“Kesan daripada isu penunjuk perasaan serta langkah yang boleh diambil bagi
mengelakkan daripada terjadinya aktiviti tidak berfaedah ini”
KHAIRUL RIDZUAN BIN BD HALIM
[email protected]
PIMK 3183 Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Pengajian Jawi
Baru-baru ini, ratusan penunjuk perasaan mula berarak berhampiran dengan Dataran Merdeka akibat daripada kenyataan bahawa kerajaan gagal dalam
menangani isu di Malaysia semasa wabak pandemik ini menular. Rata-rata penunjuk perasaan membawa sepanduk dan replika 'mayat' berbalut kain kafan.
Para penunjuk perasan yang berpakaian serba hitam itu berhimpun untuk menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin atau
nama sebenarnya Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin kerana disifatkan kerajaan di bawah pimpinan beliau telah gagal mengawal penularan
wabak Covid-19 ini. Hal ini ekoran peningkatan jumlah kematian yang disebabkan oleh wabak Covid-19 serta statistik bilangan kes bunuh diri yang semakin
meningkat akibat tertekan dengan situasi yang melanda negara kita sekarang.
Kesan utama kepada seseorang yang tidak mengamalkan perasaan berhemah:-
• Akan dipandang serong oleh masyarakat dan memburukkan imej negara.
• Berlakunya perbalahan sesama individu, pergaduhan serta perpecahan masyarakat.
• Lahirnya masyarakat yang mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan perasaan dan keselamatan serta kesihatan orang lain.
• Masyarakat tidak akan bersatu padu dan matlamat negara sukar dicapai.
• Kadar keselamatan negara semakin tergugat.
• Mendapat layanan yang buruk daripada masyarakat.
Langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan berlakunya aktiviti sebegitu:-
o Ibu bapa dan guru hendaklah menjadi teladan yang baik supaya dicontohi oleh anak-anak serta murid mereka.
o Sikap tidak mementingkan diri sendiri hendaklah diamalkan.
o Berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan dalam media sosial.
o Kerjasama pihak berkuasa dengan lebih konsisten dan lebih tegas dalam menyelesaikan isu ini.
o Kesedaran ahli-ahli politik serta masyarakat yang terlibat perlulah mempunyai kesedaran yang tinggi.
Isu lain yang menunjukkan ketiadaan amalam berhemah dalam diri individu adalah seperti isu tanda pagar #KerajaanGagal yang mula digunakan oleh
pengguna-pengguna akaun Twitter sejak 16 April lalu dan berkenaan seorang usahawan telah biadap terhadap seorang warga emas serta mempermalukannya
dengan bercakap menggunakan pembesar suara di depan orang ramai.
PIMK 3183 Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Pengajian Jawi