The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainfarhananana, 2018-12-25 09:08:16

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KETIGA

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KETIGA

Minit Mesyuarat Kurikulum 3- 2018/SKPR-SKK

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT, MELAKA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KETIGA- 2018

Tarikh : 26 November 2018
Hari : Isnin
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Blok IBS
Kehadiran : Rujuk Lampiran

1.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (En Johar bin Mastor)
1.0.1 En Johar bin Mastor selaku GPK 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir
mesyuarat tersebut. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua Ketua Panitia dan Ketua Unit lantikan 2018.
1.0.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Induk Unit Kurikulum, Ketua-ketua Panitia
dan Setiausaha atas usaha dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan visi dan misi SKPR.
1.0.3 Beliau menyatakan bahawa mesyuarat kali ini akan membincangkan serta memberi tumpuan berkaitan
perancangan dan sasaran panitia dan unit kurikulum untuk tahun 2018.
1.0.4 En Johar juga mengigatkan jika tenaga pengajar mempunyai masalah dalam PDPC, segeralah
melaporkan masalah itu kepada pihak pentadbir untuk penyelsaian bersama.

1.1 Ucapan Guru Besar (Puan Noor Azimah bt Amat)
1.1.1 Guru Besar, Pn Noor Azimah bt Amat mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua Ketua
panitia, Ketua Unit dan Penyelaras ke mesyuarat kurikulum kali kedua 2018.
1.1.2 Beliau menerangkan dan memberi penekanan terhadap dua hari pelaksanaan LADAP bagi
memantapkan pengurusan sekolah 2019.
1.1.3 Pn Noor Azimah bt Amat juga menekankan perihal tiada streaming untuk menentukan kelas murid bagi
tahun 2019.
1.1.4 Selain itu, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana berjaya
menyelesaikan mengisi markah peperiksaan dalam SAPS sebelum tarikh akhir.

Makluman/Tindakan : Semua Guru

1

Minit Mesyuarat Kurikulum 3- 2018/SKPR-SKK

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat / Perkara Berbangkit
Pengesahan Minit Mesyuarat :
2.1 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Encik Aiman Safwan bin Abdullah dan disokong oleh Encik Che
Mohd Baharin bin Ab Rahman.

Perkara Berbangkit :
2.2 Tiada perkara berbangkit dilaporkan.

3.0 Laporan Panitia

3.1 Panitia Bahasa Inggeris

3.1.1 Pn Nasriza selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris melaporkan pencapain Bahasa Inggeris untuk kertas

pemahaman dan penulisan masih belum mencapai 100%. Justeru itu, panitia Bahasa Inggeris telah merangka

program untuk mengatasi masalah tersebut antaranya mengadakan Program Grooming untuk School Holiday

Package untuk tahun 4 dan tahun 5, mengadakan kelas tambahan untuk tahun 6 dan juga mengadakan teknik

menjawab soalan dan ujian intensif tahun 6.

3.1.2 Beliau juga ada menyatakan untuk mengadakan Program Grooming from Hero to Zero untuk

meningkatkan pencapaian murid LINUS.

3.1.3 Selain itu, beliau ada melaporkan murid masih tidak mahir dalam memahami soalan KBAT. Antara

intervensi yang dicadangkan oleh beliau adalah dengan menyediakan bank soalan KBAT dan mengadakan

program peningkatan profesionalisme guru.

Makluman/Tindakan : Panitia Bahasa Inggeris/Semua Guru

3.2 Panitia Matematik
3.2.1 Pn Sharida selaku Ketua Panitia Matematik melaporkan murid kurang mahir dan lemah dalam
menguasai soalan berayat. Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar guru memberi latih tubi soalan
berbentuk peperiksaan sewaktu minggu ulangkaji.
3.2.2 Beliau juga memaklumkan terdapat juga sebilangan murid yang mempunyai fakta asas yang lemah.
3.2.3 Oleh yang demikian, Panitia Matematik telah mencadangkan agar guru menguji fakta asas 5 minit
sebelum PDPC dijalankan.

Makluman/Tindakan : Panitia Matematik/Semua Guru

3.3 Panitia Pendidikan Islam

3.3.1 Pn Hamidah selaku wakil panitia Pendidikan Islam ada memaklumkan terdapat segelintir guru yang

kurang memberi komitmen sepenuhnya semasa PDPC dan program yang dijalankan.

3.3.2 Beliau juga ada menyatakan hasrat kepada pihak Pentadbir agar menyediakan bilik jQAF yang

lengkap memenuhi ciri-ciri bilik jQAF kerana guru mempunyai masalah kekurangan tempat untuk

tasmik/AQ/pairing.

