The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEDUA-2018x

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainfarhananana, 2018-11-24 22:25:06

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEDUA-2018x

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEDUA-2018x

Minit Mesyuarat Kurikulum 2- 2018/SKPR-SKK

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT, MELAKA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEDUA - 2018

Tarikh : 25 Julai 2018
Hari : Rabu
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Cafeteria SKPR
Kehadiran : Rujuk Lampiran

1.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (En Johar bin Mastor)
1.0.1 En Johar bin Mastor selaku GPK 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir
mesyuarat tersebut. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua Ketua Panitia dan Ketua Unit lantikan 2018.
1.0.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Induk Unit Kurikulum, Ketua-ketua Panitia
dan Setiausaha atas usaha dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan visi dan misi SKPR.
1.0.3 Beliau menyatakan bahawa mesyuarat kali ini akan membincangkan serta memberi tumpuan berkaitan
perancangan dan sasaran panitia dan unit kurikulum untuk tahun 2018.
1.0.4 En Johar juga mengigatkan jika tenaga pengajar mempunyai masalah dalam PDPC, segeralah
melaporkan masalah itu kepada pihak pentadbir untuk penyelsaian bersama.
1.0.5 Beliau juga menerangkan bahawa penilaian tenaga pengajar bukan sekadar hanya melalu pencerapan
PDPC, malahan penilaian juga boleh dilakukan melalui pemerhatian dan perbualan di sekolah.
1.0.6 GPK Pentadbiran juga memaklumkan sekolah kita berada di tahap yang cemerlang dalam segala aspek
iaitu merangkumi dari segi kurikulum dan sahsiah murid-murid.

1.1 Ucapan Guru Besar (Puan Noor Azimah bt Amat)
1.1.1 Guru Besar, Pn Noor Azimah bt Amat mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua Ketua
panitia, Ketua Unit dan Penyelaras ke mesyuarat kurikulum kali kedua 2018.
1.1.2 Beliau menerangkan dan memberi penekanan terhadap pelaksanaan dan keseragaman Buku Rancangan
Mengajar (RPH) kepada semua panitia. Ketua Panitia dikehendaki memantau perkara tersebut di kalangan ahli
panitia.
1.1.3 Pn Noor Azimah bt Amat juga menekankan rancangan mengajar perlu dibuat sebelum tenaga gengajar
memasuki kelas.
1.1.5 Selain itu, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana berjaya
menyelesaikan mengisi markah peperiksaan dalam SAPS sebelum tarikh akhir.

1

Minit Mesyuarat Kurikulum 2- 2018/SKPR-SKK

1.1.6 Beliau juga memaklumkan tentang permasalahan lampu isyarat di hadapan sekolah kepada semua guru.
Beliau mengigatkan agar semua pihak dapat memantau keadaan lalu lintas pada setiap hari serta memantau
pergerakan murid membeli makanan di bahagian pagar belakang sekolah.
1.1.7 Beliau mengigatkan buku kawalan kelas wajib diisi oleh semua guru ketika memasuki kelas. Jika guru
terlupa untuk mengisi, ketua kelas atau penolong kelas boleh tolong mengisi bagi pihak guru tersebut. Oleh itu,
guru kelas perlu menekankan kepada ketua kelas untuk mengingatkan semua guru untuk mengisi buku kawalan
tersebut.
1.1.8 Guru Besar juga ada mengingatkan tentang Borang Aset kelas sekiranya terdapat kelas yang
mempunyai kerosakan. Beliau juga mengingatkan kepada guru untuk mengisi dengan terperinci kejadian yang
menimpa murid sebagai bukti menggunakan Borang Aduan Murid. Borang tersebut boleh diambil di bilik GPK
Hem.
1.1.9 Guru Besar juga menekankan perihal punch card. Jika ada guru yang terlewat, guru perlulah memberi
makluman dan mengisi keberadaan dalam buku kehadiran staff yang telah disediakan di pejabat. Beliau juga
menekankan bahawa alasan yang diberi perlulah professional mengikut etika perguruan.

Makluman/Tindakan : Semua Guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat / Perkara Berbangkit
Pengesahan Minit Mesyuarat :
2.1 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Encik Hady Danny Valentino dan disokong oleh Encik
Muhammad Nur Mohamad.

