The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN SA'EI RINGKAS DAN ZIARAH MASJID NABAWI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by beaufort2020, 2023-12-20 21:22:23

PANDUAN SA'EI RINGKAS DAN ZIARAH MASJID NABAWI

PANDUAN SA'EI RINGKAS DAN ZIARAH MASJID NABAWI

Keywords: Sa'ei

PANDUAN UMRAH RINGKAS DISUSUN OLEH ALIODIN BIN DAMSAH CPM (AKADEMI MUTAWWIF)


CARA-CARA MENGERJAKAN SA’IE 1. Doa Sa’ie i. Doa Ketika Menaiki Bukit Safa ِر َمْرَوةَ ِم ْن َشعَائِ َوال َّن ال َّصفَا ِ ُهُ إ َو َر ُسْول ْسِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِحيِم ِ ب ِ ِهَما َّطَّو َف ب ْن يَ َ ْي ِه أ َمَر فَ ََل ُجنَا َح َعلَ ِو ا ْعتَ َ بَ ْي َت أ ْ َم ْن َح َّج ال ََّّللاِ، فَ ُه ِ ِه َو َر ُسْول ِ َما بَدَأ هللاُ ب ب َ ْبدَأ َ ٌم أ َّن هللاَ َشا ِكٌر َعِلْي ِ َو َم ْن تَ َطَّو َع َخْي ًرا فَإ ُ Ertinya: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Safa dan Marwah h merupakan sebagian syiar (agama) Allah. Maka barangsiapa beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya. Dan barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui. Aku memulai sa'i dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya memulai. ii. Lafaz Niat Sa’ie Umrah Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku hendak mengerjakan Sa’ie antara Safa dan Marwah h tujuh kali sebagai Saie Umrah kerana Allah Taala. iii. Pekerjaan Sa’ie Di atas Bukit Safa, menghadap dan melambai tangan ke arah Kaabah dan membaca: (Bacaan doa ini disunatkan dibaca setiap kali hendak memulakan perjalanan sebaik sahaja berada di atas Bukit Safa ataupun Marwah h)


Doa ketika masih dalam keadaan menghadap qiblat, sebelum memulakan perjalanan: Ertinya: Tiada tuhan selain Allah yang esa, tiada sekutu bagiNya, milikNya kerajaan dan pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada tuhan selain Allah yang esa, Dia melaksanakan janjiNya, dia menolong hambaNya dan Dia mengalahkan bala pakatan tentera musuh dengan sendiriNya. a. Sa’ie Perjalanan Pertama (Safa - Marwah) Mulakan Perjalanan Ke Bukit Marwah. Semasa dalam perjalanan, bacalah doa-doa atau zikir pilihan yang disukai anda atau baca: Ertinya: “Wahai Tuhanku, bahawasanya aku memohon kepada-Mu afiat di dunia dan akhirat. Wahai Tuhanku, bahawasanya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan afiat terhadap agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Wahai Tuhanku, tutuplah aiku dan berilah ketenangan dalam hatiku. Wahai Tuhanku, peliharalah aku dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kiriku dan dari atasku, dan aku berlindung kepada Engkau dengan kebesaran Engkau dan orang yang bermaksud hendak membinasakan aku dengan tiba-tiba.” (Riwayat Abu Daud) Doa setiap kali sampai di Kawasan Lampu Hijau: Ertinya: Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.


b. Sa’ie Perjalanan Kedua (Marwah - Safa) Di atas Bukit Marwah, menghadap dan melambai tangan ke arah Kaabah dan membaca: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala pujipujian adalah milik Allah Doa-Doa Saie Pusingan Kedua: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mempunyai tuiuh petala langit, tujuh petala bumi dan Arasy yang besar. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan segala sesuatu, wahai Tuhan yang membelah biji dan anak kurma, yang menurunkan Taurat, Injil dan al-Quran, aku berlindung kepada Engkau daripada kejahatan segala yang mempunyai kejahatan yang Engkau pegang ubun-ubunnya. Ya Allah, Engkaulah yang permulaan, tidak ada sesuatu sebelum Engkau, Engkaulah yang akhir, tidak ada sesuatu sesudah Engkau. Engkaulah yang nyata, tidak ada sesuatu di atas Engkau, Engkaulah yang tersembunyi, tidak ada sesuatu di bawah Engkau, lunaskanlah segala hutangku dan kayakanlah aku daripada kepapaan.” (Riwayat Ahmad) Doa setiap kali sampai di Kawasan Lampu Hijau: Ertinya: Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.


