan yang diadukan mengikut
Seksyen yang tepat dan boleh dibicarakan secara terus.
h. Rekod Perkhidmatan dan Rekod Kelakuan Kompeni/Rejimen sidituduh
dikemaskinikan demi keadilan semulajadi dan untuk tidak dipengaruhi, tentukan
Rekod Perkhidmatan tersebut hanya diserahkan kepada Pegawai
Memerintah/PBAYB setelah sidituduh didapati bersalah dalam sesuatu
perbicaraan.
25. Hadaptuduh Sidituduh. Prosedur dan tindakan berikut hendaklah
dilaksanakan:
a. Bilik Pegawai Memerintah dikemaskan dan meja Pegawai Memerintah
dibersihkan daripada adanya barang-barang yang boleh alih atau boleh dijadikan
senjata.
12
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
b. Laporan Pertuduhan dan lain-lain dokumen serta rujukan yang berkaitan
dengan kes diserahkan kepada Pegawai Memerintah. (Di peringkat ini Rekod
Perkhidmatan tidak diserahkan).
c. Tentukan jika sidituduh seorang anggota bawahan, ia tidak memakai
pakaian kepala dan tali pinggang dan tidak mempunyai sebarang benda yang
boleh digunakan sebagai senjata. Jika sidituduh seorang Pegawai, pakaiannya
terserah kepada arahan Pegawai yang menyiasat.
d. Tentukan sidituduh diiringi oleh seorang yang berpangkat sekurang-
kurangnya sama pangkat dengannya.
e. SMR/Ajutan yang membawa sidituduh, hendaklah melapor dan mendapat
kebenaran daripada Pegawai Memerintah/PBAYB.
f. Apabila sidituduh berada di hadapan Pegawai Memerintah, laporkan
Nombor/Pkt/Nama sidituduh dan sidituduh hendaklah menjawab.
g. Pegawai Memerintah/PBAYB akan membacakan pertuduhan, dan
menjelaskan kepada sidituduh jika ia tidak memahaminya.
h. Pegawai Memerintah/PBAYB adalah dilarang dan tidak boleh bertanya
atau menyuruh sidituduh membuat pengakuan samada beliau mengaku bersalah
atau tidak bersalah. Pegawai Memerintah/PBAYB dikehendaki menyiasat kes
tersebut dan membuat keputusannya sendiri.
i. Pegawai Memerintah boleh menyiasat seperti berikut:
(1) Mendengar sendiri keterangan secara lisan [Kaedah 34 Kaedah-
Kaedah Acara Angkatan Tentera (Mahkamah Tentera ) 1976].
(a) Saksi pendakwa memberi keterangan di hadapan sidituduh,
dan sidituduh hendaklah dibenarkan memeriksabalas mana-mana
saksi pendakwa.
(b) Sidituduh boleh, bagi pihaknya sendiri, memberi keterangan
dengan mengangkat sumpah atau membuat suatu pernyataan
dengan tidak mengangkat sumpah.
(c) Sidituduh boleh memanggil saksi-saksi dalam
pembelaannya, yangmana hendaklah memberi keterangan secara
lisan.
(d) Keterangan hendaklah jangan diberi dengan mengangkat
sumpah melainkan Pegawai Memerintah mengarahkan sedemikian
atau sidituduh meminta sedemikian.
13
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
(e) Jika keterangan itu diberi dengan mengangkat sumpah,
Pegawai Memerintah hendaklah, tertakluk kepada hak sidituduh
untuk membuat pernyataan dengan tidak mengangkat sumpah,
mentadbirkan sumpah itu bagi tiap-tiap seorang saksi.
ATAU
(2) Mengarahkan supaya ringkasan keterangan diambil (Kaedah 35
Kaedah-Kaedah Acara Angkatan Tentera (Mahkamah Tentera) 1976).