2

Minit Mesyuarat Kurikulum 3- 2018/SKPR-SKK

3.3.3 Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam telah merangka beberapa program untuk murid-murid

antaranya :

1. Membekalkan Iqra’ untuk dibaca sebelum perhimpunan dan di rumah

2. Membaca Sifir Jawi semasa waktu kelas Jawi

3. Bacaan Solat 5 minit sebelum PDPC
4. Menyediakan checklist untuk bacaan iqra’ di rumah

Makluman/Tindakan : Pentadbir/Panitia Pendidikan Islam/Ibu bapa/Semua Guru

3.4 Panitia Pendidikan Moral
3.4.1 Cik Maziah selaku Ketua Panitia Pendidikan Moral memaklumkan tiada isu untuk murid moral dan
aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan baik.

Makluman: Semua Guru Pendidikan Moral

3.5 Panitia Dunia Seni Visual (DSV) dan Panitia Dunia Muzik (DM)
3.5.1 Laporan daripada Pn Norlisa selaku Ketua Panitia Muzik menyatakan tiada bilik khas untuk PDPC
dan menyimpan alatan muzik. Justeru itu, beliau mengusulkan permohonan untuk mendapatkan sebuah bilik
muzik kepada pihak pentadbir.
3.5.2 Pn Norlisa juga ada menyatakan kesulitan mengenai kekurangan buku rujukan muzik. Oleh itu, beliau
memberi cadangan untuk guru mendapatkan bahan-bahan rujukan melalui media internet dan juga daripada
rakan-rakan guru yang lain.

Makluman/Tindakan: Pentadbir / Guru Matapelajaran DM

3.6 Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Panitia Reka Bentuk Teknologi
(RBT)
3.6.1 En Hadi Danny Valentino mewakili panitia RBT melaporkan kekangan dalam peralatan projek. Oleh
itu, beliau mencadangkan agar panitia membeli peralatan secara beransur-ansur mengikut peruntukan yang
telah disediakan.
3.6.2 Selain itu, beliau mengutarakan kekangan murid dalam penglibatan hands on. Justeru itu, beliau
memberi cadangan kepada guru untuk mengurangkan teori di dalam kelas dan lebihkan latihan praktikal untuk
murid.

Makluman/Tindakan:Pentadbir/Guru Matapelajaran RBT

3.7 Panitia Pendidikan Jasmani (PJ) dan Panitia Pendidikan Kesihatan (PK)
3.7.1 En Mohd Rais Rahimy selaku Ketua Panitia Pendidikan Kesihatan memberikan laporan tiada isu dan
aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan sebaiknya.

Makluman: Guru Matapelajaran PK/ Semua guru

3

Minit Mesyuarat Kurikulum 3- 2018/SKPR-SKK

4.0 Laporan Unit Kurikulum

4.1 LINUS
4.1.1 Pn Mahani selaku penyelaras Linus melaporkan masih terdapat beberapa murid yang tidak menguasai
sukukata tertutup dalam pembacaan.
4.1.2 Oleh itu, beberapa tindakan telah diambil antaranya memberi latih tubi bacaan dan sebutan di dalam
kelas kepada murid.

Makluman/Tindakan: Semua Guru

4.2 KECEMERLANGAN UPSR
4.2.1 Pn Azni Fifianty melaporkan tiada isu selepas UPSR dijalankan dan semua aktivit yang telah dirancang
dapat dijalankan dengan baik.

Makluman/Tindakan : Pentadbir/Guru Tahun 6/Semua Guru

4.3 PROGRAM JQAF
4.3.1 Pn Normala selaku penyelaras program JQAF memaklumkan antara masalah yang dihadapi adalah
pencapaian bacaan Iqra’ dan Al-Quran bagi murid tahap 1 agak lemah. Selain itu, beliau juga ada menyatakan
bilangan murid yang membaca Iqra’ 1 bagi tahun 1 dan tahun 2 terlalu ramai.
4.3.2 Beliau mencadangkan agar pihak pentadbir dapat menyediakan sebuah bilik JQAF supaya murid yang
lemah boleh belajar dengan lebih selesa dan kondusif. Beliau ada menyatakan kelas terlampau padat dan guru
tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kerana suasana bising terutama waktu Tasmik yang mempunyai 3
guru mrngajar serentak. Oleh itu, dengan adanya bilik JQAF, kumpulan yang lemah dapat diasingkan daripada
kelas tersebut.
4.3.3 Beliau juga ada memaklumkan kehadiran murid ke Kem Bestari Solat (KBS) dan Kem Cemerlang Jawi
(KCJ) tidak memuaskan. Terdapat segelinitir ibu bapa yang masih tidak membenarkan anak untuk hadir ke kem
tersebut. Oleh itu, beliau mencadangkan agar ibu bapa perlu diberikan penerangan semasa mesyuarat PIBG
tentang kewajipan untuk memastikan anak hadir ke kem yang dijalankan kerana kem tersebut adalah termasuk
waktu PNP tetapi dijalankan di luar waktu persekolahan dan diwajibkan kepada semua murid Islam oleh KPM.
4.3.4 Beliau juga menyatakan pencapaian Bahasa Arab dalam ujian pentaksiran 1 dan 2 di kalanagn murid
Tahap 2 semakin merosot. Bilangan yang gagal semakin meningkat dan pencapaian cemerlang tidak mencapai
sasaran.
4.3.5 Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar bilangan waktu guru untuk keluar perlu dihadkan untuk
terlibat dengan urusan luar supaya murid tidak tercicir. Guru yang banyak terlibat dengan program luar perlu
adakan kelas tambahan bagi menggantikan kelas yang banyak tercicir. Guru Bahasa Arab perlu menggunakan
pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif supaya murid Tahap 2boleh menguasai Bahasa Arab dengan lebih
baik.

