Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad) Tajuk : Meningkatkan Penguasaan Bacaan Iqra’ dalam kalangan murid Tahun 4 Dynamic melalui Kaedah E-FLI (E-Fun Learning Iqra’) Inovasi Oleh : Rohani Binti Ismail Haslinda Binti Badarudin Nor Hidayah Binti Nasir Nor Akmal Binti Mohamad
Analisis laporan tasmik menunjukkan murid-murid tahun 4 Dynamic tidak menguasai Iqra’ 4 seramai 10 orang. Penilaian tasmik dilakukan di dalam kelas melalui penilaian ini pengkaji dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini. Data berbentuk kualitatif juga diperoleh melalui pemerhatian dan temubual guru bersama-sama murid selepas menilai proses pembelajaran Iqra’ murid-murid Tahun 4 Dynamic. Analisis juga dibuat melalui pemerhatian bacaan murid dan mendapati bahawa murid masih keliru dan tidak dapat membaca dengan betul kalimah yang mengandungi mad Asli. Selepas menemubual murid, guru mendapati bahawa murid tidak mengetahui cara bacaan kalimah yang mengandungi hukum tajwid mad Asli. Di samping itu, data hasil penyemakan rekod dan pelaporan tasmik mengenal pasti kelemahan murid-murid berkenaan. Inisiatif guru Pendidikan Islam memperkenalkan aplikasi e-FLI untuk membantu penguasaan kemahiran bacaan Iqra’ murid 4 Dynamic yang seramai 10 orang. Aplikasi multi media interaktif e-FLI ini adalah untuk meningkatkan penguasaan bacaan Iqra’ dalam kalangan murid tahun 4 Dynamic. Penggunaan aplikasi multimedia interaktif e-FLI memberi impak yang positif kepada murid-murid dari sudut peningkatan kualiti bacaan Iqra’ serta keupayaan 10 orang murid peserta kajian membaca Iqra’ 4,5 dan 6 dengan baik. Penggunaan aplikasi interaktif e-FLI akan diperluaskan ke kelas-kelas lain bagi menjadikan pembelajaran tasmik mudah dan lebih menyeronokkan. Pengajaran secara sistematik berbantukan multimedia interaktif eFLI memberi sumbangan yang besar kepada pembelajaran Al-Quran. Pengenalan
Kajian ini pada mulanya berdasarkan pemerhatian dan perekodan tasmik sepanjang kelas dan juga soal selidik guru dan murid yang berkenaan. Pada data yang pertama pada bulan yang lepas, pencapaian murid yang sangat tidak memberangsangkan, guru mencipta satu kaedah Fun Learning ini yang dikenali sebagai e-FLI sehinggalah pemerhatian dan perekodan kali kedua pada bulan Ogos baru menampakkan hasilnya. Soal selidik juga dibuat untuk kali keduanya. Selain itu, model penyelidikan tindakan yang telah dipilih oleh pengkaji untuk dijadikan sebagai rujukan dalam kajian ini adalah Model Kurt Lewin (1948). Kurt Lewin merupakan pelopor kepada kajian tindakan (action research). Model beliau yang dikenali sebagai Kurt Lewin’s Action Research Spiral bertujuan menunjukkan penambahbaikkan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji. Model Kurt Lewin ini biasanya digunakan apabila masalah atau isu kajian telah dikenal pasti oleh pengkaji, iaitu pelajar tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran. Dalam model ini, Lewin telah menjelaskan bahawa dalam satu penyelidikan tindakan terdapat satu kitaran yang terdiri daripada empat peringkat iaitu refleksi, merancang, bertindak dan memerhati dan seterusnya kembali kepada refleksi semula Pengumpulan Data Awal
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif berikut: 1. Objektif umum: Mempertingkatkan kemahiran bacaan Iqra’ dengan betul dan bertajwid. 1. Objektif khusus: a)Membantu murid mengenal hukum tajwid mad asli dengan mudah b)Membantu murid membaca kalimah yang mengandungi hukum tajwid mad asli dengan betul. c)Membantu melancarkan bacaan iqra’ murid. d) Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran tajwid mad asli. Objektif
Analisis Tinjauan Awal Masalah Langkah Cara penilaian Kumpulan sasaran Masalah dikenalpasti 1 Memeriksa buku rekod tasmik 10 orang murid Tahun 4 Dynamic 2021 Banyak kesalahan bacaan kalimah yang mempunyai mad asli 2 Ujian pra Setelah membuat ujian pra saya dapati hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar ingat kalimah yang mempunyai mad asli 3 Temubual 1-Murid kurang mendapat tunjuk ajar daripada ibubapa apabila kerja rumah diberikan 2-Masa membaca Iqra’ Iqra yang kurang dan tidak konsisten. 3-Murid keliru dengan bacaan Panjang dan pendek ( mad asli) 4 Pemerhatian Guru pengkaji 1-Sikap murid yang tidak fokus semasa membaca tasmik dengan guru. 2- Tidak ada motivasi dan sokongan membaca Iqra’ di rumah. 3-Penglibatan murid sebelum kajian agak pasif
Graf Pencapaian 0 1 2 3 4 5 6 7 Ujian pra ujian pos Carta Pencapaian Bacaan Iqra' Ujian Pra dan Pos Iqra' 1 Iqra' 2 Iqra' 3 Iqra' 4 Iqra' 5 Iqra' 6
Dapatan Kajian Penggunaan bahan dan kaedah e-FLI dapat meningkatkan penguasaan bacaan Iqra’ dengan lancar, betul dan bertajwid panjang dan pendek (mad asli) . Di samping itu juga murid sangat teruja dan seronok belajar secara e-FLI ini, bertepatan dengan objektif kajian iaitu objektif umum bagi mempertingkat kemahiran bacaan Iqra’ dengan betul dan bertajwid dan objektif khusus iaitu membantu murid mengenal hukum tajwid mad asli dengan mudah,membantu murid membaca kalimah yang mengandungi hukum tajwid mad asli dengan betul,membantu melancarkan bacaan iqra’ murid dan meningkatkan minat murid dalam pembelajaran tajwid mad asli. Pelaksanaan kaedah e-FLI iaitu melalui video nyanyian kalimah mas asli sangat membantu murid mengingati dan memahami cara bacaan dengan cepat. Murid dibimbing dan diajar oleh guru semasa tasmik dijalankan. Sewaktu murid menyanyikan kalimah hukum tajwid murid sama-sama menggunakan isyarat jari yang menunjukkan kadar harakat. Melalui kaedah ini, murid dapat memahami dan mengingat kalimah hukum mad asli dengan cepat dan seronok. Kaedah e-FLI terbukti mampu meningkatkan prestasi bacaan kalimah hukum tajwid yang mad asli. Seterusnya meningkatkan pencapaian bacaan iqra’.
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
Kajian Tindakan melalui Kaedah e-FLI (Lagu Huruf Mad)
IMBAS QR CODE UNTUK MENDENGAR LAGU