E-FOLIO PENGAJIAN ISLAM
(MPU23012)
KERAKUSAN MANUSIA PUNCA
1 KRISIS BENCANA ALAM
Nama Pensyarah:
Ustazah Rohani Binti Abdul Razak
Ahli Kumpulan
2
AMIR RUSYAIDI BIN NUR SHAHIRAH
MOHD JOHARI SHABANAH BINTI
JAMAL DEEN
19DPM21F2036
19DPM21F2039
MUHAMMAD AMY ELYANA BINTI
HAZIQ FIRDAUS ISMAIL
BIN AHMAD
SALAHUDDIN 19DPM21F2021
19DPM21F2015
3 Isi Kandungan m/s 4
m/s 5
Penghargaan m/s 6
m/s 7-10
Objektif m/s 11-15
Pengenalan m/s 16-19
Punca Berlakunya Bencana Alam m/s 20
Kesan-kesan Bencana Alam m/s 21
Langkah-Langkah mengatasi masalah
Kesimpulan
Sumber Rujukan
Penghargaan
4
Assalamualaikum,syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami
menyiapkan tugasan e-folio kami yang bertajuk kerakusan manusia punca krisis bencana alam.E-
folio ini buat kami amatlah penting kerana ianya adalah markah penilaian berterusan subjek
pengajian islam kami.Ribuan terima kasih juga diucapkan buat semua ahli pasukan yang berkerja
keras untuk menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pensyarah
pengajian islam {MPU23012}kami iaitu Ustazah Rohani binti Abdul Razak yang banyak
memberikan bimbingan dan dorongan kepada kami ketika kami menyiapkan tugasan ini,tanpa
bantuan dan kerjasama dari semua pihak pasti sukar untuk kami menyiapkan tugasan ini.Akhir
kata,saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menolong dan menunjuk ajar kami dalam
menyiapkan tugasan ini.
5 Objektif
Di dalam tugasan E-folio terdapat beberapa objektif yang ingin dipaparkan
seperti berikut:
Mengenalpasti apakah yang dimasudkan dengan krisis bencana alam.
Mengenalpasti apakah perkara yang dilakukan oleh manusia yang boleh
menyebabkan berlakunya bencana alam.
Dapat lebih informasi tentang isu bencana alam yang semakin hangat
diperkatakan.
Mendapat tahu tentang apakah punca-punca berlakunya bencana alam.
Mengenalpasti apakah kesan-kesan bencana alam.
Mendapatkan informasi apakah langkah-Langkah yang boleh diambil untuk
mencegah berlakunya krisis bencana alam.
6 Pengenalan
Isu bencana alam semakin hangat diperkatakan saban tahun.Bencana alam ini
akan menyebabkan berlakunya banyak kerosakan kepada insfrastruktur dan
harta benda awam.Ini membuatkan masyarakat akan mula menyedari
kepentingan mencegah bencana yang lebih berkesan.Kejadian bencana alam
seperti banjir,tanah runtuh dan gempa bumi boleh menyebabkan masyarakat
hilang kediaman serta boleh hilang orang yang tersayang kerana terkorban
Ketika bencana ini.Justeru,setiap orang perlulah berasa bertanggungjawab
menjaga alam semulajadi dengan baik,kerana jika alam semulajadi tidak
dipelihara dengan baik kesannya juga akan memudaratkan manusia.Jangan
disebabkan inginkan keuntungan dan kekayaan kita lupa akan kesan yang akan
berlaku pada masa akan datang.Alam semulajadi adalah hadiah daripada Allah
swt kepada umat manusia, justeru kita semua haruslah menjaga dan
memulihara alam sekitar dengan baik.
Punca Berlakunya Bencana Alam
7
1. Kegiatan Pembalakan Haram
Setiap tahun kita dapat lihat kegiatan pembalakan haram dan penerokaan hutan secara
haram semakin meningkat.Meskipun ianya memberikan manfaat dan keuntungan kepada
manusia,sekiranya aktiviti ini dilakukan berterusan tanpa kawalan banyak keburukan dan
kemusnahan kepada alam semulajadi akan terjadi.Bencana alam seperti banjir dan tanah
runtuh akan sering berlaku apabila hutan diganggu oleh aktiviti manusia.Kombinasi
kegiatan manusia dengan aktiviti alam semula jadi termasuk perubahan iklim dunia
umpama gangguan yang mencetuskan tindak balas sehingga boleh menyebabkan
kemusnahan berganda.Justeru,sikap manusia sendiri yang hanya memikirkan keuntungan
ini yang akan menyebabkan bencana alam.
