Mari Membaca
Kisah Nabi
Ibrahim
Diceritakan semula
oleh:
Cikgu Wani
Nabi Ismail a.s adalah
putera Nabi Ibrahim a.s
dan Siti Hajar. Baginda
seorang anak yang soleh
dan sabar.
Allah telah berfirman
dalam surah as-saffat
ayat 101
ﻓﺒﺸﺮ ﺗﻪ ﺑﻐﻠﻢ ﺣﻠﻴﻢ
Maka Kami berikan khabar
gembiran dengan anak yang amat
sabar
Pengorbanan Nabi Ismail telah
teruji sejak baginda masih
dalam susuan. Ayahnya Nabi
Ibrahim telah diperintahkan oleh
Allah meninggalkan baginda di
sebuah lembah yang tandus
bersama ibunya Siti Hajar.
Kawasan itu tiada berpenghuni
namum Siti Hajar yakin Allah
akan melindungi mereka
Ketika baginda menangis
kehausan, ibunya Siti Hajar
berlari berulang-alik mencari air
namun tidak ditemui. Dengan
takdir Allah, akhirnya
hentakkan kaki Nabi Ismail telah
menerbitkan mata air iaitu air
mata air dari syurga.
Siti Hajar sangat gembira dan
bersyukur sambil menyebut zam
zam beberapa kali yang
bermaksud "berkumpul" atau
"bertakunglah".
Air ini kini dikenali dengan air
zam zam iaitu air yang penuh
berkat dan berkhasiat.
Peristiwa Siti Hajar berlari-lari
anak berulang-alik dari Safa ke
Marwa sebanyak 7 kali mencari
air, telah menjadi salah satu
rukun haji iaitu saie.
Marwa
Safa
Air zam-zam keluar dengan
banyaknya sehingga lembah
yang tandus menjadi subur.
Semakin hari, semakin ramai
yang berkunjung dan menetap
di situ. Lembah itu dinamakan
Mekah.
Firman Allah dalam surah Qaf
potongan ayat 11
واﺣﻴﻴﻨﺎ ﺑﻪ ﺑﻠﺪة ﻣﻴﺘﺎ
Dan lagi Kami telah hidupkan
dengan air itu bumi yang mati
Pada suatu hari, Allah telah
memerintah Nabi Ibrahim
menyembelih anaknya Nabi
Ismail. Siti Hajar patuh dengan
perintah Allah dengan ikhlas.
Dengan penuh taat, Nabi Ismail
juga meminta ayahnya
menjalankan perintah Allah.
Ketika Nabi Ibrahim hendak
menunaikan perintah Allah ini,
syaitan telah cuba menghasut
baginda namun sia-sia. Malah
syaitan telah halau dan dilontar
dengan batu.
Ketika ini ibadah melontar
dengan 7 biji batu, dilaksanakan
dalam ibadah haji.
Nabi Ibrahim sangat sedih dan
hampir tidak dapat menjalankan
perintah Allah. Dengan sabar,
Nabi Ismail menenangkan
ayahnya.
Sebelum disembelih, baginda
berpesan agar bajunya
ditanggalkan, tangannya diikat
dengan kemas dan pisau
ditajamkan. Nabi Ismail juga
sempat menyampaikan salam
buat ibunya Siti Hajar.
Keimanan Nabi Ibrahim dan
keluarganya amat terpuji.
Ketakwaan mereka telah
menyebabkan Allah
menggantikan Nabi Ismail
dengan seekor kibas.
Bersemperna peristiwa inilah
bermulanya ibadah korban
yang dilaksanakan oleh umat
Islam ketika Aidil Adha atau Hari
Raya Qurban.
Banyak pengajaran yang boleh
boleh kita ambil daripada
peristiwa pengorbanan Nabi
Ismail ini.
Semoga kita menjadi muslim
yang taat dengan perintah Allah
dan juga tergolong dalam
golongan orang-orang yang
sabar.
Sekian Terima Kasih.