The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainfarhananana, 2018-11-26 07:18:49

AGENDA MESYUARAT KOKU

AGENDA MESYUARAT KOKU

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN KATA ALU-ALUAN GPK KOKURIKULUM
2. PENGESAHAN MINIT KOKU KALI KE-2
3. PERKARA BERBANGKIT
4. PEMBENTANGAN PENCAPAIAN SUKAN &
KOKURIKULUM SEPANJANG TAHUN 2018
4. HAL-HAL LAIN

HARI SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
TARIKH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
MASA
TEMPAT MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM
KEHADIRAN KALI KEDUA 2018

: RABU
: 4 JULAI 2018
: 2.00 PETANG
: KAFETARIA SKPR
: EN. ABDUL MUTALIB B AWANG (GPK KOKU)
: PN. SITI UMAIRAH BT HAMDAN (S/U KOKU)
: EN. AIMAN SAFWAN B ABDULLAH (S/U SUKAN)
: PN FAIRUZ BT KAMARUZAMAN (PEN. S/U SUKAN)
: PENYELARAS & SETIAUSAHA SETIAP UNIT KOKU

1.0 Ucapan GPK Kokurikulum

1.1 En. Abdul Mutalib b. Awang memberi ucapan alu-aluan.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru ke Mesyuarat Kokurikulum

Kali Kedua 2018.
1.3 Pengesahan minit mesyuarat lepas

- En. Aiman Safwan b. Abdullah mencadang minit mesyuarat lepas disahkan
- En. Muhammad Nur menyokong minit mesyuarat tersebut disahkan.
1.4 PAJSK dan SEGAK
1.4.1 Pengisian pendaftaran PAJSK dan SEGAK Tahap 2 telah selesai dan berjaya
disiapkan sepenuhnya sebelum tarikh tutup
1.4.2 Jutaan terima kasih dan tahniah ditujukan kepada guru-guru kelas Tahap 2
dan guru Pendidikan Jasmani.
1.4.3 Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru Pendidikan Jasmani yang
mengutarakan masalah yang dihadapi semasa pengisian data SEGAK. Hasil
tindakan awal guru-guru, masalah teknikal tersebut dapat diselesaikan dan data
SEGAK SK Paya Rumput berjaya diisi dan dilengkapkan sepenuhnya sebelum
tarikh tutup.
1.5 SKPMg2
1.5.1 Pengisian data SKPMg2 untuk fasa 2 akan dimulakan. Satu perjumpaan dan
taklimat pengisian SKPMg2 akan dibuat pada waktu lain yang akan ditetapkan.
1.5.2 Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada guru-guru yang terlibat

dan Setiausaha Kokurikulum yang telah menyiapkan pengisian data SKPMg2
untuk fasa 1.
1.5.3 Untuk makluman guru-guru, audit untuk SKPMg2 bagi tahun 2017 telah
dimansuhkan tetapi pelaksanaan SKPMg2 bagi tahun 2018 tetap dijalankan.

2.0 Ujian SEGAK

2.1 En. Abdul Mutalib mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru
Pendidikan Jasmani yang telah melaksanakan Ujian SEGAK Fasa 1 murid-murid
Tahap 2 dengan jayanya.
2.2 Namun, timbul sedikit masalah apabila berlaku rungutan daripada kalangan guru
matapelajaran lain yang tidak faham dan mengatakan pelaksanaan Ujian SEGAK
telah mengganggu waktu PDP dan menyebabkan ramai guru terpaksa ‘relief’ masa
guru Pendidikan Jasmani.
2.3 Oleh itu, En. Abdul Mutalib telah membuat cadangan agar Ujian SEGAK untuk
fasa kedua nanti akan dijalankan dalam bentuk karnival yang tidak akan mengambil
masa yang lama untuk menyelesaikannya.
2.4 En. Abdul Mutalib berharap tiada lagi timbul masalah dan rungutan seperti ini
pada masa akan datang kerana Ujian SEGAK ini adalah arahan daripada pihak KPM.

3.0 Karnival Sukan & Permainan

3.1 Setiausaha Kokurikulum mencadangkan unit kokurikulum menjalankan
Karnival Sukan & Permainan antara rumah sukan dengan kerjasama Panitia
Pendidikan Jasmani pada waktu koku.
3.2 Pelaksanaan Karnival Sukan & Permainan ini adalah untuk mengisi waktu
perjumpaan koku sukan permainan dengan aktiviti yang berfaedah kepada murid
memandangkan Kejohanan Sukan Sekolah telah lama berakhir.
3.3 Karnival tersebut akan mempertandingkan sukan ragbi, futsal dan bola jaring yang
melibatkan penyertaan murid tahun 4 dan tahun 5.
3.4 Oleh itu, diharap guru-guru rumah sukan dapat bersedia mencari pemain rumah
masing-masing dan seterusnya melatih mereka sebelum pertandingan dijalankan.