8
2. Pembakaran Hutan
Aktiviti pembakaran hutan semakin meningkat saban tahun,sekiranya tidak dikawal
kejadian jerebu dan kemusnahan flora dan fauna akan berlaku.Punca berlakunya
pembakaran hutan ini selalunya berlaku oleh sikap manusia itu sendiri yang tidak ambil
kisah.Aktiviti membakar hutan untuk pertanian ini kebiasannya yang menyebabkan
berlakunya pembakaran hutan yang tidak dapat dikawal.Bencana alam seperti jerebu akan
berlaku dan menyebabkan orang yang tinggal berdekatan hutan tersebut sukar untuk
bernafas terutamanya pesakit asma.Kematian haiwan juga akan meningkat dan akan
banyak memusnahkan tumbuh-tumbuhan.
9
3. Pembuangan Sampah merata-rata
Antara punca seterusnya yang boleh menyebabkan berlakunya bencana alam ialah
sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.Pada
mulanya,sikap membuang sampah merata-rata ini nampak remeh namun apabila
ianya berlaku secara berterusan dan tidak dikawal sampah akan menjadi banyak dan
membentuk longgokan sampah.Longgokan sampah ini boleh membuatkan sungai
ataupun longkang sekalipun akan mudah tersumbat dan akan memudahkan untuk
berlakunya bencana banjir.Selain itu,pencemaran bau juga akan berlaku,maka kita
haruslah membuang sikap membuang sampah merata-rata ini untuk memulihara
alam semulajadi.
10
4. Sistem Perparitan Tidak Terancang
Sistem perparitan yang tidak terancang dan kurang sempurna akan
mengakibatkan boleh berlakunya kejadian banjir.Parit dan longkang yang dibina
mungkin sempit dan tidak dirancang dengan lebih baik adalah antara punca
berlakunya kejadian banjir ini.Ianya berlaku kerana pengaliran air yang tersekat
dan membuatkan air melimpah di jalan raya.Contohnya,kejadian banjir kilat
yang berlaku di bandar bandar besar seperti di Kuala Lumpur.Jelaslah bahawa
system perparitan yang tidak sempurna menjadi punca berlakunya banjir ini.
11 Kesan-Kesan Bencana Alam
1. KEROSAKAN INFRASTRUKTUR DAN HARTA BENDA AWAM
Bencana alam seperti banjir besar, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya
sememangnya akan menyebabkan berlakunya kerosakkan infrastruktur dan harta benda
awam seperti bangunan, kereta, rumah, jalan raya dan sebagainya. Hal ini akan membawa
kerugian yang amat besar kepada semua penduduk terutamanya kepada kerajaan yang
terlibat dengan bencana alam ini. Kerajaan terpaksa memberi bantuan kepada rakyat dari
segi kewangan mahupun dalam bentuk makanan, perumahan dan sebagainya.
12
2. KEKURANGAN SUMBER MAKANAN
Bencana alam yang berlaku telah menimbulkan pelbagai masalah kepada mangsa dan
terutamanya kepada pihak kerajaan yang terpaksa bertungkus lumus dalam memikirkan cara
yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh mangsa yang ditimpa bencana
alam ini. Pelbagai masalah yang timbul, antaranya ialah kurangnya sumber makanan, hal ini
berlaku disebabkan banyak perkara. Antaranya ialah kemusnahan tanah pertanian yang di
akibatkan oleh bencana alam seperti Tsunami dan banjir. Tanah-tanah pertanian merupakan
penyumbang utama kepada sumber makanan manusia seperti beras, sayur-sayuran dan
sebagainya. Kemusnahan tanah-tanah pertanian ini telah menyebabkan mangsa bencana hidup
dalam kelaparan dan tidak mendapat zat yang secukupnya.
13
3. TRAUMA TERHADAP BENCANA ALAM
Bencana alam yang berlaku kepada masyarakat sememangnya akan meninggalkan satu kesan
yang amat mendalam kepada mangsa yang mengalamainya, terutamanya kepada mangsa yang
kehilangan ahli keluarga. Hal ini akan menyebabkan mereka merasa amat sedih dan tidak
mempunyai semangat untuk meneruskan hidup bersendirian tanpa ahli keluarga di sisi. Mangsa
juga akan sentiasa merasa tidak selamat dan hidup dalam keadaan ketakutan kerana bimbang
tragedi bencana alam itu akan berulang kembali. Mangsa yang mengalami trauma dikenali
sebagai Post-traumatic stress disorder.