Perkara Berbangkit :

2.2 Tiada perkara berbangkit dilaporkan.

3.0 Laporan Panitia
3.1 Bahasa Melayu
4.1.1 Pn. Halizah binti Abu Kasim selaku Setiausaha Panitia Bahasa Melayu melaporkan antara permasalah
bagi murid Tahap 1 adalah murid tidak memahami petikan yang dibaca dengan betul da nada segelintir murid
yang tidak pandai membaca dan kenal huruf. Bagi murid Tahap 2, murid menghadapai masalah kekurangan
idea untuk membuat penulisan, kekurangan tatabahasa dan juga sikap murid yang malas untuk membaca
petikan.
4.1.2 Oleh itu, intervensi yang akan dijalankan daripada pihak Panitia Bahasa Melayu ialah guru akan
memperbanyakkan latihan murid bagi membiasakan murid dengan format yang baharu, menjalankan Program
Jalinan Kasih (PJK) bagi mempertingkatkan penguasaan murid dalam membaca dan juga mengadakan kelas
tambahan D’ Rhinos bagi murid Tahap 2.

Makluman/Tindakan : Panitia Bahasa Melayu/Semua Guru

2

Minit Mesyuarat Kurikulum 2- 2018/SKPR-SKK

3.2 Panitia Bahasa Inggeris

3.2.1 Pn Nasriza selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris melaporkan peratusan bagi kertas Pemahaman bagi
tahun 1 dan tahun 4 agak rendah manakala bagi peratusan kertas Penulisan bagi tahun 4 dan tahun 5 agak
kritikal. Antara masalah yang dihadapi adalah murid belum menguasai kemahiran membina ayat, kurang
tatabahasa dan kosa kata dalam Bahasa Inggeris, kurang gramatis dalam membina ayat dan kurang minat dalam
berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.

3.2.2 Oleh yang demikian, Panitia Bahasa Inggeris telah merangka beberapa program untuk meningkatkan
tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid-murid antaranya :

1. Latih tubi membina ayat menggunakan kaedah SVO ( Subject/Verb/Object)
2. Excellence Board- menggalakkan murid dalam meningkatkan tatabahasa
3. Dimerit- penggunaan system pemarkahan dalam aktiviti berkumpulan dalam PDPC.

Tindakan : Panitia Bahasa Inggeris/Semua Guru

3.3 Panitia Matematik
3.3.1 Pn Sharida selaku Ketua Panitia Matematik melaporkan peratusan bagi tahun 1 ada sedikit penurunan.
Ini adalah disebabkan murid baru sahaja diperkenalkan dengan format peperiksaan. Bagi peratusan tahun 2 juga
mempunyai penurunan disebabkan murid tidak sempat untuk menjawab kertas 1 yang mempunyai kertas OMR.
Murid juga dilaporkan mempunyai kesukaran dalam memindahkan jawapan kepada kertas OMR. Selain itu,
murid juga tidak menunjukkan jalan kira dengan jelas pada Kertas 2.
3.3.2 Beliau juga memaklumkan terdapat juga sebilangan murid yang mempunyai fakta asa yang lemah
terutamanya darab dan bahagi di kalangan murid Tahap 2.
3.3.3 Oleh yang demikian, Panitia Matematik telah merangka beberapa program untuk meningkatkan tahap
penguasaan Matematik murid-murid antaranya :

1. Fakta Asas 5 minit sebelum PDPC dijalankan
2. Latihan OMR- boring akan direzo dan dibekalkan semasa minggu ulangkaji
3. Karnival Matematik
4. Teknik Menjawab Peperiksaan sebanyak 2 kali kepada murid Tahun 5
5. Sudut Matematik

Tindakan : Panitia Matematik/Semua Guru/Penceramah Luar

3.4 Panitia Sains
3.4.1 Pn Norazlina selaku Ketua Panitia Sains melaporkan kebanyakan murid mengalami kesukaran dan
lemah dalam Kertas 2. Bagi murid tahun 4, terdapat peningkatan dalam peratusan peperiksaan disebabkan oleh
kelas intensif yang telah diajalankan sebanyak 3 kali.

3

Minit Mesyuarat Kurikulum 2- 2018/SKPR-SKK

3.4.2 Oleh itu, intervensi yang akan dijalankan daripada pihak Panitia Sains ialah Teknik Menjawab
Peperiksaan Kertas Sains sebanyak 2 kali bagi murid Tahap 2, kelas intensif bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5
dan membekalkan modul Sains untuk murid Tahap 2 untuk digunakan semasa kelas intensif.