Diambil oleh Pegawai Memerintah sendiri atau oleh seorang Pegawai lain
atas arahan Pegawai Memerintah, dengan kehadiran sidituduh.
(a) Pegawai Memerintah mesti mengambil ringkasan
keterangan dalam keadaan-keadaan berikut:
(i) Di mana hukuman bagi kesalahan itu adalah
hukuman mati.
(ii) Sidituduh memohon secara bertulis, sebelum
pertuduhan terhadapnya dimajukan kepada Pihak Berkuasa
Lebih Tinggi (Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Acara Angkatan
Tentera (Mahkamah Tentera) 1976).
(iii) Pegawai Memerintah berpendapat demi keadilan
bahawa ringkasan keterangan perlu diambil.
ATAU
(3) Mengarahkan supaya cabutan keterangan diambil [Kaedah 36
Kaedah-Kaedah Acara Angkatan Tentera (Mahkamah Tentera) 1976] oleh
Pegawai Memerintah atau Pegawai lain atas arahan Pegawai
Memerintah.
(a) Pegawai Memerintah mengeluarkan arahan lisan atau
bertulis untuk dibuat oleh Pegawai yang dilantik, lengkap dengan
senarai saksi (tidak termasuk sidituduh) dan pegawai itu hanya
boleh memulakan pengambilan cabutan keterangan selepas tarikh
arahan itu.
(b) Sidituduh tidak boleh hadir semasa Cabutan Keterangan
diambil.
(c) Sumpah tidak boleh ditadbirkan. Tetapi jika perlu
pernyataan-pernyataan yang telah dibuat dengan mengangkat
sumpah dan yang sedia ada boleh digunakan.
14
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
(d) Tiap-tiap cabutan keterangan hendaklah terdiri dari
pernyataan saksi itu sendiri dan, untuk salinan asal hendaklah
dituliskan dan ditandatangani pada tarikh ia selesai dibuat. (Semua
salinan hendaklah juga ditandatangani dan tarikh mengikut tarikh
salinan asal).
(e) Apabila semua pernyataan oleh saksi-saksi pihak pendakwa
siap dikumpulkan, satu sijil pengesahan dibuat dan ditandatangani
dan dicatatkan tarikh hari itu.
(f) Satu salinan pernyataan semua saksi pendakwa hendaklah
diserahkan kepada sidituduh, dan sidituduh hendaklah diberi
amaran dengan perkataan-perkataan berikut:
"Ini adalah suatu salinan cabutan keterangan dalam kes
kamu; kamu tidak diwajibkan berkata apa-apa berkenaan
dengannya melainkan kamu hendak berbuat demikian,
tetapi kamu patut baca cabutan keterangan itu dan apabila
kamu telah baca, jika kamu hendak berkata apa-apa maka
apa yang kamu katakan akan dituliskan dan boleh diberi
sebagai keterangan".
(g) Sijil perakuan sidituduh diberi amaran yang sewajarnya
hendaklah disediakan dan ditandatangani oleh pegawai yang
mengambil cabutan keterangan.
(h) Sijil pengesahan penyerahan salinan cabutan keterangan
oleh pegawai mengambil cabutan keterangan dan penerimaan oleh
sidituduh hendaklah disediakan dan ditandatangani mengikut tarikh
diserahkan.
(i) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh sidituduh selepas ia
membaca cabutan keterangan itu hendaklah dituliskan dan
sidituduh hendaklah menandatanganinya. Sidituduh boleh
memberitahu saksi-saksi baginya yang hendak dibuat cabutan
keterangan atau menyerahkan pernyataan mereka.
(j) Apabila semua pernyataan dari pihak pendakwa dan pihak
sidituduh siap dikumpulkan, pegawai mengambil cabutan
keterangan hendaklah menyediakan sijil perakuan, ditandatangani
dan bertarikh sesudah semua pernyataan siap dikumpul untuk
diserahkan kepada Pegawai Memerintah.
