The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Black and White Pastel Scrapbook Company Profile Presentation

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1339-16-nurain, 2022-12-06 07:03:24

Black and White Pastel Scrapbook Company Profile Presentation

Black and White Pastel Scrapbook Company Profile Presentation

Perkembangan
Bahasa Melayu

Kuno

Bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa
sanskrit yang memperngaruhi kosa

kata bahasa Melayu.

~ Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangan pada zaman Kerajaan
Sriwijaya .

~ Bahasa ini menjadi bahasa pentadbiran dan lingua franca , iaitu bahasa
yang digunakan sebagai perantaraan atau bahasa perhubungan antara

orang
yang berlainan bahasa.
~ Mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu kuno pada zaman itu
merangkumi kawasan Semenanjung
Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan Sumatera.

Perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-7 amat dipengaruhi oleh budaya yang datang ke
Nusantara seperti budaya India. Dari segi sejarah, sebelum abad ke-7 ramai peniaga dan

pedagang India (dari Barat) bertukar-tukar barang perniagaan dengan pedagang Cina (dari
Timur). Mereka lazimnya singgah di kepulauan Melayu untuk tujuan pertukaran barangan ini

dan secara tidak langsung turut menyebarkan unsur- unsur budaya mereka.



Malah menurut Asmah (2009), tradisi Jawa mencatatkan bahawa orang yang membawa
agama, ketertiban masyarakat dan aksara India ialah Aji Saka yang tiba ke Pulau Jawa pada
tahun 78 Masihi. Satu kesan pengaruh budaya India ialah penggunaan bahasa Sanskrit. Bahasa

Sanskrit ialah bahasa kebudayaan terpenting di India. Bahasa Sanskrit digunakan bagi
penghasilan karya klasik, ilmu pengetahuan dan hal ehwal agama.


Justeru pertembungan budaya India dan bahasa Sanskrit di

22M Nusantara telah menghasilkan evolusi bagi bahasa Melayu dalam mengungkapkan kata-
kata berkaitan bidang kebudayaan, kesenian, dan agama. Malah bahasa Sanskrit turut
mempengaruhi pelbagai cabang kehidupan orang Melayu.

Bukti Penemuan

Batu bersurat di Pagar Ruyong (1356 M)
Batu nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) Batu bersurat di Sungai
Tersat, Kuala Berang, Terengganu sekitar 1303/1307 M
Karya sastera Melayu - Sulatin ( Sejarah melayu), Undang-Undang
Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah
Daftar Kata Melayu - Itali Pertama - Kapten Kapal Victoria -
Antonio Pigafetta. Daftar Kata Cina - Melayu - Dalam tulisan Cina
Penulisan sastera tasawuf, syair dan ilmu mistik. Contoh; Hamzah
Fansuri, Syamsuddin Al-Sumaterani

Perkembangan Bahasa Melayu Klasik


Click to View FlipBook Version