Tindakan : Panitia Sains/Semua Guru

3.5 Panitia Pendidikan Islam

3.5.1 Pn. Hamidah selaku Setiausaha Panitia Pendidikan Islam melaporkan peratusan peningkatan lulus

menurun dan tidak mencapai 100% lulus bagi Panitia. Ini adalah disebabkan murid mengalami masalah dalam

menghabiskan kertas soalan kerana ada diantara murid yang lambat menulis. Selain itu, terdapat juga segelintir

murid yang gagal menguasai pembacaan Al-Quran dan Jawi.

3.5.2 Beliau juga ada memaklumkan terdapat segelintir guru yang kurang memberi komitmen sepenuhnya

semasa PDPC dan program yang dijalankan.

3.5.3 Beliau juga ada menyatakan hasrat kepada pihak Pentadbir agar menyediakan bilik jQAF yang lengkap

memenuhi ciri-ciri bilik jQAF kerana guru mempunyai masalah kekurangan tempat untuk tasmik/AQ/pairing.

3.5.4 Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam telah merangka beberapa program untuk murid-murid

antaranya :

1. Membekalkan Iqra’ untuk dibaca sebelum perhimpunan dan di rumah

2. Membaca Sifir Jawi semasa waktu kelas Jawi

3. Bacaan Solat 5 minit sebelum PDPC
4. Menyediakan checklist untuk bacaan iqra’ di rumah

Makluman/Tindakan : Pentadbir/Panitia Pendidikan Islam/Ibu bapa/Semua Guru

3.6 Panitia Bahasa Arab
3.6.1 En Zairul Aizan melaporkan masalah yang dihadapi oleh panitia adalah berkaitan sikap negatif murid
iaitu terdapat segelintir murid yang meninggalkan buku dan tidak membawanya ke sekolah untuk digunakan
semasa PDPC. Murid juga tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru.
3.6.2 Beliau juga memaklumkan untuk Tahun 4 Arif, ramai murid yang tidak lulus dalam peperiksaan
Pertengahan Tahun antaranya adalah Tarvin dan Rohan. Ini adalah disebabkan murid menunjukkan sikap tidak
berminat untuk membuat aktiviti seperti menyanyi.
3.6.3 Beliau memaklumkan guru-guru panitia akan membekalkan latih tubi Huruf Hijaiyyah kepada murid-
murid.

Makluman :Semua Guru Panitia Bahasa Arab

4

Minit Mesyuarat Kurikulum 2- 2018/SKPR-SKK

3.7 Panitia Pendidikan Moral
3.7.1 Cik Maziah selaku Ketua Panitia Pendidikan Moral memaklumkan masalah murid bagi tahun 3, tahun 5
dan tahun 6 adalah disebabkan murid tidak membaca arahan dengan teliti semasa menjawab kertas peperiksaan.

Makluman: Semua Guru Pendidikan Moral

3.8 Panitia Sejarah
3.8.1 Pn Norhashimah Ismail selaku Ketua Panitia Sejarah melaporkan matapelajaran sejarah adalah subjek
yang mesti lulus oleh semua murid.
3.8.2 Beliau juga ada menerangkan sistem pemarkahan bagi subjek Sejarah iaitu 60% markah bagi peperiksaan
dan 40% markah untuk portfolio/ projek. Beliau juga ada menyatakan akan mempamerkan hasil kerja murid.
3.8.3 Beliau menyatakan bahawa beliau masih belum dapat mengesan fail panitia sejarah dan dokumen
berkaitan.

Makluman: Semua Guru Panitia Sejarah/ Semua Guru

3.9 Panitia Dunia Seni Visual (DSV) dan Panitia Dunia Muzik (DM)
3.9.1 Laporan daripada Pn Norlisa selaku Ketua Panitia Muzik menhyatakan murid tidak focus ketika
menjawab walaupun soalan yang diberikan mudah dan topik serta kemahiran yang telah dipelajari.
Beliau juga ada menyatakan sikap ambil lewa murid dalam mempelajari dan menajawab peperiksaan kerana
matapelajaran Muzik merupakan matapelajaran bukan teras.
3.9.2 Matapelajaran DSV dan DM masih beriringan iaitu akan memberi skor 50% DSV dan 50% DM untuk
semua peperiksaan.
3.9.3 Antara intervensi yang akan dijalankan oelh gabungan panitia adalah mengubah sikap memandang ringan
terhadap pelajaran bukan teras dan akan berkolaborarif di antara panitia untuk menyeragamkan PDPC
mebggunakan tema/tajuk yang sama. PBS/SAPS digabungkan dan memerlukanm kerjasama dari kedua pantia.