(k) Setelah menerima cabutan keterangan, Pegawai
Memerintah dikehendaki mengkaji dan meneliti akan semua
keterangan dan pembuktian dalam kes tersebut secara bebas.
15
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
Selepas itu Pegawai Memerintah boleh mengambil tindakan
berikut:
(i) Membuat pertuduhan baru. (Kaedah 33 (3) Kaedah-
Kaedah Acara Angkatan Tentera (Mahkamah Tentera)
1976).
(ii) Memperbetulkan pertuduhan asal.
(iii) Menolak mana-mana pertuduhan yang tidak
mempunyai bukti. (S 96(4) Akta Angkatan Tentera 1972).
(l) Sidituduh dihadapkan buat kali kedua kepada Pegawai
Memerintah untuk sambung perbicaraan.
(m) Jika sidituduh itu seorang Pegawai Waran atau Pegawai,
dan jika Pegawai Memerintah dapati ada kes untuk dijawab, kes
tersebut hendaklah dikemukakan ke Pihak Berkuasa Tinggi untuk
diteruskan perbicaraan tersebut kerana Pegawai Memerintah tidak
ada bidangkuasa untuk membicarakan mereka.
(n) Mana-mana saksi pendakwa yang belum lagi memberi
keterangan secara lisan hendaklah berbuat sedemikian jika
dikehendaki oleh sidituduh.
(o) Pegawai Memerintah hendaklah memberi kepada sidituduh
suatu peluang lagi untuk memberi keterangan dengan mengangkat
sumpah atau untuk membuat suatu pernyataan dengan tidak
mengangkat sumpah dan untuk memanggil saksi-saksi dalam
pembelaannya.
(4) Setelah menyiasat secara lisan (mendengar sendiri keterangan)
atau meneliti ringkasan/cabutan keterangan dan berdasarkan kepada
keterangan-keterangan saksi-saksi pihak pendakwa, Pegawai Memerintah
dikehendaki membuat keputusan sendiri, samada ada kes atau tidak
untuk sidituduh menjawab.
(5) Jika tidak ada kes untuk sidituduh menjawab, sidituduh dibebaskan
daripada pertuduhan itu. (Pegawai Memerintah berkuasa menolak kes-
kes jika pada pendapatnya tidak ada kes yang perlu dijawab oleh
sidituduh - Seksyen 96(4)/98(1) Akta Angkatan Tentera 1972).
(6) Jika ada kes untuk dijawab (untuk Pegawai dan Pegawai Waran di
majukan ke Pihak Berkuasa Tinggi) sidituduh diarahkan untuk membuat
pembelaannya dan ia boleh memanggil saksi-saksi bagi pembelaannya
itu.
16
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
(7) Pegawai Memerintah dikehendaki memberi ingatan kepada
sidituduh bahawa dia mempunyai tiga (3) cara untuk membuat
pembelaan, iaitu:
(a) Ia boleh berdiam diri;
(b) Ia boleh memberi keterangan secara angkat sumpah;
(c) Ia boleh memberi keterangan secara tidak mengangkat
sumpah; dan seterusnya mengingatkan sidituduh:
Jika ia memberi keterangan dengan mengangkat sumpah, ia boleh
disoalbalas. Jika ia memilih untuk berdiam diri atau membuat keterangan
tanpa mengangkat sumpah, ia tidak akan disoalbalas. Walaupun
keterangan secara mengangkat sumpah membawa kesan yang lebih
daripada secara tidak mengangkat sumpah, semua keterangan akan
diambilkira di mana bersesuaian dalam menentukan pembuktian kes
tersebut. Sama ada hendak memberi keterangan secara bersumpah
atau tidak, ia boleh memanggil saksi-saksi bagi pihaknya untuk memberi
keterangan mengenai fakta-fakta kes atau wataknya. (Tentukan sidituduh
faham akan haknya ini).
Jika sidituduh ingin memberi keterangan, ia hendaklah memberi
keterangan terdahulu daripada saksi-saksinya.