4.0 Perjumpaan Kokurikulum

4.1 En. Abdul Mutalib mengingatkan guru-guru supaya memaklumkan ketidakhadiran
guru semasa perjumpaan kokurikulum setiap Selasa kepada beliau atau setiausaha
kokurikulum.
4.2 Ini adalah untuk mengelakkan murid-murid dalam sesuatu badan uniform atau
kelab persatuan berkeliaran tanpa ada aktiviti dan pengawasan guru penasihat.
4.3 En. Abdul Mutalib juga menyarankan supaya ketua guru penasihat bagi setiap
badan uniform dan kelab persatuan menyelaras dan membahagikan tugas antara guru-
guru penasihat dengan baik. Ini adalah untuk mengelakkan guru yang sama sahaja
menjalankan aktiviti dan mengawal murid setiap kali perjumpaan koku.
4.3 Beliau juga mengingatkan mana-mana unit atau panitia tidak membuat sebarang
perjumpaan atau mesyuarat semasa waktu perjumpaan koku. Hal ini kerana ia boleh
mengganggu kelancaran perjumpaan koku dan memberi kesan kepada keselamatan
murid jika tiada pengawasan guru.

4.4 Beliau berharap semua guru memberi kerjasama dan saling membantu semasa
perjumpaan kokurikulum untuk memastikan perjalanannya memberi impak yang
positif dan menyumbang kepada kemenjadian murid-murid SKPR.

5.0 Hal-hal lain

5.1 En. Abdul Mutalib mengingatkan semua guru terutamanya guru Pendidikan
Jasmani mengutamakan aspek keselamatan murid-murid semasa menjalankan PDP
di padang.
5.2 Rawatan bantu mula perlu diberi kepada murid jika berlaku kecederaan atau
kemalangan dan seterusnya memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu bapa
dengan segera.
5.3 Aspek keselamatan prasarana dan alatan di padang juga perlu dipastikan
keselamatannya sebelum digunakan untuk mengelakkan berlaku kemalangan
yang tidak dingini.
5.4 En. Abdul Mutalib mencadangkan guru-guru memakai baju uniform pada hari
Selasa semasa perjumpaan Badan Uniform bersama-sama dengan murid bermula pada
tahun hadapan.
5.5 Sekalung tahniah diucapkan kepada Persatuan Pengakap kerana telah
memulakan pemakaian baju uniform pengakap pada setiap hari Rabu dalam kalangan
murid dan guru penasihat. Diharap pada tahun hadapan, badan uniform lain dapat
mengikut jejak langkah Persatuan Pengakap dan pemakaian baju uniform ni dapat
diselaraskan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh :

..................................................
(SITI UMAIRAH HAMDAN)
Setiausaha Kokurikulum SKPR

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

SENARAI SEMAK
TUGAS UNIT KOKURIKULUM 2018/2019

BIL PERKARA TINDAKAN
1. Buku Laporan Aktiviti Perjumpaan
Ketua & Setiausaha setiap
Kokurikulum badan uniform, kelab

2. Borang B persatuan, sukan permainan
(Laporan Aktiviti Kokurikulum Sepanjang dan rumah sukan
Tahun 2018)
Ketua & Setiausaha setiap
3. Borang C badan uniform, kelab
(Perancangan Aktiviti 2019)
persatuan, sukan permainan
dan rumah sukan

Ketua & Setiausaha setiap
badan uniform, kelab

persatuan, sukan permainan
dan rumah sukan

BORANG B

SK PAYA RUMPUT - SKK
LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2018

BIL PERKARA MAKLUMAT

1 TAJUK PROGRAM AKTIVITI KOKURIKULUM SEPANJANG
TAHUN 2018

2 2.1
OBJEKTIF PROGRAM
2.2
3 TARIKH PROGRAM
4 TEMPAT PROGRAM 2.3

Rujuk Buku Laporan Aktiviti Perjumpaan
Koku

5 PENYERTAAN

i) Bilangan pegawai
terlibat

ii) Bilangan guru terlibat
iii) Bilangan pelajar terlibat

iv) Bilangan sekolah kluster
terlibat

6 PERBELANJAAN (KOS) -

7 IMPAK PROGRAM

8 KEKUATAN

9 KELEMAHAN

8 ISU/MASALAH

9 CARA MENGATASI
ISU/MASALAH

10 SYOR/MAKLUMBALAS

11 KESIMPULAN - Seperti dilampirkan -

12 GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN
13 ULASAN GURU BESAR

Tarikh : Tanda tangan Guru Besar
Disediakan oleh :

……………………………. …………………………

BORANG C

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

PERANCANGAN AKTIVITI
TAHUN 2019

BIL AKTIVITI TARIKH
1.

2.

3.

4.

5.
6.

7.

8.

9.

10.

11.
12.


Click to View FlipBook Version