Makluman/Tindakan: Guru Matapelajaran DSV dan DM /Semua Guru

3.10 Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Panitia Reka Bentuk Teknologi (RBT)
3.10.1 En Abdul Razak mewakili panitia TMK dan RBT melaporkan kekangan dalam memberikan sumber
latihan dan nota tambahan kepada murid.
3.10.2 Beliau mencadangkan untuk menyewa percuma printer luar untuk cetakan bahan dan dakwat ink
menggunakan duit panitia.

Makluman/Tindakan:Pentadbir/Guru Matapelajaran TMK dan RBT

5

Minit Mesyuarat Kurikulum 2- 2018/SKPR-SKK

3.11 Panitia Pendidikan Jasmani (PJ) dan Panitia Pendidikan Kesihatan (PK)
3.11.1 En Aiman selaku Ketua Panitia Pendidikan Jasmani memberikan laporan terdapat lebih kurang 6 orang
murid tercedera semasa Pendidikan Jasmani.
3.11.2 Beliau juga menerangkan system pemarkahan yang digunakan dalam menilai murid iaitu 50% markah
pada peperiksaan dan 50% markah pada ujian fizikal.
3.11.3 Beliau juga ada memohon kepada pihak sekolah untuk sambungan elektrik dalam stor sukan.

Makluman/Tindakan: Guru Matapelajaran PJ dan PK

4.0 Laporan Unit Kurikulum

4.1 LINUS
4.1.1 Pn Mahani selaku penyelaras Linus melaporkan masih terdapat beberapa murid yang tidak menguasai
Konstruk LINUS 2.0 yang telah dikenalpasti sebagai murid berkeperluan khas (MBK). Beliau juga ada
menyatakan tiada kerjasama daripada pihak ibu bapa dalam menangani masalah murid.
4.1.2 Oleh itu, beberapa tindakan telah diambil antaranya merujukkan kes kepada pihak Fasilinus, PPD,
Pentadbir dan juga Guru Kaunseling. Selain itu, guru juga ada menghubungi ibu bapa bagi memaklumkan
masalah yang dihadaap murid berkenaan.

Makluman Semua Guru

4.2 ICT (VLE FROG)
4.2.1 Penyelaras unit ICT iaitu En Abdul Razak memaklumkan E-RPH masih belum dapat dijalankan dan
kebersihan makmal komputer yang kurang memuaskan.
4.2.2 Beliau juga ada menyatakan untuk meminta bantuan guru SK Tanjung Minyak 2 sama ada ke sana
semasa waktu lapang jika dibenarkan atau menjemput guru tersebut ke SKPR untuk bantuan bahagian ICT.

Makluman Semua Guru
4.3 PBS/PBD
4.3.1 Pn Ezzatul Ameera memaklumkan guru perlu mengisi PBD secara online oleh semua guru untuk
dipantau secara terus oleh pihak jabatan. Guru
memuatnaik pelapoan PBD dalam google drive di link yang telah diberikan dan memasukkan pelaporan dalam
folder kelas yang telah disediakan.
4.3.2 Beliau juga melaporkan masih ada guru yang belum memuatnaik pelaporan terutamanya subjek elektif.
Beliau mencadangkan agar guru kelas mengigatkan kembali guru yang masih belum memuatnaik pelaporan
agar berbuat demikian teruatamanya guru tahun 6.

Makluman: Semua Guru

4.4 PRA SEKOLAH
4.4.1 Pn Zuhaidah selaku penyelaras Pra Sekolah melaporkan bagi Pra Inovatif, 25 orang murid telah mengenal
huruf, 24 orang murid telah dapat membaca ayat suku kata terbuka, dan 20 orang murid telah dapat menguasai
suku kata tertutup. Bagi Pra Kreatif pula, 24 orang murid telah mengenal huruf (1 orang murid belum kuasai

6

Minit Mesyuarat Kurikulum 2- 2018/SKPR-SKK

kerana kedatangan kurang memuaskan), 24 orang murid telah dapat membaca suku kata terbuka dan 24 orang
murid telah menguasai suku kata tertutup.
4.4.2 Antara intervensi yang dijalankan adalah murid yang perlu lebih bimbingan akan diletakkan dalam satu
kumpulan untuk memudahkan pemantaaun oleh guru, bimbingan daripada rakan sekelas dan berjumpa dengan
ibu bapa murid berkenaan.