Setelah mendengar pembelaan sidituduh, Pegawai Memerintah
hendaklah membuat keputusan sama ada sidituduh bersalah atau tidak
bersalah sepertimana yang dipertuduhkan.
(8) Jika sidituduh didapati tidak bersalah, Pegawai Memerintah
hendaklah mengistiharkan keputusannya, dan sidituduh dibebaskan
daripada pertuduhan itu.
(9) Jika sidituduh didapati bersalah di bawah Seksyen 55 atau jika
hukuman yang akan dijatuhkan akan melibatkan lucutan gaji (tahanan
atau turun pangkat atau lucutan gaji) keputusan bersalah tidak diistiharkan
lagi, tetapi sidituduh hendaklah diberi opsyen terlebih dahulu samada
ingin menerima hukuman terus atau dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
OPSYEN: "Mahukah kamu menerima hukuman saya ini atau
adakah kamu mahu dibicarakan oleh Mahkamah Tentera".
(10) Sidituduh hendaklah diberi peluang membuat rayuan untuk
meringankan hukuman. Sidituduh boleh memanggil saksi watak untuknya.
(11) Pegawai Memerintah sebelum menjatuhkan hukuman hendaklah
mengambil kira jenis kesalahan dan rayuan yang telah dibuat. Jika
17
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
hukuman memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Lulusan, hukuman yang
dijatuhkan hendaklah ditambah dengan kata-kata seperti berikut,
"......tertakluk kepada kelulusan".
NOTA:
HUKUMAN TURUN PANGKAT DARI KPL ATAU YANG LEBIH
TINGGI. Apa-apa hukuman penurunan pangkat daripada Kpl atau
yang lebih tinggi kepangkat yang lebih rendah (TIDAK BOLEH
DILUCUTKAN TERUS) hendaklah mendapat kelulusan penurunan
pangkat itu, dan sipesalah dihadapkan semula ke hadapan
Pegawai Memerintah (atau Pegawai yang diarahkan oleh Pegawai
Memerintah) untuk diberitahu tentang kelulusan tersebut, dan
barulah pangkat yang ada dilucutkan secara resmi. (Seksyen 97
(3) (b) Akta Angkatan Tentera 1972 ).
26. Contoh Perbicaraan Secara Terus adalah seperti di Kembaran A.
PANDUAN MENJATUHKAN HUKUMAN
27. Garis panduan yang sewajarnya diikuti oleh Pemerintah dalam menjatuhkan
hukuman adalah seperti berikut:
a. Jika kesalahan itu dilakukan semasa perkhidmatan giat, hukuman
mestilah berbentuk deteren/pencegahan.
b. Jika berlaku provokasi semasa kesalahan itu berlaku, hukuman ringan
perlu diberikan untuk menunjukkan keadaan rayuan telah dipertimbangkan.
c. Jika pesalah anggota yang berpangkat, hukuman lebih berat.
d. Kesalahan yang telah dirancang haruslah diberi hukuman berat.
e. Pesalah yang kerap melakukan kesalahan perlu dikenakan hukuman
berat.
f. Tujuan hukuman adalah untuk memelihara disiplin. Pertimbangan perlu
dibuat dalam menjaga kepentingan perkhidmatan, kepentingan keadilan dan
kepentingan pesalah.
g. Dalam menghukum pesalah, mereka di bawah tanggungan pesalah juga
perlu diambilkira kerana sesuatu hukuman juga akan memberi implikasi kepada
tanggungan mereka.