14
4. KEPUPUSAN HABITAT HAIWAN
Salah satu kesan buruk yang dikenal pasti ialah kepupusan habitat haiwan. Haiwan -
haiwan ini akan kepupusan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat
tinggal mereka. Kebanyakan haiwan telah hilang sumber makanan, rantaian makanan
haiwan juga terputus akibat bencana alam ini menyebabkan spesies-spesies haiwan liar
yang sukar ditemui semakin pupus. Akibatnya haiwan terlindung di dalam Hutan Hujan
Tropika semakin sukar ditemui seperti gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir
15
5. KESAN PEMANASAN GLOBAL
kesan yang paling ketara dan hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa ini
ialah kesan pemanasan global yang berpunca daripada rumah hijau. Pemanasan global ini
berlaku disebabkan kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dirasai oleh
penduduk bumi. Keadaan ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang
terkumpul di dalam udara. Akibat gas karbon dioksida yang terkumpul terlalu banyak, haba
terperangkap di bumi sehingga menjadi panas lalu lapisan ozon menjadi nipis. Akibatnya,
ekosistem terganggu, bencana alam kerap terjadi dan berlaku kejadian alam yang tidak
normal. Aktiviti pembakaran terbuka juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di
bumi dan seterusnya menjejaskan kualiti udara.
16 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah
1. MENUBUHKAN SISTEM DAN TEKNOLOGI TINGGI
langkah yang drastik dan pragmatik perlulah diambil untuk mengurangkan risiko kejadian bencana
alam. Rentetan itu, pihak kerajaan perlulah menubuhkan sistem amaran awal yang berkesan dan
berteknologi tinggi supaya mereka dapat meramalkan jenis bencana alam, kawasan-kawasan yang
berisiko tinggi untuk ditimpa bencana alam serta waktu bencana alam untuk berlaku. Dengan ini,
pihak kerajaan dapat membuat persiapan awal dalam menghadapi bencana alam seperti menyediakan
tempat tinggal sementara bagi rakyat, bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”.
17
2. MENDAPATKAN LATIHAN KECEMASAN
Masyarakat harus dilatih dengan pelbagai latihan kecemasan supaya bersedia
menghadapi bencana alam. Golongan muda harus didedahkan dengan teknik
menyelamatkan diri apabila berlaku kejadian banjir dan angin taufan supaya mereka tahu
tindakan yang betul untuk dilaksanakan itu. Sebenarnya, kefahaman tentang kaedah
menyelamatkan diri boleh membantu mengurangkan kadar kematian apabila bencana
alam berlaku.
18
3. MENJALANKAN KEMPEN KESEDARAN
Pertubuhan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus menjalankan peranan bagi
mengatasi masalah bencana alam ini. NGO boleh berkerjasama dengan pihak kerajaan
untuk menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat kampung agar sedar dengan
keadaan alam sekitar kita yang mungkin akan mengalami bencana. Selain itu, kempen ini
turut boleh melatih masyarakat untuk menghadapi bencana alam. Sebagai contoh,
sekiranya banjir berlaku, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan oleh masyarakat
bagi menjamin keselamatan diri.
19
4. MENGETATKAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DALAM NEGARA
kerajaan mengetatkan peraturan berkaitan dengan alam sekitar dengan lebih baik.
Hukuman yang berat harus dikenakan kepada pesalah-pesalah alam sekitar supaya
perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain. Kerajaan harus menjalankan satu usaha
pemeriksaan yang holistik tanpa mengecualikan sesiapa jua dalam pemeriksaan ini. Jika
kerajaan tegas dalam hal ini, sudah pasti masalah ini mampu diselesaikan dengan mudah
20 Kesimpulan
Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita.
Sikap masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam
bukan tanggungjawab mereka telah menyebabkan masalah ini
menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua
lupa bahawa setiap kali bencana alam melanda negara ini setiap
kali itulah ada nyawa manusia yang melayan. Agaknya kita menilai
nyawa manusia smama seperti alam?
21
https://www.scribd.com/doc/38386496/Kesan-Kesan-Bencana-Alam
https://karangan.net/kesan-bencana-alam/
http://tinta-kencana.blogspot.com/2011/07/kesan-bencana-alam.html
http://mskrandominfo.blogspot.com/2015/10/punca-langkah-mengatasi-bencana-
alam.html
https://heyziq.wordpress.com/2007/09/21/punca-punca-dan-usaha-usaha-
menangani-bencana-alam-negara/
Punca berlaku bencana alam (rosierossa.blogspot.com)
https://www.scribd.com/doc/38386496/Kesan-Kesan-Bencana-Alam
https://karangan.net/kesan-bencana-alam/ http://tinta-
kencana.blogspot.com/2011/07/
22