Tindakan / Makluman : PIBG/Pentadbir/Guru Matapelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam

4

Minit Mesyuarat Kurikulum 3- 2018/SKPR-SKK

4.4 Program Dual Language Program (DLP)
4.4.1 Pn Marsyizawati selaku penyelaras program DLP melaporkan murid mengalami kesukaran dalam
memahami konsep dan menjawab peperiksaan dalam Bahasa Inggeris.
4.4.2 Oleh itu, beliau mencadangkan agar guru dapat memberikan bimbingan yang mendalam dalam teknik
menjawab soalan terutamanya soalan yang berayat.

Makluman/Tindakan: Guru DLP/Semua Guru

4.5 MBMMBI
4.5.1 Pn Chua Yoke Lin melaporkan kekangan masa untuk murid masuk ke Pusat Akses kerana terlalu padat
dengan aktiviti persekolahan.
4.5.2 Beliau mencadangkan agar guru memberi ruang untuk murid menggunakan bilik akses pada masa rehat.
4.5.3 Selain itu, beliau mengutarakan bahawa murid kurang berminat untuk menggunakan bilik akses kerana
bahan yang ada amat terhad dan adakalanya tak dapat diakses. Tiada banyak komputer yang boleh digunakan
dan murid terpaksa berkongsi dengan rakan untuk melakukan aktiviti. Sehubungan itu, beliau mencadangkan
untuk melaporkan kepada technician untuk memperbaiki komputer yang bermasalah dan murid bergilir untuk
menggunakan komputer yang ada.

Makluman/Tindakan: Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris/Semua Guru

4.6 PEMULIHAN KHAS
4.6.1 Pn Fuziana selaku penyelaras Kelas Pemulihan Khas melaporkan murid masih tidak menguasai
sukukata tertutup dalam pembacaan. Oleh itu, beliau mencadangkan agar guru memberi latih tubi bacaan dan
sebutan dalam kelas untuk membantu murid tersebut.
4.6.2 Selain itu, beliau juga ada melaporkan terdapat segelintir murid yang tidak memahami ayat dan petikan
yang telah diberikan. Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar guru dapat membekalkan latihan petikan dan
ayat setiap hari untuk bacaan di rumah.

Makluman/Tindakan: Makluman Semua Guru

4.7 PENDIDIKAN KHAS
4.7.1 Pn Zainab selaku wakil Pendidikan Khas melaporkan terdapat murid yang mengalami masalah
kelewatan membaca. Oleh itu, beliau mencadangkan program untuk mengatasi isu tersebut dengan mengadakan
program celik membaca 5-10 minit di awal pagi untuk membantu murid tersebut.
4.7.2 Beliau juga ada menyatakan terdapat beberapa murid yang mengalami masalah tantrum dan disruptif
dalam kelas. Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar guru memperbanyakkan aktiviti terapi yang
bersesuaian untuk mengawal dan mengurangkan amsalah yang dihadapi.
4.7.3 Selain itu, beliau menyatakan Adam Wafi murid inklusif penuh yang masih lemah dalam banyak subjek.
Oleh itu, PPKI akan meneruskan guru pembimbing di kelas arus perdana.

Makluman/Tindakan: Guru PPKI/Semua guru

5

Minit Mesyuarat Kurikulum 3- 2018/SKPR-SKK
5.0 Hal-hal lain
5.1 Tiada
6.0 Ucapan Penutup
- Pn Noor azimah mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat kurikulum kali
ketiga. Beliau berharap semua guru dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan hati yang terbuka dan
saling bekerjasama untuk kebaikan sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.
Disediakan oleh,
_____________________
Pn Ain Farhana binti Zainal
Setiausaha Kurikulum

6


Click to View FlipBook Version