Makluman Semua Guru

4.5 KECEMERLANGAN UPSR
4.5.1 Pn Azni Fifianty melaporkan kedatangan kelas tambahan pada hari Sabtu kurang memuaskan bagi kelas

6 Arif.
4.5.2 Beliau telah menghubungi ibu bapa melalui telefon untuk maklum balas berkenaan murid tersebut dan
merujuk guru kaunseling untuk tindakan seterusnya.
4.5.3 Cik Maziah selaku Setiausaha Peperiksaan Awam memaklumkan tiada bajet untuk membeli kertas
mahjong semasa peperiksaan Percubaan UPSR untuk menutup bahan-bahan yang telah ditampal di dalam kelas
berkaitan pendaftaran UPSR. Oleh itu, beliau menggunakan duit kecemerlangan UPSR untuk membeli kertas
mahjong bagi menangani masalah tersebut.
4.5.4 Pn Azilah Abu selaku Setausaha Peperiksaan Dalaman memaklumkan tiada bilik khas iaitu bilik kebal
untuk menyimpan soalan peperiksaan yang telah siap dibungkus oleh guru sebelum peperiksaan bagi
memastikan keselematan soalan.

Makluman/Tindakan : Pentadbir/Guru Tahun 6/Semua Guru

4.6 PROGRAM JQAF
4.6.1 Pn Normala selaku penyelaras program jQAF memaklumkan antara masalah yang dihadapi ialah
ketiadaan bilik jqaf. Surau juga tidak mampu untuk menampung bilangan murid untuk aktiviti solat berjemaah.
4.6.2 Beliau juga ada memaklumkan pencapaian jawi dan khatam Al-Guran bagi murid Tahap 1 tidak
memuaskan. Selain itu, beliau menyatakan berlakunya pertindihan Program Unit jQAF dengan program
sekolah yang lain.
4.6.3 Beliau juga meminta pihak pentadbir mewujudkan bilik jQAF kerana ianya adalah salah satu aspek
pemantauan daripada KPM. Bagi murid yang lemah jawi, murid akan dibantu untuk menguasai kemahiran jawi
dalam kem jawi yang akan dilaksanakan. Manakala pencapaian merosot khatam Al-Quran telah ditangani
dengan meminta murid membaca iqra’ di tapak perhimpunan sebelum masuk ke kelas setiap hari.

Tindakan / Makluman : PIBG/Pentadbir / Semua Guru

4.7 KLUSTER
4.7.1 En. Mohd Hamidy Mohd Nasir selaku Penyelaras Kluster Ragbi memaklumkan murid tahun 1 datang
latihan terlalu awal. Oleh itu, beliau telah memaklumkan kepada murid semasa perhimpunan untuk dating
latihan pada waktu yang telah diberitahu.

Makluman Semua Guru
7

Minit Mesyuarat Kurikulum 2- 2018/SKPR-SKK

4.8 PEMULIHAN KHAS
4.8.1 Pn Fuziana selaku penyelaras Kelas Pemulihan Khas melaporkan murid masih tidak menguasai
kemahiran membaca iaitu Konstruk LINUS. Murid juga didapati tidak mengulangkaji di rumah dan juga
kurang kerjasama daripada pihak ibu bapa dalam memantau ulangkaji anak-anak. Selain itu, murid juga
mengalamai masalah dalam memahami petikan yang diberikan oleh guru.
4.8.2 Guru Pemulihan Khas akan sentiasa membekalkan latih tubi dan perbanyakkan latihan untuk murid
pemulihan. Selain itu, beliau juga akan merujuk murid yang bermasalah untuk pemeriksaan doktor.

Makluman Semua Guru

4.9 MBMMBI
4.9.1 Pn Chua Yoke Lin melaporkan, penggunaan bilik akses adalah terhad. Murid terpaksa berkongsi
komputer yang ada. Selain itu, beliau menyatakan kekangan masa untuk menggunakan bilik akses. Beliau juga
memaklumkan bahawa kurang penglibatan murid untuk menggunakan bilik akses.
4.9.2 Beliau mencadangkan agar guru dapat menggalakkan murid untuk menggunakan bahan di bilik akses.