18
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
REKOD PERBICARAAN
28. Selepas sesuatu perbicaraan selesai dilaksanakan, satu Rekod Perbicaraan
hendaklah dibuat berhubung perbicaraan tersebut. Rekod Perbicaraan hendaklah
mengandungi segala penyataan-penyataan yang dikeluarkan semasa perbicaraan
berlangsung. Ini meliputi segala pertanyaan-pertanyaan, jawapan serta keterangan
yang diberi atau dikemukakan oleh sidituduh, saksi-saksi dan Pemerintah sendiri. Ianya
hendaklah dibuat dan direkodkan secara soaljawab kepada setiap penyataan yang
dibuat mulai dari peringkat awal perbicaraan hingga menjatuhkan hukuman. Secara
umumnya Rekod Perbicaraan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Laporan Pertuduhan/BAT D 200 (Jadual Ketiga).
b. Rekod Perbicaraan di hadapan Pemerintah.
c. Segala dokumen-dokumen berkaitan perbicaraan (BAT D 69/113).
d. Segala dokumen sebagai eksibit yang berkaitan.
29. Rekod Perbicaraan ini hendaklah dimajukan kepada Formasi Atasan
terutamanya dalam mendapatkan kelulusan terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh
Pihak Berkuasa Atasan (hukuman turun pangkat bagi PTT dan tahanan melebihi 28
hari). Rekod Perbicaraan juga berfungsi sebagai rujukan oleh Pihak Berkuasa Atasan
dalam menentukan perbicaraan telah dilaksanakan dengan sempurna sebelum sesuatu
hukuman diberi kelulusan oleh Pihak Berkuasa Atasan. Di samping itu ianya
berperanan sebagai rujukan sekiranya sesuatu perbicaraan perlu dibuat ulangkaji
samada atas permintaan Pihak Berkuasa Atasan ataupun rayuan yang dibuat oleh
sidituduh/sipesalah.
PENUTUP
30. Adalah diharapkan dengan nota ringkas ini telah sedikit sebanyak memberi
panduan kepada Pegawai Tadbir/Ajutan yang bertindak sebagai staf kepada
Pemerintah dalam melaksanakan urusan pentadbiran disamping membantu dan
menasihati Pemerintah berhubung bidangkuasa Pemerintah-Pemerintah pasukan
dalam mengaplikasikan had dan bidangkuasa mereka dalam melaksanakan
tanggungjawab dan amanah yang diberi.
Rujukan:
SENARAI BAHAN BACAAN DAN BUKU-BUKU RUJUKAN YANG DICADANGKAN
JUSTICE-SYSTEM / PROCEDURE
Chamelin, Neil C. Introduction to Criminal Justice,
19
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
Englewood Cliffs: Prentice-Hall Inc, 1975.
Mike Nash. Police,Probation & Protecting The Public
Blackstone Press Ltd. 1999
Charles Edwards. Changing Policing Theories for 21st Century
Societies. Blackstone Press Ltd. 1999
DRUG ABUSE / VICE CONTROL
Ferguson, Robert W. Ferguson’s The Nature of Vice Control
in the Administration of Justice. St. Paul West Publishing Co,1973.
Levine, Samuel M. Narcotics and Drugs Abuse.
Cincinnati: The W.H Anderson Co. 1972
EVIDENCE
Stuckey, G. B Evidence for the Law Enforcement Officer.
New York: McGraw Hill, 1974
Glenn Hutton and David Johnson Evidence & Procedure
Blackstone Press Ltd. 1999
INTERVIEWS AND INTERROGATIONS
Arthur, R. D. and R.R. Caputo. Interrogation for Investigators. New York
William C. Copp & Associates, 1959
Aubry, A.S and R.R Caputo. Criminal Interrogation, 3rd Edition
Springfield: Charles C Thomas,1980.
INVESTIGATIONS
Cook, Claude W. A Practical Guide to the basics of Physical Evidence.
Springfield: Charles C Thomas,1984.
Dienstien, William. Technics for the crime Investigator.
Springfield: Charles C Thomas,1980
Kernes,Steven T. and Lowell L. Kuehn. The Criminal Investivators Guide.
Springfield: Charles C. Thomas,1981
20
SEL UNDANG-UNDANG MARKAS 1 DIVISYEN
21