c. Sa’ie Perjalanan Ketiga (Safa - Marwah) Di Atas Bukit Safa melambaikan Tangan Ke Kaabah dan membaca Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah Doa-Doa Saie Pusingan Ketiga “Wahai Tuhanku, aku sentiasa mengharapkan rahmat-Mu, oleh itu janganlah Engkau menyerahkan kepada diriku sendiri walaupun sebentar, perbaikilah untukku segala urusanku, tiada Tuhan bagiku selain daripada Engkau.” (Riwayat Abu Daud) Doa setiap kali sampai di Kawasan Lampu Hijau: Ertinya: Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji. d. Sa’ie Perjalanan Keempat (Marwah - Safa) Di atas bukit Marwah, menghadap dan melambai tangan ke arah Kaabah dan membaca: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah


Doa-Doa Sa’ie Pusingan Keempat: “Dengan nama Allah untuk diriku, harta dan agamaku. Wahai Tuhanku, berilah kepadaku perasaan merelai ketetapan-Mu dan berkatilah segala apa yang diberikan kepadaku supaya aku tidak mencintai mencepatkan yang Engkau lambatkan dan tidak mencintai melambatkan apa-apa yang Engkau cepatkan.” (Riwayat alTabarani) Doa setiap kali sampai di Kawasan Lampu Hijau: Ertinya: Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji. e. Sa’ie Perjalanan Kelima (Safa - Marwah) Di Atas Bukit Safa melambaikan Tangan Ke Kaabah dan membaca Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah Doa-Doa Sa’ie Pusingan Kelima: Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemurnian iman dan akhlak terpuji serta kejayaan yang disertai dengan keuntungan. Aku juga memohon kepada-Mu curahan rahmat, kesihatan, pengampunan dan keredaan dari sisi-Mu.” (Riwayat al-Hakim)


Doa setiap kali sampai di Kawasan Lampu Hijau: Ertinya: Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji. f. Sa’ie Perjalanan Keenam (Marwah - Safa) Di atas bukit Marwah, menghadap dan melambai tangan ke arah Kaabah dan membaca: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah (Bacaan doa ini disunatkan dibaca setiap kali hendak memulakan perjalanan sebaik sahaja berada di atas Bukit Safa ataupun Marwah ) Doa-Doa Saie Pusingan Keenam: “Maha Suci Allah dan Maha Terpuji-Nya, tada kekuatan kecuali dengan Allah, segala sesuatu yang dikehendaki Allah terjadilah, segala sesuatu yang tidak dikehendaki-Nya tiadalah terjadi. Aku meyakini bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.” (Riwayat Ibn al-Sunni) Doa setiap kali sampai di Kawasan Lampu Hijau: Ertinya: Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.


g. Sa’ie Perjalanan Ketujuh (Safa - Marwah) Di atas Bukit Safa, menghadap dan melambaikan tangan Ke Kaabah dan membaca: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji-pujian adalah milik Allah Doa-Doa Saie Pusingan Ketujuh: “Tuhanku, bahawasanya aku berlindung diri kepada Engkau daripada keruntuhan rumah, tersungkur ke jurang, terbakar, karam, tua nyanyuk, dikalahi syaitan ketika mati, mati membelakangi jalan-Mu dan mati disengat binatang berbisa.” (Riwayat Ahmad) Doa setiap kali sampai di Kawasan Lampu Hijau: Ertinya: Ya Allah! Ampunilah daku, rahmatilah daku, maafkanlah daku, kurniakanlah kami kemuliaanMu dan ampunilah segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, sesungguhnya Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji.


Doa Setelah Tamat Perjalanan Sa’ie Ertinya: Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami memohon diterima doa kami, afiatkanlah dan ampunilah kami. Berilah pertolongan kepada kami untuk taat dan bersyukur kepada-Mu, janganlah membiarkan kami bergantung kepada yang lain selain dari-Mu. Matikanlah kami di dalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami. Ya Allah Ya Tuhan, peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah aku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi guna dan kurniakanlah kepadaku elok pandangan kepada perkara-perkara yang membawa keredhaan-Mu wahai Tuhan yang bersifat Amat Belas Kasihan.


2. Bercukur /Menggunting Rambut i. Doa Untuk Bercukur/ Bergunting Rambut Ketika bercukur/bergunting, semasa memegang rambut di kepala, bacalah doa seperti berikut: Ya Allah Yang Maha Agung, Ya Allah Yang Maha Agung, Ya Allah Yang Maha Agung. Ya Allah Ya Tuhan, inilah ubun-ubunku di dalam genggaman-Mu maka jadikanlah tiap-tiap sehelai rambut it cahaya bagiku di Hari Kiamat dan ampunkanlah dosaku, wahai Tuhan Yang Amat Luas Pengampunan, Aamin. Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadatku kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai rambutku, hapuskanlah dengannya satu kejahatan, angkatkanlah aku dengannya darjat, ampunilah aku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekalian orang-orang Islam. Ya Allah Ya Tuhanku, tambahkanlah keimanan, keyakinan, berilah taufik dan pertolongan kepadaku dan ampunilah kami serta ibu bapa kami, isteri dan anak-anak kami; selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian, Aamin. ii. Doa Selepas Bercukur/Bergunting Rambut ُّقَى ِالت ْي ب ِنِ م َزي َّ ه ُ َّ َمعَا ِص ْي اَلل ل ْ ِ ْب َش ْعِر ْي َوبَ َشِر ْي ا ردَى َو َجن ْي ال َّ ِ ْبنِ َو َجن ْي، ِ ُ ِمن َع َما تَ ْكَره َو َجِمْي را َض ًّ َوَلَ ْفعًا ْف ِس ْي نَ ْمِل َك ِلنَ َ ْي ََل أ ِ ِن فَإ Ya Allah, hiasilah aku dengan ketakwaan, dan jauhkan aku dari kehancuran, dan jauhkan rambut dan kulitku dari perbuatan maksiat serta dari semua apa yang Engkau tidak sukai dariku, sesungguhnya aku tidak memiliki pada diriku sendiri untuk mendatangkan manfaat mahupun bahaya.