Makluman/Tindakan: Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris/Semua Guru

4.10 Program Dual Language Program (DLP)
4.10.1 Pn Marsyizawati selaku penyelaras program DLP melaporkan terdapat 5 kelas DLP iaitu 1DLPP,
2DLPP, 3 DLPP, 6 DLPP dan 3B. Pada asalnya di 3B ada 15 orang murid, namun demikian sehingga kini
sebahagian mereka telah keluar dan berbaki 7 orang murid yang tinggal. Terdapat juga cadangan agar murid
DLP di kelas 3B digabungkan dengan 3DLPP. Beliau juga ada menyatakan kebimbangan 4 orang murid di 3B
agak lemah. Jika bergabung dengan kelas 3DLPP, murid pasti akan jauh ketinggalan.
4.10.2 Oleh itu, beliau memaklumkan jika tiada pilihan, murid tersebut bolehlah digabungkan pada tahun
hadapan untuk memudahkan pengurusan jadual waktu. Guru tahun hadapan perlu peka dengan kehadiran
murid-murid ini dan bertindak dengan sewajarnya semasa menjalankan PDPC mengikut keperluan murid
tersebut.

Makluman/Tindakan: Guru DLP/Semua Guru

4.11 PENDIDIKAN KHAS
4.11.1 En Mohd Hamidy Mohd Nasir selaku Penyelaras Pendidikan Khas melaporkan terdapat murid inklusif
yang lewat dating ke sekolah.
4.11.2 Beliau mengambil langkah bersemuka dengan murid tersebut, memberi makluman dan berbincang
kepada ibu bapa.

Makluman: Ibu bapa/Semua Guru

8

Minit Mesyuarat Kurikulum 2- 2018/SKPR-SKK

4.12 iTHINK/KBAT
4.12.1 Pn. Azilah Abu mencadangkan agar unit KBAT, PAK 21 dan ITHINK digabungkan sahaja di bawah
satu unit kerana ketiga-tiganya mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan saling melengkapi.

Makluman: Pentadbir/Semua Guru

4.13 PAK 21
4.13.1 Cik Siti Nurul Asyikin melaporkan permasalahan tiada bilik khas untuk PAK21. Selain itu, tiada
peralatan khusus seperti LCD dan smart board di sekolah serta kekurangan PDPC yang berteraskan PAK21.
4.13.2 Beliau mencadangkan agar bilik khas diwujudkan untuk digunakan sebagai bilik PAK21. Selain itu,
LCD juga diperlukan untuk digunakan dalam PDPC oleh guru. Beliau juga menggalakkan guru untuk membuat
aktiviti dalam PDPC berteraskan PAK21 sekurangnya seminggu sekali.

Makluman: Pentadbir/Semua Guru

4.13 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
4.13.1 Pn Salina selaku penyelaras Bimbingan dan Kauseling melaporkan murid sangat kurang dapat
memenuhkan kad amalan terbaik untuk guru merekodkan ke dalam system SSDM. Beliau juga melaporkan
laporan salah laku sahsiah murid meningkat sselepas cuti penggal 1. Selain itu, terdapat segelintir ibu bapa yang
tidak bekerjasama untuk hadir ke sekolah apabila dipanggil oleh pihak kaunseling.
4.13.3 Antara cadangan penyelasaian daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah Program Peningkatan
sahsiah dan Kecemerlangan Murid telah diadakan pada 23 Julai 2018 untuk murid tahun 4 dan tahun 5, susulan
program akan diteruskan dengan murid tahun 3. Sesi individu juga telah dijalankan dan akan diteruskan dengan
ses ulangan untuk melihat perkembangan murid selanjutnya.

Makluman: Semua Guru

4.14 PBS/PBD
4.14.1 Pn Ezzatul Ameera memaklumkan guru perlu mengisi PBD secara online oleh semua guru untuk
dipantau secara terus oleh pihak jabatan. Guru
memuatnaik pelapoan PBD dalam google drive di link yang telah diberikan dan memasukkan pelaporan dalam
folder kelas yang telah disediakan.
4.14.2 Beliau juga melaporkan masih ada guru yang belum memuatnaik pelaporan terutamanya subjek elektif.
Beliau mencadangkan agar guru kelas mengigatkan kembali guru yang masih belum memuatnaik pelaporan
agar berbuat demikian teruatamanya guru tahun 6.

Makluman: Semua Guru

9

Minit Mesyuarat Kurikulum 2- 2018/SKPR-SKK
5.0 Hal-hal lain
5.1 Tiada
6.0 Ucapan Penutup
- Pn Noor azimah mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat kurikulum kali
kedua. Beliau berharap semua guru dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan hati yang terbuka dan
saling bekerjasama untuk kebaikan sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.45 petang.
Disediakan oleh,
_____________________
Pn Ain Farhana binti Zainal
Naib Setiausaha Kurikulum

10


Click to View FlipBook Version