DOA MASUK MASJID NABAWI ِاهللِ العَ ِظْيِم ب ُعْوذُ َ قَ ِدْيِم أ ْ َطانِ ِه ال ْ َو ُسل َكِرْيِم ْ ِ َو ْج ِهِه ال َوب ر ِجْيِم. ِن ال َّ َطا ِِلِ ِم َن ال َّشْي َح ْمدُ ْ َوال ْسِم هللاِ ِ ب م َّ ُه َّ مٍد. اَلل َّ ِدنَا ُم َح ِ ِل َسي َو َعلَى آ مٍد َّ ِدنَا ُم َح ِ ِ ْم َعلَى َسي م َص لِ َو َسل َّ ُه َّ لل َ أ تَ ْح ِلي ِي َوافْ ْوب نُ َوا َب َر ْح َم ا ْغ تِ َك ِف ْر ِلي ذُ ْب َ أ Ertinya: "Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, kepada wajah-Nya yang Mulia, dan kepada kekuasaan-Nya yang Mahadahulu, dari syaitan yang terkutuk. Dengan menyebut nama Allah; ya Allah, curahkanlah selawat dan salam kepada Muhammad beserta keluarga Baginda. Ya Allah, ampunilah dosadosa ku dan bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu untuk ku." (Doa ini juga dianjurkan untuk dibaca setiap masuk masjid-masjid yang lainnya) SALAM DAN DOA DI MAKAM RASULULLAH SAW ْي َك سََلُم َعلَ ِق ِه، ال َّ ْ َرةَ هللاِ ِم ْن َخل ْي َك يَا ِخْي سََلُم َعلَ َر ُسْو َل هللاِ، ال َّ ْي َك يَا سََلُم َعلَ ال َّ ْي َك سََلُم َعلَ ْي َن، ال َّ ِ ِي ب َّ الن َ ِدَ ال ُمْر َسِلْي َن َو َخاتَم ْي َك يَا َسي سََلُم َعلَ ْي َب هللاِ، ال َّ ِ يَا َحب صاِل ِحْي َن ِر ال َّ ْي َن َو َسائِ ِ ِي ب َّ ْه ِل بَ ْيتِ َك َو َعلَى الن َ َك َوأ ِ ْص َحاب َ َو َعلَى آِل َك َوأ Ertinya: "Salam sejahtera bagimu wahai Rasulullah, salam sejahtera bagimu wahai makhluk pilihan Allah, salam sejahtera bagimu wahai kekasih Allah, salam sejahtera bagimu wahai penghulu para rasul dan penutup para nabi, salam sejahtera bagimu, keluargamu, sahabatmu, anggota keluargamu, para nabi, dan semua orang saleh.


َّا َج َزا َك هللاُ َعن مةَ، فَ َّ َص ْح َت األُ َونَ َمانَةَ، َّْي َت األَ د َ َوأ ِ ر َسالَةَ، ْغ َت ال َّ َك بَل َّ ن َ ْش َهدُ أ َ أ متِ ِه َّ ُ َض َل َما َج َزى َر ُسْوًَل َع ْن أ فْ َ أ Ertinya: Aku bersaksi bahwa engkau telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati umat. Semoga Allah memberikan ganjaran kepadamu atas (jasa membimbing) kami melebihi ganjaran-Nya untuk rasul lain atas umatnya,” (Imam An-Nawawi, Al-Adzkar An-Nawawi, [Kairo, Darul Mallah: 1971 M/1391 H], halaman 174). TEMPAT MUSTAJAB BERDOA 1. Multazam 2. Bawah Pancur Emas 3. Hajar Aswad 4. Hijir Ismail 5. Belakang Makam Nabi Ibrahim 6. Safa Dan Marwah 7. Air Zamzam 8. Raudah 9. Mudzalifah 10. Mina (Di Jamrah Sugra, Wusta & Kubra)


Click to View FlipBook Version